About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Waaasssuuuupppp....Waaasssuuuupppp....

Wednesday, May 30, 2007
Ore : 9:56 AM







credit pix to Cari forum

Labels:


posted by admin at 9:56 AM | Permalink | 0 commenti

KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA 05

Monday, May 21, 2007
Ore : 8:30 AM


Tidak perlu lagi ulasan persembahan individu. Semuanya sedia maklum akan sejarah yang terlah terlakar malam minggu yang lepas. Puas dan berbaloi rasanya pengorbanan undian yang dihantarkan. Kini hanya menunggu kehadiran album Mila sahaja untuk aku terus menikmati kemersuan suaranya.



Kronologi Hari Sabtu 19hb May 2007

8.30 pagi – Sampai didepan office

10.30 pagi – update blog pasal konsert final

11.00 pagi – membuat pembayaran bil Astro secara online

1.30 tghari – makan tengahari bersama ibubapa sambil bergossip pasal calon juara musim ini.

3.00 ptg – pergi beli to up

4.30 ptg – hantar afundi

5.30 ptg – hantar afundi

6.30 ptg – hantar afundi

8.00 mlm – hantar afundi

9.00 mlm – hantar afundi

10.00 mlm – hantar afundi

11.30 mlm – hantar afundi buat kali terakhir

1.00 pagi – masuk bilik tidur sambil tersenyum


Pix credit to: Klubbkidd & SM


Labels:


posted by admin at 8:30 AM | Permalink | 1 commenti

hari penentuan juara

Saturday, May 19, 2007
Ore : 12:57 PM


Hari ini adalah hari penentuan juara AF05. Jadi milik siapalah agaknya. Hari ini juga hari terakhir Aznil akan menjadi pengacara di konsert Akademi Fantasia. Pasti ada kerinduan yang akan menjelma kelak.

Labels:


posted by admin at 12:57 PM | Permalink | 0 commenti

Lagu Baru para pelajar AF 05

Friday, May 18, 2007
Ore : 9:56 AM


Akhirnya lagu tugasan baru dipaparkan juga didiari malam tadi. Aku telah mendengarnya lebih awal di diari extended. Dengan kehadiran beberapa komposer dan penulis lirik asal sedikit sebanyak membantu para pelajar untuk lebih menghayati lagu masing-masing dengan lebih berkesan. Berikut adalah senarai lagu tugasan mereka untuk korang dengan sendiri dan buat penilaian masing-masing. Kalu nak buat ringtone masih belum boleh erk.. Tapi lagu aswad masih belum ada la yerk.. Petang nie nak pergi CS sebab nak bincang dengan bebudak RTW sapa yang leh memang AF musim ini dan amik duit gaji sekali.. muaha.. Aku harap sangat rakyat Malaysia mengafundi Mila walaupun tahu setakat ini undian menunjukkan Mila bukan ditangga teratas. I got a few plan to start voting her until final concert and hope what i have done will give a good return. Ada beberapa blogger sibuk menghebahkan ramalan masing-masing mengenai siapakah bakal juar AF musim ini. Nampaknya AF musim ini memang menunjukkan kejayaan berbanding musim lepas. Sebab bahang konsert akhri semakin terasa dan persaingan diantara para pelajar tidak begitu jauh antara satu sama lain. Semuanya tampak mempunyai harapan untuk untuk meraih kejuaraan. Namun persaingan sengit lebih tertumpu kepada tiga calon pilihan iaitu Mila, Aswad dan Ebi. Ketiga-tiga nama ini nampaknya menjadi pilihan utama untuk menggondol gelaran juara AF05, walaupun Aswad dilihat memperoleh lebih banyak perhatian dari segi pro dan kontra berbanding Mila dan Ebi. Aku amat berharap rakyat Malaysia akan membuat pilihan yang tepat. Bagi para penyokong Mila teruskan usaha untuk menobatkan dia sebagai Juara AF 05 sekaligus memecah monopoli kaum adam sebelum ini.

mila - persis mutiara.mp3
heliza - cinta di lautan lalang.mp3
ebi - sinar cinta.mp3
candy - demam.mp3

