About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Konsert Mingguan Akademi Fantasia 4 (Minggu 4)

Monday, June 26, 2006
Ore : 1:50 PM

Aku nak minta maaf sebab dah lama tak update blog nie. Macam-macam hal yang jadi pada aku sepanjang minggu lepas yang menjadi penghalang untuk aku mengnulis disini. Bermula dari aku pergi trip ke Pulau Sibu, kematian saudara dan masalah terpotong jari cukup menjadi halangan untuk aku menaip. Hari ini aku cuba luang kan sedikit masda untuk mengupdate mengenai konsert AF yang lalu walaupun dah terlambat.

Barisan juri
Adlin Aman Ramli
Harun Salaim Bachik
Noraniza Idris

Selepas sesi pengenalan oleh para pelajar Adlin mencuri tumpuan buat seketika untuk sesi meminta maaf secara terbuka. Dan aku kira tindakkan ini memang patut dilakukan tetapi apabila pihak Astro menghubungi Saleem terus jerk para penonton dapat pendidikan moral percuma. Aku kira tak perlulah nak telefon Saleem masa tu. Bukankah pihak Astro dan Adlin dan bertemu dengan dia sebelum ini. Oklah berbbalik kepada konsert.

Velvet
Velvet merupakan pelajar pertama yang membuat persembahan malam itu. Cara penyampaiannya boleh dikira sederhana. Dia masih menghadapi masalah didalam nota rendah. Walaupun Velvet memiliki suara yang nyaring dan jelas setiap kali berada dinota tinggi tetapi apabila berada dinota rendah suara dia kekurang weight dan kurang jelas kedengaran. Dari segi tarian ok tetapi tampak kurang yakin
2.9 Bintang

Haziq
Dia membawa lagu Buat sang Puteri dari kumpulan Spider. Pada awalnya aku macam kurang yakin yang Haziq mampu membawakan lagu ini. Namun apabila sudah sampai ke verse kedua aku tampak mamat ni memang telah mencuba sehabis baik. Dia tetap mengalami masalah kegugupan walaupun dia tak pegang mic. Namun setiap kali tangannya dihulur kehadapan masih jelas kelihatan menggigil. Tapi Haziq berjaya membuktikan sesuatu malam itu.
3.0 Bintang

Zila

Secara keseluruhannya Zila menunjukkan peningkatan didalam persembahna. Latihan intensive yang dijalaninya sepanjang minggu cukup menampakan kesan. Tarian dan nyanyian nampak seiring tapi masih ada kelemah sedikit didalam nota rendag sama seperti Velvet tiada weight.
2.8 Bintang

Diddy

Membawakan lagu Nusantara dedangan asal M. Nasir. Diddy menggunakan segala tenaga yang dimilikinya untuk menghidupkan persembahannya malam itu Dari segi vokal memang aku kira Diddy meletop abis sebab tak semput langsung walaupun berlari sekeliling pentas.
3.9 Bintang

Amirul
Diiringi oleh Ito ketika menyanyikan lagu Khatulistiwa tidak memberi apa-apa makna kepada persembahan Amirul. Walaupun ada peningkatan dari segi persembahan tapi Amirul masih lagi boleh dikatakan jauh ketinggalan dari segi vokal dari rakan-rakan yang lain. Mungkin benar kata Adlin…
2.5 Bintang

Farhan
Tak perlu dijelaskan lagi. Superb
4 Bintang

Faizal

Dua sahaja komen yang aku dapat berikan untuk Faizal
Effort ada tapi attitude tiada.
2.8 Bintang

Salima

Salima memang kelihatan cuba melakukan sehabis baik yang dia termampu setelah mengetahui dia berada dikedudukan kedua terbawah minggu sudah. Namun setiap kali dia adlib mesti over. Penghayatan ok.
2.6 Bintang

Lotter

Persembahan Lotter agak hambar malam itu. Dia tidak mampu membawa mesej lagu tersebut dengan baik. Vokal juga tidak kedengaran dengan jelas.
2.6 Bintang

Zila merupakan pelajar yangmendapatkan undian terrendah minggu lalu walaupun kalau nak diikutkan persembahan Amirul atau Lotter lebih layak untuk keluar.

Untuk ulasan lain
Klubbkidd
mentallydisturbed
mY kopitiam
badrulaftersix
maddox24

posted by admin at 1:50 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Konsert Mingguan Akademi Fantasia 4 (Minggu 4)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com