About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (29/06/2006)

Friday, June 30, 2006
Ore : 2:04 PM

Tak banyak aku nak tulis pasal diari semalam sebab tak berapa banyak benda yang menarik berlaku didalam akdemi. Diari dimulakan dengan ambung dari keajaiban semalam. Para pelajar sebenarnya didatnagi oleh Cheff Rahman dari Adabi. Ini semua saja nak promote Adabi sebagai penaja. Para pelajar ditunjuk ajar tengtang tertib ketika makan. Kemudian Maskot Adabi muncul yang sebenarnya Aznil yang memakai costume maksot itu.

Didalam kelas Ummi pun agak bosan juga cuma ada paparan Salima,l Amirul dan Haziq yang tidak begitu faham cara penyampaian lagu tugasan mereka. Kemudian ada kejutan untuk Ummi kerana hari lahirnya kelmarin. Para pelajar menyanyikanlagu Happy Birthday untuk Ummi.

Paparan kemudian berpindah ketika para pelajar membuat persembahn didepan tenaga pengajar. Persembahan para pelajar ketika itu menghampakan. Tiada langsung kesungguhan ditunjukkan. Farhan siap menangis ketika menyampaikan lagu tugasannya. (adakah ini taktik dia untuk meraih lebih banyak undi?) . Cikgu Ajai ternyata berang dengan persembahan para pelajar. Kemudian kelihatan Ajai berbincang dengan Pengetua Ramli Sarip berkenaan prestasi pelajar sebentar tadi. Ternyata Ajai cukup tidak berpuas hati dengan prestasi para pelajar yang aku kira memang cukup memalukan.

Kemudian ada ditunjukkan yang Farhan cuba meminta maaf dengan Lotter kerana dia yang menjadi punca para pelajar lain turut dimarahi. Kemudian para pelajar dipanggil untuk bertemu dengan pengetua. Pengetua memberi kata dua kepada semua para pelajardan mengingatkan mereka bahawa cabaran mereka yang sebenar berada diluar AF kelak.

Paparan beralih kedalam kelas Cikgu Linda yang cuba mengajar Haziq tentang koreografi tarian untuk lagunya. Salima dan Amirul turut membantu. Kalau betullah cara yang digunakan Haziq pasti tarian itu kelihatan menarik.

Tetamu yang seterusnya masuk ke dalam AF adala kumpulan Kopratasa. Para pelajar ada diberi nasihat dan diberi kesempatan untuk bertanya dengan kumpulan ini. Kelihatan Amirul cukup bersyukur dengan kehadiran mereka. Kemudian Amirul menyanyi bersama Kopratasa lagu tugasannya.

Kalau di AF3 dahulu para pelajar diminta membuat Mr bola-bola sebagai arca. Musim ini para pelajar disuruh membuat lukisan tidak kira apa. Tapi lukisan yang paling aku suka adalah lukisan Haziq berjudul tenggelam. Cukup bermakna bagi dirinya. Diari diakhiri dengan gambaran seorang wanita sedang duduk diatas bola senam di bilik tarian. Siapakah gerangannya?? Confirm Siti (dah tak rahsia)....…

Ulasan lain
Klubbkidd

Pengumuman Blog Ferbie dah dibuka kembali…….

posted by admin at 2:04 PM | Permalink | 0 commenti

Gossip Mawi Marsha

Thursday, June 29, 2006
Ore : 7:33 PM

(GAMBAR YANG MENJADI PUNCA)

Seperti apa yang telah aku janjikan sebelum ini kali ini aku nak ulas sedikit tentang gossip terbaru Mawi dan Marsha. Tapi hari ini aku menulis untuk menerangkan duduk perkara sebenarnya. Kalau kelmarin sapa ada terbaca metro didalam ruangan Bintang pasti akan terbaca artikel pasal Mawi dan Marsha, pasti tau pasal benda ni. Sebenarnya aku nak jelaskan kat sini apa yang SS tulis itu hanyalah putar belit daripada perkara yang dia sendiri tidak tahu sebenarnya. Member aku bebudak M2M (geng yang fanatic Mawi dan Marsha) yang pergi amik gambar ngan Marsha masa dia gi tengok konsert Hits TV minggu lepas. Pastu Marsha memang ada kat situ. Bila dah abis konsert diaorang pun pergilah serbu Marsha nie untuk amik gambar. Dalam reramai budak M2M tu ada yang kasi hadiah CD yang gambar Mawi dijadikan sebagai cover. Si Member aku nie pulak bila nampak Marsha dia terus pegang Marsha dan cakap ‘I luv U’, Marsha yang memang tau member aku ni geng M2M balas cakap I love u too, but I love him too.. sambil tunjuk gambar Mawi yang ada kat cd tu. Pastu member aku sergah Marsha kantoi… Marsha jawab gurau jerk… Memang bebudak kat situ semua tau yang Marsha hanya nak gurau jerk sebab bebudak yang ada kat situ majoritinya bebudak M2M. Jadi Marsha nie yang memang sporting saja nak ceriakan peminat dia. Lepas tu diaorang kira cerita tu abis kat situ ajer. Pastu member aku nie kongsilah cerita tu pada seorang lagi geng M2M. Dan member dia nie masukkan cerita tu kat dalam blog dia. Yang menjadi masalahnya kat sini si SS tu dah cilok cerita kat blog tu (itu pun sebab dapat link kat mesra.net) buat cerita kat dalam metro kononnya Marsha ni memang bercinta dengan Mawi. Padahal yang sebenarnya Marsha tu sahaja bergurau dengan bebudak M2M. Pastu tak mention langsung pasal Marsha sebut itu hanya gurauan. Kalau baca Hip hari ini Marsha tak pasal-pasal kena beri penjelasan pasal isu ini. Kesian aku tengok Marsha. Lepas ini Marsha kena lebih berhati-hati tapi apa yang dikesalkan isu ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Marsha. So untuk SS aku harap dia jangan asyik buat spekulasi jerk kalau tak tau hujung pangkal. Dia seperti sengaja nak jatuhkan Marsha dan aku harap benda ini akan lebih jelas selepas ini. Dan untuk member aku tu aku harap dia tak rasa bersalah.... we all know the truth....

