About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (30 May 2006)

Wednesday, May 31, 2006
Ore : 1:05 PM

Untuk entry kali ini aku tak nak menceceh panjang-panjang sebab aku punya kerja menimbun-nimbun banyak ingat malam nie mesti aku balik lambat giler.

Sesi tengahari
Cikgu Fazley memberikan batu-batu yang ada kata semangat kepada para pelajar. Dari kata-kata yang ada kat batu tu pelajar dikehendaki membuat sajak. Nampaknya untuk AF kali nie kelas motivasi nie akan menjadi kelas utamalah kat AF tu. Ada juga Fazley memberi peluang kepada pelajar yang nak tukar batu boleh menukarnya dan Nora sahaja yang nak tukar (Aku kira ini adalah cara Nora untuk menonjolkan dirinya didalam akademi). Berikut adalah senarai kata semangat yang diterima oleh para pelajar.

Zila: Belief
Amirul: Faith
Rich: Peace
Nora: Faith
Karen: Hope
Farhan: Faith
Diddy: Joy
Velvet: Belief
Lotter: Peace
Salima: Faith
Haziq: Peace
Faizal: Hope

Kemudian paparan didalam kelas vokal Cikgu Syafi. Didalam kelas ini perkara asas yang diajar seperti tahun-tahun sudah iaitu hissing dan bubbling. Adik aku yang duduk sebelah aku pun siap buat sama cam poyo jerk. Untuk kelas ini aku rasa ada pertambahan kesegaran berbanding tahun lalu yang mana cikgu pun baru dan sedap la mata memandang berbanding tahun lepas. Bukan cakap cikgu tahun lepas tak bagus tapi cikgu ni mudakan pelajar mungkin semangat sikit. Tapi time buat bubbling tu muka cute Amirul hilang terus .. hahaha… Ini diikuti para pelajar menyanyikan lagu mereka didepan Cikgu Syafi kira benda ni rutin checking la dari tenaga pengajar.

Untuk kali ni kelas drama yang dibimbing oleh Cikgu Fauziah Nawi mengikuti latihan huruf R. para pelajar diminta menyebut ayat “ Arus air mengalir deras merempuh runtuh rumah raksasa”. Semuanya kelihatan serius sehingga Lotter sekali lagi membuat lawaknya.

Kelas tarian hari ini dibawah bimbingan Cikgu Corie dan Cikgu Linda mempelajari tarian menuju puncak. Sekali pandang bentuk tarian ini lebih mudah dan catchy berbanding tahun sudah. Semua pelajar kelihatan bersungguh-sungguh mempelaji gerak tari lagu ini. Kemudian pelajar diarah berlari-lari sambil menyanyi untuk mempertingkat stamina mereka.

Di hujung diari sesi tengahari Lotter menyanyikan lagu Azizah didepan Cigu Ajai.

Sesi Malam.
Diari malam AF hari ini dimulakan dengan papran Amirul menyanyikan lagu tugasannya Dengar Ini Cerita dan aku dengar dia nyanyi cam sengau jerk..
Paparan didalam kelas tarian ketika pelajar-pelajar membuat latihan tarian menuju puncak seorang pelajar telah mengalami kekejangan. Sapa lagi kalau bukan Salima. Mungkin tidak cukup warm up kot itu yag cramp tu. Salima dibantu oleh Cikgu Corie (siap urutkan betis kaki Salima lagi yang mana aku rasa sudah sampai masanya Akademi mempunyai seorang tukang urut dan aku akan menjadi orang pertama yang akan hantar borang permohonan). Untuk kelas tarian hari ini kekayuan Faizal jelas terserlah nak ganti Felix dan Mawi agaknya. Keyakinan oleh para pelajar wanita mengatasi pelajar lelaki untuk kelas kali ini.

Tak tau la aku sama ada ini kelas kaunseling atau pun kelas pemakanan tak pun kelas massage. Nampaknye tenaga pengajar yang baru ini mengadakan sesi berborak dengan para pelajar secara 4 mata sambil memberikan nasihat-nasihat kepada para pelajar. Aku rasa pelajar wanita kira pasti menunggu kehadiran kelas ini lagi.

Lepas itu ada paparan Amirul menyanyi dikelas tarian dengan Cikgu Corie. Kelihatan Corie juga menggambarkan setiap maksud lirik yang dinyanyikan Amirul didalam tariannya. Tapi dia niekira okay la dari Cikgu Ee tahun sudah. Selepas itu ada juga paparan beberapa pelajar sedang bersuka ria menyanyikan lagu apa aku tak ingat tapi si Haziq tu main tabla dan Rich main gitar. Yang lain nak buat suara harmoni termasuklah Farhan, Lotter dan Nora.

Didalam kelas drama pula para pelajar disuruh melakonkan watak sepasang kekasih kononnya tapi menggunakan skrip berdasarkan lagu masing-masing. Kelihatan Salima begitu menjiwai wataknya. Begitu juga dengan Diddy dan Velvet. Kemudian mereka disuruh melakon adegan petelingkahan dengan hanya menggunakan skrip “ Arus air mengalis deras merempuh rumah raksasa”.

Diari kali ini diakhir dengan paparan Faizal berlatih koreografi untuk lagu tugasannya.

posted by admin at 1:05 PM | Permalink | 1 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (29 May 2006)

Tuesday, May 30, 2006
Ore : 1:43 PM

Untuk sesi tengahari aku tidak sempat mengikutinya. Jadi aku akan buat review untuk sesi kedua hari ini sahaja.

Hari ini merupakan hari pertama para pelajar AF masuk ke dalam akademi dan mula terputus dengan dunia luar. Apabila kita lihat reka bentuk AF kali ini ianya jauh berbeza dengan akademi yang lalu. Tiada lagi banglo mewah yang diubah suai untuk dijadikan akademi. Semuanya berwajah baru untuk tahun ini. Bila bebudak ini masuk AF mereka disuruh pakai mic masing-masing oleh RS pelajar yang baru yang aku tak tau namanya siapa (bukan SM yerk sebab sebelum ini ada rumors yang cakap Sm yang akan jadi RS untuk AF4).

Kemudian beralih kepada sesi pengenalan dengan tenaga pengajar secara rasmi dan Fazley menjadi jurucakap ketika itu. Diikuti oleh nasihat awal oleh tuan pengetua Ramli Sarip yang aku ingat antara lain Ramli mengingatkan para pelajar supaya jangan over kreatif dan cuba menghormat lagu. Selepas itu Cikgu Corie membacakan jadual kelas tarian yang akan diikuti pelajar sepanjang minggu. Fadley juga sempat memberikan amanat awal agar pelajar berkawan baik dengan 3 rakan baik iaitu Nihal (niat), Ramin (rancang) dan Kaber (Kaji semula). Fauziah Nawi pula berpesan agar para pelajar cuba terapkan apa sebenarnya tugasan seorang penghibur didalam diri mereka.

Kemudian lagu tugasan mingguan para pelajar diberikan. Kesemua lagu adalah dendangan asalan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Pemilihan lagu ini adalah sempena mempeingati pemergian dan sumbangan beliau. Al-Fatihah.

Farhan - Hujan Di Tengahari
Faizal - Ingin Tahu
Nora - Perwira
Amirul - Dengar Ini Cerita
Karen - Malam Pesta Muda Mudi
Lotter - Azizah
Velvet - Darah Muda
Rich - Ai Ai Twist
Diddy - Aduh Sayang
Salima - Apa Guna Berjanji
Zila - Jangan Tinggal Daku
Haziq - Tidurlah Permaisuri

Paparan para pelajar memberi tahu lagu tugasan minggu ini didepan kamera dimulakan dengan Lotter yang menyanyikan sebaris lirik lagu tugasannya. Diikuti Faizal sama macam Lotter. Karen pun sama. Dan Zila pun berbuat benda yang sama siap Tanya kamera ok tak nyanyiannya. Farhan tidak menyanyi lagunya cuma beritahu yang dia bangga dapat nyanyi lagu itu. Velvet berharap yang dia boleh kurus lepas nyanyi lagu tugasannya dan diikuti Diddy yang cakap dia suka lagu yang dia dapat sebab catchy. Amirul muncul selepas itu memberitahu yang dia tak pernah dengar lagu yang dia dapat dan Salima cakap dia suka dengan lagu itu sebab ianya berentak fun dan memerli.

Diakhir episod diari kali ini, ditunjukkan Karen meminta tunjuk ajar dari Farhan cara menyanyikan lagu tugasannya. Kemudian ada paparan Rich dan Lotter suba menari twist yang aku tengok nape pelik sangat tapi memang kelakar la.. Diari AF 29/05/2006 end here.

posted by admin at 1:43 PM | Permalink | 0 commenti

Konsert Prelude Akademi Fantasia 2006

Monday, May 29, 2006
Ore : 8:25 PM


First of all nakal nak minta maaf bebanyak sebab tidak sudah berhari-hari tidak membuat posting disini. Posting untuk Nota Prelude yang terakhir juga tidak dapat dilakukan kerana kesibukan menguruskan majlis perkahwinan saudara kandung nakal cukup mejadi penghalang untuk nakal membuka PC (kalau bukak jugak mau kena libas ngan batang kayu bunga manggar). Tapi nakal seboleh-bolehnya mendapatkan input yang terkini untuk AF4.

Okey berbalik ke Konsert Prelude semalam, diawal siaran langsung itu gimik yang cuba dibawa Aznil kononya keadaan ribut sedang melanda Studio 1 kurang sampai kepada penonton dirumah. Entahlah dimana silapnya. Pengenalan panel juri pada malam itu yang terdiri dari Ramli Sarip, Ramli MS, Rozie Fredie Fernandes dan Ajai. Kemudian kemunculan Mawi dengan fesyen rambut terkini berjaya mengundang teriakan penonton distudio. Mawi sempat mendengdangkan serangkap lagu Intifada yang dinyannyikan olehnya semasa Konsert Prelude tahun lalu dan memberikan nasihat kepada calon pelajar malam tadi.

Hazama (Zakia)
Menjadi calon pelajar yang pertama membuat persembahan malam tadi adalah Hazama, yang mana nakal rasa sandaran yang beliau ada hanyalah suara serak-serak basahnya ketika mennyanyikan lagu Zakia. Nampak sangat yang Hazama ini cuba membuktikan sesuatu hinggakan apa yang dilakukannya seperti over react. Setiap kali mencapai note tinggi kedengaran suara Hazama seolah-olah menjerit. Nampaknya kawalan suaranya perlu diperbaiki lagi. Secara keseluruhan tiada apa yang menarik mengenai persembahan Hazama.
Status: Gagal menjadi pelajar AF 04

Tasha (Sangkar Emas)
Nama Tasha yang tiba-tiba memuncak hujung minggu lepas apabila tersebarnya berita yang dia ni kekasih Aqasha muncul menyanyikan lagu Sangkar Emas. Ternyata Tasha gagal membawakan kelainan didalam penyampaiannya. Pemilihan lagu membuatkan vokal Tasha kurang menyerlah walaupun dia sebenarnya mempunyai lebih dari apa yang ditunjukkan semalam.
Status: Gagal menjadi pelajar AF 04

Amirul (Biru)

Sejak dari awal lagi nakal menjangkakan yang Amirul tidak akan menjadi pilihan juri. Lagu Biru yang disampaikannya membuatkan nakal tertanya-tanya kenapa dia memilih lagu sedemikian. Adakalanya kedengaran suara Amirul sengau dan falsetto yang kurang menjadi. Wajahnya yang cute sahaja mampu menyelamatkan Amirul untuk terus melangkah masuk ke dalam Akademi Fantasia. Kemungkin nasib Amirul akan menjadi seperti Keifli agak cerah
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan penonton

Lynn ( Kau Pergi Tanpa Pesan)

