Sejujurnya aku memang tak dapat untuk menonton keseluhan Konsert Akademi Fantasia untuk minggu yang pertama secara live. Seperti yang aku cakap semalam aku terpaksa keluar dinner dengan family aku (Utamakan Keluarga. mesej kemasyarakatna dari Nakaltitde). Kita orang gie dinner dekat Sayam Stulang itu pun ayah aku siap jemput makcik aku sekali. Aku pun tak tau apa occation sebenarnya. Anyway dah lama jugak aku tak pergi Sayam kat Stulang tu adalah dekat setahun. tak banyak yang berubah dari tahun sudah. Cuma for that night ada lah lain sebab ada pemuzik jalanan yang buat persembahan tapi kena gak kasi duit la kat diaorang tu. Bukannya free Dek Non oi.. Aku ingat Owner kedai tu yang bayar untuk performance diaorang tu tapi customer gak yang kena kasi tapi ikut ikhlaslah. Not bad jugak diaorang nyanyi. Tapi aku tak ambil kisah sangat sebab lauk kat depanaku lagi perlukan perhatian dari aku nie yang memang dah sediakan perut untuk melantak malam tu. Aku cuma sampai kat rumah balik dalam pukul 10 malm kot. Masa tu Ebi baru nak buat persembahan. Kiranya dari Ebi punya performance jerk yang aku sempat tengok live. Anyway aku impress gak tengok set baru untuk KOnsert nie. Nampaklah Grand berbanding tahun sudah. Jauh bezanya dengan set untuk pentas Gangstarz walaupun kualiti peserta Gangstarz lebih tinggi dari bebudak AF ni.
Lagi satu yang aku perasan tak lagi pintu-pintu keramat yang boleh bawak keluar beg Samsonite tu dari bawah lantai ke dari balik dinding ke. Semunya manual jerk tahun nie. Cuma musik arrangement untuk Konsert pertama nie memang hampeh. Ibarat aku dengar deringan dari telefon yang pakai mono ringtone. haah macam tulah gamaknya. Kalau yer pun nak tonjolkan vokal bebudak ni, janganlah sampai tahap macam tu sekali. Inikan Konsert pakailah full music arrangement. Maksud aku musik yang pakai lebih banyak instrument dan lebih menghidupkan suasana persembahan. Aku tengok pun rata-rata bebudak kat chat@15 memang kondem abis pasal musik arrangement yang suck tu. Musik arrangement punya pasal abis semua lagu jadi hambar. Aku rasa Roslan Aziz kena take note benda ni. Sekali lagi sejarah baru tercatit dalam Akademi Fantasia bila mana Zana menarik diri akibat tak tahan menerima tekanan semasa dalam Akademi. Sebelum ni takde pulak pelajar akhir Akademi Fantasia yang menarik diri. Ini dah kira tekanan tahap teruk lah nie sampai sanggup tarik diri. Anyway aku rasa memang Zana mengambil tindakkan yang wajar. Jika dah tak boleh nak fokus lagi dalam pembelajaran sehinggakan tak mampu nak perform baik undurkan diri.
Satu lagi pembaharuan dalam AF tahun nie, pengkritik tetap seramai tiga orang iaitu Gee, Hattan dan Ogy. Kenapa Adlin tak dikekalkan aku tak pasti. Mungkin kelainan yang dicari pihak produksi tahun ini ada baiknya. Ketiga-tiga pengkritik nie boleh ikut perkembangan bebudak tu setiap minggu. Dan kelainan lagi pasal kedudukan undian para pelajar tidak lagi ditunjukan untuk penonton didalam dewan. Hanya dipaparkan discreen TV untuk penonton dirumah itu pun dah takde tulis peratusan undian. Ini dah kira bais. Kenapa bebudak tu tak boleh tahu kedudukan mereka diawal Konsert. Atau memang tak nak diaorang nie berada dalam keadaan over confident bila tahu diaorang ada dikedudukan yang selamat. tapi bila Undian ditutup ditunjuk pulak kedudukan undian mereka. lagi lah ngeri bebudak tu. Okaylah ni dia ulasan aku pasal persembahan individu para pelajar untuk minggu yang pertama nie.