posted by admin at 7:33 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (28/06/2006)


Ore : 1:58 PM

Maaf semalam aku malas nak update pasal diari sebab aku tengah belajar torrent. Jadi hari ini aku update la sikit…
Hari ini punya diari best sikit berbanding hari sebelumnya. Diawal diari menunjukkan Lotter sedang giat bersenam kaki dan tangannya sambil berlatih mengajukgaya tenaga pengajar. Memang kelakar abis si Lotter nie. Aku dan Eton terkekeh-kekeh ketawa tengok scene tu. Banyak betul si Lotetr ni buat, gaya Cikgu Kevin, Cikgu Linda dan Cikgu Corrie.

Kemudian paparan pelajar membuat bubbling didalam kelas Cikgu Syafi. Kali ini mereka membuat bubbling dengan lagu tugasan masing-masing. Ada juga paparan Amirul dengan Lotter bergurau dalam kelas. Alah saja nak tunjuk yang diaorang nie dah baik semula. Jadi memang tak dapatlah korang nak tengok perang dingin antara mereka.

Didalam kelas Cikgu Ajai para pelajar menyanyi secara perseorangan untuk dinilai oleh Ajai. Salima kelihatan tidak mengalami banyak masalah untuk lagu tugasan minggu ini. Faizal dan Farhan masih belum sepenuhnya bersedia untuk lagu tugasan masing-masing. Bagi aku Diddy punya persembahan tampak sudah selesa dengan lagu tugasannya. Untuk kali ini ada pembaharuian yang dibawa oleh Cikgu Ajai yang memberi peratusan kepada setiap pelajar. Berikut adalah peratusan yang diperoleh oleh pelajar

Salima – 90
Diddy – 80
Velvet – 80
Amirul - 80
Haziq – 70
Farhan – 70
Faizal – 70
Lotter – 60

Kalau nak diikutkan peratusan ini Lotter agaknya yang akan terkeluar minggu ini.

Bab diari yang menarik muncul juga apabila Cikgu Linda mengaku yang dia tidak akan menjerit lagi didalam kelasnya. Nampak memang kekok para pelajar bila Cikgu Linda bersuara lembut setiap kali memberi tunjuk ajar. Aku rasakan memang tidak sempurna kelas itu dengan tiadanya jeritan dari Cikgu Linda. Para pelajar beberapa kali menguji Cikgu Linda agar beliau menjerit tapi masih gagal. Aku tak pasti samada hanya untuk kelas hari itu sahaja atau untuk selamanya Linda Jasmine untuk tak menjerit. Tapi aku rasa ini mesti terkena tempiasan kempen budi bahasa yang disuarakan oleh menteri penerangan sebelum ini.

Kemudian paparan Haziq menyanyikan semula lagu tugasan para pelajar lain untuk konsert minggu yang sudah. Aku kira strategi Haziq akan berjaya untuk dia meraih lebih banyak undi. Habis semua lagu dia bedal. Lagu lelaki dan lagu perempuan semua dia gasak nyanyi. Masa tu pelajar lain tengah makan. Takkan Haziq diet kot??

Kemudian sesi latihan kecerdasan bersama Cikgu Kevin yang ni aku malas nak ulas tak best. Diari diakhiri dengan paparan para pelajar lelaki mengemas meja makan yang dikatakan tidak pernah berlaku sebelum ini didalam AF.

Aku akan buat post petang ini tentang gossip cinta Mawi dan Marsha.

posted by admin at 1:58 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (26/06/2006)

Tuesday, June 27, 2006
Ore : 1:35 PM

Tidak banyak perkara menarik yang berlaku didalam paparan diari semalam.
Para pelajar dibawa keluar dari akademi sekali lagi, nampaknya AF kali ini membawa pendekatan yang berbeza dengan musim sebelumnya yang mana lebih menyimpan para pelajar dari memberi pendedahan luar. Kali ini para pelajar dibawa mengunjungi IO Action Park di Negeri Sembilan. Cikgu Fazley dan Pengetua Ramli Sarip bertindak sebagai guru pengiring. Macam-macam aktiviti yang mereka lakukan disini termasuk memancing tapi yang paling best aku tengok masa diaorang naik motor. Macam mat dan minah rempit pun ada gak. Pastu aku tak sure lah siapa yang sempat buat wheely mungkin diaorang nie memang asalnya mat rempit agaknya.

Kembali kedalam akademi semasa mendengar ratapan Zila (rakaman suara pesanan Zila) tiada yang menarik ketika ini. Mungkin Zila tidak begitu mahir meluahkan apa yang terpendam dan para pelajar lain memang keletihan setelah melakukan aktiviti diluar sebelum itu membuatkan mood kesedihan hampir tidak ujud ketika itu.