Tajuk: Persis Mutiara ( First Single )
Artis: Mila
Pelajar: Mila


Lagu: Ajai
Lirik: Loloq (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)

Biar kau tunduk bisu
Aku tahu
Gelora hatimu
Engkau mahu
Aku lafazkan rindu

Biar kau hanya diam
Aku selam
Jiwamu terdalam
Perasaan cintamu yang kau pendam

Kata paling terindah
Tak mungkin bisa ucapkan
Hakikat rasa yang ku rasakan

Pabila ku renung ke matamu
Terlihat ku hatimu kasih
Persis mutiara

Sinarmu mendamaikan
Pergolakan
Insan yang lelah mengembara

Tak terbilang kesan-kesan luka
Titis hujan airmata
Tenang sebentar pedih semula

Buatku rasa gentar
Membisikkan hasrat hati sebenar
Sekalipun engkau inginku lamar
Kasihku

credit pix to: Mila FC

Labels:


posted by admin at 9:56 AM | Permalink | 0 commenti

Deana Yusof mengulanginya

Wednesday, May 16, 2007
Ore : 2:23 PM

Jika dahulu Ramona Rahman pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air kini giliran pelakon Chermin pula. Tapi bukan dalam filem Chermin, mengikut sumber petikan ini diambil dari TV Artcentral Singapura.

Labels:


posted by admin at 2:23 PM | Permalink | 0 commenti

Diari AF05 Minggu kesepuluh hari Selasa


Ore : 10:14 AM

Semalam aku sudah mula bertugas ditempat baru. Brand new company masih hijau dan fresh. semuanya baru disetup dan yang penting PC aku dioffice ini lebih ugrade berbanding office sudah. Jangan marah yer Linkeen. Kat sini Flat screen 17", Intel Pentium Duo Core 3GHz dan ram 512.. muahaha... lagik laju oorrr..... leh potong keta Chevvy kau la Linkeen. Okla semalam aku masuk office pukul 10.00 pagi sebab pagi tu hujan so aku bangun lambat terus gi bandar amik replacement sim card aku yang tak tau Eton campak kat longkang mana siap dengan handphone aku sekali. Pastu hujan-hujan aku redah gak gi office baru. Mak aih terasa sungguh kejauhan office nie. Tapi masih tak banyak kerja lagi jadi dapat la aku update sesikit benda kat blog-blog aku yang dah beberapa hari tersadai. Okey pasal AF pulak semalam bila menonton diari tertanya-tanya juga kenapa belum disiarkan lagu baru sebagai tugasan masing-masing. Ini pun nak buat kejutan ke? Tak pasti pulak aku ini pun kejutan jugak ke? Atau benda ini hendak disimpan sebagai hak exclusive sehingga ke konsert final. Tak pasti pula apa pula percaturan pihak produksi AF untuk minggu akhir ini? Jika kelmarin Aznil ada memberi tahu yang para pelajar akan mendapat lagu baru masing-masing, tetapi kenapa masih tidak dipaparkan. Hinggakan Aznil sendiri pun tidak menyebut apa2 mengenai lagu tugasan baru didalam diari semalam. Harapnya lagu baru tu nanti mesti lebih sedap berbanding lagu cover version yang tak semngah mana tu. Jadi sekarang kena tunggu jerk laa..

Labels:


posted by admin at 10:14 AM | Permalink | 0 commenti

Minta Maaf

Tuesday, May 15, 2007
Ore : 4:50 PM


Uihh.. Hari ni merupakan hari pertama aku mula bekerja di tempat baru.. Okla, kerja tak banyak lagi dan tak sesibuk dahulu. Aku nak minta maaf sebab tiada ulasan untuk konsert minggu sudah. Ada kenduri dijalankan pada malam Sabtu dan Ahad minggu. Jadi tidak berkesempatan untuk menonton konsert secara total. Jadi rasanya tidak adil untuk aku memberi ulasan secara menyeluruh konsert tersebut. Namum sempat juga mencuri tonton persembahn Mila untuk lagi solo dan duet bersama Ebi. Memang power.. Aku suka... Harapnya momentum ini akan berterusan hingga ke final. Semalam didalam diari para pelajar telah mendapat lagu tugasan untuk civer version tapi lagu baru masih belum dapat. Aku harap Mila akan dapat lagu gubahan Cikgu Adnan hendaknya. Berikut adalah senarai lagu cover version untuk para pelajar diminggu akhir.

