Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama
Tak banyak yang menarik pasal diari semalam. Kelas Dr Love jerk dah nak dekat setengah jam. Pasal motivate diri nie ramai yang dah sedia maklumkan. Dr Love masih guna pendekatan yang sama seperti di AF3 dulu. Tak banyak bezanya. Yang beza bagi aku cuma para pelajar jerk. Apa yang kita dah tengok dalam AF3 dulu diulang balik. Tak macam dalam AF4 dulu macam-macam Dr Fazley buatkan. Dalam erti kata lain "boring". Bebudak tu pun asyik menguap macam badak sumbu.
Masa bebudak tu tengok DVD cerita Saving Private Lion, Fatin pun muncul kembali ke dalam akademi. Nampaklah bebudak perempuan nie happy dengan kehadiran Fatin semula ke dalam akademi. Yelah dah kurang dua orang sebelum ini memang terasa. Student yang memula sekali sambut kehadiran Fatin dalam akademi ialah Candy. Walaupun Mila tu kecil jerk tapi kuat jugak dia peluk sambil angkat si Fatin tu. Betulah cakap Joe yang Fatin nie kurus sangat dah macam Winona Ryder dalam cerita Beatle Juice aku tengok dia nie. Kepala lebih besar dari badan, bila dah masuk balik dalam akademi tu makan banyak sikti yer Fatin. Biar badan tu jadi montok sikit.
Pastu paparan Roslan Aziz jumpa dengan bebudak. Dia sound bebudak pasal tak ada kesungguhan untuk buat latihan. Nampak sangat persembahan pelajar masa konsert hari tu menghampakan pengetua tu. Dia ingatkan para pelajar tu untuk rajin buat latihan dan dia nak tengok bebudak nie time rehearsal nanti dan nak make sure student nie semua boleh nyanyi dengan baik time konsert kedua nanti. Baguslah tu, dapat jugak bebudak tu nanti perbetulakan kesilapan dan dapat improve diaorang punya performance untuk jadi lebih baik dari konsert yang dah hancur lebur minggu sudah. Then Roslan Aziz kasi Dafi dan Heliza reward sebab ada dalam top ranking diakhir konsert kedua. Tapi dia cakap Dafi tu top rangking jerk bukannya yang terbaik pun. So sendiri mau ingatlah. Yang undian memang berpihak pada Dafi buat setakat nie tapi tak tau besok lusa pulak. Reward yang Dafi ialah surat dari parent dia dan Heliza pulak dapat 8 ke 9 helai tudung dari mak dia dan ayah dia kasi nota untuk perangsang diri. Yang aku ingat, ayah Heliza suruh dia kekalkan identiti, kenal diri dan ruang. Kekalkan semangat jati diri dan jangan nangis. Pastu Dafi dapat satu lagi reward iaitu sejambak bunga dari krew produksi AF. Nape ntah nak kasi bunga pada si Dafi tu. Kalau betul nak kasi reward kasilah benda lain. Takde pekdahnya kasi bunga kat jantan ni. Bukannya boleh buat apa pun. Tau tau lah kalau si Dafi ni pandai nak buat potpori ke apa ke dari bunga tu.
Kemudian para pelajar diberikan lagu tugasan. Cuma perbezaan untuk kali nie Dafi diberi peluang untuk pilih lagu dahulu dan dia jugak diberi tugas untuk pilihkan lagu Aswad. Diaorang dah tak bokeh tukar lagu lagi jika dan ambil lagu yang telah ditampal. Berikut adalah lagu tugasa untuk minggu ini.
▪ Biarkan Aku Menangis - Tommy J. Pissa : Dinyanyikan oleh Farha
▪ Cinta - Amy Mastura : Dinyanyikan oleh Dekna
▪ Pencinta Wanita - Irwansyah : Dinyanyikan oleh Dafi
▪ Gotta Tell You - Samantha Mumba : Dinyanyikan oleh Mila
▪ Bailamos - Enrique Iglesias : Dinyanyikan oleh Ebi
▪ Aku Bukan Untukmu - Rossa : Dinyanyikan oleh Heliza
▪ Biso Bonar - Hattan : Dinyanyikan oleh Afiq
▪ Basket Case - Greenday : Dinyanyikan oleh Aizat
▪ Kenangan Mengusik Jiwa - A. Ramlie : Dinyanyikan oleh Shawal
▪ Bila Rindu Kusebut Namamu - Siti Fairuz : Dinyanyikan oleh Fatin
▪ Kembali Merindu - Slam : Dinyanyikan oleh Rizal
▪ Nak Kahwin Duit Tak Ada - Sweet September : Dinyanyikan oleh Aswad
▪ Mirai E - Kiroro : Dinyanyikan oleh Noni
Aku rasa tugasan untuk Candy, Heliza, Rizal, Farha dan Afiq cukup akan mencabar vokal mereka. Sebab lagu tugasan mereka punya range yang luas dan perlu feel yang mendalam. Tak taulah macam mana gaya nanti bila Fatin nyanyi lagu Semua Jadi Satu. Takut jugak lagu tu akan bertukar jadi Semua Jadi Dangdut jerk nanti. Mauhahaha. Tapi Fatin nie bukan calang-calang jugak sebab sebelum dia masuk AF nie dia memang kerja menyanyi kat Danga Bay tu. Sebab tu muka dia nie familiar buat orang kat JB tu. Then paparan Noni dan Shawal tu saja jerk untuk kasi signal awal yang bakal ada pelajar nie bercouple nanti dalam AF. Alah benda-benda nie memang takleh lari dalam AFkan. Kalau takde pun mesti kena paksa untuk diadakan macam kes Vince dan Liza. Very the ... diaorang ni...
Apabila lagu tugasan untuk si Aswad diserahkan pada dia. Nampaklah lah dia happy sangat tapi kesiankan dia nie tak dapat pembelajaran macam bebudak lain tu. Tapi taklah kesian aku tu sampai sanggup nak hantar undi untuk dia.. Macamana aku nak tau ability dia nie, sebab dia belum perform lagi. Tak macam si Ezie yang dah sibuk melobi bebudak untuk AFUNDI si Aswad nie.... hahaha.... Jgn marah Ezie... Gurau jerk
Aku malas nak ulas pasal komen tenaga pengajar pasal poersembahan para pelajar tu. Sama jerk dengan apa yang pengkritik cakap. Tak banyak beza pun. Dan diari diakhir dengan paparan Aswad gi klinik dan buat medical check up lagi. Tak tau la bila dia ni dapat masuk balik akademi. Mungin sehari dua lagi kot. Sebab bebudak tu semua pun dah dapat injection untuk avoid chicken pox. Chiaooo....
Ulasan Lain:-
Labels: AF