Walaupun dia bukan calon pilihan aku, tapi persembahan Lynn semalam tidak menghampakan. Kawalan vokal yang baik walaupun ada sedikit pitchy dan gelekannya membuat audience distudio bersorak membuat aku menjangkakan yang dia bakal terpilih. Namun stigma aku tidak tepat. Kekecewaan jelas dirasainya (sebab dah meloncat2 gembira) apabila Aznil tersalah membuat pengumuman ketika pengumuman pelajar pilihan pengundi. Harapnya Aznil lebih peka setiap kali membuat pengumuman sebegini dilain masa dan ini bukan yang pertama kali Aznil melakukannya.
Status: Gagal menjadi pelajar AF 04

Liya (One Thousand Million Smile)

Diawal persembahan low note Liya kedengaran kurang jelas. Dia tidak mempunyai masalah diction langsung mungkin disebabkan kebiasaan bertutur bahasa inggeris di rumah. Tetapi pemilihan lagu menjadi faktor penting membuat persembahan Liya pada malam itu kurang menyerlah.
Status: Gagal menjadi pelajar AF 04

Shaz (Mungkir Bahagia)
Shaz ini calon pelajar pilihan Eton. Mendengar kelunakkan suaranya cukup memukau. Penghayatan yang ditunjukkan cukup terasa sekali. Kawalan suara Shaz berjaya menarik perhatian penonton di rumah. Nakal sendiri tidak pasti kenapa dia tidak terpilih melalui pemilihan juri semalam.
Status: Gagal menjadi pelajar AF 04

Leez (Kasih)
Seorang calon pelajar yang memiliki pakej yang lengkap dari segi personaliti dan aset tone suara. Masalah mic tidak berfungsi diawal persembahan tidak menggangu beliau untuk mencuba yang terbaik. Tetapi kedengaran lirik lagu yang disampaikan seolah-olah dikunyah walaupun ketika berada dihigh note agak baik. Leez gagal mengawal tekanan menyebabkan dia seolah-olah rushing ketika persembahan.
Status: Gagal menjadi pelajar AF 04

Rich (I’ll Be)
Kelebihan pernah beraksi dipentas besar membuatkan Rich tidak ada halangan. Ternyata pengalaman yang dia ada dipergunakan sepenuhnya. Pengawalan pentas yang baik dan vokal control yang dinamik membuat dia menjadi calon pilihan juri untuk konsert prelude semalam. Rich cuma perlu memperdalamkan penghayatan sesebuah lagu lagi untuk mencapai yang lebih baik.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Faizal (Pelangi Petang)
Calon pelajar pilihan ramai, tampak selesa memberi persembanan semalam. Adakalanya tampak dia terikut-ikut gaya persembahan penyanyi asal Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Nada rendah Faizal masih perlu diasah lagi agar lebih jelas kedengaran.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Farhan (Route 66)
Dia bukanlah calon pilihan penonton tetapi dengan apa yang dipersembahkan semalam membuktikan yang dia memang layak untuk berada didalam Akademi Fantasia. Dengan keyakinan yang penuh Farhan menyampaikan lagu dendangan asal Natalie Cole dengan cukup bertenaga. Tone suara ala-ala Nigger yang dimiliki cukup bersesuaian dengan lagu yang dipilihnya. Terfikir juga macamana agaknya Farhan jika menyanyikan lagu Asli jika di AF nanti…
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Haider (Untumu Ibu)
Persembahan yang ditonjolkan antara yang terburuk semalam. Pengalaman lalu gagal mengajar Haider untuk memperbaiki kesilapan. Kawalan suara yang berterabur membuktikan segalanya. Gaya penyampaian dan memek muka yang berlebihan gagal untuk memikat juri dan penonton hinggakan adakalanya menjengkelkan. Harap-harap AF tahun depan Haider tidak pula mencuba membawa irama Hip-Hop pula.
Status: Gagal menjadi pelajar AF 04

Karen (Di Muara Sepi)
Walaupun vokal Karen kurang terserlah, tetapi dia membuktikan yang dia boleh menyanyi sambil menari. Dia merupakan satu-satunya calon bukan bumiputera untuk edisi kali ini. Sudah tentu pihak Astro akan memastikan dia adalah salah seorang pelajar AF kali ini (income generator tu). Apa-apapun persembahan Karen semalam masih boleh dibanggakan.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Velvet (Naluri)
Sebut sahaja lagu yang disampaikan oleh penyanyi Nora semua sedia maklum bukan senang untuk menyanyikan lagu dendangan beliau. Velvet telah membuktikan yang dia berjaya mempersembahkan kekuatan vokal yang dia miliki. Walaupun belum mencapai tahap menakjubkan ia sudah cukup untuk Velvet lepasi pilihan Juri.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Jeff (Picture of My Life)
Jangkaan awal nakal yang dia tidak terpilih tepat kali ini. Walaupun dia berusaha keras menunjukkan penghayatannya terhadap lagu itu, kelemahan vokalnya nampak ketara. Suaranya agak tenggelam mungkin kerana terlalu sibuk mengejar kamera yang asyik berlegar didepannya. Harapan untuk menarik undian anak-anak gadis dengan ketampanannya tidak kesampaian. Kesalahan memilih lagu merupakan kesilapan terbesarnya malam semalam.
Status: Gagal menjadi pelajar AF 04

Nora (Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu)
Penghayatan lagu menjadi satu faktor penting buat Nora untuk persembahannya semalam. Kawalan nada tingginya cukup baik walaupun lenggok nyanyian tidak banyak berbeza dengan penyanyi asal Uji Rashid. Tiada lain yang istimewa mengenai persembahan Nora semalam.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan penonton

Haziq (Umpan Jinak Di Air Tenang)
Setaip kali ada kelainan itu yang akan menjadi pilihan. Untuk musim ini Haziq cukup terkenal dengan kelainannya menyanyikan lagu asli. Walhalnya semalam dia terlalu straight forward mengikut gaya nyanyian Ahmad Jais. Kegugupan Haziq jelas terserlah apabila kelihatan tangannya menggigil ketika membuat persembahan. Nasib baik suaranya tidak ikut menggigil. Namun keseluruhan persembahan Haziq kurang menyerlah.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Diddy (Mimpi Yang Tak Sudah)
Kurangnya penghayatan dari Diddy membuatkan persembahannya sedikit membosankan. Nakal sendiri sedia maklum yang Diddy memiliki vokal yang cukup bertenaga tetapi melalui lagu semalam ianya tidak mencabar vokal Diddy sepenuhnya.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Zila (Rindu)
Sekali lagi kelaian membuktikan bakal menjadi pilihan. Kelunakan suara Zila ketika menyampaikan lagu Kris Dayanti semasa sesi pengenalan kepada media tempohari masih yang tebaik nakal pernah dengar darinya. Semalam kebanyakan vokalnya mendatar. Gelekkan Zila pun cukup sebagai syarat sahaja. Tetapi dia terpilih jua akhirnya.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Lotter (Sunday Morning)
Ini antara persembahan yang cukup bertenaga diKonsert Prelude semalam. Kawalan suara Lotter masih perlu diperbaiki lagi. Kedengaran tone suaranya adakalanya agak nipis seperti chipmunk. Namun keyakinan yang ditunjukkan cukup membanggakan dengan tarian menarik yang entah dimana dipelajarinya.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Salima (Syurga Dibawah Kaki Ibu)
Seperti yang dijangkakan Salima pasti akan mendapat tempat di Akademi Fantasia. Kalau nak diikutkan persembahannya semalam masih banyak kelemahan. Industri hiburan kita sebenarnya telah banyak memiliki tone suara sedemikian sebelum ini. Salima cuba membuat kelainan dengan membuat ending yang dramatik kononnya. Overall biasa sahaja.
Status: Berjaya menjadi pelajar AF 04 melalui pilihan juri.

Kemunculan bintang-bintang AF 1, AF 2 dan AF3 menyanyikan lagu Menuju Puncak sebelum keputusan diumumkan diganggu oleh masalah teknikal yang nakal fikirkan adanya kejutan tetapi memang betul-betul masalah teknikal sehingga persembahan itu terpaksa diulang semula. Apa-apapun kepada mereka yang telah terpilih tahniah dan tidak terpilih jangan putus asa cuba lagi tahun depan.

posted by admin at 8:25 PM | Permalink | 0 commenti

Nota Prelude Akademi Fantasia 25 May 2006.

Friday, May 26, 2006
Ore : 12:33 PM

Hari ini macam semalam juga, aku pulang lewat dari pejabat sebab nak settlekan kerja yang menimbun sebab esok aku bermula cuti untuk tiga hari sebab ada saudara kandung aku menikah. Diatas alas an itu aku tidak dapat menonton sekali tayang perdana Nota Prelude diwaktu tayang perdana. Okey Nota Prelude dimulakan oleh Aznil dengan seklai mengingatkan tujuan asal Nota Prelude diadakan untuk mempekenal 20 calon pelajar kepada para penonton dengan lebih dekat lagi. Sambil-sambil itu sempat juga Aznil nak pancing orang suruh undi calon bebudak AF ni atas alasan jumlah undian antara meraka hampir sama diantara satu dengan yang lain. Alah ni kira cam ayat minta duitlah dari Astro.

Untuk kali ini Lynn merupakan pelajar pertama yamh diperkenalkan. Gadis yang berasal dari Shah Alam, Selangor ini mempunyai sebuah butik andaman berhampiran tempat tinggal dia. Kalau dari segi karektor kelihat Lynn nie cam Happy Go Lucky punya orang la. Suka ketawa dan boleh dikira kuat bebual jugak la minah nie. Menurut ibunya ini merupakan percubaan pertama Lynn didalam AF sebab mak dia memang tak kasi dia pergi ujibakat tahun-tahun sudah. Jadi untuk tahun ini Lynn telah pergi curi-curi dengan rakannya. Semalam ada juga tunjukan sesi penerangan barangan kosmetik oleh Lynn dan dia sempat buat demo pada Hazama dan macam biasa diakhir sesi Lynn nie, dia cakap dia bersyukur terpilih dan akanmelakukan yang terbaik. Bagi aku Lynn ini tidak banyak bezanya dengan artis tanahair yang sedia ada. Memiliki lontaran suara yang jelas dan nyaring lebih kurang sama dengan Nora. Untuk Konsert Prelude Akademi Fantasia nanti Lynn akan menyanyikan lagu Kau Pergi Tanpa Pesan dendangan asal Zaleha Hamid. Tak taulah peluang Lynn untuk memasuki AF tahun ini mungkin 50/50 kot. Populariti dikalangan penonton juga sederhana. Jika Lynn menjadi pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE LYNN ke no 32999.

Calon pelajar kedua yang diperkenalkan Aznil Hazama. Hazama berasal dari Keramat , Kuala Lumpur kelihatan begitu selumber. Tidak kelihatan langsung yang dia nie control macho. Apa yang menarik tentang Hazama adalah karektor yang beliau bawa. Mudah melawak dan selumber pasti membuat penonton Diari AF kelak tidak kering gusi jika dia terpilih. Hazama yag gemar membuat orang lain ketawa dan meminati lagu irama rock 80an ini memiliki suara serak-serak basah sebagai asset penting. Tetapi bagi nakal ianya masih belum cukup untuk membuat Hazama menjadi istimewa. Hazama dilihat perlu lebih banyak didikan tentang vocal kerana kadangkala naynyiannya kedengaran sengau. Hazama perlu membuktikan sesuatu dimalam Konsert Prelude nanti kepada para juri jika ingin terpilih menjadi pelajar AF. Populariti dikalangan penonton juga masih boleh dikatakan rendah. Lagu Zakia nyanyian asal Ahmad Albar merupkan lagu pilihannya di Konsert Pelude nanti. Jika Hazama menjadi pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE HAZAMA ke no 32999.

Leez gadis kelahiran Kota Belud, Sabah dan telah menetap di Kuala Lumpur ini memiliki raut wajah yang cukup manis. Dan belum apa-apa lagi dah digossipkan dengan Diddy, tapi kedua-duanya beralasan macam abang dengan adik (yelah takkan nak cakap macam suami isteri pulak mau kena tamper dengan bapak Leez yang bermisai kucing). Menurut bapa Leez yang dia nie berpewatakan ceria dan suka memendam sendir perasaan jika merajuk. Dari segi suara tidak banyak beza dengan Nora ataupun Lynn. Lagu yang dipilih untuk Konsert Prelude nanti Kasih dendangan asal Ermy Kullit, entah lagu sapa pun aku macam tak pernah dengar. Peluang memasuki Akademi Fantasia mungkin cerah sebab dah ada gossip dengan Diddy kot. Populariti dikalangan penonton sederhana. Jika Leez menjadi pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE LEEZ ke no 32999.