Paparan Velvet, Farhan dan Lotter jamming sedikit menarik perhatian aku. Velvet menyanyikan lagu apa pun aku tak paham sementara Lotter bermain gitar dan Farhan bermain bass. Ada juga kedengaran bunyi drum tapi tidak ditunjukkan pula siapa yang bermain didalam paparan itu. Nampaknya para pelajar cuba menghilangkan kebosanan sementara belum mendapat lagu tugasan. Kemudian ada pulak paparan makan pill tapi ni tak yah komen sebenarnya hanya promosi untuk penaja sahaja.

Untuk sesi penilaian semula persembahn konsert yang lalu tidak begitu menarik dan tidak banyak komen yang diluahkan oleh tenaga pengajar. Aku rasakan untuk musim kali ini tenaga pengajar mengambil pendekatan memberi semangat dan harapan daripada memberi kritikan yang menjatuhkan dan ianya lebih ketara didalam musim ini berbanding musim yang lalu. Aku pun malas nak ulas pasal penilaian tenaga pengajar nie. Kemudian para pelajar diberi lagu tugasan masing-masing

Lagu tugasan minggu ini:-
Amirul - Lagu Zaman (SM Salim & Ramli Sarip)

Diddy - Biar Betul (Akar)
Faizal - Terharu (Sweet Charity)
Farhan - Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)
Haziq - Juwita Citra Terindah (M.Nasir)
Lotter - Bila April (Fazley)
Salima - Because Of You (Kelly Clarkson)
Velvet - Sangkar Cinta (Ziana Zain)
Lagu Bonus - Serasi Bersama (Ajai & Nurul)

Musim ini banyak sungguh lagu tugasan yang penaynyi asalnya terdiri dari tenaga pengajar. Mungkinkah nanti lagu sekolah RS Jamal akan turut dijadikan lagu tugasan para pelajar? Untuk lagu tugasan kali ini aku rasakan Salima, Amirul dan Lotter mungkin mengahadapi sedikit masalah. Velvet mempunyai kelebihan dengan lagu tugasannya.

Diari diakhiri dengan babak air mata Salima yang bersedih setelah dikomen teruk oleh Ajai mengenai persembahannya minggu sudah. Kemudian Amirul pula menangis ketika berada didalam kelas Cikgu Shafi dan cuba ditenteramkan Lotter. Diari tamat.

Ulasan lain
Klubbkidd

posted by admin at 1:35 PM | Permalink | 0 commenti

Dari biji mata linkeen yang ikhlas....

Monday, June 26, 2006
Ore : 4:33 PM

W/pun Nakal dah update pasal concert last week...tapi aku nak jugak rasa gila kuasa...nak update lagi sekali....sekali dah nak update blog sampai dua2 orang update...kalau time tak nak update...tak nak update langsung...
Oklah...aku nak cerita sikit pasal benda2 yang menarik perhatian aku semasa concert yg ke 4 last week....and ini adalah pendapat yang datang dari hati aku yang ikhlas...bak kata Saleem...kita kena ikhlas....
* Velvet - aku dapat tengok dia nyanyi separuh je...sebab 20 minit before concert start aku keluar kejap...sampai2 rumah je tengok2 Velvet dah nyanyi....dia nyanyi ok lah....masa memula concert dia memang superb...tapi untuk concert ke 3 & 4 dia dah start "OK"....maybe masa memula concert dia dapat lagu yang kena dengan suara dia...tapi untuk 2 minggu lepas.....lagu yg dia dapat tak begitu sesuai dengan suara dia yang nyaring tu....dia joget pun ok lah....dan seperti biasa...dia nyanyi sampai berpeluh2....si Aznil pulak jadi tukang hantar tissue.....
*Haziq - time Aznil announce yg dia ada anxiety disorder (gitu2 lah bunyinye)....rasa cam kesian ada...nak ketawa pun ada....pastu Astro pun tunjuk vt Haziq buat training kat dalam akademi nyanyi lagu spider sampai sumbang2 jadinye....pastu time Haziq nyanyi...Haziq pun berjaya menyanyi lagu tu dengan tak sumbang....motif (dah macam Febie la plak...) Astro tunjuk vt sumbang tu coz nanti audience mesti akan terpegun dengan kebolehan Haziq yg berjaya bawak lagu tu dengan tak sumbang....(aku pun dah pening apa yg aku tulis ni) tapi rasanye dalam banyak2 concert.....concert yg ke 4 ni lah Haziq dapat nyanyi lagu dengan jayanye...syabas....
*Zila - aku rasa dia nyanyi lagu ni best jugak...english dia pun tak lah teruk sangat kalau nak compare kan dengan budak2 AF yang sebelum ni....cuma aku rasa dia tak cukup confidence nak buat show malam tu...joget pun ala kadar je....pada aku dia tak patut keluar malam tu...
*Diddy - ok lah mamat ni.....nampak improvement....cuma bab silat tu tak boleh lawan Mawi lah...hehehehe....
*Amirul - boring nye macam tahap nak membunuh....nasib aku kat rumah...leh la gak buat2 air ke...kemas2 rumah sket nak elakkan dari tengok show Amirul...aku tak dapat imagine yg kat dewan tu...mesti dah nangis2 tak larat nak tengok Amirul nyanyi....
*Farhan - memang meletopz....best gila....ditambah dengan Sazzy....memang best....
*Faizal - kelakar la dia....dengan baju hip hop....pastu rap dia....tak leh tahan....tapi ok lah....aku pun bukan tau sangat nak komen pasal hip hop ni...
*Salima - adoi...ni lagi sorang yang aku rasa macam nak nangis dengar dia nyanyi....tersangatlah boring....dengan expresion muka yang takde improvement...malas komen...tak tau la bila nak terkeluar....
*Lotter - dari awal lagi aku memang tak berapa minat dia ni....kalau setakat nak buat lawak...tak yah le masuk AF....suara pun sumbang nye nyanyi lagu tu....
*Pengkritik - aku rasa pengkritik kali ni ok la kalau nak compare ngan concert yg lepas2 ni....w/pun Harun Salim Bachik tu tah apa2 jugak...tapi at least dia bagi komen dengan profesional...bukan cam Bob Lokman last 2 weeks....
*Hamid Gurkha - kesian arr aku tengok orang tua ni.....kena buat main je ngan orang2 Astro...tapi still aku ketawa gak tengok cara dia nyanyi lagu tu...specially bila dia suka2 tukar lyrics.....
*Menuju Puncak - for the 1st time...ni lah tarian yang paling bersemangat pernah aku tengok sepanjang concert....kalau terus camni kan bagus....
*Baju penari - aku tak tau lah baju apa yg penari Zila pakai tu...naper sampai camtuh sekali....Astro kena lah peka sikit...AF ni kan ramai yang tengok...dari budak kecik sampai la pak haji....takkan la pak haji tu nak tutup mata bila part2 camtu...ada orang ingat dia tidor plak...so harap pihak Astro kena alert lagi pasal ni....

