About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Berbuka Puasa di Singapore

Sunday, September 21, 2008
Ore : 1:10 PM

Akhirnye tanpa apa-apa planning aku pergi jugak ke Singapore minggu nie. Bila pikir-pikir balik minggu depan aku tak sempat nak masuk sana untuk update autopass kereta aku yang baru renew roadtax. So untuk mengelakkan aku tersangkut jemm pada pagi raya nanti, aku pun setujulah nak masuk Singapore hari Sabtu lepas. Planning last minutes. Call my mom tanya apa2 menda yang dia nak kirim kasi sama aku nye granny. Aku gerak dari rumah tepat jam 430 petang. Singgah ke bazaar ramadhan di Stadium Larkin untuk tapaukan nenek aku juadah berbuka. Aku dah start merempuh jem kat causeway dari kul 5 lagi dan hanya lepas dari check point Woodlands pada pukul 640 petang. Tapi masih sempat tiba kat rumah nenek aku sebelum waktu berbuka puasa. Lepas solat Magrib chit chat jap ngan nenek aku pastu Eton dah merengek-rengek nak pergi ke Bazaar Geylang Serai. Bazaar yang paling top kat Singapore setiap kali hari raya tiba. Aku keluar dari rumah nenek aku kat Tempinese tepat jam 820mlm dan kau tau aku dapat parking kat Geylang pukul berepa? Dekat pukul 10.00 mlm siot. Apa tak nye aku leh salah masuk jalan siap terbabas gi ke Suntech City. Eye Of Singapore

Singapore F1 Circuit

Upgraded to F1 Circuit

Tapi bila dah sampai situ baru aku perasaan yang jalan tu tengah diupgrade tuk jadi litar F1 yang julung-julung kalinye bakal diadakan di Singapore dan perlumbaan F1 pertama diadakan pada waktu malam. Uih kagum gak aku tengok diaorang tengah upgrade litar tu. Cantik siot lalu dekat ngan Esplanade pastu lalu tepi Eye of Singapore memang cantik la. Aku pasti ramai peminat F1 yang tertunggu-tunggu perlumbaan ini nanti. Dari situ aku patah balik semula ke Geylang dan setelah tawaf 3 kali baru aku dapat parking. Gelang Serai

Bazaar Geylang Serai

Time tu memang dah mula penat. Tapi gagahkan jugak diri dan mata untuk merasai kemeriahan warga Singapore yg kiasu tuk sambut raya. Alaaa semua barang yang dijual kat situ sama jerk seperti tahun-tahun sudah. Cuma tempat bazaar tu jerk dah berganjak sedikit dari tempat lama. Time pusing-pusing kast situ boleh pulak terjumpa my uncle. Sunrise and Chocolate Brownise. nyum2

Dia terus invite aku satu family gi take supper kat Coffe Beans. Sebab dah lama tak jumpa family dia aku lepak la ngan dia n family dia. Dah ramai dah anak dia. Kita chat lebih kurang pastu semua mata dah mula kuyu dan dia minta diri untuk balik. Aku pun lepas tu terus ajak Eton balik JB sebab dah keletihan sangat. Malam besok aku ada pulak nak gi buka puasa ngan family Eton lak. okla dah nak tido nie. Zzzzzzzzzzz





Labels:


posted by admin at 1:10 PM | Permalink | 1 commenti

Berbuka Puasa Bersama Keluarga

Saturday, September 20, 2008
Ore : 4:27 AM


Hari ni balik awal.. pukul 5 dah cabut.. terus gi uda.. jumpa Eton kat sana. Then about 630 terus ahead ke Kotaraya. Sebab dah planning ngan my whole family exclude Kak Long untuk berbuka posa sesama dan sambut Hari Lahir adik aku Adi. Happy Birthday Adi!! Tahun ni duit raya tuk aku lebih sikit erkk.. Arrived kota raya lebih kurang kul 700 then terus carik table yang dah dibooked. Actually this event dah jadi rutin tahunan. Amik la lauk pauk apa yg patut tak sampai 5 minit pastu azan berkumandang. After 10 minit berbuka Adi pun sampai ngan EE. Sambung gik makan nyum...nyum..nyumm.. boleh tahan laa makanan kat sini.
Walaupun tak banyak cam kat hotel buffet tapi consider worth gak la ngan apa yang dibayar. ada memacam dish yg ada tu berbuka puasa. Kambing golek pun ada. Lepas abis sepinggan makan gi solat jap kat Masjid ditingkat atas. pastu turun lik sambung gik makan. Seb baik kat sini ada tempat ni ada room tuk budak2 main. So senang skit la aku ngan Eton nak makan. Bila dan sumbat 2 ornag ben 10 ke dalam detention room tu. Selera makan datang semua. Apa pasal sebelum buka tadi aku tak perasaan ada bilik untuk budak2 nie. My dad seems quit bored time makan tu. sibuk nak balik then bila mak aku cakap jom shopping baju raya. Mood raya dia melonjak2 pulak. Terus jerk dia menonong masuk ke dalam plaza nak cari baju raya. Eton pun sibuk gak nak carikan aku baju brang 2-3 helai tuk nak beraya aku mencebik jerk.. bukan tak suka.. suke tapi aku rasa cam baju tahun lepas aku leh pakai lagi kot wat raya tahun nie. Then pusing gik dia orang gi First Lady aka tempat jual baju melayu dan baju kurung panas. Yela memang semua baju kat situ wat dari kain yang memanaskan badan. Tapi harga dan design dia not bad laa. Kat kedai tu dekat 1jam setengah bukan beli apa pun Eton cuma beli sebiji kerongsang. Yang lain2 tu cuma window shopping jer dan jadi juru kritik tidak rasmi tuk Shida. Kiranya kat Kotaraya nie mood raya memang ada cuma x dapat lawan kemeriahan di Angsana kalau kat area Jb nie la.. Angsana kalau time nak raya ni memang full house beb. Tak masuk parking jerk dekat satu jam baru leh masuk. Sesak sentiasa. Dekat kul 10.00mlm baru kita orang beredar dan dan say farewell pada my parents. Aku ajak Eton gi Danga Bay masa on the way balik tu. Saja window shopping gik kat bazaar di sana. 85 percent bazaar kat situ semua jual suar jeans . Bored. Balik umah kepenatan dan online jap pastu nak sahur dan tido. Aku rasa cam nak gi Geylang Serai lak minggu depan so nanti aku wat posting pasal Suasana Pra hari raya di Geylang Serai yerk . The most busiest place during Hari Raya Eve in Singapore. Tengok apa ada lelong kat sana. Salam.

Labels:


posted by admin at 4:27 AM | Permalink | 0 commenti

Ramadhan Al-Mubarak

Sunday, September 14, 2008
Ore : 9:24 PM


Hari ni genap 14 hari umat islam mengerjakan ibah berpuasa dan inilah post aku yang kedua mengenai perjalan ibadah berpuasa aku tahun ini. Untuk tahun nie.. tak banyak yang berbeza dari tahun-tahun sudah. Aku masih berbuka puasa di office dan cuma sesekali sahaja aku berkesempatan berbuka puasa dengan keluarga. Padahal saat itulah yang sering aku nantikan setiap kali detik berbuka tiba. Terawikh pun aku tidak berkesempatan melakukan setiap hari, Namun aku masih mencari ruang untuk melakukan sebanyak mungkin yang boleh, insya Allah. Minggu depan ni mungkin beban kerja aku akan mula berkurang. Sebab boss aku dah ambil sorang assistant untuk aku. So bolehlah sebahagian kerja aku yang berlambak tu dihandover pada freshies tu.. Prepration raya pun masih banyak yang belum complete. Etonnya baju dah siap. Aku nye sehelai pun lom ada lagi. Aku ingat pakai baju tahun lepas dahlah. Wat per nak beli lagi. Sebab yang tahun lepas punya pun aku pakai pun tak sampai sepuluh kali. Banyak lagi menda aku nak kena fikirkan untuk persiapan raya nanti. Duit raya untuk sanak saudara. Persiapan anak-anak, kos untuk menziarahi sanak saudara dan biskut raya semua asyik berlegar dikepala. Sekarang baru aku sedar bertapa sukarnya nak menyempurnakan sambutan Hari raya ini sebagai ketua keluarga. Bukanlah tahun sebelum nie aku tak rasa, tapi saban tahun persiapan awal memang perlu. Oklah dari aku elalut lebih banayk lagi aku nak memohon ampun dan maaf buat kalian semua jika terdapar salah dan silap sepanjang aku berblog ini dan ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri buat semua umat islam yang membaca blog ini. Wassalam..