Review Konsert Akademi Fantasia 05 Minggu Pertama
Konsert dimulakan dengan pengenalan para pelajar ibarat model-model memperagakan pakaian dari Myrazarna & Revv (tak taulah betul ke aku eja nie main langgar jerk). Memang ambil kesempatan betullah sajer jerk nak buat KL Fashion Week kat AF nie tapi budget rendahnya takyah bayar model. Dah pasti jutaan orang kat Malaysia nie tengokkan. Very the... Tapi bab pakaian bebudak nie bolehlah dibanggakan jika nak dibanding dengan musim-musim yang sudah. Ada nampak jugaklah yang diaorang (produksi AF) nie ada belajar dari kritikan yang diberikan sebelum nie.
Kedudukan pelajar diawal konsert
1. Dafi
2. Heliza
4. Fatin
5. Azwad
6. Farha
7. Rizal
8. Afiq
9. Shawal
10. Candy
11. Dekna
12. Noni
13. Ebi
14. Zana
15. Diya
16. Mila
Afiq - Lagu (Janjiku) Tagline "CAYA BEB"
Mamat ni dari mula dia nyanyi memang ada nampak masalah pitching. Starting dah gagal nak tarik audience attention untuk flow dengan dia. nampak sangat dia nie perlu banyak lagi belajar. Flat jangan cakaplah memang merata-rata. High note tak hit right note. Takde feel langsung dalam persembahn Afiq nie. Cuma satu jerk yang boleh dibanggakan, dia punya muka memang sebijik macam Puff Daddy malam tu. 2 Bintang
Mila - Lagu (Bersamamu) Tagline "Whats up-Whats up, check it out guys"
Mila nie kira ok sikit jerk dari Afiq. Low note dia ada weight. Tapi ada jugak dengar suara dia sengau, Mungkin dia masih tak paham cara nak project keluar suara dia agar tak sengau. Feeling pun masih kurang lagi. Aku dengar pun ada butir-butir perkataan yang tak clear. 2 1/2 Bintang
Dafi - Lagu (Uptown girl) Tagline "BAIK PUNYA"
Dari segi tone suara aku rasa Dafi ni takde specialnya. Biasa jerk macam artis yang sedia ada kat Malaysia nie. Performance dia malam tu ada nampak effort. Tapi agak semput dan tak cukup stamina bila banyak sangat movement yang dibuat. Pastu macam hilang kosentrasi pulak bila kena peluk dengan dancer tu.
3 Bintang
Diya - Lagu (Aku Masih Setia) Tagline "CAK"
Everything oklah (not perfect) dengan persembahan Diya nie. Walaupun ada pitching lari sikit. Tapi dianye low note memang ada weight tapi dia asyik nak play safe tak nak tarik high note bebetul. Aku rasa dianye suara memang ada range yang tinggi dan persembahan dia kan lebih menarik jika dia lebih berani. Attitude persembahan pun kurang. 2 1/5 Bintang
Farha - Lagu (Balada Pemusik Jalanan) Tagline "MANTAP"
Bagi aku musik arrangement memang spoil banyak persembahan pelajar. Farha punye persembahan pun terbabit sama. Dah lama musik tu cam siot jerk. Pulak tu budak nie macam nak taknak jerk jadi ROCK. Attitude yang ditunjukkan pun tak sampai. Rock sekerat jalan jerk. Walaupun opening dia aku macam teruja jerk tapi bila masuk second verse jerk dia dah mula hilang kawalan. Dah mula tak tentu arah tujuan. Endding pun bila menjerit macam tak sampai jerk... 3 Bintang
Ebi - Lagu (Milik Siapakah Gadis Ini) Tagline "RILEKS"
Memang kenalah persembahan dengan tagline kau nie. Dia nie macam malas nak nyanyi jerk. Low note masih longgar, adakalanya hampir tak dengar. Tapi high note ok tapi itu pun masih belum mantap lagi. Dahlah takde apa-apa koreografi untuk dia ini buat performance dia nie kosong. Dan lagi malang dia nie tak faham maksud lagu. 2 Bintang.