Calon pelajar yang terkahir diperkenalkan adalah Faizal. Dia merupakan salah seorang dari dua pelajar yang berasal dari pantai timur semenanjung. Faizal yang gemar tersenyum amat menggemari lagu-lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Menurut bapa Faizal yang dia merupakan seorang anak yang periang dan buat masa sekarang kelihatan agak pendiam mungkin masih belum serasi bersama kengkawan baru yang lain. Merupakan calon pertama dari Terengganu didalam Akademi Fantasia. Dan pernah berkerja di Pasar Malam sebelum ini. Lagu yang dipilih olehnya untuk Konsert Prelude nanti adalah lagu dendangan Sudirman yang berjudul Langit Petang. Dari segi vocal dan teknik dilihat dia masih perlu mempelajari banyak lagi wlaupun memiliki tone yang baik. Peluang untuk memasuki AF nakal rasa masih lagi 50/50 jika dinilai atas pemilihan juri. Populariti dikalangan penonton merupakan calon pelajar yangmendapat undian tertinggi setakat hari ini. Jika Faizal menjadi pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE FAIZAL ke no 32999. (tag line: Senyum Sokmo)

Nota Prelude berakhir disini.

Buat Linkeen terus kan usaha anda bekerja dan jangan lupa datang rumah aku hari Sabtu ini dengan ucapan Kalau nak salam kokot nanti salam dengan aku aje..muaahahahahahaaa.

posted by admin at 12:33 PM | Permalink | 0 commenti

Lagu Konsert Prelude AF 04

Thursday, May 25, 2006
Ore : 2:09 PM

Berikut adalah senarai lagu yang akan dibawa oleh calon-calon pelajar semasa Konsert Prelude nanti. Sumber dipetik dari laman rasmi Akademi Fantasia.


I'll Be (Rich) - Edwin McCain

Rindu (Zila) - Rhoma Irama (versi Meggi Z)

Sangkar Emas (Tasha) - Endang S Taurina

Umpan Jinak Di Air Tenang (Haziq) - Ahmad Jais

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu (Nora) - Uji Rashid

Route 66 (Farhan) - Natalie Cole

Di Muara Sepi (Karen) - Fauziah Latiff

One Thousand Million Smile (Liya) - Sudirman

Kau Pergi Tanpa Pesan (Lynn) - Zaleha Hamid

Kasih (Leez) - Ermy Kullit

Naluri (Hadirlah Kekasih) (Velvet) - Nora

Syurga Di Telapak Kaki Ibu (Salima) - Aishah

Zakia (Hazama) - Ahmad Albar (versi Sweet Charity)

Untuk Mu Ibu (Haider) - Exists

Pelangi Petang (Faizal) - Sudirman

Sunday Morning (Lotter) - Maroon 5

Biru (Amirul) - OAG

Picture Of My Life (Jeff) - Jamiroquai

Mimpi Yang Tak Sudah (Diddy) - Ibnor Riza

Mungkir Bahagia (Shaz) - Hazami


posted by admin at 2:09 PM | Permalink | 1 commenti

Nota Prelude Akademi Fantasia (24 May 2006)


Ore : 12:59 AM

Hari ini aku terlambat sedikit menonton Nota Prelude Akademi Fantasia. Semasa tayangan pukul 8.30malam tadi aku masih berada dioffice menyiapkan seberapa banyak kerja yang boleh kerana hari Jumaat nanti aku akan bercuti. Aku hanya sempat menonton siaran ulangan pukul 11.30 malam tadi itu pun pada peringkat awal ada tertinggal sedikit. Nasib baik aku masih sempat menonton ketika Aznil memperkenalkan calon pelajar AF yang pertama malam tadi.
Diddy merupakan calon pelajar pertama yang diperkenalkan untuk nota kali ini. Aku pun tak berapa ingat apa yang diterangkan oleh Diddy diawalnya. Seingat aku Diddy sebelum ini bekerja sebagai penyanyi dengan sebuah band disekitar Kuala Lumpur. Menurut bapa Diddy, bapa dan ibu Diddy memang mempunyai latar belakang seni. Bapa Diddy merupakan bekas ahli pancaragam ataupun band Polis yang aku pun tak ingatlah mana satu tapi ibu Diddy lagi best pernah menjadi artis recording sekitar tahun 70an dahulu. Dari segi penampilan nakal rasa Diddy tidak banyak bezanya dengan remaja lain yang mengikut arus fesyen terkini setempat. Dan berita terbaru yang aku dapat Abg Bad dan SM dah tubuhkan satu FC untuk Diddy. Kalau anda berminat nak join bolehlah gie site ini Dazzling_diddy. Dari segi peluang Diddy untuk mendapat tempat didalam Akademi Fantasia, ia kelihatan agak cerah dengan tone suara yang baik dan penampilannya mampu menawan hati juri. Populariti dikalangan penonton nakal rasa akan bertambah tidak lama lagi sebab Abg Bad dan SM pasti akan promote budak nie giler-giler. Jika Diddy pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE Diddy ke no 32999.
Calon pelajar seterusnya yang diperkenalkan Velvet. Gadis yang berasal dari Sabah ini telah mencuba untuk memasuki Akademi Fantasia tahun sudah tapi tidak terpilih. Kebanyakkan apa yang Velvet cakap masa Nota Prelude tu aku tak dapat dengar sangat sebab orang kat rumah aku bising tambahan pulak pelat Sabah si Velvet ini agak pekat (teringat aku kat Linda AF2 pelat camnie laa) semakinlah sukar aku nak tangkap apa yang dia cakap. Semasa sesi latihan tarian di Studio Linda Jasmine kelihatan Velvet nie agak bersungguh-sungguh jugalah. Kelebihan yang ada pada Velvet ini adalah suara lantang dia, walaupun kadang kala kedengaran seperti menjerit. Gadis yang mempunyai lesung pipit ini mengharapkan tuah berpihak kepadanya kali ini agar dapat terpilih dalam senarai 12 pelajar terakhir. Peluang Velvet untuk menjejakkan kaki didalam AF bagai nakal masih lagi 50/50. Terpulanglah kepada pihak juri untuk menentukan. Populariti dikalangan penonton boleh dikatakan sederhana. Jika Valvet menjadi pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE Velvet ke no 32999.
Selepas commercial break giliran calon pelajar bernama Shaz pula diperkenalkan. Jejaka yang berasal dari Kuala Lumpur ini tinggal bersama datuk dan neneknya sejak dari kecil lagi. Menurut nenek Shaz, pada mulanya Shaz enggan mengikuti sesi ujibakat AF4 apabila disuruh neneknya. Tetapi akhirnya dia pergi jua bersama kawannya. Shaz yang mempunyai tone suara yang cukup baik dan keunikkan suara Shaz membuatkan juri Ajai dan Liza Hanim terpaksa menyuruh dia menyanyikan empat lagu berbeza ketika diujibakat. Dari segi penampilan nakal rasa Shaz agak pemalu sedikit tetapi akan menjadi ramah apabila perasaan malunya hilang. Peluang Shaz untuk memasuki AF agak cerah kalau dia memilih lagu dengan tepat di Konsert Prelude itu nanti. Populariti dikalangan penonton untuk Shaz masih lagi ditahap rendah. Ketika ulasan ditulis Shaz berada di tangga 17 dalam senarai kedudukan AFPRE. Jika Shaz menjadi pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE Shaz ke no 32999.
Pelajar terakhir yang diperkenalkan oleh Aznil malam ini adalah Aduh Salima kata Aznil. Nampak sangat tempias Mawi telah terlekat pada Salima ini. Gadis yang berasal dari Perak ini memceritakan bagaimana rapatnya hubungan dia dan adiknya, siap nak tidur main pegang-pegang tangan dan siku lagi mereka berdua ni. Salima yang berketurunan arab nie kelihatan ceria sentiasa dan penuh keyakinan setiap kali memberikan keterangan. Nakal jangkakan yang Salima mempunyai vokal tahap biasa sahaja awalnya (semasa Salima nyanyi lagu hindustan semasa sesi pengenalan pelajar denagn media) tetapi nampaknya stigma nakal tersasar apabila nakal tengok Salima mengalunkan lagu Arab didalam paparan tadi. Terus terdetik yang Salima memang layak menjadi pelajar AF. Peluang Salima tampak cerah pada dasarnya menerusi pemilihan juri mahupun penonton. Ketika ini Salima merupa calon pelajar wanita yang mempunyai jumlah undi yang tertinggi dn mendapat liputan paling meluas dikalangan media. Jika Salima menjadi pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE Salima ke no 32999.

posted by admin at 12:59 AM | Permalink | 1 commenti

Gambar sebelum terpilih masuk Konsert Prelude AF

Wednesday, May 24, 2006
Ore : 6:15 PM

Seperti yang aku janji pada Ezie tengah hari tadi, ini adalah update gambar yang nakal dapat dari seorang teman dari Reza Funky Club dan ada yang nakal kutip dari serata tempat di alam siber ini. Dan apa yang paling best dah ada seorang calon pelajar nie blog yang dibuat oleh peminatnya. Kalau nak tengok blog yang dibuat oleh peminat untuk Liya klik link ini Liyaratic. Tengok laa mana satu yang kauorang minat dan bukan niat aku nak memburukkan sesiapa atau menjatuhkan sesiapa. Tujuan aku hanya untuk paparan semua.


Gambar Liya masa kecil

Liya

Tasha sekali pandang macam muka Susi (Sinetron Dia)

Tasha lagi

Jeff & Friends

posted by admin at 6:15 PM | Permalink | 1 commenti

Nota Prelude Akademi Fantasia (23 May 2006)


Ore : 1:10 PM


Nota Prelude Akademi Fantasia dimulakan sekali lagi dihari yang kedua oleh Aznil Hj. Nawawi dengan peringatan untuk mengundi calon-calon pelajar AF. Untuk episode kali ini Nota Prelude membawa penonton untuk mengenali empat lagi calon pelajar AF iaitu Karen, Jeff, Zila dan Haider.

Pelajar pertama yang diperkenalkan malam tadi, merupakan cek mek Kelate dan berbangsa Cina. Karen yang berusia 18 tahun kelihatannya masih kurang fasih bertutur didalam bahasa melayu merupakan calon bukan bumiputera tunggal untuk AF tahun ini. Dengan apa yang dipaprkan semalam kelihatan Karen tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Dia tidak kelihatan kekok ketika sesi fotografi Astro dan Hotlink. Paparan ketika ujibakat AF pasti membuat ramai ingin mengetahui dengan lebih dekat siapa Karen ini. Dengan kebolehan menyanyikan lagu Cindai ketika sesi ujibakat stage 3 membuatkan nama Karen menjadi bualan walaupun tidak semerdu Siti Dengan mempertaruhkan Karen didalam Akademi Fantasia dilihat mampu menarik minat kaum berbangsa Cina diMalaysia untuk menonton Akademi Fantasia dan sekaligus mengundinya. Karen dilihat akan menjadi pilihan juri dimalam Konsert Prelude itu nanti bukan kerana bakatnya tetapai untuk mengimbangi pecahan kaum didalam Akademi nanti. Dari segi populariti Karen dilihat sebagai mampu meraih banyak undi dari pengundi kaum Cina. Jika Karen pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE KAREN ke no 32999.