Labels:


posted by admin at 9:24 PM | Permalink | 0 commenti

Preparing For Buka Puasa

Saturday, September 06, 2008
Ore : 3:20 PM

Do'a Niat Puasa :
nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa






Do'a Buka Puasa :
(1) allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
(2) dzahabazh zhaama-u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insya Allah

Labels:


posted by admin at 3:20 PM | Permalink | 0 commenti

Merdeka!!!! Edisi Perut dan Kocek Ku Kempis Kembali...

Monday, September 01, 2008
Ore : 12:37 AM

Bangun Pagi Gosok gigi Cuci muka Terus mandi Pakai baju Makan Roti Naik kereta Pergi Shopping...ZZZZZZ!!!!
Dah lama tak jumpa hari cuti panjang cam nie. Ok aku nak ucapkan salam kemerdekaan utk semua warga Malaysia dan aku harapkan kemerdekaan ini kekal untuk selama-lamanya. Ari ni punya plan memang padat. Dari pagi bangun kemas rumah hingga ke tengahari. Pastu Eton cabar aku gi shopping pakai kain sarung jer dan aku dengan selambanya menyahut cabaran itu. Tapi Eton pula yang rasa malu dan mula mogok tika aku ingin membelokkan kereta ke Plaza Angsana. Jadi tak jadi la aku nak masuk Angsana dengan hanya bersarung sahaja. Aku terus menuju ke rumah Shida untuk pinjam seluar. Lagi pun aku dah lama tak menjengah dia sekeluarga. Lepas Asar aku berangkat ke Jusco Tebrau tapi masa tu Adam dan Aliff dah keletihan hingga tertidur didalam perjalanan. Aku dan Eton memang dah rancang nak belikan dulu baju2 raya untuk mereka. Walaupun tido, kena jugak heret masuk Jusco. Orang boleh tahan jugak ramai lagi pun ramai yg baru dapat gaji macam aku nie. So memang masa terbaik untuk mengurangkan duit yang menebal didalam wallet. Nak-nak hari nie merupakan hari terakhir jualan murah di Jusco. Memang berbondong-bondong manusia di situ.
Poney 0r Money?

Niat aku memang takde lain cuma cari baju Aliff dan Adam sahaja. So memang terus target kat Kids Section dan memang dah jadi kewajipan mesti pergi tengok baju Poney seperti tahun2 sebelumnya. Tapi agak hampa tak banyak design yang cantik. Yang banyak cuma baju2 stock clearence aja. Tapi memang ada sales lagi laa dan lastday katanya.
Akak baju putih nie pun 50% gak ke?

Dekat situ jerk dah makan masa dekat 1 jam setengah. Dapatlah beberapa helai baju dan seluar yang kami rasakan bersesuaian dengan budget dan citarasa kami. Dan masa tu budak2 nie semua dah bangun tido. Si Adam celik2 mata jerk dah melalak nak makan. Lapar benar katanya. Aku menawap dekat 3 round kat level 3 Jusco tu nak carik tempat makan yang sesuai. At last decide makan kat Ayamas jer. Sebab kat situ tak berapa nak ramai orang dan berharap makanan akan dapat cepat. Tapi bila kau tengok muka Adam kat bawah nie, kau orang tau la jawapannya.
Lambatnya nak buka!

Yum! Yum!
Bila makanan tiba tengoklah tak sabarnya kami yang macam dah seharian tak makan melihat makanan dihidangkan.
Kejap ada....
Kejap Takde....
Tengok laa licin abis terang benderang semua makanan di ratah kita orang. Memang dah tahap kubulur gaban nye. Seb baik sudu tu Adam tak telan sekali. Kalau tak mau rugi restoran Ayam Mas tu...

Ada JPJ tak kat depan? Aku bawak lebih muatan ni..
Bila perut dah penuh datang pulak pemalas nak berjalan. Semua nye nak bertenggek atas Stroller tu. Seb baik tak patah stoller Combi tu. Aku rasa kalaulah Storller tu ada absorber mesti dah jadi macam kereta potong spring ala-ala kereta Impak Maksima. Dan balaci kena tolak storller tu sapa lagi kalau bukan aku.
Urgggg!!! Beratnya.. Eton nape tak duduk sekali???
Dan lebih malang lagi time nak tahan bebudak tu time naik Escalator. Seb baik Eton tak duduk sekali atas Stroller tu kalau tak confirm terputus urat kentut aku nak menahannya.. Anyway Nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan AL mubarak dan Selamat mengerjakan ibadah berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
Inilah Merdeka!!!! Edisi Perut dan Kocek Ku Kempis Kembali...

Labels:


posted by admin at 12:37 AM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com