About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

AF TOUR JB

Wednesday, March 08, 2006
Ore : 12:54 PM

Seperti yg aku janjikan semalam entry untuk hari ini aku nak cerita mengenai AF tour kat Kotaraya JB.
Rasa teruja untuk pergi memang aku rasai sejak awal-awal lagi. Puas aku memujuk Eton agar dia dapat hadir bersama agar aku tak bosan kelak. Maklumlah pemalulah katakan. Hehehhehe… Aku dan Eton keluar tepat jam 7.00 petang walaupun dari pukul 4.00 petang aku dah lalu depan Plaza Kotaraya itu dan terpampang banner yg mengatakan mini konsert itu akan bermula jam 6.00 petang lagi kononnya. Tapi aku yakin janji Melayu tidak pernah tepat. Masa mungkin persembahan itu akan dijalankan waktu burung pulang ke sarang. Lagi pun Kotaraya ada masjid lagik takkan la Mawi n Friends nak terpekik2 time Magrib kan. Bila aku tiba di Kotaraya begitu ramai orang telah berkumpul. Dari Aras Bawah sehingga ke Aras Ledang semuanya dipenuhi makcik-makcik yg memang aku kira peminat fanatik Mawi. Dan jangkaan aku yg mini konsert itu akan bermula lewat tepat. Semasa aku tiba tirai utama baru dinaikkan. Eton mula merengek nak masuk Zone Hotlink sebab tidak mahu berasak2 tapi apakan daya top-up hotlink semua dah sold out dijual. Aku dan Eton pun berlegar2 mencari port bila aku nak turun ke ground floor aku nampak Linkeen tengah tercangok dgn adik dia kat tepi stage. Tersengih member nampak aku ngan Eton datang. Kita orang lepak kat port yg sama cuma lepas tu aku beredar mencari port yg lebih baik kononnya walhal takde. Jadi terpaksalah aku dan Eton berdiri di khalayak sahaja.

Tepat jam 8.30 malam barulah bintang AF tiba. Belum apa-apa lagi crowd dah terpekik2 melihat melihat kelibat bintang2 AF (Yazer, Ekin, Kefli, Eliza, Felix, Amylea, Reza & Mawi) ni macam kena histeria dalam pada itu aku nampak juga Klubbkidd turut serta didalam group Maestro tu. Datang juga mamat nie macam yg dia tulis kat blog dia. Tapi aku macam frust sket la Marsha takde untuk tour kali nie. Yelah kalau tak salah aku, finalist AF wajib ada untuk semua AF Tour. Persembahan bintang AF malam itu dimulakan secara beramai-ramai (kecuali Mawi sebab dia ni dah dikira superstar oleh Maestro). Mereka menyampaikan dua lagu dan salah satu darinya Aneka Ragam. Corak persembahan juga tidak banyak bezanya ketika mereka menyampaikan ketika di Konsert Mingguan AF dahulu. Cuma bezanya ketika itu Eliza tiada. Tapi persembahan pertama cukuplah meredakan hati kami yg telah berjam-jam berdiri menunggu kemunculan mereka.

Selepas itu Eliza pula muncul secara solo menyampaikan singlenya sendiri kalau tak salah aku. Itu pun aku tak ingat tajuk dia. Nakal tengok Eliza sekarang semakin berisi berbanding jika di AF dahulu. Mungkin senang hati agaknya dgn kehidupan sekarang. Tidak banyak yg ingin diperkatakan persembahan ini kerana Eliza menunjukkan lebih banyak keyakinan banding dahulu. Cuma crowd sahaja yg aku lihat kurang mesra dgn corak persembahan Eliza. (Alah takkan nak support Mawi jerk kot). Selepas itu Eliza menjemput Mawi untuk persembahan berikutnya terus gamat Kotaraya ketika itu macam nak tercabut bumbung kalau pekikan itu berterusan. Yelah makcik2 tu dah tunggu berjam-jam nak tengok Mawi punya pasal. Sanggup pulak dia heret anak2 kecil yg tak mengerti apa2 pasal Mawi. Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu pada kiraaan aku biasa sahaja tiada yg istimewa. Tapi Mawi kelihatan bersemangat mungkin dgn kehadiran kedua ibubapanya ke mini konsert itu (tak nampuak pula Ina ada ke tak.). Crowd pula happy abis laa yela Mawi nie kira hero laa kat negeri kelahiran dia nie. Nak-nak bila Mawi tukar lirik lagu gadis melayu jadi gadis Johor makin galak la budak2 perempuan menjerit-jerit keseronokkan, Nasib baik Eton tak ikut menjerit. Selesai sudah Mawi menyampaikan lagu Gadis Melayu dia menjemput Amylea pula dan aku tengok orang ramai ada yang mula beransur. Yelah dan dapat tengok Mawikan kira dapat lepas hajat jerk laaa.