Pelajar seterusnya yang diperkenal didalam Nota Prelude semalam adalah Jeff. Kalau tak salah Jeff nie merupakan calon pelajar yang paling tua didalam Konsert Prelude nanti. Jejaka yang berasal daripada Subang Jaya, Selangor ini sentiasa kelihatan ceria dan peramah dengan sesiapa sahaja. Menurut bapanya dia tidak pernah menyanyi ketika dirumah tetapi bapa Jeff ni kira sportingla sebab sentiasa support apa yang anak dia nak buat. Semasa sesi fotografi Hotlink dan Astro kelihatan Jeff tidak kekok memberikan pose-pose maut kononnya.Dari segi pernampilan nakal lihat Jeff tidak banayak beza dengan mana-mana remaja kota ketika ini. Suara boleh tahan kira ada commercial value la. Mungkin ramai wanita akan tertarik apabila melihat wajahnya. Tetapi dari segi tingkah laku mungkin akan membuat para penonton cepat mual dengan Jeff nie sebab dia ni macam poyo sikit la. Mungkin sifatnya yang terlampau peramah dan terlalu yakin boleh menggugat usahanya meraih lebih banyak peminat kelak. Pemilihan lagu yang tepat akan menentukan nasib Jeff semasa Konsert Prelude Akademi Fantasia itu nanti, samada ianya mampu menarik perhatian juri atau tidak. Populariti dikalangan penonton masih belum dapat dipastikan lagi. Jika Jeff pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE Jeff ke no 32999.

Selepas commercial break, Zila merupakan calon pelajar seterusnya yang diperkenalkan. Ketika menonton Zila didalam Nota Prelude hati nakal terus terdetik rugi kalau budak ini tidak dapat masuk AF. Bukan sebab simpati kepada pekerjaan ibunya sebagai penoreh tetapi bakat yang dimilikinya cukup besar. Dia yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan memang memiliki tine suara yangmerdu dan tidak terikut-ikut mana-mana penyanyi di Malaysia. Pengalamannya yang pernah bekerja diYayasan Negeri Sembilan sebagai penyanyi merupakan satu aset penting baginya untuk digunakan ketika dikonsert Prelude nanti. Gadis yang berkulit hitam manis ini cukup menggemari Inul Darista dan apabila paparan dia menyanyikan lagu dangdut Inul sambil bergelek ketika sesi ujibakat stage 3 pasti memberi kesan kepada para penonton. Zila juga kelihatan tidak begitu kekok memberikan pose-pose ketika sesi fotografi Astro dan Hotlink. Nakal rasa peluang Zila untuk terpilih menjadi pelajar Akademi Fantasia 4 agak cerah menerusi pemilihan juri jika pemilihan lagu yang dilakukan tepat. Populariti Zila dikalangan penonton boleh dikatakan sederhana. Jika Zila pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE Zila ke no 32999.

Haider merupakan calon pelajar terakhir yang diperkenalkan oleh Aznil (siap Aznil nyanyikan lagu It’s My Life untuk penonton ingat semula pada Haider). Memang Haider pernah memasuki Konsert Prelude tahun lepas tetapi tersingkir dan masih mencuba untuk tahun ini. Kalau tahunlepas kita lihat Haider kurus, tahun ini kita dapat menyaksikan Haider dengan versi lebih berisi dan gempal. Menurut Haider dia akan membawa perubahan tahun ini berbanding tahun lepas. Dia akan mencuba membawa lagu balada untuk Konsert Prelude nanti dan mengharapkan tuah akan menyebelahinya untuk tahun ini. Menurut Haider kebanyakkan calon pelajar AF musim ini sering bertanya pengalamannya ketika berada di Konsert Prelude tahun lepas dan cuba meminta tips-tips dari dia yelah senior la kononnya hinggakan ada yanglebih tua dari dia pun memanggilnya abang. Untuk tahun ini tidak banyak perbezaan yang nakal lihat daripada Haider kecuali badannya yang semakin tembam dan imej Jiwang Karatnya yang terlalu extreme kadangkala macam nak bebulu mata nakal tengok. Nakal rasa haider perlu memperbaiki imej yang cuba dibawanya. Dari segi vokal tiada banyak yang berubah mungkin keyakinan yang dia ada sekarang berbanding tahun lepas bakal menyaksikan sedikit peningkatan berbanding tahun lepas. Peluang yang Haider ada agak tipis melainkan dia mempu membukti sesuatu yang luar biasa pada malam Konsert Prelude itu nanti agar dapat menarik perhatian juri. Populariti dikalangan penonton tidak boleh dipertikaikan lagi cuma penonton mahu atau tidak mengundi beliau tidak dapat ditentukan. Jika Haider pilihan anda , sila hantarkan undian SMS anda dengan menaip AFPRE Haider ke no 32999.

Nota Prelude Akademi Fantasia (23 May 2006) berakhir disini.

posted by admin at 1:10 PM | Permalink | 0 commenti

Nota Prelude Akademi Fantasia (22 May 2006)

Tuesday, May 23, 2006
Ore : 2:50 PM

Nota Prelude dimulakan dengan pengenalan tujuan Nota Prelude diadakan oleh pengacaranya Aznil Hj. Nawawi. Untuk episode pertama ini Nota Prelude membawa para penonton mengenali 4 calon akhir pelajar (Haziq, Tasha, Amirul dan Nora). Aznil juga mengumumkan bahawa pengundian AFPRE sudah boleh dibuat mulai semalam, jadi tak perlulah kita tunggu hingga ke Konsert Prelude itu berlangsung nanti dan percayalah bahawa akan berlaku lagi satu kontroversi selepas Konsert Prelude nanti (ala-ala kontroversi Mawi dan Marsha tersingkir, agaknya ada tak lagi patition bantahan penyingkiran pelajar musim ini?).

Pelajar pertama yang diperkenalkan semalam adalah Haziq. Anak kelahiran Kluang Johor ini mewarisi bakat seni dari bapanya yang memang cenderung denagn aktiviti seni setempat. Patutlah bapa Haziq nie pandai berlakon (masa kejutan penyerahan tag dan file AF). Anak bongsu didalam keluarga menunjukkan kecenderungan didalam irama melayu asli yang nakal rasa satu advantage buat dirinya. Dikata Haziq ini seorang yang pemalu dan hormat orang tua, mungkin betul tapi macam ada sengal sikit (blur) tapi tak poyola aku rasa. Melihat dia mengalunkan lagu irama traditional semasa ujibakat peringkat 3 menunjukkan kemampuannya menyampaikan lagu sebegitu cukup membanggakan. Semasa penayangan sesi fotografi untuk bahagian pengiklanan Astro dan Hotlink kelihatan Haziq agak kekok dan agak malu-malu untuk memberikan pose. Dari biji mata yang nakal peluang Haziq untuk mendapat tempat didalam Akademi Fantasia agak cerah dengan pemilihan dari pihak juri tetapi dari segi populariti dikalangan penonton ianya masih lagi rendah. Jika anda meminati Haziq hantarkan undian ada melalui Sms seperti berikut. taip AFPRE HAZIQ hantarkan ke 32999.

Tasha merupakan calon pelajar yang kedua diperkenalkan didalam Nota Prelude untuk kali ini. Sejak mendaftarkan diri untuk Konsert Prelude ini gadis Seremban Negeri Sembilan ini sering demam dan selsema. Tapi komitment yang diberikan untuk setiap aktiviti yang dirancangkan Astro tidak menghampakan. Tasha yang mempunyai raut wajah yang iras-iras Diana Rafar ini tampak selesa setiap kali memberikan pose ketika sesi fotografi Astro dan Hotlink dijalankan. Mengenai mutu suaranya nakal masih tidak dapat menilainya lagi. Kelihatan gadis ini mempunyai keyakinan penuh dari segi penampilannya. Kelihatan juga Tasha amat senang bergaya (memang dah ada gaya artis). Dari biji mata yang nakal peluang Tasha untuk mendapat tempat didalam Akademi Fantasia masih 50-50. Populariti dikalangan penonton mungkin sederhana kerana raut wajahnya yang menarik membuat penonton senanag mengingatinya. Jika anda meminati Tasha hantarkan undian ada melalui Sms seperti berikut. taip AFPRE TASHA hantarkan ke 32999.

Aznil memperkenalkan Amirul sebagai calon pelajar seterusnya. Jejaka yang berasal dari Kuching Sarawak ini merupakan calon tunggal dari negeri Kenyalang. Amirul yang dikatakan Japanese look terpilih untuk menjadi calon akhir Konsert Prelude menerusi percubaan pertamanya didalam Akademi Fantasia. Kalau dari segi penampilan kelihatan Amirul lebih cenderung kepada hoppers tetapi dia boleh menyanyikan pelbagai jenis lagu termasuk rock dan balada. Dia yang juga merupakan anak bongsu didalam keluarga kelihat selesa memberikan pose-pose ketika sesi fotografi Astro dan Hotlink. Dari segi mutu suara Amirul perlu lebih banyak latihan kerana dari apa yang nakal pernah dengar Amirul mempunyai tone suara yang unik tetapi masih perlu diasah dari teknik pernafasan kerana kedengaran dia sering tidak cukup nafas ketika menyanyi. Kelebihan yang ada pada Amirul setakat ini adalah rupa parasnya yang cute membuat ramai wanita dan yang ingin jadi wanita tertarik kepadanya. Dari biji mata yang nakal peluang Amirul untuk medapat tempat didalam Akademi Fantasia 50-50 menerusi piliahan juri tetapi dia merupakan salah satu calon favorite penonton rasanya. Jika anda meminati Amirul hantarkan undian ada melalui Sms seperti berikut. taip AFPRE AMIRUL hantarkan ke 32999.

Calon pelajar terakhir untuk Nota Prelude Akademi Fantasia kali ini adalah Nora. Nora dengan ujibakat AF sudah sinonim, ini merupakan ujibakat ketiga beliau dan bernasib baik terpilih sebagai calon akhir Konsert Prelude. Gadis yang berasal dari Sandakan, Sabah merupakan anak perempuan tunggal didalam keluarganya. Dia mendapat sokongan penuh dari keluarga untuk menjadi penyanyi. Nora yang gemar kepada lagu berirama Jazz dan Klasik tampak selesa memberikan pose ketika sesi fotografi Astro dan Hotlink. Menurut cerita Nora memang sering mengadakan persembahan disekitar Sandakan dan itu merupakan satu kelebihan kepada gadis ini. Dari segi suara nakal rasa Nora memiliki tone suara yang bagus tetapi masih perlu diasah lagi. Untuk Konsert Prelude nanti Nora akan menyampaikan lagu dendangan Uji Rashid dan ketika beliau menaynyikan lagu itu semalam, Nora tiba-tiba sebak kerana merindui ibunya kerana lagu itu lagu favorite ibunya. Dari segi penampilan nakal rasa Nora tidak mempunyai bayak masalah kerana memang terbukti dia agak pandai bergaya dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dari biji mata yang nakal peluang Nora untuk menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia sekitar 60 peratus hasil dari undian juri nanti. Dari segi populariti Nora dikalangan penonton ianya kelihatan masih rendah. Jika anda meminati Nora hantarkan undian ada melalui Sms seperti berikut. taip AFPRE NORA hantarkan ke 32999. (Bagus Bah!)

Nota Prelude Akademi Fantasia 22 May 2006 berakhir disini.

posted by admin at 2:50 PM | Permalink | 0 commenti

Tirai Akademi Fantasia (20 May 2006)

Monday, May 22, 2006
Ore : 1:06 PM

Akhirnya tersingkap jua Tirai AF musim keempat. Aku ingat mesti ramai yang menunggukan, yelah tak sabar nak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai para peserta yang aku bertanding didalam konsert prelude tahun ini. Tirai AF yang dikendalikan oleh tiga generasi bintang AF terdahulu, Nana mewakili AF1, Farah mewakili AF2 dan Reza mewakili AF3. dan kelihatan ganding mereka bertiga ini agak baik dan tidak menghampakan. Yelah kadangkala jemu juga asyik tengok muka Aznil, Jimmy dan Hani kat Astro Ria tu.