Aku rasa tu je benda yang aku boleh ingat....overall aku berpuas hati dengan concert kali ni....tak terlalu boring....harap2 la maintain camni...dan aku harap sangat Farhan jadi juara AF4...so mari ramai2 kita afundi Farhan.....untuk koleksi gambar2 yg kelakar tahap gaban sila ke sini dan sini....

posted by Ikeen Ismail at 4:33 PM | Permalink | 0 commenti

Konsert Mingguan Akademi Fantasia 4 (Minggu 4)


Ore : 1:50 PM

Aku nak minta maaf sebab dah lama tak update blog nie. Macam-macam hal yang jadi pada aku sepanjang minggu lepas yang menjadi penghalang untuk aku mengnulis disini. Bermula dari aku pergi trip ke Pulau Sibu, kematian saudara dan masalah terpotong jari cukup menjadi halangan untuk aku menaip. Hari ini aku cuba luang kan sedikit masda untuk mengupdate mengenai konsert AF yang lalu walaupun dah terlambat.

Barisan juri
Adlin Aman Ramli
Harun Salaim Bachik
Noraniza Idris

Selepas sesi pengenalan oleh para pelajar Adlin mencuri tumpuan buat seketika untuk sesi meminta maaf secara terbuka. Dan aku kira tindakkan ini memang patut dilakukan tetapi apabila pihak Astro menghubungi Saleem terus jerk para penonton dapat pendidikan moral percuma. Aku kira tak perlulah nak telefon Saleem masa tu. Bukankah pihak Astro dan Adlin dan bertemu dengan dia sebelum ini. Oklah berbbalik kepada konsert.

Velvet
Velvet merupakan pelajar pertama yang membuat persembahan malam itu. Cara penyampaiannya boleh dikira sederhana. Dia masih menghadapi masalah didalam nota rendah. Walaupun Velvet memiliki suara yang nyaring dan jelas setiap kali berada dinota tinggi tetapi apabila berada dinota rendah suara dia kekurang weight dan kurang jelas kedengaran. Dari segi tarian ok tetapi tampak kurang yakin
2.9 Bintang

Haziq
Dia membawa lagu Buat sang Puteri dari kumpulan Spider. Pada awalnya aku macam kurang yakin yang Haziq mampu membawakan lagu ini. Namun apabila sudah sampai ke verse kedua aku tampak mamat ni memang telah mencuba sehabis baik. Dia tetap mengalami masalah kegugupan walaupun dia tak pegang mic. Namun setiap kali tangannya dihulur kehadapan masih jelas kelihatan menggigil. Tapi Haziq berjaya membuktikan sesuatu malam itu.
3.0 Bintang

Zila

Secara keseluruhannya Zila menunjukkan peningkatan didalam persembahna. Latihan intensive yang dijalaninya sepanjang minggu cukup menampakan kesan. Tarian dan nyanyian nampak seiring tapi masih ada kelemah sedikit didalam nota rendag sama seperti Velvet tiada weight.
2.8 Bintang

Diddy

Membawakan lagu Nusantara dedangan asal M. Nasir. Diddy menggunakan segala tenaga yang dimilikinya untuk menghidupkan persembahannya malam itu Dari segi vokal memang aku kira Diddy meletop abis sebab tak semput langsung walaupun berlari sekeliling pentas.
3.9 Bintang

Amirul
Diiringi oleh Ito ketika menyanyikan lagu Khatulistiwa tidak memberi apa-apa makna kepada persembahan Amirul. Walaupun ada peningkatan dari segi persembahan tapi Amirul masih lagi boleh dikatakan jauh ketinggalan dari segi vokal dari rakan-rakan yang lain. Mungkin benar kata Adlin…
2.5 Bintang

Farhan
Tak perlu dijelaskan lagi. Superb
4 Bintang

Faizal

Dua sahaja komen yang aku dapat berikan untuk Faizal
Effort ada tapi attitude tiada.
2.8 Bintang

Salima

Salima memang kelihatan cuba melakukan sehabis baik yang dia termampu setelah mengetahui dia berada dikedudukan kedua terbawah minggu sudah. Namun setiap kali dia adlib mesti over. Penghayatan ok.
2.6 Bintang

Lotter

Persembahan Lotter agak hambar malam itu. Dia tidak mampu membawa mesej lagu tersebut dengan baik. Vokal juga tidak kedengaran dengan jelas.
2.6 Bintang

Zila merupakan pelajar yangmendapatkan undian terrendah minggu lalu walaupun kalau nak diikutkan persembahan Amirul atau Lotter lebih layak untuk keluar.

