About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (28/06/2006)

Thursday, June 29, 2006
Ore : 1:58 PM

Maaf semalam aku malas nak update pasal diari sebab aku tengah belajar torrent. Jadi hari ini aku update la sikit…
Hari ini punya diari best sikit berbanding hari sebelumnya. Diawal diari menunjukkan Lotter sedang giat bersenam kaki dan tangannya sambil berlatih mengajukgaya tenaga pengajar. Memang kelakar abis si Lotter nie. Aku dan Eton terkekeh-kekeh ketawa tengok scene tu. Banyak betul si Lotetr ni buat, gaya Cikgu Kevin, Cikgu Linda dan Cikgu Corrie.

Kemudian paparan pelajar membuat bubbling didalam kelas Cikgu Syafi. Kali ini mereka membuat bubbling dengan lagu tugasan masing-masing. Ada juga paparan Amirul dengan Lotter bergurau dalam kelas. Alah saja nak tunjuk yang diaorang nie dah baik semula. Jadi memang tak dapatlah korang nak tengok perang dingin antara mereka.

Didalam kelas Cikgu Ajai para pelajar menyanyi secara perseorangan untuk dinilai oleh Ajai. Salima kelihatan tidak mengalami banyak masalah untuk lagu tugasan minggu ini. Faizal dan Farhan masih belum sepenuhnya bersedia untuk lagu tugasan masing-masing. Bagi aku Diddy punya persembahan tampak sudah selesa dengan lagu tugasannya. Untuk kali ini ada pembaharuian yang dibawa oleh Cikgu Ajai yang memberi peratusan kepada setiap pelajar. Berikut adalah peratusan yang diperoleh oleh pelajar

Salima – 90
Diddy – 80
Velvet – 80
Amirul - 80
Haziq – 70
Farhan – 70
Faizal – 70
Lotter – 60

Kalau nak diikutkan peratusan ini Lotter agaknya yang akan terkeluar minggu ini.

Bab diari yang menarik muncul juga apabila Cikgu Linda mengaku yang dia tidak akan menjerit lagi didalam kelasnya. Nampak memang kekok para pelajar bila Cikgu Linda bersuara lembut setiap kali memberi tunjuk ajar. Aku rasakan memang tidak sempurna kelas itu dengan tiadanya jeritan dari Cikgu Linda. Para pelajar beberapa kali menguji Cikgu Linda agar beliau menjerit tapi masih gagal. Aku tak pasti samada hanya untuk kelas hari itu sahaja atau untuk selamanya Linda Jasmine untuk tak menjerit. Tapi aku rasa ini mesti terkena tempiasan kempen budi bahasa yang disuarakan oleh menteri penerangan sebelum ini.

Kemudian paparan Haziq menyanyikan semula lagu tugasan para pelajar lain untuk konsert minggu yang sudah. Aku kira strategi Haziq akan berjaya untuk dia meraih lebih banyak undi. Habis semua lagu dia bedal. Lagu lelaki dan lagu perempuan semua dia gasak nyanyi. Masa tu pelajar lain tengah makan. Takkan Haziq diet kot??

Kemudian sesi latihan kecerdasan bersama Cikgu Kevin yang ni aku malas nak ulas tak best. Diari diakhiri dengan paparan para pelajar lelaki mengemas meja makan yang dikatakan tidak pernah berlaku sebelum ini didalam AF.

Aku akan buat post petang ini tentang gossip cinta Mawi dan Marsha.

posted by admin at 1:58 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (28/06/2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com