About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (14 June 2006)

Thursday, June 15, 2006
Ore : 2:30 PM

Wah, cukup penuh perasa dairi yang dipaparkan hari ini! Bermula dengan Salima yang kelihatan cuak menanyakan kehilang Farhan dari akademi kepada kamera didalam akademi. Ada juga pendapat yang gelagat Salima ketika itu agak tergedik-gedik dan bagi aku memang adalah unsur sedemikian ketika itu. Aku kira perbuatan itu sudah sinonim dengan perilaku Salima sejak azali lagi. Sebenarnya para pelajar lain memang cukup yakin bahawa Farhan bukan diculik atau melarikan diri cuma hairan kemana Farhan telah pergi. Yang sebenarnya farhan berada didalam akdemi untuk menjadi ‘makeover’. Mungkin pihak akademi merasakan penampilan Farhan didalam akademi agak selekeh jika hendak dibandingkan dengan para pelajar lain. Maka dengan itu akademi membawakan seorang jurumekap khas untuk memperbaiki keterampilan Farhan diakademi lebih-lebih lagi rambutnya yang senantiasi disiput ketika diakademi.

Semasa didalam kelas teknikal vokal para pelajar diminta menyanyikan lagu enjit-enjit semut didalam beberapa kumpulan dan setiap kumpulan menyanyikan mengikut key yang berbeza. Jelas sekali tenaga pengajar kali ini membuat kelainan yang ketara berbanding kelas-kelas teknikal vokal AF yang lalu. Aku rasa para pelajar cukup suka dengan pendekatan pembelajaran sebegini. Ianya tidak mendatangkan stress kepada para pelajar. Tetapi aku rasa Cikgu Syafi mesti lebih menumpukan pemerhatian kepada kelemahan pelajar secara individu.

Ketika para pelajar sedang sibuk nak makan ke atau baru habis makan aku tak pasti tapi RS Jamal tu datang beritahu kepada para pelajar yang mereka ada tetamu khas dan meminta mereka meneka tapi semau bebudak tu buat macam tak tau. Aku dapat merasakan yang kehadiran RS didalam AF tahun ini kurang dirasai berbanding tahun sudah. Kemunculan semula Farhan kedalam akademi disambut dengan rasa cemburu para pelajar wanita lebih-lebih lagi Velvet yang beriya-iya nak buat makeover juga. Tapi dalam scene ini aku paling tertarik melihat Haziq yang seperti terpegun melihat keayuan Farhan. Siap tenung jerk pada Farhan dan paling tak tahan siap nak cium bau badan Farhan tu. Apa la mamat nie macam tak pernah tngok perempuan pulak.

Didalam kelas Ajai, Velvet kelihatan mempunyai masalah ketika menyanyikan lagu teman tapi mesra, lebih lebih lagi ketika berada dinote redah. Lotter pula kelihatan agak sakit ketika menyanyikan lagu Iris dan aku memang menjangkakan yang Lotter pasti menghadapi kesukaran untuk menyanyikan lagu ini. Penurunan key terpaksa dilakukan untuk membantu Lotter untuk persembahn minggu ini. Itu pun kalau Sham Kamikaze ada hati perut la nak Bantu buatnya dia ikut kepala dia macam time Felix nyanyi lagu Hukum Karma tahun lalu mesti mati terjerut Lotter agaknya.

Paparan Faizal menceritakan pengalamannya ketika menjalani sesi ujibakat kepada Rich agak membosankan. Bukannya apa cuma butir pebualan mereka agak kabur dan kurang jelas. Faizal menceritakan yang dia dipaksa menyanyikan sehingga 16 buah lagu ketika berada di stage tiga oleh Pn Fauziah Nawi. Rich pula melopong bagai tak percaya. Entah laa…

Diakhir diari tengahari ditunjukan Farhan menari dengan Diddy sambil diperhatikan rakan-rakan yang lain. Salima muncul dan sekali lagi berjaya menunjukkan kegedikkannya. Kononnya Farhan cuba merampas Diddy Velvet pula muncul dan memberitahu yang dia tidak suka melihat Farhan mencuri Diddy. Mesti Diddy rasa para pelajar wanita semua dah cair dekat dia. Huahauhauaaa…

