Begitu padat jadual hujung minggu aku minggu lepas. Begitu banyak rencana yg perlu dilalui setelah sekian lama merancang. Bermula Sabtu minggu pertama walaupun kebanyakkan syarikat dan badan2 kerajaan cuti tetapi nakal gagahkan diri untuk bangun pergi ke tempat kerja. Seperti Sabtu sebelumnya mood untuk kerja setiap Sabtu pasti tinggal 50% sahaja. Dikepala asyik mengenangkan mini konsert AF Tour petang nanti. Pasti gamat dan M&M pasti muncul. Linkeen juga telah mengingatkan nakal yg Klubbkidd turut berada di Kotaraya malam nanti. Tu yg tak sabar nak balik tu. Di entry akan dating baru nakal akan ulas mengenai mini konsert itu.
Setelah balik dari menonton mini konsert AF nakal terus jerk mengadap PS2 sambung game manager tak semalam sampai pukul 5 pagi aku mengadap benda tu. Aku pun tak tau walaupun mengantuk sanggup pula aku menahan walaupun keesokkannya aku kerja telah menanti. Aku pasti hari esok pasti lebih meletihkan setelah aku berjaga hingga ke pukul 5 pagi. Nak taknak terpakas juga nakal bangun itu pun setelah dikejut sebanyak 20 kali oleh Eton yg memang dari pagi sudah menyalak sebab nakal tidur lewat malam tadi. Ayah aku dah siap sedia dari pagi lagi sampaikan Wak Ros yg akan turut menjadi buruh kasar bersama aku sudah lama menunggu aku bersiap. Ikutkan hati aku malas nak pergi tapi sebab dah berjanji aku metilah kotakan ibarat Janji Joni.
Tiba di rumah yg aku nak cuci tu ayah aku merlagak seperti mandor aku dan Wak Ros sahaja yg berlagak seperti indon mencuci semua lumut yg ada dirumah itu. Sampai aku rasa nak demam dibuatnya. Takpelah pengorbanan anak utk Sang Bapa harap2 dapat keredhaan Allah kelak.
Oklah nakal pun tak tau nak tulis apa lagi tapi harap2 minggu berikutnya nanti akan lebih merilekkan berbanding minggu yg sudah. Tapi jgn lupa yer mengundi Anugerah Plenet Muzik 2006 sebab ramai artis kita yg bertanding. Mawi dan Siti Nurhaliza turut tercalon tolong la support industri Muzik kita sendiri untuk terus dapat bersaing di rantau ini. Untuk mengundi sila klik gambar APM diatas.
posted by admin at 6:43 PM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Hujung minggu yg memenatkan