Seperti apa yang telah aku janjikan sebelum ini kali ini aku nak ulas sedikit tentang gossip terbaru Mawi dan Marsha. Tapi hari ini aku menulis untuk menerangkan duduk perkara sebenarnya. Kalau kelmarin sapa ada terbaca metro didalam ruangan Bintang pasti akan terbaca artikel pasal Mawi dan Marsha, pasti tau pasal benda ni. Sebenarnya aku nak jelaskan kat sini apa yang SS tulis itu hanyalah putar belit daripada perkara yang dia sendiri tidak tahu sebenarnya. Member aku bebudak M2M (geng yang fanatic Mawi dan Marsha) yang pergi amik gambar ngan Marsha masa dia gi tengok konsert Hits TV minggu lepas. Pastu Marsha memang ada kat situ. Bila dah abis konsert diaorang pun pergilah serbu Marsha nie untuk amik gambar. Dalam reramai budak M2M tu ada yang kasi hadiah CD yang gambar Mawi dijadikan sebagai cover. Si Member aku nie pulak bila nampak Marsha dia terus pegang Marsha dan cakap ‘I luv U’, Marsha yang memang tau member aku ni geng M2M balas cakap I love u too, but I love him too.. sambil tunjuk gambar Mawi yang ada kat cd tu. Pastu member aku sergah Marsha kantoi… Marsha jawab gurau jerk… Memang bebudak kat situ semua tau yang Marsha hanya nak gurau jerk sebab bebudak yang ada kat situ majoritinya bebudak M2M. Jadi Marsha nie yang memang sporting saja nak ceriakan peminat dia. Lepas tu diaorang kira cerita tu abis kat situ ajer. Pastu member aku nie kongsilah cerita tu pada seorang lagi geng M2M. Dan member dia nie masukkan cerita tu kat dalam blog dia. Yang menjadi masalahnya kat sini si SS tu dah cilok cerita kat blog tu (itu pun sebab dapat link kat mesra.net) buat cerita kat dalam metro kononnya Marsha ni memang bercinta dengan Mawi. Padahal yang sebenarnya Marsha tu sahaja bergurau dengan bebudak M2M. Pastu tak mention langsung pasal Marsha sebut itu hanya gurauan. Kalau baca Hip hari ini Marsha tak pasal-pasal kena beri penjelasan pasal isu ini. Kesian aku tengok Marsha. Lepas ini Marsha kena lebih berhati-hati tapi apa yang dikesalkan isu ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Marsha. So untuk SS aku harap dia jangan asyik buat spekulasi jerk kalau tak tau hujung pangkal. Dia seperti sengaja nak jatuhkan Marsha dan aku harap benda ini akan lebih jelas selepas ini. Dan untuk member aku tu aku harap dia tak rasa bersalah.... we all know the truth....
posted by admin at 7:33 PM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Gossip Mawi Marsha