About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Linda Onn tiada di red carpet Oscar

Tuesday, February 27, 2007
Ore : 8:39 AM

Semalam awal-awal pagi lagi TV kat rumah aku dah terpasang tapi untuk hari tapi bukannya sebab nak tengok rancangan MHI seperti kebiasaannya tetap sebab nak tengok KL RED Carpet 2007 yang disiarkan secara langsung dari JW Marriot. Walaupun artis Malaysia tidak dijemput untuk menonton secara langsung Academy Award yang ke 79 tahun ini. tapi barisan artis-artis terkenal kelihatan cukup bersemangat untuk memeriahkan acara Kl Red Carpet ini. Yelah bila lagi nak melaram pepagi buta camniekan. jarang-jarang sekali. Yang aku ingat Nana cakap dia dan siap bangun seawal pukul 5 pagi lagi untuk menjayakan program itu. Tapi bukanlah sebab dia nie kemaruk sangat tapi dah dia bertindak sebagai pengacara untuk program live tu. Aku sendiri tak pasti apa objektif sebenar dan connection program ni dengan Oscar yang diaorang tengok secara live. sebab setahu aku bukannya ada lintas langsung pun program kat JWM nie untuk disiarkan kat Oscar tu. Yelah sekadar memberi perangsang kot untuk pengiat seni kita agar lebih berazam untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu atau setidak-tidaknya menyaingi dengan apa yang mat saleh buat kot. Tapi sebenarnya rakyat Malaysia kebanyakkan nak tengok muka Linda Onn yang dikatakan bakal muncul di red carpet Kodak theater tu sebab dia akan bertindak sebagai pewawancara bagi siaran StarWorld. tetapi amat mengejutkan apabila batang hidung Linda tidak kelihatan langsung. Entah apa kehalnya. dah pegi sejauh itu pun ada juga penghalang untuk dia. Tetapi bila aku baca blog Mr Manager dan tengok forum aku rasa Linda nie kena sabotaj la yang aku sendiri tak tau apa punca sebenarnya. tunggu jer la berita rasminya. Namun kasihan bila terkenangkan nasib Linda. Inilah dinamakan Qada dan Qadar. Harapnya banyaklah bersabar.

Labels:


posted by admin at 8:39 AM | Permalink | 1 commenti

AF5 gang starz dan Sensasi

Monday, February 26, 2007
Ore : 8:48 AM

Penat sungguh aku hari, ialah walaupun hari cuti nie banyak benda mesti diuruskan. Siang-siang lagi aku dah bawak Eton pergi hospital untuk menjaga adiknya yang accident minggu lepas. Benda ini akan menjadi rutin untuk aku mungkin dalam sebulan dua kot, sebab parah jugak budak tu. Patah 7 tulang rangka dan satu tulang bahu. Bila aku berborak dengan bapak Eton kasihan pulak aku sebab dari apa yang dia cakap rasanya nada sedih tu memang tak dapat disembunyikan lagi. Aku asyik teringat iklan kemalangan kat TV yang disiarkan tak lama dahulu. Antara script yang aku rasa kena sekali dengan adik Eton itu "Mereka ni tak tau yang mak bapak ni sayangkan mereka. Bila dah terkena baru mereka sedar." Dan aku harapkan adik Eton akan sedar.

Oklah kita tukar topik laa sekarang. Sebab untuk update kali ni aku nak ulas pasal dua tiga perkara yang tengah panas kat dunia hiburan tanahair. Yang pertama pasal AF5. Sejak semakin hampir nak mula AF5 nie, pihak wartawan dan mulakan rumors pasal calon Pengetua AF5. Dan nama-nama yang panas dikatakan menerajui AF5 adalah seperti Ramli MS dan Roslan Aziz. Bagi aku kedua-duanya mempunyai kredibiliti yang tersendiri dan dari segi pengalaman memang kedua-duanya tidak dapat dinafikan. Namun jika dilihat dari segi prestasi pasti Ramli MS mempunyai kelebihan sebab pasti ramai khalayak masih ingat detik-setik Ramli MS mengemudi AF2 dengan jayanya sebelum ini. Tetapi dari segi pembaharuan aku rasa Roslan Aziz patut diberi peluang untuk membuktikan keupayaan. Jika sebelum ini Roslan lebih sinonim didalam memberi kritikan kepada peserta didalam program Malaysian Idol apakata kali ini dia diberikan peluang untuk mendidik dan mengasah bakat pula. Satu lagi berita baik untuk AF5 kali ini adalah dengan kembalinya tenaga pengajar lama iaitu Adnan Abu Hassam kedalam akademi dilihat bakal mengembalikan semula kegemilangan AF yang kelihatan sedikit suram untuk musim sudah. Selain itu kedengaran juga cerita yang untuk AF5 ini barisan pengkritik tetap akan ditambah 2 orang lagi mungkin tidak akan ada pengkritik undangan lagi. Ada juga bagusnya perubahan ini atau sekadar kontroversi lagi yang akan tercipta aku pun tak pasti. Sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi barisan tenaga pengajar AF5 yang akan diadakan pada awal Mac ini.