Aswad - Mata Hati Jiwa (Awie)
Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) (Jinbara)
Mila - Cinta Pura-Pura (Ezlynn)
Candy - Dedebu Cinta (Misha Omar)
Heliza - Cinta Boneka (D-va)

Labels:


posted by admin at 4:50 PM | Permalink | 0 commenti

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KELAPAN

Monday, May 07, 2007
Ore : 8:25 AM

My next champs!

Puas. Satu perkataan sahaja cukup untuk menggambarkan perasaan aku apabila menonton konsert minggu ini. Tetapi sebelum bercerita dengan lebih lanjut pasal AF aku nak minta maaf lagi sekali sebab sudah kembali jarang mengupdate blog ini. Gidong pun dah naik jemu remind aku untuk update blog nie. Maaf ye gidong, sebab aku betul-betul tak cukup masa. Proses peralihan tugasan semakin rancak aku jalankan. Hari Sabtu pagi aku dah tercongok kat office walaupun sebenarnya aku tak kerja sebab nak beri briefing untuk Fahmi budak baru yang akan mengambil alih semua tugasan aku di RTW. Dan jika minggu ini merupakan minggu terakhir pelajar mengadakan konsert untuk minggu kesembilan di Dewan MBPJ, bagi aku ini merupakan minggu yang terakhir aku akan bertugas disini. Dan mulai minggu depan aku akan memulakan tugas ditempat baru. Doakan aku success ditempat baru. Petang tadi aku sempat meluangkan masa untuk menonton Spiderman 3 bersama Eton, Danish dan Adam. Bagi aku filem Spiderman kali ini tidak banyak perubahan besar. Memang benar kata Dok yang tidak perlu menaruh harapan yang tinggi untuk filem kali ini, walaupun pada awalnya aku memang begitu berharap. Aku cuma dapat beri 3.5 bintang sahaja untuk Spiderman 3.

Okey berbalik pada AF. Aku memang cukup puas dari semua segi untuk konsert yang sudah. Astro masih berpegang pada janji untuk tidak mengadakan AFMASUK sudah cukup menggembirakan. Kejutan dan gimik untuk para pelajar amat menghiburkan lebih2 lagi ketika Norlia Ghani dan Farid Kamil bersketsa untuk Heliza memang begitu mencuit hati dan bermesej. Persembahan pembukaan dengan Boria AF05 cukup sebagai pembuka selera untuk terus menonton walaupun tidaklah sebaik mana namun mood untuk terus menonton dan bersantai didepan Tv terus wujud. Untuk minggu ini pengkritik jemputan Lolok memang cukup berkaliber dengan memberikan pandangan-pandang yang cukup bernas dan tidak seperti pengkritik-pengkritik jemputan sesebelum ini yang mana selalu kehabisan idea untuk memberi komentar terhadap persembahan para pelajar akibat daripada semua komen telah disampaikan terlebih dahulu daripada pengkritik tetap. Mengenai tugas terakhir Aznil sebagai pengacara musim kali ini memang sudah dijangka, dan terungkai sudah spekulasi didada akhbar Kosmo yang mana Aznil akan meletakkan jawatan sesudah konsert kelapan tidak menjadi kenyataan. Walaupun Aznil dengan AF cukup sinonim namun bagi aku sudah tiba masanya AF membuka ruang untuk muka baru menggantikan beliau dimusim depan. Untuk pengetahuan semua kini aku sudah memilih calon juara AF untuk musim kali ini. Mila merupakan pilihan aku untuk bergelar juara AF musim ini. Peningkatan prestasi dan daya saing yang ditunjukkan oleh Mila telah berjaya membuka mata banyak pihak. Agaknya akan berlakarkah sejarah AF akan dimenangi oleh pelajar perempuan buat kali pertama? Harap-harap termakbul hendaknya. AFUNDI MILA! Inilah ulasan ringkas mengenai persembahan para pelajar untuk konsert kelapan ini.