Diari disambung dengan paparan para pelajar menimbang berat badan masing-masing. Salima tidak berpuas hati dengan bacaan berat badannya kali ini. Berat badan Salima telah naik satu kilo berbanding minggu sudah. Dia asyik mempertikaikan bacaan penimbang itu dan mengatakan yang dia boleh menurunkan berat badannya sebanyak dua kilo seminggu jika dia mahu. Velvet pula asyik mengacau dia dengan berkatat ”Terima sahajalah kenyataan..” Sebenarnya paparan ini cukup membuat para penonton naik rimas dengan gelagat Salima yang semakin gedik. Dia asyik memperbesarkan masalah yang remeh dan pastimengundang ras kurang senang dikalangan para pengundinya tetapai cukup menyenangkan bagi mereka yang tidak menggemarinya.

Untuk sesi kedua dairi seorang tetamu telah hadir ke akademi iaitu Jaclynn Victor seperti yang diberitahu oleh RS Jamal Kayu. Tapi yang masuk akademi bukanlah Jac tapi sebenarnya wartawan dari NST Hafidah Samat yang memiliki raut wajah seiras dengan Jac. Yelah takkan Jac nak pakai baju kurung, dia kan suka berkemban jerk. Fida nie adalah memberikan tips-tips kepada para pelajar tu pasal cara-cara nak berinteraksi dengan orang-orang media bila dah keluar AF nanti. Aku kira pembelajaran tentang commucation skill ni amat penting untuk para pelajar ini. Bukannya apa asyik kedengaran setiap kali musim AF abis pasti ada pelajar AF yang dihentam akibat dari sikap mereka pada wartawan.

Tetamu seterusnya yang dijemput masuk kedalam AF hari ini adalah Zulfazli ala juru make-up Astro juga. Macam musim sudah dia mengajar para pelajar mengenai kepentingan make-up dan tunjuk la sikti demo untuk para pelajar. Ala takat tujuk pakai bedak asas jerkk. Tak taula pulak kalau ada ajar sekali cara pakai bedak sejuk pada bebudak tu tapi tak disiarkan. Kemudian para pelajar mendapat hadiah dari Loreal.

Kemudian paparan yang cukup menraik ditayangkan. Amirul dengan Lotter bergaduh. Memang kelihatan ada masalah serius pada mereka sehinggakan sanggup bergaduh besar pada dan serta merta cuba dileraikan oleh para pelajar lain. Tapi aku tengok Amirul lebih beruntung jika nak dibandingkan dengan Lotter. Sebab Lotter cuma dipegang dan ditenteramkan oleh para pelajar lelaki. Tetapi Amirul dipeluk erat oleh Farhan dan para pelajar wanita yang lain (tapi GODZILA takde pulak dekat ngan Amirul). Kira untung abis la Amirul, Salima dan Velvet semua memegang Amirul untuk menenangkan dia namun tidak diketahui samada mereka nie cuma mengambil kesempatan keatas Amirul atau tidak. Yang pasti mak-mak yang kat luar tu mesti jelous tahap gaban tunggang naga tengok para pelajar perempuan dapat berbuat demikan pada Amirul. Kemudian Diddy mengumumkan yang pergaduhan diantara Amirul dan Lotter hanyalah rancangan para pelajar lelaki untuk membuat kejutan kepada pihak Astro. Kali ini barulah aku sedari yang Diddy kurang menonjol didalam akademi sebelum ini dan sudah mula kelihatan yang dia sudah mula berjaya memasukkan dirinya didalam kumpulah pelajar lelaki bukan seperti sebelumnya yangsering didominasi oleh Faizal, Lotter dan Rich sahaja.

Penonton kemudian dibawa melihat gelagat Faizal ketika diajak bentuk koreografi lagu Blue Ganu Kita oleh Cikgu Corrie diruang makan akademi. Kedengaran juga Cikgu Corrie cuba bercakap menggunakan loghat Terengganu kepada Faizal. Ianya kedengaran cukup kelakar. Diakhir diari para pelajar lelaki tengah cuba buat hand stand sambil bersandar kepada dinding. Rich tidak mampu melakukan pergerakan itu. Hanya Faizal saja yang kelihatan berjaya melakukannya. Diari ends here.

Ulasan lain:
Lada jeruk
Cili Giling

posted by admin at 2:30 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (14 June 2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com