Tirai AF dimulakan dengan penayangan pencapaian bintang-bintang AF yang terdahulu (kira macam Hall of Fame). Dari Vince hinggalah ke Mawi dan sudah pasti nama Mawi begitu gah berbanding rakan-rakannya yang lain. Ini diikuti dengan pengenalan tenaga pengajar AF tahun ini walaupun sudah ramai yang tahu. Proses pemilihan pelajar dan pengenalan calon-calon pelajar AF musim keempat. Benda ini semua dah ramai yang tahu kiranya bagi aku macam tak payah tengok pun takpelah.

Main concern aku malam itu hadir jua bila penayangan cara bakal-bakal pelajar diberi kejutan, tetapi agak menyedihkan sedikit sebab kebanyakkan kejutan yang diberikan kepada calon dilakukan secara ala kadar sahaja macam melepaskan batuk ditangga. Kredibiliti Akademi Fantasia yang penuh dengan kejutan agak tercalar rasanya. Penyerah file dan tag pelajar kepada Liya yang begitu straight forward tanpa sebarang perancangan berbanding para calon pelajar yang lain cukup menghampakan. Begitu juga dengan pemberian hadiah kepada Velvet tampak biasa sahaja dan sudah boleh dihidu oleh mereka yg ingin dikejutkan.

Tetapi ada juga kejutan yang begitu berkesan ala-ala Wakenabeb macam kejutan utk Haider yang hampir dibelasah sebab berada dibilik hotel salah kononnya. Aku rasa masa tu mesti Haider dah kecut setengah mati sebab brother yang sergah dia tu badan sihat juga. Sekali brother tu smack kat Haider mesti 2 hari tak bangun. Aku agak tertarik juga dengan kejutan untuk Karen yang mana kereta boyfriendnya hendak ditarik oleh 2 orang penarik kereta (kalau aku taknak berboyfriendkan org yang tak bayar keta nie). Siap kena mintak duit lagik dari mamat 2 ekor tu. Nasib baik takde duit kalau ada silap haribulan mesti kasi punyalah. Tapi yang bestnya, masa mamat tu suruh dia pegang tag tu, confuse muka dia tengok gambar dia ada kat situ. Begitu juga kejutan untuk Haziq yang agak extreme la jugak itu pun sebab lakonan bapak dia yang amat berkesan. Kiranya berbakat juga lah bapak Haziq nie berbanding dengan bapa Rich dan Faizal. Lain-lain kejutan yang agak best bagi aku adalah untuk Leez dan Hazama bila Reza dan Nana datang kerumah mereka. Aku masih teringat-ingat misai kucing bapak Leez itu, kalau calon pelajar AF tu tengok la misai bapak Leez tu mesti diaorang tak berani nak tacklenye.. Huhuhuu… Dan buat pertama kalinya malam ini kita akan disajikan dengan Nota Prelude Akademi Fantasia selama seminggu ini untuk melihat aktiviti yang dilakukan oleh calon-calon pelajar sebelum Konsert Prelude bermula.

Akhir sekali, untuk Konsert Prelude kali ini para penonton dibenarkan untuk memilih seorang pelajar lelaki dan wanita untuk diserapkan ke dalam akademi untuk tahun ini. Ini berbeza dari tahun lepas yang mana para pelajar kesemuanya dipilih oleh para juri.

Untuk mengundi calon pelajar pilihan anda ada lah seperti berikut:
Taip:
AFPRE dan hantarkan ke 32999

posted by admin at 1:06 PM | Permalink | 0 commenti

Info Rich Calon Pelajar AF4

Friday, May 19, 2006
Ore : 4:44 PM


Info terkini yang aku dapat dari blogstar kita yg salah seorang dari calon pelajar AF4 Rich telah mempunyai album. Ini merupakan satu berita yang baik. Kalau nak diikutkan sebelum ini tidak ada seorang pun pelajar AF yang mempunyai background sebegini (pernah merakamkan album). Walaupun bukan secara profesional tapi ia boleh dikatakan sebagai satu advantage buat Rich. Rich juga pernah membuat persembahan gig bersama kumpulannya Esgtranged disekitar tanahair. Band ini juga pernah memasuki pertandingan Asian Beat Competion pada tahun 2001 dan telah mendapat tempat ke 2 dan persembahan dia Asian X-Games 2004. Kiranya Rich nie dah lali dengan audience tapi dgn camera not to sure.

Tapi yang menjadi tanda tanya buat nakal, kenapa Rich memilih untuk memasuki AF sedangkan aliran muzik yang dia nyanyikan sebelum ini amat berbeza dengan apa yang dia akan alami didalam AF. Mungkin Rich mahu menempuh cabaran baru dengan memasuki aliran mainstream dunia hiburan tanahair. Anyway kalau anda nak menonton video clip daripada Estranged dan Rich klik sahaja V/C yang nakal sediakan dibawah. Untuk keterangan lanjut mengenai kumpulan Estranged sila layari website ini http://www.estranged.info/ .


posted by admin at 4:44 PM | Permalink | 0 commenti

American Idol Result: Final 2


Ore : 12:44 PM

Semalam aku tengok AI punya result....Elliot keluar...mmg dah boleh agak...tapi aku frust giler....sbb rasanye talent dia lagi bagus dari yg lagi 2 org tu....Katherine tu pada aku biasa je...Taylor plak maybe sebab cara dia nyanyi lain dari yg lain so orang pun vote dia lah....(bias tak aku punya komen)tapi memang time performance tu Elliot nyanyi tak menjadi sangat....maybe sebab dia stress kot...ye lah..tinggal 3 orang je...tapi pada aku paling tak menjadi nyanyi Katherine....time dia nyanyi lagu R Kelly tu mmg tak best....maybe sebab dia banyak sangat tukar melodi....tapi tak best pun masuk jugak final....antara Taylor dengan Katherine aku pun tak boleh nak cakap sapa yg akan jadi American Idol...maybe Taylor boleh menang sebab dia tak pernah jadi bottom 2...tapi Clay Aiken pun dulu tak pernah sekali pun jadi bottom 2...tapi still kalah dengan Ruben....so kita tunggu je lah next week....final AI....

Sekarang ni orang tengah sibuk pulak AF4...aku tak excited sangat dengan AF kali ni....maybe sebab dah masuk season yg ke 4 sampai rasa excited tu dah takde....rasa biasa je...tapi dengar2 nakal nak undi budak perempuan yg pakai tudung tu....hmmmm...nakal memang camtu...dia tak boleh tengok perempuan dahi licin sikit...dia pun mulalah.....

Lagi satu cerita.....kalau ada antara kamu2 baca blog klubbkidd...mesti tau cerita sorang blogger ni masuk hospital....abg badrul.....aku memang selalu jugak baca blog abg bad ni.....so time dengar dia admitted hospital terkejut giler arrr....coz aku baru je baca blog dia...tengok cam happy2...then tetiba dapat tau dia masuk hospital....sebab chest pain......apa2 pun untuk abg bad...(w/pun aku tau dia tak baca ni)linkeen, nakal dan warga nakaltitude akan mendoakan supaya abg bad cepat sembuh, boleh blogging macam biasa lagi....coz aku suka sangat baca blog dia....so pas ni takleh la gi makan...makan...makan je...kena jaga health pulak....ok lah....aku pun nak gi makan jap lagi....apa2 pasal AF4...nakal akan update....

posted by Ikeen Ismail at 12:44 PM | Permalink | 1 commenti

Kempen Budi Bahasa

Thursday, May 18, 2006
Ore : 5:45 PM

Last week time holiday Wesak Day, aku pergi la KL sebab kena attend wedding kawan aku.....aku pergi naik bas.....malam Khamis aku dah tolak dari sini...kul 11 something...pukul 10.30 aku dah sampai bus stand...prepare je lah...manalah tau jammed ke....tunggu la bas kat situ...dah pukul 11...bas tak sampai lagi....then pukul 11.30 baru bas sampai....aku pun naik lah bas.....apa kena mengena dengan title kat atas ni...citer dia camni.....normally bas ada 2 orang driver...time aku dah naik bas.....dah duduk....driver bas sorang ni punyalah kurang sopan dengan semua orang kat situ....dah le no. seat ada dua....satu kat bahagian atas...satu kat bahagian bawah...mmg tak nampak punya la nombor tu...pastu dekat tiket bas....kita kena duduk ikut no yg kat bahagian bawah tu..yg tak nampak tu...dah semua orang tercari2 no seat....ada la sorang ni tanya kat driver bas tu....seat saya yg mana satu bang....orang tu dengan berlagaknya cakap...."ni...tak nampak kat bawah tu...."eh...eh....orang tanya baik2...jawablah baik2...nak tengking2 pulak....pastu ada sorang mamat ni...bangla ke nepal ke aku pun tak tau lah....dia tunjuk tiket dia kat driver tu gak...tanya..."where's my seat"...orang tu dengan berlagaknya jawab...."belakang!!!belakang!!!!....pastu aku pun tak tau la caner tah bag si nepal tu leh stuck kat seat depan tu....tak boleh le jalan...then driver tu boleh marah2 plaknye..."belakanglah!!!!"wahhh!!!aku tak sangka lak dia boleh sampai tengking orang tu....tapi sedangkan Malaysian pun dia leh tengking2...ni lagi kan bukan Malaysian..specially Nepalese ke...memang suka2 je nak tengking...tapi cuba kalau mat salleh yg naik bas tu tanya dia "where's my seat?"mesti dengan lemah lembutnye dia jawab "u'r seat at the back sir"bias tul diorang ni....apalah salahnye jawab lemah lembut.....cakap baik2.....tu satu hal...pastu bila aku dah sampai KL....esoknye aku dengan kakak aku pergi la Tesco...kat Kajang...ada lah sorang akak kat tempat timbang2 sayur ni....punya lah berlagak....macam kerja dia timbang emas....pun tengking2 orang gak.....aku pun tak tau la kenapa certain2 Malaysian ni tak boleh nak cakap elok2...kena tengking2...memang kerja tu penat...tapi pada aku kalau dah nak start marah2 orang...tengking2....kiranye niat dia nak kerja tu dah tak betullah.....nampaknye Kempen Budi Bahasa kali ni belum menjadi.....
Oklah...citer pasal bendai lain pulak....semalam aku tengok AI....tinggal final 3.....Elliot, Taylor ngan Katherine......frust le aku tengok Elliot nyanyi macam tak menjadi je.....tapi still best lah...tapi pada aku Katherine nyanyi betul2 tak menjadi...dia nyanyi lagu I Believe I Can Fly....aku tak suka...banyak sangat tukar....so malam ni nak tengok result dia pulak....aku rasa Elliot yang keluar......yg masuk final 2 Taylor dengan Katherine....ermmm....tak dapat lagi tengok orang yg aku suka menang American Idol...dulu Clay pun kalah dengan Rueben...takpelah...tunggu je lah esok aku punya posting...apa result dia....

posted by Ikeen Ismail at 5:45 PM | Permalink | 4 commenti

Calon Pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4)


Ore : 2:37 PM



Akhirnya terjawab sudah segala teka-teki mengenai calon pelajar AF untuk musim ini. Nampaknya rahsia dari pada pihak Astro mengenai calon-calon pelajar AF terlerai jua disaat akhir walaupun ada kebocoran maklumat disaat-saat akhir. Entah bagaimana malumat ini boleh terlepas pihak Astro masih lagi menyiasat. Silap-silap panggil CSI agaknya. Ramai dikalangan kita telah mengetahui dan malas nakal nak ulas panjang-panjang. Tapi yang bestnya untuk konsert Prelude kali ini kita (penonton) boleh mengundi dua dari calon pelajar (seorang lelaki dan seorang wanita) untuk menjadi calon pelajar AF. Ini bermaksa untuk AF4 kali ini, hanya 10 pelajar yg akan dipilih oleh juri-juri dan dua lagi akan dipilih oleh peminat AF sendiri. Oleh itu kenalilah calon-calon pelajar berikut.