Pengkritik jemputan: Lolok

Kedudukan Diawal Konsert

Ebi

Dafi

Shawal

Aswad

Heliza

Candy

Mila

Kedudukan selepas undian ditutup.

Aswad

Mila

Ebi

Heliza

Candy

Shawal

Dafi

Dafi – It’s gonna be me.
Dafi ada sedikit penurunan prestasi minggu ini. Dia tenggelam disebalik koreografi dan backup dancer yang otai-otai dibelakangnya. Memang aku tau yang Dafi ini memang boleh menari tetapi vocally dia tidak dapat deliver well ketika menari.

Butang Biru datang dari: Tiada

Nakal bagi 3 Bintang

Mila dan Koir Jari Jemari

Mila – Aku takkan bersuara
Memang ada terkucil pitching dan suara pecah diawal verse dan memula nak masuk chorus tu. Tapi dia dapat hick up balik dan terus perform dengan baik. Feel dan vokal flow together membuatkan persembahan dia cukup tersentuh dihati.

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy & Lolok

Nakal bagi 4 1/2 Bintang

Ebi not so relax

Ebi – Kisah kau dan aku
Jelas nampak Ebi sudah cuba melakukan sebaik mungkin. Dari segi lontaran vocal memang cukup jelas tidak seperti konsert-konsert sudah yang kelihatan kurang bermaya. Untuk konsert kali ini aku tengok Ebi refreshing dan bersungguh-sungguh. Cuma emosi sahaja yang membuatkan persembahan dia sedikit kekurangan. Dan kejutan dari Kak Yam peminat fanatic Ebi memang lawaklah.

Butang Biru datang dari: Gee dan Lolok

Nakal bagi 3 1/2 Bintang

The most consistant - Candy

Candy – Perhaps, perhaps, perhaps.
Kehadiran Safura sebagai watak Rokiah Ronggeng memang bersesuaian dengan lagu ini. Candy deliver this song very well and catchy. Aku suka dengan keseksian yang ditonjolkan dan attitude yang berikan sampai cukup untuk menimbulkan mood untuk terus mengikuti persembahan beliau. Dari segi vocal dia memang tiada masalah.

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Lolok

Nakal bagi 4 Bintang

Shawal - Berikan aku peluang

Shawal – Kaulah segalanya.

Kejantanan vocal Shawal tidak boleh dipertikaikan lagi. Dia memang sesuai dengan lagu-lagu bergenre sedemikian. Cuma emosi untuk lagu ini agak kurang diawal persembahan membuatkan aku agak kosong, namaun Shawal dapat juga menyampaikan mesej lagu dengan penjiwaan dan penyampai yang cukup baik diakhir persembahan. Aku harap dia akan ke final. Risau jugak sebab dah 3 minggu berturut-turut dia asyik second last jerk lepas tutup undian.

Butang Biru datang dari: Gee

Nakal bagi 3 1/2 Bintang

Aku cabai kang hang semua!!

Heliza – Kesal.
Walaupun banyak kata-kata kurang enak di chat @15 tentang persembahan Heliza didalam konsert ini namun aku tetap suka. Dia menjiwai dan menyampaikan tugasan yang diberikan sebaik mungkin. Cuma waktu dia stand kat tangga hujung pentas tu terlampau lama membuat aku agak bosan sedikit. Dia macam terlupa audience yang ada diserata dewan ketika itu. Namun I give her an applause for the performance she done.

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy & Lolok

Nakal bagi 4 Bintang

The best performance this week.

Aswad – Korban cinta

Aku rasa minggu ini persembahan terbaik jatuh kepada Aswad. Dia mampu menyapaikan mesej lagu dengna cukup berkesan. Tidak perlu ada sketsa atau pun bacakup dancer untuk membantu persembahan cukup dengan vocal dan ekspresi yang diberikan.

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy & Lolok

Nakal bagi 4 1/2 Bintang

Pelajar tersingkir

Dafi

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Penglipurlara-AF5

Noumad

Labels:


posted by admin at 8:25 AM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com