About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Kemangkatan dan Bersemayamnya DYMM Sultan Iskandar (Sultan Johor)

Saturday, January 23, 2010
Ore : 11:38 PM


Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat (22 Januari 2010) pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini. Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu :

  1. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail
  2. Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah
  3. Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
  4. Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani
  5. Tunku Maimunah Ismailiah
  6. Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail
  7. Paduka Puteri Tunku Muna Najiah
  8. Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan. Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari (23 Januari 2009) untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di Johor Baharu, pada jam 2 petang.

Kredit kepada Malaysiakini

P/S : Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada Almarhum semoga dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan yang mukminin.

Labels:


posted by admin at 11:38 PM | Permalink | 1 commenti

Harap Maaf yer

Thursday, January 07, 2010
Ore : 3:44 AM

happy new year (wow, kaler puteh)

gathering Cb Kampung

hari pertama ke sekolah

memula nak ucap selamat tahun baru buat semua biarpun dah seminggu tahunbaru terlepas mungkin aku baru sedar yg tahun dah bertukar... haha aku memang buzy giler gampangnye sekarang nie.. Dah bermacam2 menda aku alami dan aku nak share tapi aku rasa cam tak teringat semua. Aku minta maaf sebb lama tak update blog nie.. aku bukan lupa tapi aku tak ingat nak update laa.. sorry yerr..

Sebab banyak sangat menda yg telah berlaku so aku nak listkan semua menda2 penting yg aku dah alami sehingga saat aku menaip ketika ini.. Jadi korang senang sikit baca tak laa meleret panjang sngat..

  1. Bini aku mengandung kembali. Setelah production dihentikan sementara kini kilang memproses bayi aku telah beroperasi kembali. Takde aral melintang bulan 6 tahun ni tambah lagi waris jari hantu aku.. heheh.. Minta2 dpat la anak gadis sorang. Amin...
  2. Aku dah anjurkan Gathering CB Kampung yg pertama secara rasmi. Lokasi Times Square KL pada 05 Disember 2009 yg lepas. ramai gak bebudak ni turun dari KL, Perak, Penang, Melaka & Indon pun ada gak turun. memang happening dan best giler. Mayber tahun nie gath cb kampung akan diadakan di Port Dickson.
  3. Aku dah bukak estore pertama aku dgn rasminye. jadi korang yg nak beli barang secara online tu boleh laa beli kat kedai aku yer.. Support2 la member yer.. korang layari jek www.kedaiborong.com aku ada jual memacam.
  4. Aku dah ada laptop baru.. akhirnya apa yg aku idamkan dapat jugak.. Syukur Alhamdulillah.
  5. Anak aku dah sekolah darjah satu. Diam tak diam anak aku dah masuk darjah satu. Rabak gak duit aku tuk prepare kan anak2 aku untuk bersekolah. Baru aku tau camne rasa mak bapak aku carik duit tuk kasi pelajaran kat aku.memang hazab dol. Aku abis dekan seribu bayar yuran dan kelengkapan sekolah budak2 ni. Minta2 laa dia orang ni jadi manusia berguna satu hari nanti. Amin..
  6. Seat keta aku dah tak berkeladak lagik... hahaaha.. jgn jelous laa.. setelah 4 tahun aku mengadap seat keta yg penuh peta bekas muntah, susu anak, bekas air tumpah dll lagi kat seat akhirnya aku tukar gak sampul seat aku.. baru laa nampak berseri sikit keta aku.. Nak ajak member naik pun tak segan .. tapi lepas ni sapa nak naik kena bayar erk....... hahahaha
  7. Aku fail periksa jabatan.. Adoi binawe tul aku kena kencing ngan senior aku.. dia org cakap tak yah baca pun pun leh jawap aritukan memang aku tak baca dan inilah akibatnya dua2 paper aku fail.. cilanat tol... kena repeat gik tahun nie..
  8. Adik aku dah berenti keja tatinium... bulan lepas last adik aku keja sana.. dia dpt masuk polis bantuan boleh laa dah dia pun memang cam mat perang dari sejak kecik gik.. sekarang dia kat pulapor ayer hitam NS. kena tranning 2 bulan..
  9. Pak Cik aku meninggal. Yg ni sedih, pak cik aku aritu kena snatch kat JB. Dia terjatuh dan terus meninggal dunia. Sian tul... Al- Fatihah tuk arwah.
  10. Azam tahun baru aku nak berenti isap rokok..
Oklaa sampai sini jek laa aku pun dah ngantuk ni.. rokok pun dah abis. Mata pun dah kuyu wassalam..

Labels:


posted by admin at 3:44 AM | Permalink | 3 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com