Ok aku nak tinggalkan kejap cerita pasal AF, sekarang aku nak ulas pasal program realiti yang terbaru di TV3 iaitu Gang Starz yang semalam baru masuk episod yang kedua. Untuk malam tadi tujuh kumpulan telah membuat persembahan dan kesemuanya dari Malaysia. Dan untuk pertama kalinya kelihatan Mr Manager duduk di barisan juri. Yelah kira nampaklah kredibiliti dia untuk menjadi juri dan pengalaman yang dia ada didalam bidang hiburan memang cukup membantu dirinya memberikan kritikan. Dari penilaian awal aku kelihatan para peserta Gang Starz masih kelihatan begitu lemah dari segi vokal dan karektor. Terlalu banyak unsur ciplak yang dibawa didalam persembahan masing-masing. Bagi aku cuma satu atau dua kumpulan sahaja yang berjaya mencapai matlamat task yang diberikan untuk minggu sudah iaitu IMPAK. Kebanyakan perserta lebih syok sendiri daripada menghiburkan. Aku sedar yang mereka ini tidak dilatih secara khusus. Tetapi ini bukanlah alasan untuk mereka berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan. Dari segi pengacaraan dan susunan program juga masih kelam kabut sehinggakan aku naik jengkel dengan apa yang dipaparkan. Program ini bukanlah ditonton oleh golongan remaja sahaja tetapi juga oleh golongan kanak-kanak dan orang tua. Jadi tidak perlulah ditonjolkan penonton yang terjerit-jerit dan terlompat-lompat dihadapan pentas dengan berpakaian seksi. Ini akan membuatkan ibubapa takut untuk menonton rancangan ini. Sebab waktu tayangannya pun diwaktu perdana jadi aku rasa apa salahnya disediakan kerusi untuk para penonton menikmati persembahan dengan sekadar duduk. Minggu depan giliran para peserta dari Indonesia dan Singapura pula membuat persembahan yang aku rasakan mungkin akan lebih hebat jika disaksikan semasa proses pemilihan tempohari. Tetapi aku mula tertarik dengan vokal kumpulan Flavor yang kedengaran begitu dinamik setakat ini. Tetapi mengundikah saya? Insya Allah mungkin satu hari nanti.

Bila terbaca koran hari ini sibuk diperkatakan yang program Sensasi tidak lagi disiarkan secara langsung, terlintas juga difikiran yang benda ini pasti berlaku. Ialah bila benda-benda sensasi dan kontroversi tidak dapat lagi dikawal ketika racanagn ini secara live. Pihak penerbit terpaksa akur juga untuk merubah cara penyiaran mereka. jadi adalah benda yang tidak patut keluar secara live dapat diedit. Walaupun para penonton dirumah kehilangan beberapa fakta atau pun originaliti jawapan dari pada artis namun untuk kebaikan semua pihak dan demi menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang amat sensitif maka perubahan ini merupakan jalan terbaik. Apa-apapun diharap dengan perubahan ini tidak akan membuat rancangan ini kehilangan sengatnya. Aku nak stop kat sini migraine aku dah datang nie nak telan ponstan 2 biji lepas tu nak tidur sebab besok aku nak kerja. Tak tau lah dah kering ke belum carpet office aku sebab aku lupa nak on ice box hari Jumaat sudah sebab nak defros ice kat peti sejuk tu. habis carpet kat pantry tu basah. Minta-minta dah kering jadi tak payah la h aku nak kena panggil ngan boss aku nanti. Wassalam

Labels: , , ,


posted by admin at 8:48 AM | Permalink | 0 commenti

I'm back


Ore : 8:46 AM

Assalamualaikum... sudah lama rasanya aku tak menulis panjang diblog sendiri. Banyak benar benda yang aku terpaksa lakukan sehingga aku memang takde masa untuk update blog ini. Banyak benda yang aku tertinggal dari segi ulasan walaupun secara amnya aku masih mengikuti perkembanagn dunia hiburan tanahair. Tapi rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada Mawi kerana berjaya mengekalkan Anugerah Bintang paling Popular Berita Harian. Memang murah sungguh rezeki dia ni tak kiralah apapun kontreversi yang melanda dirinya. Walaupun banyak perubahan yang dapat dilihat pada dirinya. Aku bukannya nak ulas pasal mawi disini.

Untuk kali ini aku nak cakap pasal program Raja Lawak yang kini sudah tinggal 6 orang sahaja pesertanya. Pada aku memang sudah lama pihak penyairan dinegara kita tidak mengadakan program untuk melahirkan stand up comedian. Seingat aku selepas program Sinaran Pasport Kegemilang di TV3 tidak ramai para pelawak dinegara ini berjaya dilahirkan. Selepas Shamsul Ghau Ghau, Senario dan Apek tiada lagi barisan pelawak baru yang kelihatan. Jika dilihat pada Anugerah Bintang Popular baru ini hanya muka-muka lama yang mendominasi pencalonan pada peringkat akhir. Memanglah tiada muka baru langsung, semuanya muka yang dan suram. Aku rasa sudah tiba masanya para penonton di Malaysia disajikan dengan muka pelawak baru dan segar. Jadi kehadiran program Raja Lawak memang dilihat bertepatan dengan kehendak semasa yang semakin menekan. Tapi sebenarnya masih banyak lagi usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memeriahkan lagi cabang seni lawak ini. Tapi seklaung tahniah harus diberikan kepada pihak Astro.

Aku cuma berharap untuk kali ini, barisan yang bakal dilahirkan mestilah barisan pelawak yang educated bukan lagi lah barisan pelawak yg diketawakan. Barisan pelawak kini mestilah peka dan sensitif kepada persekitaran dan tidak tertumpu kepada bahan-bahan yang berunsur lucah sahaja untuk membuat para penonton ketawa. Dari permerhatian aku, barisan pelawak yang tinggal ini masih boleh dilentur dan mempunyai potensi yang cukup besar untuk diketengahkan.
Dan aku berharap mereka berjaya meneroka bakat mereka sendiri dan aku punya favorite contestant ialah Johan.

Cukuplah setakat ini dan aku nak bagi tahu yang kini Linkeen kini telah buat blog sendiri dan aku harap kau orang surport lah dia juga. wassalam..

Link untuk melawat blog Linkeen.

Labels:


posted by admin at 8:46 AM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com