Dekna - Lagu (Tanpamu) Tagline "WOW"
Dia punya tonne sedap, tapi high note masih longgar lagi. Attitude dalam persembahan memang ada tapi a bit tenggelam bila Afiq muncul. Dari segi koreografi ok dan tak membosankan cuma stamina masih tak kuat lagi dan mula semput bila lagu dah nak abis. 2 1/2 Bintang
Shawal - Lagu (Harapan) Tagline "AGO-GO"
Dia nie boleh beri maaflah sebab cakap sakit tekak bernanahkan. Namun dari pendengaran aku suara dia biasa jerk. Tak dinamik langsung dalam nyanyi lagu yang punya range yang cukup luas ni. Pitcing pun masih ada tergelincir sesikit. Penghayatan pada lagu pun kurang. Mungkin boleh perform lebih baik bila tekak dah baik. 2 1/2 Bintang.
Candy - Lagu (Ka Ching) Tagline "Miow"
Dari segi persembahan aku rasa Candy dah ada attitude dan gaya yang baik. Untuk lagu sedemikian. Suara dia pun lantang dan ada weight. Cuma ada baris-baris yang dia mumble words tu buat tak jelas kedengaran. Satu lagi masalah aku dengan pakaian yang dikenakan macam Harvey Two Face nye baju jerk yang dia pakai. Lebih baik pakai baju Riddle cuma tukar lambang tanda soal jadi lambang duit lagi ok kot... Muahahaha... 3 Bintang
Rizal - Lagu (Menanti Sebuah Jawaban) Tagline "SICAYAK KITA GAH"
Betul ke aku tulis tagline si Rizal nie. Hentam jerk lah. Aku pun tak paham apa maksudnya. Kalau sapa yang tau bolehlah share dengan tinggalkan komen yerk. Ok dari segi vokal aku rasa tiada yang istimewa. Biasa jerk. Dia nie memang stress sangat masa buat persembahan tu. Tempo ada tertinggal. Nyanyian pun flat. Dan aku tak paham macamana Ogy cakap yang dia leh rasa feel yang disampaikan Rizal nie. Nothing special at all for this performance. Macam orang karoeke jerk dengarnya. 2 Bintang
Noni - Lagu (Tiada Logika) Tagline "PEACE"
Aku puas hati dengan persembahan Noni. Ada attitude dan voice projection pun ok. Dia nie memang boleh menari dan stamina pun ok dan masih boleh dipertingkat lagi. 3 Bintang
Heliza - Lagu (Kau Pergi Jua) Tagline "BEREEH"
Aku rasa untuk konsert yang pertama nie Heliza sahaja yang telah membuktikan keupayaannya. Itupun cuma setengah dari lagu itu yang dia berani sampaikan dengan gaya tersendiri. Tonne suara yang lunak dan merdu tambah pulak tu muka ayu dan pakai tudung, Aku rasa buat dia banyak meraih undi. Aku bukannya bais tapi ini fact. Vibrato yang terlalu banyak ada jugak buat aku aku mual sebab asyik nak beralun jek. Baik simpan untuk persembahan yang mendatang. Pitching ada sikit yang tergelincir tapi overall ok.
3 1/2 Bintang
Yang ini tak leh nak ulas panjang sebab perform pun sekerat jerk lagu tu. Pastu dah kena kritik. Sebab tak dapat pembelajaran lengkap seminggu tak macam student lain disebabkan sakit kulit (kurap kot sebab rahsia sangat. muaahahahaa mau kena rejam aku nie) Sengau dangdut memang ada cuma tak sure tonne suara dia nie ok ke untuk lagi genre lain. Kiranya dia punya vokal masih belum teruji sepenuhnya. 2 Bintang
Kedudukan akhir konsert
1. Dafi
2. Heliza
4. Fatin
5. Aswad
6. Farha
7. Rizal
8. Candy
9. Shawal
10. Afiq
11. Dekna
12. Noni
13. Ebi
14. Mira
15. Diya
16. Zana
Pelajar Tersingkir
2. Diya
Ulasan diari Ahad tidak akan dinaikkan sebab aku penat. Alah setengah diari tu dah tunjuk pada diari sesebelumnya. Lagi setengah pasal preparation before konsert jerk. Malaslah nak ulas.
Ulasan Lain:-
Joe KlubbkiddFaxs
AhmadFaidhi
Labels: AF