About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KETUJUH

Monday, April 30, 2007
Ore : 8:29 AM

Pagi ni masuk office nak siapkan closing sebab nak cuti panjang. Banyak kerja yang tertangguh mesti diselesaikan segera sebelum date line tiba. Tinggal lagu dua minggu saja aku akan berkhidmat disini sebelum meneruskan pencarian rezeki ditempat baru. Jadi sebelum berhenti semuanya mestilah diatur dan dikemaskini agar proses penyerahan tugas dapat berjalan lancar. Minggu depan bakal pengganti aku akan masuk untuk meneruskan segala tugasan yang ada. Sudah semakin hampir nie semakin sayu pulak rasa. Maklumlah lepas nie tak dapat lagi aku nak bergaduh dengan Linkeen lagi. Tak dapat lagi nak bergurau dengan Dok, Bob, Kak Nor dan Kak Ina macam biasa. Pengorbanan terpaksa dilakukan untuk mengupgrade diri. Dalam pada itu aku masih keliru dengan laman web baru aku. Semakin keliru dan ragu-ragu untuk meneruskan pembikinannya. Masih banyak yang samar. Bandwidth menjadi faktor utama. Aku masih mencari oranh yang dapat membantu. Dah mula terfikir mencari alternative lain sebelum mengorak lebih jauh. Nantilah aku fikirkan. Aku nak ucapkan tahniah untuk Siti dan team yang menjayakan Album Transkripsi sebab berjaya menggondol Anugerah Album Terbaik AIM malam tadi. Memang layak album itu menang. Pasal konsert AF malam ini, bosan dalam kegembiraan. Itu yang mampu aku katakan. Pihak produksi telah berusaha sedaya upaya untuk memeriahkan konsert ini sedaya mungkin tapi tetap kelihatan hambar. Pemberian hadiah kepada hadirin yang menggayakan pakaian paling kreatif bersempena tema konsert pun tidak membawa apa-apa erti. Persembahan para pelajar malam tadi agak menyedihkan. Tidak ramai yang berjaya mencapai tahap membanggakan. Pengkritik pun tidak seimbang didalam memberikan kritikan dan memberi lampu biru untuk para pelajar. Adakalanya Aznil seperti memaksa untuk diberikan lampu biru. Perlukah ada paksaan atau pun dorongan untuk pengkritik berbuat demikian. Sungguh menyedihkan. Diakhir konsert pasti rakan-rakan blogger lain melonjat kegembiraan kerana apa yang diimpikan telah tercapai. Tetapi segmen kehadiran ibu bapa ynag macam hari PIBG sekolah itu membantu Aswad untuk kekal didalam akademi. Walaupun segmen itu membuat ramai menituskan air mata termasuklah Hattan. Pada awalnya aku jangka dia akan tersingkir malam tadi. Ini adalah ulasan aku untuk persembahan individu para pelajar.

Pengkritik jemputan: Salih Yaakob


Heliza – Rindu Merindu
Tidak banyak perubahan prestsi Heliza saban minggu. She lack of attitude and personaliti in this song. Masih lagi kedengaran gaya Siti Nurhaliza dalam persembahan. Yang lain semua biasa sahaja. Tak banyak berubah berbanding mingu-minggu sudah.

Butang Biru datang dari: Gee

Nakal bagi 2 Bintang

Shawal - Joget Kaki Lima.

Dia nie penuh dengan konfiden. Keceriaan yang dibawakan cukup sampai dan bersesuaian dengan mood lagu dan maksud lirik. Dari segi vokal pun sudah boleh dikira ok berbanding pelajar lain.

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Salih.

Nakal bagi 3 Bintang


Aswad - Penyu Menangis

Aku tak nafikan yang Aswad mempunya projection voice yang cukup baik. Semuanye kedengaran jelas dan teratur. Tapi untuk persembahan kali ini aku rasa banyak kekosongan. Penyampaian pada awalnya tidak diiringi dengan emosi membuatkan ianya terasa kosong. Ianya hadir hanya apa bila sudah dipertengahan lagu. Waluapun sudah tidak menggunakan tangan dengan banyak bukannya bermakna dia tidak menggunakan langsung. Dia harus bijak menggunakan pancaindera yang sedia ada untuk memberi maksud setiap bait-bait lirik yang cukup puitis itu. Anyway malam ini dia lebih bagus dalam minggu sudah.

Butang Biru datang dari: Gee & Ogy

Nakal bagi 2 1/2 Bintang


Ebi - Berdendang Dalam Tangisan
Aku tau memang sukar untuk menyampaikan maksud lagu dengan genre lagu joget ini. Lagu fast number pulak tu mood sedih macam mana nak digayakan. Susahkan. Disinilah Ebi kena bijak menggunakan mimik muka untuk membuat ekspresi yang sesuai dengan maksud lirik. Walaupun aku tengok Ebi ada buat benda tu tapi masih belum cukup untuk dirasai sepenuhnya. Dan aku setuju dengan apa yang Ogy cakap pasal buah silat yang Ebi buat. Memang takde ciri-ciri pesilat langsung dia nie. Namun dari segi suara aku suka dengan tone Ebi. Kiranya sesuai jugak untuk lagu Jamal nie, walaupun masih ada sikit-sikit masalah pitching dan high note. Namun latihan Ebi untuk stamina telah memberi kesan positif untuk konsert kali ini.

Butang Biru datang dari: Tiada

Nakal bagi 2 1/2 Bintang

Dafi - Joget Angan Tak Sudah.
Minggu ini dia semakin berani untuk keluarkan suara. Walaupun masih banyak kelemahan tapi dia semakin berani dan konfiden. Memang terasa tenaga yang dibawakan untuk lagu ini. Cuma adakalanya suara penyanyi latar lebih kuat dari suara Dafi. Tapi perlu ke dia buat head banging dengan Shawal masa bridge lagu ni. Ini lagu rock ke?

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy & Salih

Nakal bagi 2 1/2 Bintang


Candy - Tari Silat Melayu.
Tetap konsisten seperti minggu sudah. Walau pun ada certain part tu low note tak berapa jelas namun ok. Dari segi performance biasa sahaja. Tapi Candy perlu lebih fokus dalam memberi pesembahan sebab bila pengkritik semua dah beri lampu biru ketika dia menyanyi kelihatan dia sudah mula hilang fokus sedikit didalm nyanyian. Aku rasa Candy perlukan melakukan sesuatu yang luar biasa untuk persembahan akan datang untuk lebih BOOM!

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Salih

Nakal bagi 4 Bintang

Mila - Dondang Dendang

Minggu ini Mila ada sedikit penurunan prestasi jika nak dibandingkan dengan minggu sudah. Lenggok dan patah lagu bagus. Keayuan dan attitude untuk lagu pun baik. Dia nie kena lebihkan lagi pemahaman maksud lagu dan latihan tambahan untuk teknikal vokal untuk menjadi penyanyi yang baik.

Butang Biru datang dari: Gee & Ogy

Nakal bagi 3 1/2 Bintang

Pelajar tersingkir

Sapa erk?

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd
Mr Manager
Penglipurlara-AF5

Noumad

SultanMuzaffar

Juan Danza

Labels:


posted by admin at 8:29 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KETUJUH
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com