Untuk ulasan lain
Klubbkidd
mentallydisturbed
mY kopitiam
badrulaftersix
maddox24

posted by admin at 1:50 PM | Permalink | 0 commenti

Dari biji mata linkeen yang kena update blog....

Tuesday, June 20, 2006
Ore : 1:02 PM

1st sekali sorry lah sebab kitorang tak dapat nak update pasal concert yg lepas sebab aku dengan nakal kena pergi company trip dekat Sibu...balik dari Sibu je dah petang...memang berangan lah nak tengok concert...tapi bila on da way balik dari jetty aku dapat SMS dari akak aku cakap Farhan nyanyi best giler....aku dah tak senang duduk bila baca SMS tu..rasa nak sangat tengok Farhan nyanyi....lepas tu....tak lama lepas tu dapat lagi SMS....Rich keluar...huhuhuhu...aku ngan Nakal dah agak dah mesti dia keluar punya....tapi dia pun aku tengok takde improvement langsung...camtu je nyanyi....dari pada orang asik kutuk je baik le keluar....
Semalam dapat lah aku tengok diari, tu pun sebab aku tak berminat sangat nak tengok match Togo vs Switzerland....sebenarnye malas nak cerita pasal diari...tapi disebabkan Nakal mc 3 hari...jadi aku pun terpaksa ambik alih tugas dia update blog ni...aku pun cerita yang aku ingat je lah pasal semalam...
*Fazley bahagikan budak2 tu kepada 3 group...Brazil, Italy and Japan...pastu diorang main game bernama "TUTSAL" macam Futsal la...tapi main guna lutut...
*Hazama join diorang main Tutsal...aku still tak paham kenapa diorang bawak masuk si Hazama ni...dah lah macam over2 je...
*Salima injured...baru main camtu dah injured...tak paham tul...
*Si Faizal dengan Hazama boleh main ramas2 tangan la pulak...before ni ada jugak nampak si Lotter dengan Faizal duduk rapat2...cam sandar2 gitu...ermm...Faizal ni normal ke tak ni....
*Student2 dapat excercise machine...pas ni mesti semua semangat nak excercise...
*Velvet dengan Rich pergi tengok World Cup....sukalah Velvet dapat keluar dari w/house tu....
*Diddy berlakon konon2 kaki sakit...jatuh dalam bilik air...tapi pada aku tak menjadi langsung lakonan dia tu...
*Zila dapat lagu English...dari cara dia cakap tajuk lagu tu pun aku rasa mesti dia susah nak bawak lagu ni....
*Velvet dapat lagu asli...tak tau la caner dia bawak lagu ni...
*Salima muka cover terkejut bila dapat tau dia 2nd last masa last concert....tu lah...orang dah mula sedar yg dia tu tak boleh nyanyi....
*Ramli Sarip urut tangan Faizal...seronok je si Faizal....camni tak yah ada kerusi Osim pun takpe lah...Ramli Sarip dah ada...

Itu je la yang aku boleh ingat....yang lain tak ingat lah...sebab yg lain2 tu biasa je....so untuk minggu ni aku kena lah update blog ni....si Nakal kat rumah seronok lah sebab cuti lama...aku jugak yang pengsan....

Kalau aku rajin aku update pasal trip aku pergi Sibu...kalau tak tunggu je lah Nakal naik kerja nanti.....ciao...

posted by Ikeen Ismail at 1:02 PM | Permalink | 0 commenti

Konsert Akademi Fantasia 4 (Minggu Ketiga)

Monday, June 19, 2006
Ore : 3:11 PM

Minta maaf aku tak dapat beri ulasan untuk Konsert kali ini. Aku baru balik dari Pulau Sibu semalam dan tak dapat nak tonton konsert AF secara live semalam. Time konsert AF start aku baru jerk naik bot. Nak suruh tekong bot tu bukak Astro, dia kata tak boleh sebab takut Kastam dan Polis Marin dapat kesan sebab time tu bot dia tengah bawak gula dan rokok kretek sekali. Pastu malam hari pulak dapat call dari Ina cakap yang maknya telah meninggal tepat pukul 11.00 malam dah aku tidak dapat gie kerja hari ini. Jadi aku sesungguhnya hanya dapat tahu Rich terkeluar melalui Linkeen itu pun sebab kakak dia SMS dia time kitaorang on the way balik. Jadi sebab tak nak menghampakan kau orang aku taruklah link yang tuan kedai kopi kasi untuk link up ni buat kau orang.

