About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KEENAM

Monday, April 23, 2007
Ore : 8:23 AM

Sepanjang minggu ini sudah timbul pelbagai spekulai di tempat kerja. Pada mulanya aku terpaksa rahsiakan sehingga ke hujung minggu. Akhirnya segalanya telah terlerai samada dari mulut aku sendiri mahu pun dari orang lain. Tak kisahlah. Aku sudah tender resign letter pada 13hb April yang lalu. Setelah hampir 4 tahun berkerja di RTW akhirnya aku meletakkan jawatan. Bila hari akhir aku masih tak pasti sebab menunggu GM yang nak turun ke JB hari Isnin ini. Bukan aku seorang sahaja yang nak berenti kerja tapi ada beberapa orang lagi. Perubahan angin baru diharap akan membawa lebih banyak kebaikan hendaknya. Jadi mungkin pertengahan bulan depan aku tidak lagi sebumbung dengan Linkeen, Dok & Abg Bob. Inilah tempat aku mencari rezeki yang paling lama setakat ini. Kalau tak dulu setahun sekali aku bertukar angin. Agaknya usia mematang pemikiran dan pengalaman menjadi guru yang terbaik didalam hidup. Ketika aku menaip ni aku sedang menonton Man Utd menentang Middlesbrough (seri 1 - 1). Layan sekali sambil menaip ni. Ok berbalik kepada Akademi Fantasia, untuk minggu keenam ini ada beberapa pembaharuan dilakukan didalam konsert. Sudah diperkenalkan pengkritik undangan seperti yang telah dipersetujui para pengundi ketika Debat AF minggu-minggu sudah. Dan pengkritik undangan minggu ini adalah Kudsia Kahar. Diperkenalkan pula butang biru untuk para pengkritik untuk diberikan kepada para pelajar yang berjaya mencuri hati mereka didalam persembahan. Dan pelajar yang mendapat lampu biru terbanyak akan menerima hadiah didalam akademi nanti. Satu lagi kelainan didalam konsert ini adalah dengan kehadiran bintang-bintang untuk memberi amanat kepada para pelajar. Ada elemen-elemen majlis penyampaian anugurah pula kali ini. Dan senarai bintang yang dijemput memberi amanat kepada para pelajar adalah. Jalaludin Hassan, Erra Fazira, Khatijah Ibrahim, Hans Isaac, Rahimah Rahim, Dato Mustafa Maarof, Dato A. Rahman Hassan, Que Haider, Sazzy, Farid Kamil dan Ramlah Ram. Sebab dah terlampau banyak sangat waktu yang ada jadi piahk produksi kenalah selitkan pelbagai unsur lain untuk memenuhi slot masa yang sedia ada. Tak tahulah nanti bila pelajar dah tinggal 5 atau 6 orang mesti banyak lagi lagu tugasan dah elemen lain yang akan diselitkan. Berikut adalah ulasan untuk persembahan setiap pelajar.

Rizal - That Thing You Do.

Dari pendengaran aku, nyanyian Rizal masih ada masalah yang perlu dikemaskini lagi. Ada part yang kedengaran mendatar. Diction dan sebutan masih banyak perlu diperbaiki. Stamina agak kurang diakhir persembahan. Sudah boleh dilihat Rizal mengah. Low note Rizal pun masih tidak berapa jelas kedengaran. He seems too stress in his performance. Agaknya dah terlampau fokus kepada sebutan dan gerak tarian and he forget to enjoy it. Anyway aku suka tengok koreografi yang dipersembahkan.

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Kudsia.

Nakal bagi 2 1/2 Bintang

Shawal - Peronda Jaket Biru.

Aku tak suka pada baju t shirt koyak rabak macam roti kirai yang Shawal pakai. Tapi aku suka persembahan dia. Semuanya ok attitude cukup. Teknik vokal pun ok. Walaupun tonne suara dia tak berapa kena dengan lagu rock macam ini. Aku rasa Shawal akan dapat lebih baik kalau dia lebih banyak meronda serata pentas. Anyway best.