Time Amylea perform aku kat belakang stage sebab Eton suruh aku belikan CD sebab Eton nak beramah mesra dgn bintang AF lepas abis konsert nanti. Jadi time nie aku tak dapat tengok la Amylea perform. Kalau tak salah aku dia nyanyi lagu Ku Berserah kot. Aku tengok dari belakang stage crowd semua cam terpegun jerk. Lepas tu Filex pula muncul dia membawa lagu Teratai tapi versi original tak yg macam dia bawa dalam konsert AF dulu. Aku tengok Felix pandai interact with audience. Seingat aku dari aras bawah ke aras Ledang semuanya menjerit bila Felix lambai pada mereka. Voice control Felix takyah cakap la cukup rasa. Kiranya aku cukup puas dgn persembahan Filex. Eton pun tersenyum jerk aku tengok, org minat Felix lah katakan. Kemudian kalau tak salah aku Yazer pula muncul. Seperti biasa rock dan Yazer tidak boleh dipisahkan. Audience turut meloncat-loncat menyanyi bersama Yazer (kat tepi stage sebab yg kat dalam Zone Hotlink kena duduk jerk.). Aku tak banyak nak cakap mengenai persembahan Yazer yg pada aku ada kureng kick la berbanding ketika di Akademi. Mungkin stage dia kecik kot tu yg aku nampak Yazer agak terhad untuk bergerak.



Reza muncul dgn. menyampaikan singlenya sendiri Menari Bersamaku (kalau tak salah aku la tajuk lagu ni). DJ Era ini kelihatan selesa menyampaikan lagunya sendiri dgn gaya tarian apa pun aku tak tau nak cakap. Alah yg biasa dia buat laa masa kat Akademi tu. Kemudian kejutan berlaku bila Reza menjemput Cikgu Fatimah ke pentas. Memang nakal tak sangka sebab masa bintang AF ini hadir taknampak pula kelibat Cikgu Faty ada bersama mereka. Tiba-tiba boleh muncul pula. Memang nakal tau Cikgu Faty ada di JB utk sesi ujibakat AF4 di Hotel Selesa. Tapi tak jangka pula yg dia akan turut hadir dalam mini konsert ini. Reza siap peluk2 lagi Cikgu Faty. Cikgu Faty sempat beri tip-tip utk org JB yg nak gie audition AF4 keesokkannya.

Bila tiba giliran Keifli muncul, bebudak perempuan dah terpekik2 macam nampak Brad Pitt la gamaknya. Bintang AF 3 yg paling jembu ini menyampaikan lagu Hati Emas yg pernah didendangkan ketika didalam AF lalu. Kehangatan suasana dapat dicipta oleh bintang AF ini. Crowd pun sibuk menyanyi bersama. Persembahan berikutnya oleh Ekin dgn lagu JLO Lets get loud. Suasana terus dihangatkan lagi oleh Ekin. Kira tak mengecewakanlah performance Ekin kali ini. Amylea dan Reza turut mengiringi persembahan Ekin sebai backup singer, walaupun adakalanya suara Reza kedengaran lebih jelas dari Ekin. Tapi apa-apapun best laa bila Ekin buat gelek gerudi. Pakcik-pakcik yg dekat2 dgn nakal semua mata tak berkerdip tengok Ekin gelek. Ehehehe….


Mawi muncul semula kali ini bersama-sama semua bintang lelaki AF. Mereka menyampaikan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta. Walaupun kurang harmoni untuk persembahan ini. Kalau nak ikutkan Mawi cuma nyanyi beberapa kerat baris sahaja lagu ini. Tetapi kredit patut diberi kepada mereka kerana penonton terus terhibur. Lagu seterusnya dibawakan Mawi adalah lagu Perempuan. Baru nakal nak enjoy lagu ni tiba-tiba ada masalah technical pulak. Mungkin sebab audience terlalu ramai menyababkan kerosakan teknikal itu berlaku. Yelah bila orang dah ramai berasak2 berhampiran console audio mungkin berlaku lintar pintas atau sebagainya. Mawi tdak dapat meneruskan persembahannya itu dan meminta diri untuk berundur.