Amirul - Yesterday
Diddy - Memori Luka
Farhan - Still Got the Blues
Faizal - Blues Trengganu Kita
Haziq - Cinta Nusantara
Lotter - Iris
Rich - Mustika (tersingkir)
Salima - Obssesi
Velvet - Teman Tapi Mesra
Zila - Tak Tercapai Akalmu

credit : mykopitiam

posted by admin at 3:11 PM | Permalink | 1 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (15 June 2006)

Friday, June 16, 2006
Ore : 4:55 PM

Hari ni aku malas nak tulis panjang panjang. Aku ngantuk sebab tidor lambat semalam tengok bola. Nasib baik England menang aku ingat dah nak seri dah semalam. Nasib baik Crouch dan Gerrard dapat score. Oklah balik pada diari AF semalam tak banyak yang menarik berlaku. Kali ini aku cuma
nak highlight jerk apa yang aku rasa penting berlaku didalam akademi semalam.

Kedatangan mascot Adabi sekali lagi ke dalam akademi dan aku rasa menyemak jer mascot nie kat dalam tu. Takde faedah langsung pada para pelajar.
Faizal disuruh berlatih berjalan dan duduk oleh Ummi aku pun rasa gaya berjalan Faizal agak kelakar dan perlu diperbetulkan agak kelihatan lebih segak dan bergaya.
Ummi menyuruh para pelajar menyebuat apa yang difikirkan pelajar menggenai para pelajar yang lain secara spontan. Tapi bab Velvet memikirkan dirinya sendir dengan menyatakan dia cute agak kelakar danmungundang gelak ketawa palajar lain. Tapi Velvet tu memang cute apa.
Permainan Mak ayam dan Harimau dipermainkan oleh para pelajar. Mungkin permainan ini memang menjadi salah satu silbus penting dalam kelas drama sebab semasa AF 2 dulu pun Ummi ada menyuruh para pelajar bermain permainan yang sama. Jelas mereka turut terhibur dengan permainan ini.
Para pelajar membuat persembahan didepan tenaga pengajar untuk dinilai. Rata-rata pelajar menunjukkan peningkatan. Dan yang paling menonjol aku rasa Godzila dengan lagu Tak Tercapai Akalmu. Amirul juga mendapat pujian Ajai sebab menunjukkan peningkatan didalam pebfhayatan.
Ada beberapa pelajar yang diminta stay back didalam bilik tarian untuk diberi lebih tunjuk ajar untuk memantapkan persembahn mereka oleh Pengetua Ramli Sarip. Aku rasa Ramli Sarip telah mencurahkan banyak pengalamannya kepada anak didiknya untuk sesi ini. Tapi tak dpat dipastikan samada mereka ini faham akan apa yan dikhendaki oleh pengetua mereka itu. Sebab aku tengok Rich masih lagi takut-takut untuk mengguna pakai kaedah yang penyampaian yang disarankan oleh tuan pengetua.
Minggu ini para pelajar dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga masing-masing setelah 3 minggu tidak dapat berbuat demikian. Mereka mendapat suntikkan semangat dari ahli keluarga mereka. Tapi yang aku takleh handle Diddy sekali lagi menonjolkan sikap lampinya. Apabila dia gagal mengesan suara Siti Nurhaliza walaupun diberi banyak hint oleh penyanyi tersohor itu. Yang aku nampak Fazley asyik tersengih jerk time Siti call nie. Terkenang masa kat London ke?
Selepas dapat bercakap dengan CT dan keluarganya Diddy yang pada mulanya Happy bertukar jadi muram sebab terkenangkan anak buahnya. Dia ditenteramkan Farhan yang bertindak sebagai kakak kepada pelajar.
Kemera dalam akademi dah ada nama iaitu Markonah dan Jonet PI. Nama kemera tahun ini aku tak pasti diberi oelh para pelajar atau bukan.
Para pelajar menyanyikan lahu Happy Birthday untu bapa Velvet yang menyambut hari jadinye kelmarin.
RS kayu datang cakap lori yang bawa makanan rosak. So student female kena masak hari ni. Kelihatan sungguh mereka ini tak geti masak.
Haziq diminta Cikgu Syafi agar simpan suara diakhir diari dan dia kelihatan risau entah mengapa (nak terkeluar kto minggu nie).

Ulasan diari esok tidak dapat dilakukan kerana aku nak pergi memancing selama dua hari. Silap-silap konsert AF pun aku tak tengok kot minggu nie.

posted by admin at 4:55 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (14 June 2006)

Thursday, June 15, 2006
Ore : 2:30 PM

Wah, cukup penuh perasa dairi yang dipaparkan hari ini! Bermula dengan Salima yang kelihatan cuak menanyakan kehilang Farhan dari akademi kepada kamera didalam akademi. Ada juga pendapat yang gelagat Salima ketika itu agak tergedik-gedik dan bagi aku memang adalah unsur sedemikian ketika itu. Aku kira perbuatan itu sudah sinonim dengan perilaku Salima sejak azali lagi. Sebenarnya para pelajar lain memang cukup yakin bahawa Farhan bukan diculik atau melarikan diri cuma hairan kemana Farhan telah pergi. Yang sebenarnya farhan berada didalam akdemi untuk menjadi ‘makeover’. Mungkin pihak akademi merasakan penampilan Farhan didalam akademi agak selekeh jika hendak dibandingkan dengan para pelajar lain. Maka dengan itu akademi membawakan seorang jurumekap khas untuk memperbaiki keterampilan Farhan diakademi lebih-lebih lagi rambutnya yang senantiasi disiput ketika diakademi.