Nama : Amirul Azwan bin Mohd Ghazali
Nama Samaran : AMIRUL
Bangsa : Melanau
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Umur : 18
Asal : Kuching, Sarawak
Tempat Lahir : Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir : 3 Jul 1988
Star Sign : Cancer
Tinggi : 176cm
Berat : 56kg
Hobi : Bermain gitar, makan dan membuat persembahan
Melanau dan Cina ini tahu apa yang dia inginkan.
Makanan Kegemaran : Makanan segera (KFC,McDonald's)
Minuman Kegemaran : Coca Cola
Filem Kegemaran : Tiada
Lagu Kegemaran : Let Me Love You
Pelakon Kegemaran : Adam Sandler, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Rosyam Noor, Erra fazira, Reese Witherspoon, Sarimah Ibrahim
Penyanyi Kegemaran : Kanye West, Vince, Radhi OAG
Nota : Dikenali dengan imej hip hop, seluar besar dan baju besar serta bertopi, jejaka comel kacukan



Nama : Syamsul Hirdy bin Muhid
Nama Samaran : DIDDY
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Umur : 21
Asal : Kuala Lumpur
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 5 Oct 1985
Star Sign : Libra
Tinggi : 183cm
Berat : 63kg
Hobi : Menyanyi, mendengar muzik
Makanan Kegemaran : Sushi
Minuman Kegemaran : Susu segar
Filem Kegemaran : Buli
Lagu Kegemaran : Keabadian Cinta
Pelakon Kegemaran : Afdlin Shauki, Rosyam Noor, Hans Isaac, AC Mizal, Erra Fazira, Nasha Aziz, Umie Aida, Erma Fatima
Penyanyi Kegemaran : Anuar Zain, Marc Anthony, James Ingram
Nota : Lahir dari keluarga berdarah seni, lulusan diploma pentadbiran perniagaan ini mengimpikan untuk mengecap kejayaan di Akademi Fantasia. Masa santai dihabiskan dengan sesi karaoke bersama keluarga dan rakan.



Nama : Mohammad Faizal bin Ramly
Nama Samaran : FAIZAL
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Umur : 22
Asal : Marang, Terengganu
Tempat Lahir : Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir : 17 Aug 1984
Star Sign : Leo
Tinggi : 157cm
Berat : 64kg
Hobi : Menyanyi, memancing
Makanan Kegemaran : Nasi goreng
Minuman Kegemaran : Nescafe o ais
Filem Kegemaran : Castello
Lagu Kegemaran : Seroja
Pelakon Kegemaran : Rosyam Noor, Ako Mustapha, Maya Karin, Erra Fazira
Penyanyi Kegemaran : Sudirman, Broery Marantika, Zainal Abidin
Nota : Menjadikan Sudirman sebagai idolanya, anak jati Terengganu ini gigih membantu ibunya menguruskan kedai emas dan memiliki kilauan bakat besar yang dipersembahkan serta bakal memukau dengan senyuman manis dan wajah tampannya.



Nama : Haider bin Arif
Nama Samaran : HAIDER
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Umur : 21
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tempat Lahir : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 7 Mac 1985
Star Sign : Pisces
Tinggi : 167cm
Berat : 73kg
Hobi : Menyanyi, main gitar, bola sepak
Makanan Kegemaran : Tiada
Minuman Kegemaran : Milo, Nescafe
Filem Kegemaran : Tagalog
Lagu Kegemaran : Belaian Jiwa, Mungkin
Pelakon Kegemaran : Misha Omar, Nora Danish
Penyanyi Kegemaran : Anuar Zain
Nota : Jejaka Sabah ini seorang yang pendiam dan pemalu. Anak sulung dari sebelas adik beradik.



Nama : Hazama bin Ahmad Azmi
Nama Samaran : HAZAMA
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Umur : 22
Asal : Kuala Lumpur
Tempat Lahir : Perak
Tarikh Lahir : 28 Nov 1984
Star Sign : Saggitarius
Tinggi : 173cm
Berat : 57kg
Hobi : Pusing bandar naik kereta
Makanan Kegemaran : Nasi goreng
Minuman Kegemaran : Teh o ais
Filem Kegemaran : Rock
Lagu Kegemaran : Bukan Aku Tak Cinta
Pelakon Kegemaran : Tom Cruise, Rosyam Noor, Awie, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Sheila Rusly, Fazura
Penyanyi Kegemaran : Saleem, Awie, Amy Search
Nota : Senyuman manisnya memikat sehingga terlupa dia memperjuangkan rock klasik. Berbekalkan vokal yang mantap, garau serta gaya rocknya.



Nama : Hazwan Haziq bin Rosebi
Nama Samaran : HAZIQ
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Umur : 18
Asal : Kluang, Johor
Tempat Lahir : Kluang, Johor
Tarikh Lahir : 7 Jan 1988
Star Sign : Capricorn
Tinggi : 179cm
Berat : 60kg
Hobi : Bersukan, menyanyi dan bermain PS2
Makanan Kegemaran : Mee goreng mamak
Minuman Kegemaran : Milo
Filem Kegemaran : Baik Punya Cilok
Lagu Kegemaran : Bunga Tanjung
Pelakon Kegemaran : Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramli, Rosyam Noor, Fasha Sandha, Maya Karin, Azean Irdawaty, Nasha Aziz
Penyanyi Kegemaran : Jamal Abdillah, Ahmad Jais, Mawi AF3
Nota : Jejaka tinggi lampai ini meminati permainan kriket hinggalah mengikuti konsert live. Anak jati Johor ini menggemari irama tradisional dan gilakan PS2.



Nama : Jeffry Haikel bin Muhammad Nasir
Nama Samaran : JEFF
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Umur : 23
Asal : Subang Jaya, Selangor
Tempat Lahir : Klang, Selangor
Tarikh Lahir : 15 Jan 1983
Star Sign : Capricorn
Tinggi : 178cm
Berat : 75kg
Hobi : Berangan, menonton bolase[al, menyanyi, main game
Makanan Kegemaran : Nasi ayam, ikan keli
Minuman Kegemaran : Teh o ais
Filem Kegemaran : The Godfather, Scarface
Lagu Kegemaran : My Way
Pelakon Kegemaran : Al Pacino, Robert DeNiro, Ewan McGregor, Nicole Kidman, Catherine Zeta Jones, Natali Portman, Angelina Jolie
Penyanyi Kegemaran : Frank Sinatra, Broery Marantika, Michael Buble
Nota : Peminat lumba kereta ini menggemari muzik jazz dan peminat setia Manchester United. Seorang yang peramah dan apabila sudah rapat dengannya, semuanya bola, bola, bola!



Nama : Lotter P. Edwin Edin
Nama Samaran : LOTTER
Bangsa : Kadazan
Agama : Kristian
Jantina : Lelaki
Umur : 23
Asal : Membakut, Sabah
Tempat Lahir : Keningau, Sabah
Tarikh Lahir : 30 April 1982
Star Sign : Taurus
Tinggi : 157cm
Berat : 50kg
Hobi : Bermain alat muzik
Makanan Kegemaran : Nasi ayam
Minuman Kegemaran : Nescafe ais
Filem Kegemaran : Seniman Bujang Lapok
Lagu Kegemaran : More Than Words
Pelakon Kegemaran : Fahrin Ahmad, Rosyam Noor, Maya Karin, Umie Aida
Penyanyi Kegemaran : Kurt Cobain, Amy Search
Nota : Jejaka periang dan sentiasa ketawa ini ialah peminat Stephen Chow. Anak jati Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif dan memasak untuk keluarganya.



Nama : Richael L. Gimbang
Nama Samaran : RICH
Bangsa : Kadazandusun
Agama : Kristian
Jantina : Lelaki
Umur : 23
Asal : Penampang, Sabah
Tempat Lahir : Tenom, Sabah
Tarikh Lahir : 29 July 1982
Star Sign : Leo
Tinggi : 164cm
Berat : 56kg
Hobi : Bolasepak, membaca, bersahabat
Makanan Kegemaran : Spaghetti Bolognaise
Minuman Kegemaran : Milo ais
Filem Kegemaran : Star Wars saga
Lagu Kegemaran : I'll Be
Pelakon Kegemaran : Brad Pitt, Keanu Reeves, Jim Carey, Jessica Alba, Maya Karin, Fasha Sandha, Charlize Theron
Penyanyi Kegemaran : Axl Rose, Kurt Cobain, Brandon Boyd
Nota : Anak jati bangsa Kadazan Dusun ini merupasan seorang jurutera audio, peminat fiksyen sains dan kini mejuruskan dirinya ke arah genre rock.



Nama : Shazroul Fazlie Zahari
Nama Samaran : SHAZ
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Umur : 20
Asal : Kuala Lumpur
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 11 Sept 1985
Star Sign : Virgo
Tinggi : 177cm
Berat : 57kg
Hobi : Membaca, menyanyi, menari, akuarium
Makanan Kegemaran : Burger
Minuman Kegemaran : Teh
Filem Kegemaran : Komedi
Lagu Kegemaran : Vida
Pelakon Kegemaran : Orlando Bloom, Hans Isaac, Ako Mustapha, Eric Bana, Ziana Zain, Adibah Noor, Ida Nerina
Penyanyi Kegemaran : Hazami, Josh Groban, Ello
Nota : Anak manja yang ingin menjadi bintang ini bakal membawa 50 ekor ikan emas bersamanya.



Nama : Nur Farhana binti Azizan
Nama Samaran : FARHAN
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Umur : 22
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 21 Aug 1984
Star Sign : Leo
Tinggi : 163cm
Berat : 55kg
Hobi : Menyanyi dan bersukan
Makanan Kegemaran : Asam pedas
Minuman Kegemaran : Teh o ais limau
Filem Kegemaran : Pendekar Bujang Lapok
Lagu Kegemaran : New York New York
Pelakon Kegemaran : P. Ramlee, Zain Ahmad, Zaiton, Saadiah, Siti Tanjung Perak, Umi Kalthom
Penyanyi Kegemaran : Shirley Bassey, Chaka Khan, Sheila Majid
Nota : Shirley Bassey, Chaka Khan, Sehila Majid antara idolanya. Dengan imej muzik klasik dan meminati muzik band, Farhan mahu membuatkan anda terpegun dengan kebolehan besarnya.



Nama : Karen Tan Lee Suan
Nama Samaran : KAREN
Bangsa : Cina
Agama : Buddha
Jantina : Perempuan
Umur : 21
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir : 28 Aug 1984
Star Sign : Virgo
Tinggi : 153cm
Berat : 43kg
Hobi : Menyanyi dan menari
Makanan Kegemaran : Makanan Siam
Minuman Kegemaran : Teh o
Filem Kegemaran : Azura 2005
Lagu Kegemaran : Dialah Di Hati
Pelakon Kegemaran : Erra Fazira, Ziana Zain, Eja, Nora Danish, Yusry, Rosyam Noor, Vince, M. Nasir
Penyanyi Kegemaran : Siti Nurhaliza, A Mei, Mariah Carey
Nota : Mek Kelate kecil molek berbangsa Cina ini suka menari dan menggilai Coco Lee dan Fauziah Latiff.



Nama : Rosliza binti Rosli
Nama Samaran : LEEZ
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Umur : 19
Asal : Kuala Lumpur
Tempat Lahir : Kota Belud, Sabah
Tarikh Lahir : 12 Nov 1987
Star Sign : Scorpio
Tinggi : 161cm
Berat : 48kg
Hobi : Menyanyi, membaca dan bersukan
Makanan Kegemaran : Laksa
Minuman Kegemaran : Jus oren suam
Filem Kegemaran : Puteri Gunung Ledang
Lagu Kegemaran : Jujur
Pelakon Kegemaran : Diether Ocampo, Jericho Rosales, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Fauziah Nawi, Ellie Suriarty, Umie Aida, Kristine Hermosa
Penyanyi Kegemaran : Aishah, Shima, Jaclyn Victor
Nota : Selesa dengan t shirt dan seluar jeans, gadis feminin ini memiliki vokal yang mampu membuat anda teruja.



