Macam biasa aku balik kerja agak lewat. Tapi sempat jugaklah surf kat internet carik cerita baru dan panas yang ada. Tapi cerita semalam masih belum padam lagi hangatnya. Cuma thread panas pasal semalam dah disolex oleh mod. Tak dapatlah lagi bebudak nie nak mengomen pasal topik tu lagi kat situ. Walaupun benda tu tak dapat lagi disahkan aku tengok dah ada jugak bebudak tu berani hantar sms kat chat@15. Dah tentulah mod kat chat@15 tu tebasnye. Apalah buat rugi duit kauorang jerk.. Tapi hari ni aku jumpa satu thread yang dibuka oleh aFVIRGO. Rajin sunggah budak nie buat banner untuk semua pelajar-pelajar AF nie. Siap ada bait-bait lirik lagu tugasan mereka untuk minggu ini. Aku salute lah kat kau aFVIRGO (dah macam iklan maggi "KAMI TABIK MAT LICIN"). Pasal konsert untuk malam esok aku tak sure dapat tengok ke tak sebab malam tadi mak aku call cakap nak ajak gie kuar dinner satu family. Tempat pun nak pergi pun masih lom confirm. Tak surelah dapat tak tengok konsert tu nanti. Ok inilah ulasan aku pasal diari hari semalam.
Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama
Kali nie diari dimulakan dengan perbincanagn berkumpulan para pelajar perempuan. Memula-aku ingatkan diaorang nie nak confront yang macam Amyleya kena masa musim ketiga tu. Alah yang siap nangis kena papah tu. Tapi kali ni takdelah seteruk tu. Mula-mula bila si Sherry tu tanya ada masalah ke antara mereka, diorang cakap ok jerk takde apa. Bila sorang jerk bukak mulut abis semuanye terbabit cakap tak puas hati. Adalah dua tiga orang budak tu macam tak berapa puas hati dengan si Noni. Memula si Zana cakap yang dia takut kena marah dengan Noni masa dalam kelas tarian tu. Aku pun tak paham nape ntah nak takut dengan budak tu. Makan orang ke budak tu yang buat Zana samapi nangis terisak-isak. Then Cindy pulak ckap yang dia pun ada problem dengan Noni. Pastu memcam lah diaorang nie bercerita insiden-insiden yang terjadi dalam AF tu. Itulah bila dah gedik sangat, sampaikan tingkah laku pun tak leh nak control dan aku kira bebudak nie macam tersinggung dengan perlakuan Noni. Mungkin cara teguran ke apa ke diaorang ni tak leh accept. Ada jugak bab-bab yang kelakar terkeluar dalam masa diaorang berbincang tu. Mana taknye bila bebudak tu mengajuk cara Heliza menunjuk. Pastu dalam sibuk usrah tu sempat pulak si Mila tu buat gaya renang kuat kupu-kupu. Ini baru minggu pertama dah ada hal-hal macam gini tak tau lah diaorang nie masih belum serasi lagi ke atau memang tak akan serasi. Tapi kalau tengok masih dua tiga hari lepas nampak pulak bebudak girl nie bolhe get along dan tergedik sesama. Entahlah.
Pastu adalah paparan yang tak menarik ditunjukan. Kali ni kamera banyak jugak fokus pada Shawal. Shawal berlakon jadi Cheflah. Shawal sibuk angkat Aizatlah. Shawal pakai tudung dan berlakon jadi ponen. Kira macam nak tunukkan mamat ni dah mula nak tunjuk diri sebenarlah. Dah penat agaknya kontrol macho sebelum ni. Geli jugak hati aku bila tengok muka dia nie pakai tudung. Apa taknya hodoh nak mampus. Kalau jadi ponen pun takdenye laku macam blogger ponen yang fofular tuu.. Muahahaa... Tapi aku rasa pelajar lelaki yang lain masih ramai lagi yang belum tunjukkan diri sebenar mereka. Ataupun kamera yang tak sempat nak rakam perlakuan mereka nie. Pastu berbalik pada paparan dalam kelas LJ dan masa nie Dafi dnegan berlatih nyanyi lagu tugasanya. Dari pendengaran aku yang pekak sebelah ni. Kira ok jerk la belum nampak tanda-tanda superb pada nyanyiannya. Masa dalam kelas tu pun Cikgu Adnan ada tapi tak tunjuk pulak dia ada komen apa-apa.
Then Dafi cerita dengan Dekna pasal kejutan dia dalam masuk AF tu. Nampaknya dia memang dah tahu ada kejutan tu. Kalau tak takkanlah dia ingat dia akan dapat kejutan masa diaorang keluar makankan. Bila sampai jerk kat rumah dia siap dah perasan kamera yang disembunyikan lagi. Memang sengalkan. Then ada pulak Dekna terlepas cakap pasal satu student tu kena berlakon semula untuk kejutan tu. Kejikan... Dahlahh kejutan tak jadi. Pastu kena pulak berlakon balik nampak sangat nak latih beudak tu jadi fake. Tapi Dekna punya memang reallah. Memang jelas dia nie tak hipokrit. jadi masih boleh percaya ke perlakuan diaorang dlam akademi tu. Sialp-silap memang telah disuruh untuk berlakon untuk namapk lebih dramatik.
Aku tak taulah napa untuk minggu pertama nie cuma ditunjukkan Noni sahaja membuat persembahan didepan tenaga pengajar. Tak cukup masa kot. pastu minah nie kena tegur sikit jerk dah boleh terasa sambil menangis tersedu sedan. Siap si Heliza tu pujuk lagi itu pun tak berenti. Nasib baik bila "abang Roslan: pujuk dia ok balik kalau tak mau kena panggil mak bapak dia datang pujuk. ia cakap asyik tak yakin jerk. Tapi aku respectlah dengan Roslan sebab pandai jugak dia pujuk bebudak nie. Sebaris dua jer ayat yang keluar dari mulut dia nie boieh meredakan tekanan si Noni tu. Memang apa yang dia cakap tu ada asasnya.
Lepas daripada itu paparan dah mula takda isi. Cuma tunjukkan Fatin dan Aswad dapat goodie bag dari Akademi dan luahan rasa diaorang yangnak sangat perform. Kalau diikutkan keputusan debat semalm diaorang berdua nie masih dikekalkan tapi tak perlu perform. Tapi akan disingkirkan kalau undian untuk mereka itu yang terendah. Untuk Aswad aku rasa dia mungkin boleh survive. Tapi Fatin tu macam 50-50 jerk apa taknya tak nampak takda sakitnya. Pasti sakit pun dirahsiakan. pengikut pun masih lom ramai lagik dan tak boleh perform pulak tu untuk konsert nanti. Aku rasa kalau ada penyikiran dalam konsert pertama ini dia memang ada potensi kena singkir.
Diari diakhiri dengan paparan kelas latihan teknik vokal. Kali bukan diconduct oleh Cikgu Syafi tapi ada sorang lelaki tu. Kalu tak salah aku Ched dulu yang masuk Audition kalau kauorang ingatlah.
Ulasan Lain:-
Joe KlubbkiddLabels: AF