Semasa didalam kelas teknikal vokal para pelajar diminta menyanyikan lagu enjit-enjit semut didalam beberapa kumpulan dan setiap kumpulan menyanyikan mengikut key yang berbeza. Jelas sekali tenaga pengajar kali ini membuat kelainan yang ketara berbanding kelas-kelas teknikal vokal AF yang lalu. Aku rasa para pelajar cukup suka dengan pendekatan pembelajaran sebegini. Ianya tidak mendatangkan stress kepada para pelajar. Tetapi aku rasa Cikgu Syafi mesti lebih menumpukan pemerhatian kepada kelemahan pelajar secara individu.

Ketika para pelajar sedang sibuk nak makan ke atau baru habis makan aku tak pasti tapi RS Jamal tu datang beritahu kepada para pelajar yang mereka ada tetamu khas dan meminta mereka meneka tapi semau bebudak tu buat macam tak tau. Aku dapat merasakan yang kehadiran RS didalam AF tahun ini kurang dirasai berbanding tahun sudah. Kemunculan semula Farhan kedalam akademi disambut dengan rasa cemburu para pelajar wanita lebih-lebih lagi Velvet yang beriya-iya nak buat makeover juga. Tapi dalam scene ini aku paling tertarik melihat Haziq yang seperti terpegun melihat keayuan Farhan. Siap tenung jerk pada Farhan dan paling tak tahan siap nak cium bau badan Farhan tu. Apa la mamat nie macam tak pernah tngok perempuan pulak.

Didalam kelas Ajai, Velvet kelihatan mempunyai masalah ketika menyanyikan lagu teman tapi mesra, lebih lebih lagi ketika berada dinote redah. Lotter pula kelihatan agak sakit ketika menyanyikan lagu Iris dan aku memang menjangkakan yang Lotter pasti menghadapi kesukaran untuk menyanyikan lagu ini. Penurunan key terpaksa dilakukan untuk membantu Lotter untuk persembahn minggu ini. Itu pun kalau Sham Kamikaze ada hati perut la nak Bantu buatnya dia ikut kepala dia macam time Felix nyanyi lagu Hukum Karma tahun lalu mesti mati terjerut Lotter agaknya.

Paparan Faizal menceritakan pengalamannya ketika menjalani sesi ujibakat kepada Rich agak membosankan. Bukannya apa cuma butir pebualan mereka agak kabur dan kurang jelas. Faizal menceritakan yang dia dipaksa menyanyikan sehingga 16 buah lagu ketika berada di stage tiga oleh Pn Fauziah Nawi. Rich pula melopong bagai tak percaya. Entah laa…

Diakhir diari tengahari ditunjukan Farhan menari dengan Diddy sambil diperhatikan rakan-rakan yang lain. Salima muncul dan sekali lagi berjaya menunjukkan kegedikkannya. Kononnya Farhan cuba merampas Diddy Velvet pula muncul dan memberitahu yang dia tidak suka melihat Farhan mencuri Diddy. Mesti Diddy rasa para pelajar wanita semua dah cair dekat dia. Huahauhauaaa…

Diari disambung dengan paparan para pelajar menimbang berat badan masing-masing. Salima tidak berpuas hati dengan bacaan berat badannya kali ini. Berat badan Salima telah naik satu kilo berbanding minggu sudah. Dia asyik mempertikaikan bacaan penimbang itu dan mengatakan yang dia boleh menurunkan berat badannya sebanyak dua kilo seminggu jika dia mahu. Velvet pula asyik mengacau dia dengan berkatat ”Terima sahajalah kenyataan..” Sebenarnya paparan ini cukup membuat para penonton naik rimas dengan gelagat Salima yang semakin gedik. Dia asyik memperbesarkan masalah yang remeh dan pastimengundang ras kurang senang dikalangan para pengundinya tetapai cukup menyenangkan bagi mereka yang tidak menggemarinya.

Untuk sesi kedua dairi seorang tetamu telah hadir ke akademi iaitu Jaclynn Victor seperti yang diberitahu oleh RS Jamal Kayu. Tapi yang masuk akademi bukanlah Jac tapi sebenarnya wartawan dari NST Hafidah Samat yang memiliki raut wajah seiras dengan Jac. Yelah takkan Jac nak pakai baju kurung, dia kan suka berkemban jerk. Fida nie adalah memberikan tips-tips kepada para pelajar tu pasal cara-cara nak berinteraksi dengan orang-orang media bila dah keluar AF nanti. Aku kira pembelajaran tentang commucation skill ni amat penting untuk para pelajar ini. Bukannya apa asyik kedengaran setiap kali musim AF abis pasti ada pelajar AF yang dihentam akibat dari sikap mereka pada wartawan.

Tetamu seterusnya yang dijemput masuk kedalam AF hari ini adalah Zulfazli ala juru make-up Astro juga. Macam musim sudah dia mengajar para pelajar mengenai kepentingan make-up dan tunjuk la sikti demo untuk para pelajar. Ala takat tujuk pakai bedak asas jerkk. Tak taula pulak kalau ada ajar sekali cara pakai bedak sejuk pada bebudak tu tapi tak disiarkan. Kemudian para pelajar mendapat hadiah dari Loreal.

