About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Siti, Anugerah Seri Angkasa & SureHeboh

Monday, March 13, 2006
Ore : 7:22 PM

Siti
(terharu sungguh nakal dibuatnyer)
Assalamualaikum semua….. apabila sudah terlalu banyak input yg kadangkala membuatkan nakal tidak tahu yg mana perlu diluahkan dahulu. Minggu sudah terlalu banyak perkara hebat yang telah berlaku. Dimana patut nakal mula pun tidak tahu. Oklaa nakal mulakan dgn cerita Cik Siti kita ni. Buat pertama kalinya dalam hidup nakal kisah cinta artis tanahair mendapat liputan secara meluas sampaikan setiap berita perdana diTV dari TV1 hinggakan ke Berita Astro memberikan liputan mengenai kisah percitaan Siti. Ini belum lagi Siti berkahwin, mau ada live telecast punyalah. Hebat betullah Cik Siti ni. Walaupun masih belum disahihkan lagi siapakah gerangan jejaka yg dapat menambat hati Siti, tapi rata2 pihak media memberi gambaran bahawa Datuk Khaled adalah jejaka itu. Pun begitu Cik Siti masih enggan berkongsi dgn khalayak jejaka yg berjaya memikat hatinya. Pada nakal jika Siti masih terus membisu tanpa memberi kepastian pasti lebih banyak spekulasi dan sumber2 yg boleh dipercayai akan mucul. Pekara baik macam nie lebih baik dihebahkan daripada menjadi penyabab lebih banyak dosa kering yg akan diperoleh. Apa-apa pun nakal harap Siti berbahagialah dgn org yg tersayang.

Anugerah Seri Angkasa.

Malam minggu kelmarin memang nakal tertonggok depan kaca tv nak tengok anugerah nie. Dari karpet merah hingga ke persembahan terakhir nakal tonton. Dari Eton duduk hinggakan Eton tertonggeng berdengkur nakal masih tertonggok depan TV. Memanglah anugerah ini boleh dikatakan yg paling berprestij sekali (Yelah anugerah rasmi negara). Tetapi macam ada yg kurang didalam majlis semalam. Entahlah nakal pun tak tau apa yg kurang, membuatkan anugerah berprestij ini kurang nampak serinya. Tapi gandingan pengacara malam tu Aznil dan Kak Engku amat menghiburkan. Lawak bersahaja dari mereka berdua sedikit sebanyak menyelamatkan keadaan yg seakan2 hambar. Walaupun ini kali pertama diuruskan oleh Astro tapi kewibawaan Astro didalam mengendalikan acara2 besar tidak dapat dinafikan. Yang menghairankan kemana menghilangnya nama2 gah yg banyak memenangi anugerah sebelum ini pada malam itu. Hinggakan tidak tersenarai langsung didalam nama2 calon akhir. Terutamanya didalam kategori radio. Kemana hilangnya nama Linda Onn & Nana. Kenapa nama mereka tiada didalam kategori penyampai Radio? Apa-apapun sekalung tahniah diucapkan kepada pengajur yg berjaya menghimpunkan orang-orang penyiaran tanahair dimalam tersebut begitu juga untuk para pemenang, walaupun nakal kena marah dgn Eton sebab tak kejut dia time Mawi performe. Heheheheh…

SureHeboh
(gambar ihsan dari Huda)
Malam tadi Konsert Sure Heboh disiarkan secara langsung dari Dataran Nilai 3. Dari apa yg nakal tengok dari kaca TV meriah sungguh orang Nilai berkumpul untuk menyaksikan Konsert Sure Heboh. Dan malam tadi juga Karnival Sure Heboh telah ditukarkan nama kepada Karnival Jom Heboh yg menampakkan lebih KeMalaysian jika dibandingkan dgn nama sebelumnya. Tak banyak yg nakal nak ulas mengenai Konsert ini cuma gandingan pengacara malam tqadi Ally Iskandar dan Misha Omar nampak kurang memberangsangkan, Misha kelihatan agak gugup adakalanya dan banyak dicover oleh Ally. Oklah sampai disini sahaja, nakal nak ucapkan jutaan terima kasih untuk Huda kerana gambar yg diberikan.

posted by admin at 7:22 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Siti, Anugerah Seri Angkasa & SureHeboh
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com