Puas. Satu perkataan sahaja cukup untuk menggambarkan perasaan aku apabila menonton konsert minggu ini. Tetapi sebelum bercerita dengan lebih lanjut pasal AF aku nak minta maaf lagi sekali sebab sudah kembali jarang mengupdate blog ini. Gidong pun dah naik jemu remind aku untuk update blog nie. Maaf ye gidong, sebab aku betul-betul tak cukup masa. Proses peralihan tugasan semakin rancak aku jalankan. Hari Sabtu pagi aku dah tercongok kat office walaupun sebenarnya aku tak kerja sebab nak beri briefing untuk Fahmi budak baru yang akan mengambil alih semua tugasan aku di RTW. Dan jika minggu ini merupakan minggu terakhir pelajar mengadakan konsert untuk minggu kesembilan di Dewan MBPJ, bagi aku ini merupakan minggu yang terakhir aku akan bertugas disini. Dan mulai minggu depan aku akan memulakan tugas ditempat baru. Doakan aku success ditempat baru. Petang tadi aku sempat meluangkan masa untuk menonton Spiderman 3 bersama
Okey berbalik pada AF. Aku memang cukup puas dari semua segi untuk konsert yang sudah. Astro masih berpegang pada janji untuk tidak mengadakan AFMASUK sudah cukup menggembirakan. Kejutan dan gimik untuk para pelajar amat menghiburkan lebih2 lagi ketika Norlia Ghani dan Farid Kamil bersketsa untuk Heliza memang begitu mencuit hati dan bermesej. Persembahan pembukaan dengan Boria AF05 cukup sebagai pembuka selera untuk terus menonton walaupun tidaklah sebaik mana namun mood untuk terus menonton dan bersantai didepan Tv terus wujud. Untuk minggu ini pengkritik jemputan Lolok memang cukup berkaliber dengan memberikan pandangan-pandang yang cukup bernas dan tidak seperti pengkritik-pengkritik jemputan sesebelum ini yang mana selalu kehabisan idea untuk memberi komentar terhadap persembahan para pelajar akibat daripada semua komen telah disampaikan terlebih dahulu daripada pengkritik tetap. Mengenai tugas terakhir Aznil sebagai pengacara musim kali ini memang sudah dijangka, dan terungkai sudah spekulasi didada akhbar Kosmo yang mana Aznil akan meletakkan jawatan sesudah konsert kelapan tidak menjadi kenyataan. Walaupun Aznil dengan AF cukup sinonim namun bagi aku sudah tiba masanya AF membuka ruang untuk muka baru menggantikan beliau dimusim depan. Untuk pengetahuan semua kini aku sudah memilih calon juara AF untuk musim kali ini. Mila merupakan pilihan aku untuk bergelar juara AF musim ini. Peningkatan prestasi dan daya saing yang ditunjukkan oleh Mila telah berjaya membuka mata banyak pihak. Agaknya akan berlakarkah sejarah AF akan dimenangi oleh pelajar perempuan buat kali pertama? Harap-harap termakbul hendaknya. AFUNDI MILA! Inilah ulasan ringkas mengenai persembahan para pelajar untuk konsert kelapan ini.
Pengkritik jemputan: Lolok
Kedudukan Diawal Konsert
Ebi
Dafi
Shawal
Aswad
Heliza
Candy
Mila
Kedudukan selepas undian ditutup.
Aswad
Mila
Ebi
Heliza
Candy
Shawal
Dafi
Dafi – It’s gonna be me.
Dafi ada sedikit penurunan prestasi minggu ini. Dia tenggelam disebalik koreografi dan backup dancer yang otai-otai dibelakangnya. Memang aku tau yang Dafi ini memang boleh menari tetapi vocally dia tidak dapat deliver well ketika menari.
Butang Biru datang dari: Tiada
Nakal bagi 3 Bintang
Mila – Aku takkan bersuara
Memang ada terkucil pitching dan suara pecah diawal verse dan memula nak masuk chorus tu. Tapi dia dapat hick up balik dan terus perform dengan baik. Feel dan vokal flow together membuatkan persembahan dia cukup tersentuh dihati.
Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy & Lolok
Nakal bagi 4 1/2 Bintang
Ebi – Kisah kau dan aku
Jelas nampak Ebi sudah
Butang Biru datang dari: Gee dan Lolok
Nakal bagi 3 1/2 Bintang
Candy – Perhaps, perhaps, perhaps.
Kehadiran Safura sebagai watak Rokiah Ronggeng memang bersesuaian dengan lagu ini. Candy deliver this song very well and catchy. Aku suka dengan keseksian yang ditonjolkan dan attitude yang berikan sampai cukup untuk menimbulkan mood untuk terus mengikuti persembahan beliau. Dari segi vocal dia memang tiada masalah.
Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Lolok
Nakal bagi 4 Bintang
Shawal – Kaulah segalanya.
Kejantanan vocal Shawal tidak boleh dipertikaikan lagi. Dia memang sesuai dengan lagu-lagu bergenre sedemikian. Cuma emosi untuk lagu ini agak kurang diawal persembahan membuatkan aku agak kosong, namaun Shawal dapat juga menyampaikan mesej lagu dengan penjiwaan dan penyampai yang cukup baik diakhir persembahan. Aku harap dia akan ke final. Risau jugak sebab dah 3 minggu berturut-turut dia asyik second last jerk lepas tutup undian.
Butang Biru datang dari: Gee
Nakal bagi 3 1/2 Bintang
Aku cabai kang hang semua!!
Heliza – Kesal.
Walaupun banyak kata-kata kurang enak di chat @15 tentang persembahan Heliza didalam konsert ini namun aku tetap suka. Dia menjiwai dan menyampaikan tugasan yang diberikan sebaik mungkin. Cuma waktu dia stand kat tangga hujung pentas tu terlampau lama membuat aku agak bosan sedikit. Dia macam terlupa audience yang ada diserata dewan ketika itu. Namun I give her an applause for the performance she done.
Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy & Lolok
Nakal bagi 4 Bintang
Aswad – Korban cinta
Aku rasa minggu ini persembahan terbaik jatuh kepada Aswad. Dia mampu menyapaikan mesej lagu dengna cukup berkesan. Tidak perlu ada sketsa atau pun bacakup dancer untuk membantu persembahan cukup dengan vocal dan ekspresi yang diberikan.
Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy & Lolok
Nakal bagi 4 1/2 Bintang
Pelajar tersingkir
Dafi
Ulasan Lain:-
Labels: AF