Kemudian kesemua bintang AF muncul menyampaikan lagu Hotlink sebagai penaja utama dan akhir sekali lagu Menuju Puncak ketika ini baru Mawi muncul itupun dipenghujung lagu. Kemudian orang ramai beransur pulang kecuali mereka yg ingat mendapatkan autograph dan mengambil gambar bintang2 AF.

Ketika Eton sedang beratur untuk mendapatkan autograph, nakal ke kebelakang stage untuk mencari Klubbkidd. Mata aku melilau mencari kelibat mamat tu tiba2 aku nampak si Linkeen tengah lepak ngan Klubbkidd. Walaupun ini first time aku jumpa Klubbkidd tapi dia nie tak sombong dan mudah berkongsi pengalaman walaupun dia ni kira glamer (star blogger) dalam dunia blog nie. Dia nia nampak jerk ada elemen brutal tapi nakal kira macam softspoken jugak laa. Kita orang berbual pasal pasal bebudak AF dan pasal blogger United. Yang Klubbkidd cerita tak lama lagi Afdlin Shauki dan Nizam Zakaria akan join jadi members untuk Blogger United. Nie kiranya macam perkembangan yg positif untuk blogger2 ini. Klubbkidd juga cakap pasal Maestro banyak mengongkong Mawi sebab Mawi ni dikira sebagai Superstar oleh pihak Maestro. Banyak pantang larang yg dikenakan pada Mawi berbanding Zahid dan bintang-bintang AF yang lain. Kadangkala kesian juga nakal kat Mawi sebab dah hilang banyak kebebasan demi mengejar cita2. Klubbkidd ada ajak kitaorang lepak ngan diaorang kat M Suite tapi kami tak dapat turuti kerana memikirkan adanya komitmen lain keesokkan pagi. Kalau tidak mau tak tidur malam nakal nak borak ngan Klubbkidd. Setelah beberapa ketika nakal meminta diri utk kehadapan pentas utk mengambil gambar ketika sesi autograph.

Dalam pada itu ada juga nakal nampak dua budak perempuan sibuk mengusung replika Keiran & Khairil kehulu kehilir. Barulah nakal teringat yg mereka sedang bertanding untuk mendapatkan wang tunai RM50,000.00 dalam petandingan K&K sana-sini yg dianjurkan ERA. Pandai juga mereka mencari publisiti yerkk.. harap-harap mereka berjaya. Bila nakal tengok seorang mamat dibelakang Mawi ketika sesi autograph, barulah nakal sedar yg dia merupakan PA baru Mawi. Kalau anda ada menonton program Resume untuk Mawi, ada satu mamat yg dah kawin tu menurut firasat nakal dialah yg berjaya mendapat tawaran untuk menjadi PA Mawi. Sapa yerk nama dia nakal tak ingat pula. Dan nakal lihat dia tak berganjak pun dari belakang mawi ketika sesi itu. Baru kerjalah katakan. Mesti membina reputasi yg baikkan. Apa-apapun nakal ucapkan selamat berjaya utk brother tu.

Ok secara keseluruhan mini konsert itu agak berjaya. Tetapi faktor pemilihan tempat dan waktu hendaklah lebih dititik beratkan oleh pihak pengajur sebelum mengadakan konsert sebegini lagi. Keadaan ruang menontong yg sempit dan waktu magrib yg dipilih oelh pihak penganjur tidak mencerminkan keperihatinan mereka didalam memberi keselesaan kepada penonton. Last but not least nakal nak ucapkan jutaan terima kasih buat Klubbkidd yg banyak membantu Nakal dan Linkeen ketika mini konsert itu. Thanks a lot dude.

Utk ulasan lain sila ke : http://qarmyla.blogdrive.com/
Kredit utk : Klubbkidd


posted by admin at 12:54 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for AF TOUR JB
thanks ler kerana tegur aku ni yang takder per per...thanks guys...

kan aku dah cukap yg Klubbkidd nie humble... good luck Klubbkidd

Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com