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Kudsia.

Nakal bagi 3 1/2 Bintang


Heliza - Nafas Cahaya
Dia patut sedar, lagu yang dia ambil minggu ini adalah slow number dan sukar. So dia kena lebih banyak latihandan bermain dengan emosi untuk lagu sedemikian. Aku tau sukar untuk menyampaikan lagu ini dengan baik sebab nak jaga lenggok dan patah lagu. Aku tak nampak pergerakkan Heliza dan lagu bersatu. Dari segi vokal aku hairan kenapa semakin lama semakin merundum prestasi dia ni. Low note dia masih not so clear. Masih tak belajar lagi ke cara nak buat low note lebih jelas. Lagi satu aku rasa dia nie terlampau control ayu atas pentas tu. Dia kena lebih selamba dan rilek ketika membuat persembahan barulah nampak penyatuan diantara lagu dan dirinya.

Butang Biru datang dari: Gee

Nakal bagi 2 Bintang

Aswad - Yang Sedang-Sedang Saja
Memang tak boleh diterima akal pemikiran aku persembahan dia nie. Dengan baju kuda belangnya pastu gelekkan maut yang boleh buat para penonton mati keracunan. Aku rasa kalau Aswad tengok balik video persembahan dia nie mau dia pecahkan VCD tu. Bukannya apa dia memang tak leh masuh dengan musik dangdut. Tak seiring langsung. Dari segi vokal dah lah tak sesuai untuk song macam nie pastu ada jugak pitching yang off dan semput pulak tu. Lepas ini aku harap pihak Maersto atau Astro ban dia dari nyanyi lagu dangdut. Anyway effort yang diberikan Aswad harus dipuji.

Butang Biru datang dari: Tiada

Nakal bagi 1 Bintang

Candy - Gadis dan Bunga
Vokal dan persembahan bersatu dengan baik. Aku suka. Bravo!!!

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Kudsia

Nakal bagi 4 Bintang

Ebi - Jujur
Low note masih merupakan masalah Ebi. Tidak kedengaran begitu jelas dan dia tak mampu nak sustain projection suara ditahap ini. Feel untuk persembahan memang ada dan dirasai ditambah lagi dengan corak persembahan dan nyanyian tersendiri. Yang lain semua biasa sahaja.

Butang Biru datang dari: Gee & Ogy

Nakal bagi 2 1/2 Bintang

Dafi - Qing Fei De Yin (Aku juga menyintaimu)
Dafi dapat membuktikan dia mampu untuk improve untuk konsert kali ini. Walau masih banyak lagi yang perlu diperbaiki lebih-lebih lagi high note yang asyik kedengaran dia terkucil. Dari segi persembahan biasa sahaja. Cuma gimik turun stage pergi kat Gee untuk dapatkan lampu biru.

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy & Kudsia

Nakal bagi 2 1/2 Bintang

Mila - Drama
Walaupun ada sedikit problem masa intro low note tak begitu jelas, aku kira persembahan Mila minggu ini semakin menarik. Setiap minggu nampak peningkatan ditunjukkan Mila. Krografi menarik dan vokal semakin mantap. Attitude yang berikan untuk lagu ini juga memang baik. She deserve for the four blue button.

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Kudsia

Nakal bagi 3 Bintang

Lagu Bonus

Awas - Tiada harmoni didalam nyanyian dan tarian para pelajar.

GIG - Baik sedikit berbanding persembahan pelajar lelaki.

Pelajar tersingkir

Rizal

Ulasan Lain:-
Joe Klubbkidd
Mr Manager
Penglipurlara-AF5
Noumad

LeoFantasia
SultanMuzaffar
Juan Danza
Budiey
Badrulafter6




Labels:


posted by admin at 8:23 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KEENAM
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com