About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 RABU 21 MAC 07

Thursday, March 22, 2007
Ore : 8:50 AM

Aku ngantuk, penat dan sakit kepala. Jadi aku malas nak menceceh panjang untuk kali ni.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama


Mulanya terkejut jugak bila Fatin tukar lagu dengan Candy. Kan masa nak amik tugasan hari tu Kak Sherry dah cakap lepas ambil lagu jerk keputusan tu muktamad tak boleh tukar lagik. Nape boleh tukar-tukar pulak ni. Tak berani hadapi cabaran ke? Memang aku tau lagu Semua Jadi Satu tu susah nak bawak. Terpikir juga ada baiknya lagu tugasan diberi oleh Pengetua sendiri seperti musim-musim sebelum ini. Tetap dan tak boleh berubah. Barulah cabaran dapat diberikan. Kan unfair kalau sesetengah budak tu asyik dapat lagu senang je. Then paparan Candy dan Dafi having conversation pasal undian memasing. Aku agreed dengan apa yang Dafi cakap, pasal pola undian akan berubah mengikut minggu. Sebeb kredibiliti dan kerektor para pelajar tetap menjadi ukuran dan kreteria untuk penonton sebelum mengundi. Dan ianya bukannya dapat ditonjolkan sepenuhnya dalam seminggu dua sahaja. Sebab diaorang ni masih dalam proses development banyak lagi benda yang viewer perlu tahu sebelum memilih juara mereka.

Lagi sekali tunjuk Candy hadapi masalah dengan lagu tugasan. Dia tak puas hati sebab tak dapat lagu yang dia hendak. This thing happen sebab lagu tugasan boleh ditukar2 sesama mereka. Kalau musim2 sudah takde masalah macam ni timbulkan. Nasib kaulah Candy, dah dapat lagu senang saja carik susah. Aku tengok Cikgu Syafi pun tak tau nak buat macamana dengan Candy. Sampaikan Heliza pun kena soal siasat sebab Candy nie memang nak lagu yang Heliza dapat tu. Nasib baik Heliza nie cool dan nak jugak tolong si Candy yang dah dua minggu jadi pak sanggup. Tengok jerlah nanti lagu Semua Jadi Satu tu jadi apa. Silap haribulan bila dah campur dengan musik polyphonic lagu tu boleh tukar tajuk Semua Jadi Hancur. Muahahah...

Pastu tunjuk Ebi belajar tarian untuk lagu tugasan dia. Ni lagi satu kayu, aku ingat dia nie lampi dalam nyanyian jek rupanya nak hafal step pun lembab semacam jer. Padahal dia cuma kena buat simple salsa step untuk tugasan kali ini. Ada jadi bahan gelak kat konsert nanti nie. Next Mila jadi tukang urut kat akademi. Kesian yerk bebudak nie tak macam time AF3 dulu ada kerusi urut. Musim nie kurang betul penaja. Ogawa takde lagi taja massage chair untuk bebudak nie. So Mila jer yang jadi mangsa setakat nie. Ada jugak bakat nak jadi massage lady, nick name pun dah ada "Baby Massage" nanti kalau terkeluar minggu ni (aku tak predict dia keluar sebab aku jangka Afiq) bolehlah join rumah urut kat Subang tu. Boleh aku jadi customer nanti. Muhahaha..

Ibu Fati masuk dalam akademi hari ini. Best gak tengok kelas ni. Dia ajar bebudak nie cara nak faham maksud lagu. Lepas minggu sudah semuanya kena balun dengan Ogy sebab tak paham maksud lagu. Suka jugak pendekatan yang diambil. Farha kejap jerk leh dapat feel bila disuruh berlakon mengucapkan selamat hari jadi di pusara awek dia. Then bebudak ni disuruh berlakon berpartner walaupun bukan semua yang kena. Masa Rizal dengan Dekna berlakon tu barulah nampak Rizal boleh start feel dia nye role dan maksud lagu tu. Itupun lepas dia tak boleh nak feel sensorang. Cis macam Pak Ajis Satar (dlm filem Seniman Bujang Lapuk) yerk kau Rizal tak leh feel kalau berlakon takde perempuan. Bila time Dafi aku rasa ramai bebudak pompuan perasan yang makan hati bila dia cakap "I Love You" pada Mila. Power jugak ayat si Dafi ni. Silap-silap senang jer si Mila tu cair. Tapi masih control ayu tau Mila. Ada hati jugak ke?

Lepas tu pesakit semuanya dah balik dan masuk semula ke Akademi. Memula Afiq dah keluar wad pastu si poyo Aswad masuk siap pakai baju doktor. Sapa punya idea bangang ntah yang suruh dia pakai baju tu siap bawak first aid lagik. Memang macam badutlah. Buat jer apa yang disuruh. Kalau yer pun nak buat kejutan tu, tak yah la pakai baju doktor tu. Takde tokoh langsung. Apa-apa hal pun kau ni memang takde bakat berlakon la Aswad. Pastu Afiq dan Aswad nak buat kejutan tak jadi pada student yang lain. Tak salah aku masa tu kelas Jasmi Rejab. Tak bukak lagi baju Dr tu. Oii Aswad bukak la baju tu tak sesuai langsung la. Masa Aswad masuk tu, aku nampak jugak GeDekna tengah terbaring kat kerusi tu. Sakit jugak si Gedekna ni. Hidung berdarah tak berenti katanya. Asyik sakit jerk bebudak nie. Lepas sorang ada lagi yang sakit. Aku ingat untuk musim depan buat jerk la satu klinik kat dalam akademi tu. Senang bebudak tu amik ubat hari2. Tak pun taruk pawang ke bomoh ke sorang, boleh jugak student yang lampi tu amik air penerang hati.

For the first time aku tengok si Aswad berlatih lagu tugasan kat dalam Akademi. Aku asyik dengar suara dia nie sengau jer time berlatih tu. Belom sempat belajar cara projection suara dengan betul kot. Maklumlah tertinggal banyak kelas. Next ditunjukkan Afiq nyanyi lagu tugasan Biso Benar. Kamera siap zoom urat leher dia tu. Memang timbul, kira macam tengah buat sehabis baik la tu. Slang orang negori memang dia dah ada. Jadi tak susah sangatlah dia nak bawak lagu ni. Lagi satu kamera tu asyik zoom tangan si Afiq jer. Nape takut jatuh lagi ke bahu si Afiq tu. Alah dah oklah. Kalau takut jugak biarkan jer si Afiq tu nyanyi sambil bahu berbalut mesti dia punya undi naik banyak, Astro jugak yang untung nanti. Ada jugaklah tunjuk si Afiq ni mengadu pasal suara dia dah mula serak sebab nyanyi dalam air cond. Banyak songeh kau yerk Afiq. Kalau tak nak nyanyi dalam air cond kau keluar jerk la minggu ni. Tak yah nyanyi dalam air cond lagi. Last sekali diari tunjuk student lelaki jadi bengong berlakon naik basikal kat dance floor tu. Afiq jugak yang jadi leader geng Sarip Dol Kampung Dusun tu. Ntah apa kerja ntah. Oklah ngantuk nak tido. Diari ends here..

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipurlara AF

Labels:


posted by admin at 8:50 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for DIARI AKADEMI FANTASIA 05 RABU 21 MAC 07
eh .. sekarang aku da tukar .. tak buat ulasan utk diari .. utk konsert jerk .. tak larat nak wat utk diari .. naik menyampah .. hahahaha

Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com