Nama : Lydia Iryani binti Mohamed Khairul
Nama Samaran : LIYA
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Umur : 21
Asal : Bandar Baru Bangi
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 23 Mac 1985
Star Sign : Aries
Tinggi : 168cm
Berat : 51kg
Hobi : Menyanyi, berlakon, menari, menunggang kuda
Makanan Kegemaran : Siakap tiga rasa
Minuman Kegemaran : Limau ais
Filem Kegemaran : Buli Balik
Lagu Kegemaran : Stand Up, Jeritan Batinku
Pelakon Kegemaran : Saiful Apek, Rosyam Noor, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Umie Aida, Nasha Aziz, Fasha Sandha, Sharifah Shahira
Penyanyi Kegemaran : Beyonce Knowles, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor
Nota : Anak tunggal dari keluarga kacukan ini sangat bijak dan gemar membantu menyelenggarakan binatang yang terbiar serta melakukan kerja-kerja amal.



Nama : Mazlinda binti Mat Khalil
Nama Samaran : LYNN
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Umur : 24
Asal : Bandar Puncak Alam, Selangor
Tempat Lahir : Klang, Selangor
Tarikh Lahir : 5 Aug 1982
Star Sign : Leo
Tinggi : 158cm
Berat : 47kg
Hobi : Menyanyi dan menjahit
Makanan Kegemaran : Yang pedas
Minuman Kegemaran : Ribena, Milo
Filem Kegemaran : Buli Balik
Lagu Kegemaran : Nirmala
Pelakon Kegemaran : Rosyam Noor, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Ako Mustapha, Nasha Aziz, Erra Fazira, Umie Aida, Ziana Zain
Penyanyi Kegemaran : Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah
Nota : Dia membantu perniagaan andaman keluarganya dan tinggal bersama sembilan ekor kuching peliharaannya.



Nama : Nordawati binti Daud
Nama Samaran : NORA
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Umur : 20
Asal : Sandakan, Sabah
Tempat Lahir : Sandakan, Sabah
Tarikh Lahir : 12 May 1985
Star Sign : Taurus
Tinggi : 160cm
Berat : 47kg
Hobi : Menyanyi, menari, mengumpul aksesori, dan bersenam
Makanan Kegemaran : Sup ayam dan ikan
Minuman Kegemaran : Susu coklat
Filem Kegemaran : Pontianak Harum Sundal Malam 2
Lagu Kegemaran : My Immortal
Pelakon Kegemaran : Rosyam Noor, Dato' Mustaffa Maarof, Saiful Apek, Hans Isaac, Nasha Aziz, Eja, Erra Fazira, Azean Irdawaty
Penyanyi Kegemaran : Sheila Majid, Anita Sarawak, Kris Dayanti
Nota : Gadis comel dari Sandakan ini boleh menyanyi dalam bahasa Tagalog dan bermain gitar, piano dan dram. Menggemari muzik R&B dan klasik.



Nama : Nor Salima binti Habibi
Nama Samaran : SALIMA
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Umur : 18
Asal : Ipoh, Perak
Tempat Lahir : Kuala Kangsar, Perak
Tarikh Lahir : 1 Jan 1988
Star Sign : Capricorn
Tinggi : 165cm
Berat : 54kg
Hobi : Menyanyi, bercakap seorang diri
Makanan Kegemaran : Mexican bun dan chicken chop
Minuman Kegemaran : Teh o limau suam
Filem Kegemaran : Pontianak Harum Sundal Malam 2
Lagu Kegemaran : Nirmala
Pelakon Kegemaran : Sheila Rusly, Fauziah Nawi, Kartina Aziz, Rita Rudaini, Zulhuzaimi Marzuki, Rosyam noor, Hans Isaac, Afdlin Shauki
Penyanyi Kegemaran : Pascale Mashalani, Siti Nurhaliza, Abah-Habibi
Nota : Gadis bertudung ini terlalu manja dengan adik kecilnya. Seorang yang sangat peramah dan anda pasti terpukau dengan gaya bicaranya yang kental jiwa Arabnya.



Nama : Natasha binti Norsin
Nama Samaran : TASHA
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Umur : 24
Asal : Kuala Lumpur
Tempat Lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 18 June 1982
Star Sign : Gemini
Tinggi : 165cm
Berat : 53kg
Hobi : Menyanyi, menari dan memasak
Makanan Kegemaran : Teppenyaki
Minuman Kegemaran : Limau ais
Filem Kegemaran : Cinta Luar Biasa
Lagu Kegemaran : Kesilapanku Keegoanmu
Pelakon Kegemaran : Aqasha, Adlin Aman Ramlie, Zulhuzaimi Marzuki, Rosyam Noor, Eja, Erra Fazira, Umie Aida, Emelda
Penyanyi Kegemaran : Celine Dion, Shania Twain, Siti Nurhaliza
Nota : Model dan pelakon separuh masa ini merupakan peminat setia filem Titanic dan kumpulan Dewa serta sukakan muzik ballroom.



Nama : Velvet Lawrence Aduk
Nama Samaran : VELVET
Bangsa : Dusun
Agama : Kristian
Jantina : Perempuan
Umur : 19
Asal : Penampang, Sabah
Tempat Lahir : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 Feb 1987
Star Sign : Aquarius
Tinggi : 169cm
Berat : 67kg
Hobi : Menyanyi
Makanan Kegemaran : Hinava
Minuman Kegemaran : Mila ais
Filem Kegemaran : White Chicks
Lagu Kegemaran : Tell Me Where It Hurts
Pelakon Kegemaran : Devon Sawa, Bradd Pitt, Saiful Apek, Hans Isaac, Drew Barrymore, Julia Roberts, Maya Karin, Erra Fazira
Penyanyi Kegemaran : Nora, Jaclyn Victor, Mariah Carey
Nota : Bekerja sebagai tukang masak pada waktu siang dan menyanyi pada waktu malam, gadis gipsi ini menyukai gaya nyanyian Nora. Sentiasa mengutamakan keluarga.



Nama : Nur Azilah binti Seeron
Nama Samaran : ZILA
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Perempuan
Umur : 18
Asal : Jempol, Negeri Sembilan
Tempat Lahir : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 17 Nov 1988
Star Sign : Scorpio
Tinggi : 152cm
Berat : 47kg
Hobi : Menyanyi
Makanan Kegemaran : Masak sambal
Minuman Kegemaran : Limau suam
Filem Kegemaran : Hindi
Lagu Kegemaran : Nian Di Hati
Pelakon Kegemaran : Zed Zaidi, Rosyam Noor, Jehan Miskin, Ezani, Rita Rudaini, Fasha Sandha, Eja, Ngasreen Ngasri (Darling)
Penyanyi Kegemaran : Siti Nurhaliza, Mawi AF3, Kris Dayanti
Nota : Anak penoreh getah dari Jempol, Negeri Sembilan ini menggemari muzik dangdut dan terpegaruh dengan keseksian Inul. ingin membuktikan kepelbagaian bakatnya yang tersendiri.

#Gambar dan butiran diceduk dari ASTRO


Fakta tambahan AF4

-Hadiah untuk musim ini adalah seperti berikut :-
Juara - Bernilai hampir RM400,000, hadiah termasuk sebuah kondominium tajaan A'Famosa Resort Melaka, kereta Toyota VIOS tajaan UMW Toyota Motor, wang tunai RM20,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Paris tajaan Loreal, barangan elektrik tajaan AOWA Electronic Sdn Bhd, telefon bimbit tajaan M Mobile Sdn Bhd dan lain-lain.

Naib Juara - Bernilai hampir RM120,000, hadiah terdiri daripada sebuah kereta Toyota VIOS tajaan
UMW Toyota Motor, wang tunai RM10,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Paris tajaan Loreal, barangan elektrik tajaan AOWA Electronic Sdn Bhd, telefon bimbit tajaan M Mobile Sdn Bhd dan lain lain.

Ketiga - Bernilai hampir RM30,000, hadiah termasuk, wang tunai RM5,000 tajaan Hotlink, pakej percutian ke Paris tajaan Loreal, barangan elektrik tajaan AOWA Electronic Sdn Bhd, telefon bimbit tajaan M Mobile Sdn Bhd dan lain-lain.

Keempat - Dengan nilai hampir RM20,000, hadiah termasuk wang tunai RM3,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Beijing tajaan Pearl Of The Orient Travel & Tours (M) Sdn Bhd, barangan elektrik tajaan AOWA Electronic Sdn Bhd, telefon bimbit tajaan M Mobile Sdn Bhd dan lain-lain barangan.

Kelima - Dengan nilai hampir RM12,000, hadiah termasuk percutian ke Beijing tajaan
Pearl Of The Orient Travel & Tours (M) Sdn Bhd, telefon bimbit tajaan M Mobile Sdn Bhd dan lain-lain barangan.


-Waktu siaran untuk rancangan-rancangan musim Akademi Fantasia keempat-
Tirai Akademi Fantasia (20 Mei, 9.30pm)
Nota Prelude Akademi Fantasia (22 Mei - 26 Mei, Isnin hingga Jumaat, 8.30pm)
Debaran Akademi Fantasia (siaran langsung, 27 Mei, Sabtu, 8.30pm)
Konsert Prelude Akademi Fantasia (siaran langsung, 28 Mei, Ahad, 8.30pm)
Diari Akademi Fantasia (mulai 29 Mei, Isnin hingga Jumaat, 12pm dan 9pm)
Konsert Akademi Fantasia (siaran langsung, mulai 3 Jun, setiap Sabtu, 8.30pm)
Imbasan Akademi Fantasia (mulai 4 Jun, setiap Ahad, 12.30pm)
Konsert Akhir Akademi Fantasia (siaran langsung, 5 Ogos, Sabtu,8.30pm)
Akademi Fantasia Eksklusif (sepuluh episod memaparkan klip klip eksklusif, 7 Ogos hingga 11 Ogos dalam slot Diari Akademi Fantasia)
Imbasan Akhir Akademi Fantasia (6 Ogos, Isnin hingga Jumaat, 12pm dan 9pm)

-Fakta menarik
Ini merupakan cubaan ke dua Haider didalam Konsert Prelude.
Salima merupakan calon pelajar pertama yang memapaki tudung.
Rich mempunyai kumpulan musik sendiri.
Ini merupakan percubaan Velvet yang kedua didalam AF.

posted by admin at 2:37 PM | Permalink | 0 commenti

Pussycat Doll - Beep, Gambar Calon Pelajar AF 4

Wednesday, May 17, 2006
Ore : 12:34 PM


Hair ni aku tak kerja sebab nak uruskan pelbagai hal. nak buat I/C dan lesen baru sebab hilang dicuri kelmarin, jadi terpaksalah aku ambil cuti hari nie. Itu pun superior au macam tak nak kasi sebab aku baru cuti minggu lepas dan minggu depan aku terpaska cuti ambil cuti lagi sebab nak uruskan perkahwinan keluarga aku. mesti pun urusan aku masih belum selesai lagi hari ini tapi aku sempat pulak singgah kat cc nie sebab lunch hourkan so kebanyakkan pejabat break sekejap tu yang aku amik kesempatan nak singgah kat cc nie. Bila aku menjengah kat salah satu blog member kat cari hari nie aku dia ada taruk v/clip Beep-Pussycat Doll feat. Will. I. Am nie. Best siot, memang sebelum ini aku pernah dengar lagu Beep ni tapi tak pernah pula aku tengo V/Clip dia. Entah macamana terus jatuh hati dan aku terus tukar aku punya background muzic pada lagu nie. harap-harap kau orang suka. kalau nak download lagu nie pun kau download la kat link yang aku sediakan kat bawah tu.
Download MP3: Beep- Pussycat Doll (klik kanan save target as)
Time aku masuk kat forum cari tadi ada la satu topiknya yg cukup menarikbuat masa ini. ada budak kat forum tu (Bookwus) telah berjaya mendapatkan gambar calon pelajar AF4 ni. Ini kiranya benda panas nie. Dan bila aku budak blog Klubbkidd gambar nie pun tersiar. tapi gambar nie bukan dari Klubbkidd la, dia pun cedok kat form cari tu. tapi benda nie masih belum begitu confirmed lagi sebab pengumuman rasmi pengenai calon pelajar AF 4 hanya akan berlaku hari nie. Yang uniknya kali nie ada pulak pelajar perempuan tu bertudang. Kiranya Pihak Astro berani membaw kelainan untuk AF4 ini. Nakal pun tak sabar menunggu kesahihan gambar ini tapi terpaska juga kena tunggu kesahihannya petang nanti. okeylah nakal dah nak chow ni sambung urusan balik... Jumpa lagi esok.....

