Penat, memang penat. Banyak perkara perlu dibereskan mengikut waktu yang semakin hari semakin singkat. Semuanya perlu diselesaikan sebelum aku berhenti. Aku makin kesuntukkan masa dan makin banyak benda yang perlu diuruskan. Aku baru sahaja mendaftar domain dan hosting. Dah upgradekan diri didunia siber ini. Aku kira ini langkah yang cukup besar untuk aku untuk mengharungi dunia yang aku minati. www.melayucentral.com best tak nama domain ini. Sudah berhari-hari aku dan Linkeen fikir akhirnya nama itu yang aku pilih. Oklah agaknya untuk permulaan aku cuma installkan Joomla sebagai basic utama laman web pertama aku. Masih banyak yang perlu dibelajar. Masih samar lagi. Nak install forum pun masih tak tau. Mungkin ambil masa yang panjang untuk aku mahir sepenuhnya. Jadi kalau ada sapa yang sudi nak mengajar aku cara nak membangunkan laman atau pandangan untuk sila hubungi aku yer. Akademi Fantasia, Mp3central, Alljustinfo, Lyricentral dan Carfever terabai seketika. Aku cuba gagahkan juga diri untuk update sebaik mungkin.
Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Selasa Minggu Ketujuh
Sejak konsert minggu sudah, semakin menarik pola pengundian dapat dilihat dikalangan para pengundi. Ada kalanya Ebi diatas, adakalanya Dafi dan Shawal. Nama pelajar yang tercorot pun acap kali berubah-ubah. Nampak sangat saingan masih luas terbuka antara mereka. Namun bagi para pelajar yang dulunya dilihat tidak menjadi pilihan semakin mendapat perhatian. Nama Mila semakin disebut-sebut sejak kebelakangan ini. Makin banyak tumpuan diberikan kepada budak ni. Makin naik saham dia. Aku tengok dikalangan blackout blogger dah makin memberi perhatian. Itulah berkat usaha yang tidak kenal putus asa. Sentiasa ingin memberikan yang terbaik. Karektor si Mila pun semakin terselah sejak kebelakangan ini. Aku rasa dia pun sudah semakin yakin dengan langkah yang diorak. Diari malam ini pun makin banyak memaparkan telatah dia nie. Walaupun bukannya pilihan utama untuk juara tapi aku lihat dengan bakat, tonne dan attitude yang ditunjukkan Mila boleh mengikut jejak Fara. Bagi para pelajar lain, walaupun tanpa kehadiran Dekna di AF kini, kelihatan para pelajar tetap ceria. Masih banyak gurau senda dan gelak ketawa dikalangan mereka. Sudah ada nama-nama baru yang telah menghidupkan suasana AF. Ebi, Shawal dan Mila banyak memainkan peranan utama. Diharap benda ini akan berterusan .
Minggu ini kita akan dapat nilai jurang sebenar diantara para pelajar. Sebab semuanya mendapat lagu tugasan dari genre yang sama. Jadi siapa yang lemah akan jelas ketara. Aku harap ini kana menjadi asas untuk para pengundi untuk mengundi dengan bijak. Pada aku hanya tinggal dua orang sahaja lagi yang benar-benar tidak layak untuk ke final. Jadi hendaknya diaorang ini akan terkeluarlah sebelum konsert akhir. Selepas itu siapa yang akan melangkah ke final aku sudah tidak kisah. Dah puas rasanya.
Ulasan Lain:-
Tarian Rap - Joe Klubbkidd
Tarian 60an - Ajaimi
Tarian Ballet - Gidong
Tarian Kuda Kepang - Sultan Muzaffar
Tarian Tango - Mr Manager
Tarian Zapin - Juan Danza
Tarian Singa - Badrul After6
Labels: AF
Wow, this post is pleasant, my younger sister is analyzing these things, so I am going to tell her.
Also visit my web blog
Christian Louboutin Replica