About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (26/06/2006)

Tuesday, June 27, 2006
Ore : 1:35 PM

Tidak banyak perkara menarik yang berlaku didalam paparan diari semalam.
Para pelajar dibawa keluar dari akademi sekali lagi, nampaknya AF kali ini membawa pendekatan yang berbeza dengan musim sebelumnya yang mana lebih menyimpan para pelajar dari memberi pendedahan luar. Kali ini para pelajar dibawa mengunjungi IO Action Park di Negeri Sembilan. Cikgu Fazley dan Pengetua Ramli Sarip bertindak sebagai guru pengiring. Macam-macam aktiviti yang mereka lakukan disini termasuk memancing tapi yang paling best aku tengok masa diaorang naik motor. Macam mat dan minah rempit pun ada gak. Pastu aku tak sure lah siapa yang sempat buat wheely mungkin diaorang nie memang asalnya mat rempit agaknya.

Kembali kedalam akademi semasa mendengar ratapan Zila (rakaman suara pesanan Zila) tiada yang menarik ketika ini. Mungkin Zila tidak begitu mahir meluahkan apa yang terpendam dan para pelajar lain memang keletihan setelah melakukan aktiviti diluar sebelum itu membuatkan mood kesedihan hampir tidak ujud ketika itu.

Paparan Velvet, Farhan dan Lotter jamming sedikit menarik perhatian aku. Velvet menyanyikan lagu apa pun aku tak paham sementara Lotter bermain gitar dan Farhan bermain bass. Ada juga kedengaran bunyi drum tapi tidak ditunjukkan pula siapa yang bermain didalam paparan itu. Nampaknya para pelajar cuba menghilangkan kebosanan sementara belum mendapat lagu tugasan. Kemudian ada pulak paparan makan pill tapi ni tak yah komen sebenarnya hanya promosi untuk penaja sahaja.

Untuk sesi penilaian semula persembahn konsert yang lalu tidak begitu menarik dan tidak banyak komen yang diluahkan oleh tenaga pengajar. Aku rasakan untuk musim kali ini tenaga pengajar mengambil pendekatan memberi semangat dan harapan daripada memberi kritikan yang menjatuhkan dan ianya lebih ketara didalam musim ini berbanding musim yang lalu. Aku pun malas nak ulas pasal penilaian tenaga pengajar nie. Kemudian para pelajar diberi lagu tugasan masing-masing

Lagu tugasan minggu ini:-
Amirul - Lagu Zaman (SM Salim & Ramli Sarip)

Diddy - Biar Betul (Akar)
Faizal - Terharu (Sweet Charity)
Farhan - Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)
Haziq - Juwita Citra Terindah (M.Nasir)
Lotter - Bila April (Fazley)
Salima - Because Of You (Kelly Clarkson)
Velvet - Sangkar Cinta (Ziana Zain)
Lagu Bonus - Serasi Bersama (Ajai & Nurul)

Musim ini banyak sungguh lagu tugasan yang penaynyi asalnya terdiri dari tenaga pengajar. Mungkinkah nanti lagu sekolah RS Jamal akan turut dijadikan lagu tugasan para pelajar? Untuk lagu tugasan kali ini aku rasakan Salima, Amirul dan Lotter mungkin mengahadapi sedikit masalah. Velvet mempunyai kelebihan dengan lagu tugasannya.

Diari diakhiri dengan babak air mata Salima yang bersedih setelah dikomen teruk oleh Ajai mengenai persembahannya minggu sudah. Kemudian Amirul pula menangis ketika berada didalam kelas Cikgu Shafi dan cuba ditenteramkan Lotter. Diari tamat.

Ulasan lain
Klubbkidd

posted by admin at 1:35 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (26/06/2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com