(Calon Pelajar Lelaki AF4)


(Calon Pelajar Wanita AF4)


posted by admin at 12:34 PM | Permalink | 0 commenti

macam-macam nakal.

Monday, May 15, 2006
Ore : 2:16 PM

Macam-macam hal yang terjadi pada aku. Aku mula cuti dari hari Khamis lagi sebab nak uruskan pelbagai macam benda dari kereta hingga ke hal rumah sewa. Hari Jumaat biasa sahaja, aku cuma duduk rumah jerk. sambil selak-selak paper aku teringatlah pasal Akademi Fabtasia 4 yang akan bermula tidak lama lagi. Sebab aku ada terbaca kat salah satu posting blogger star yg cakap bebudak AF 4 semuanya telah berada di KL sekarang nie. Pihak Astro sekarang cuma tunggu masa nak introducekan diaorang nie pada media maybe on 17 May ini. Dan untuk kali ini seramai 20 orang calon pelajar telah dipilih dan telah di check in kan di salah sebuah hotel di KL tapi masih dirahsiakan. Kiranya buat masa sekarang identiti bebudak calon AF 4 masih dirahsiakan. Pihak Astro akan membuat kejutan kononnya dengan hal ini. Mengikut pemahaman aku tirai AF 4 akan bermula pada 20 May. Jadi kauorang yg minat sangat AF boleh la mula tercongok depan TV bermula dari tarikh itu. Ini diikuti oleh program Nota Akademi Fantasia Prelude yang akan disiarkan setiap malam sepanjang dua minggu itu. Alah kira program Nota Akademi Fantasia Prelude ni sama macam Diari AF la. Pasal aktiviti harian bebudak calon AF 4 ini. Tapi pada stage ini kita masih belum mengundi rasanya. Benda ni berlarutan hingga ke Konsert Prelude yang dijangkakan akan berlangsung pada 30 May. Jadi kauorang harap-harapnya fahamlah apa yang pihak Astro nak buat untuk kali ini. Pada semua calon pelajar AF 4, nakal nak ucapkan semoga berjaya.

Hari Sabtu lepas merupakan hari malang untuk aku. Abis aku punya wallet dengan Handphone aku kena kebas. Geram betul aku masa, aku pun tak perasaan bila masa ntah orang tu amik aku nye barang tu. Puas aku carik keliling Projet tu carik akunya wallet tapi tak jumpa. Bila aku call bank nak block aku nye kredit kad, orang bank tu cakap dah ada orang swipe buat isi minyak pagi tu. Lahanat betullah budak tu. Sempat dia pakai akunya kad. Apalah nasib aku hari tu. Dah nak nak kena amik Eton balik kerja hari. Takpelah takde rezki nak baut macamana cuma aku berdoa, harap-harapnya orang yang amik aku punya barang tu pulanglah balik.

Hari Ahad takde yg special cuma sambutan hari Ibu yg. aku sambut dengan beri ucapan sahaja dengan pemberian seyuman sahaja sebagai harian untuk mak aku. Sebab aku memang dah sengkek abis sejak kejadian semalam. Dan pagi itu aku sempat la pergi pasar sebab nak ikan dan sayur untuk masakan hari minggu ini. Masa aku tengah sibuk-sibuk cari barang terpandang la aku kat seorang mamat ni tengah dukung anak lelakinya bersalaman dengan seorang pakcik tua kat pasar tu. Sekali imbas macam aku kenal mamat tu. Bila aku tengok betul-betul itu Amy Search rupanya. Amy, anak lelakinya yang comel tu dan isterinya pun turun pasar nak beli barang keperluan. Aku tengok Amy rileks jerk tak kisah pun nak turun tempat-tempat macam pasar nie tak macam sesetengah artis tu yg kononnya nak jaga status konon sampai tak boleh nak tunjuk muka kat tempat public sangat tapi kalau kat disco muka dia jerk. Anyway salutelah untuk otai rock nie. Pheewittttt…

posted by admin at 2:16 PM | Permalink | 0 commenti

Jom Heboh Danga Bay, Johor Bahru.

Wednesday, May 10, 2006
Ore : 4:44 PM


Hujung minggu lepas punya lah penat aku melayan. Buat pertama kalinya dalam hidup aku mejejakkan kaki ke Karnival Jom Heboh yelah sesebelum nie aku hanya biasa pergi ke Forum Perdana. Kiranya macam teruja la jugak nak pergi tengok karnival nie. Aku pun sebenarnya tak berapa sure bila aku nak pergi ke sana samaada hari Saturday night fever atau Sunday morning, tapi bila aku si Rehan ajak aku terus jer hati aku cakap jom la. Aku terus capai kunci kereta terus jerk menuju ke tapak pesta. Walaupun aku dah jangkakan yang area situ pasti sesak dengan lalulintas, hati aku cakap aku mesti sampai juga petang tu ke tapak karnival. Memang betul jemm… Traffik semua jalan slow start dari dataran lagik. Nak tak nak aku redah jugak slowly the siput. Dah dekat sejam aku dalam jem tu mula hati aku cakap balik jerk laa nak-nak bila aku tengok semua enterance masuk yg biasa di tutup makin la meluap-luap rasa aku nak batalkan jerk trip nak gie Jom Heboh petang tu. Tapi bila aku suarakan jerk nak balik muka si Rehan dah mula mencebik. Nak tak nak aku terpaksa juga teruskan perjalanan kekura aku nie. Bila semua enterance dah tak boleh masuk semua traffic diarah ikut jalan belakang sekali kena ikut Camel Trophy la pula. Ish sadis betullah nak gie sure heboh nie. Kalah orang yang masuk Rally Paris Dhakar. Tapi at last aku dapat juga parking yg jaraknya semua 10 meter dari tapak Karnival tu. Bergegas aku turun dari kereta time ni baru aku nampak muka si Rehan terseyum kembali. Bila masuk tapak jerk punyalah ramainya umat kat situ. Aku ingat macam semutla kalau kita tengok dari Bukit Serene tu. Ish dah la panas orang ramai pulak tu naik rimas aku dibuatnya. Pencemarran bau jangan cakapla. Aku ingat lain kali kalau ada karnival nie Karam Singh Walia mesti kena buat laporan pencemaran bau kat situ la. Aku datang situ dengan berlenggang jerk cuma bawak wallet aku jerk h/phone aku pun tak bawak. Aku bawak Rehan pusing satu round kat tapak karnival tu ada juga la beberapa beberapa selebriti aku aku tengok bersepah kat dalam booth tu macam Nas Ahmad, Wahid, Adi Putra dan beberapa lagi yang aku tak perasan tapi aku takde selera pun nak berteman tapi mesra dengan mereka. Entah kenapa selera aku ni cam kurang sket la pada selebriti Media Prima nie. Dalam pukul tujuh aku pun ajak Rehan balik itu pun aku kena pau belikan dia biskut Muncy baru dia nak balik.



Akhirnya Eton dapat hidu juga yang aku pergi ke Jom Heboh petang itu dgn Rehan. Muka dia masam mencuka. Sebab dia memang teringin sangat nak pergi Jom Heboh ni. Nak tak nak malam tu aku bawak jerk dia lalu kat depan Danga Bay malam tu sekali jem lagik tak pasal-pasal jerk aku tersangkut kat situ dari kul 11.30 sampai kul 12.15 malam dah la hujan renyai lak malam tu. Nak buat camne redah jerk laaa. Lepas tu aku kena pau lagik belanja dia makan kat Anggun. Koyak aku lagik. Kalau camnie bila duit aku nak cukup nak naik Haji nie asyik kena pau jerk.. Bukannya tak ikhlas, aku ikhlas la mana ada aku nak ungkit-unkitkan yelah minggu lepas pun aku jugak yg bayar time kita makan kat KFC mana ada aku ungkitkan. Heheheh.. Etonnye pasal hah! makan-makan… Nakal payungnye la. Kan itu tanggung jawab aku memberi nafkah sesama insan yang memerlukan. Mak aku pun pesan jangan lokek sebab kalau kita ni pemurah rezki kita akan murah sama macam yang Ustazah Mashitah cakap masa kat Forum Perdana beberapa minggu lepas.



Lepas makan pun Eton ada cakap yg dia plan nak gie Jom Heboh tu esok. Aku pun cakap on jerk laa sebab tadi siang aku takde beli apa pun biskut Munchy jerk yg aku beli kan Rehan siang tadi. Terus aku tengok muka Eton cam kerang busuk tersengih sebab dia akan pau aku lagi esok hari.. Cis!! Tapi ikhlas….Hari minggu nie malas betul aku nak bangun tapi bila teringatkan Eton jerk terang pulak biji mata aku seterang lampu stadium. Cepat-cepat aku bersiap tapi banyak pulak benda nak kena buat dulu sebelum leh gi Jom Heboh ngan Eton. Lepas aku bersilat cam Gaban setlekan kerja kat umah baru aku kuar ngan Eton itu pun kena gak singgah kat 7 Perhentian nak bereskan hal berkaitan lebih kurang kul 11.30 pagi baru aku sampai kat Danga Bay. Nasib baik aku dah tau short cut nak gie parking yang dekat dan free. Sekali lagi aku kena lalui Camel Trophy tanpa melalui kesesakan traffik. Matahari time tu memang dah tegak atas kepala. Panasnya mak oii. Tak leh handle la. Macam ikan salai aku rasa masa tu. Orang pun punyalah ramai macam ada accident pulak. Setiap booth penuh. Aku dan Eton pun mula la meronda. Ramai jugak selebriti yang ada kat situ lebih ramai dari semalam. Antaranya yang ada Zakiah Anas, Que Haider, DJ radio Hot FM cam Tini, Azura dan Seelan Paul dan yang paling best sekali ada jugak bebudak AF yang jadi wakil untuk Karnival Jom Heboh kat JB ni. Oleh sebab itu aku terus malas nak amik gambar orang lain bebalik aku snap gambar si Felix dan Amylea jerk. Lepas tu ada la jugak aku berbual kejap ngan Felix cakap bebudak blog aku kirim salam kat dia. Kau orang tengok la gambar si Felix dan Amylea nie masak mee Mamee. Dalam pada itu Eton sibuk mencari Mawi ialah Mawi kan duta Mamee jugakan tapi kelibat mawi tidak kelihatan. Tapi akhirnya nakal berjaya juga mengesan si Mawi di tapak Karnival tu. Sempat juga kitaorang ambil gambar ngan Mawi, Amylea dan Felix. Tapi yang peliknya nape diaorang tak serbu Mawi yerk?? Ish musykil sungguh aku dibuatnye nape orang buat tak tau jerk kat Mawi tu. Lantaklah yang penting aku happy!!!

Aku ingat nak tengok Melodi secara live kat situ, tapi sebab aku dah kebulur nak mampus dan si Eton dah mula semput-semput aku batalkan jerk hasrat nak tengok Melodi tu. Kita orang lepak jap kat booth Hotlink pastu aku pun ajak Eton blah. Sebab tak tahan ngan pencemaran bau yang ada kat situ. Tapi dari pemerhatian aku, karnival Jom Heboh ini berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakan di Johor khasnya walaupun penglibatan kaum lain berbanding Melayu masih boleh dikatakan rendah lagi. Sebab rata-rata para pengunjung terdiri dari kaum Melayu aja. Kaum Cina lebih ramai bertindak sebagai penjual di booth-booth yang ada. Aku rasa Media Prima mesti mempelbagaikan lagi aktiviti agar lebih mampu menarik lebih ramai kaum untuk turut serta. Anyway, secara overall Karnival Jom Heboh nie memang berjayalah menghabis kan duit aku………..

Gambar ngan Mawi, Felix & Amylea. Pelik kan takde org serbu Mawi..

posted by admin at 4:44 PM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com