Kemudian paparan yang cukup menraik ditayangkan. Amirul dengan Lotter bergaduh. Memang kelihatan ada masalah serius pada mereka sehinggakan sanggup bergaduh besar pada dan serta merta cuba dileraikan oleh para pelajar lain. Tapi aku tengok Amirul lebih beruntung jika nak dibandingkan dengan Lotter. Sebab Lotter cuma dipegang dan ditenteramkan oleh para pelajar lelaki. Tetapi Amirul dipeluk erat oleh Farhan dan para pelajar wanita yang lain (tapi GODZILA takde pulak dekat ngan Amirul). Kira untung abis la Amirul, Salima dan Velvet semua memegang Amirul untuk menenangkan dia namun tidak diketahui samada mereka nie cuma mengambil kesempatan keatas Amirul atau tidak. Yang pasti mak-mak yang kat luar tu mesti jelous tahap gaban tunggang naga tengok para pelajar perempuan dapat berbuat demikan pada Amirul. Kemudian Diddy mengumumkan yang pergaduhan diantara Amirul dan Lotter hanyalah rancangan para pelajar lelaki untuk membuat kejutan kepada pihak Astro. Kali ini barulah aku sedari yang Diddy kurang menonjol didalam akademi sebelum ini dan sudah mula kelihatan yang dia sudah mula berjaya memasukkan dirinya didalam kumpulah pelajar lelaki bukan seperti sebelumnya yangsering didominasi oleh Faizal, Lotter dan Rich sahaja.

Penonton kemudian dibawa melihat gelagat Faizal ketika diajak bentuk koreografi lagu Blue Ganu Kita oleh Cikgu Corrie diruang makan akademi. Kedengaran juga Cikgu Corrie cuba bercakap menggunakan loghat Terengganu kepada Faizal. Ianya kedengaran cukup kelakar. Diakhir diari para pelajar lelaki tengah cuba buat hand stand sambil bersandar kepada dinding. Rich tidak mampu melakukan pergerakan itu. Hanya Faizal saja yang kelihatan berjaya melakukannya. Diari ends here.

Ulasan lain:
Lada jeruk
Cili Giling

posted by admin at 2:30 PM | Permalink | 0 commenti

Dari biji mata linkeen yang tengah happy!!!


Ore : 12:38 PM

Hari ni happy lah aku sebab Spain menang 4 - 0 dengan Ukraine...tapi pikir2 balik kesian gak Ukraine...sekali kena sampai 4 - 0...takpelah...takde rezeki lagi tu.....semalam pun aku tengok 1st half je...yang 2nd half aku tukar2 sebab tengok CSI....aku pikir jugak kalau tiap2 minggu asik nak tukar2 CSI ngan bola ni..pening gak kepala aku....

Semalam...before bola start dapat lah jugak aku tengok diari yang pukul 8.30.....pasal Farhan hilang yang rupa2 nya pergi make over....bila dah siap lawa jadinye...biasalah kalau dah make up mestilah lawa kan...tapi yang paling cute bila Farhan dah balik...then Zila macam happy sangat tengok Farhan jadi lawa...so cute and natural....lagi satu aku macam dah suka kat Zila tu...rasanya dia ada banyak improvement...tak macam 1st time aku dengar dia nyanyi...baguslah camtu...lagi satu part yang aku suka time Diddy suruh Farhan bangun dance dengan dia...so cute la dia 2 orang tu...memula nampak macam Diddy yg nak approach Farhan....last2...Farhan lak yang nampak cam nak goda Diddy...tapi diorang very natural...tak le tergedik2...tengok2 si Salima pulak tergedik2 kat situ...."tak sukanya aku!!!"....eleh...tak suka ko punya hal la...orang yg tengok suka....nak interframe sekali lah tu....ingat buat camtu pasni orang akan gossipkan ko ngan Diddy..please lah...nak publicity murahan tul....kalau nak sangat dance...gi lah dance ngan Amirul tu...aku rasa si Salima ngan Amirul cam padan je lah...lagi satu ngan Haziq...ermm....memang sesuai....

Last week aku ada tengok One In A Million...selection....masa aku tengok tu dah time group Dayang ngan adik Siti....memang tak terperanjat la kalau Dayang masuk...tapi adik siti pun leh masuk tu aku cam tak puas ati sket...sebab aku rasa suara dia biasa je....tapi yang aku betul2 tak puas hati bila ada sorang budak dari Sabah...nama Ayu...yang suara memang gila2 punya sedap cuma kurang lawa je...tak dapat masuk....alamak...Paul Moss ngan Syafinaz pun nak pilih muka lawa jugak ke baru dapat masuk....please laahhhh...sampai bila Malaysia nak jadi macam ni.....bila aku tengok betul2...memang kebanyakan yang dapat masuk untuk next stage...semua memang lawa2....takde la yang kurang lawa....memang la Ayu tu tak lawa sangat...tapi nanti dah jadi artis...make up2...mesti lawa punya...sedang kan gajah yang orang make up2 kan tu pun jadi comel...ni kan lagi orang kan...still rasa tak puas hati dengan keputusan tu....

Concert AF minggu ni mesti aku tak dapat tengok lagi...sebab time tu aku dekat Sibu...company trip....susah la camni..nak kena tunggu ulangan pun aku tak tau bila....so nanti terpaksalah baca blog orang je....oritelah...aku pun dah lapar...tengah tunggu time makan....nak makan....

posted by Ikeen Ismail at 12:38 PM | Permalink | 0 commenti

Dari biji mata linkeen yang tak suka tengok diari....

Wednesday, June 14, 2006
Ore : 4:27 PM

Semalam ingat kan nak jugak tengok diari AF...tapi sebab aku dah syok tengok Charmed season finale...terus aku terlupa pasal diari....rasanya lagi untung tengok Charmed dari tengok diari AF yang aku rasa hari2 sama je....tunjuk orang makan...tunjuk kelas motivasi..tunjuk muka Fazley....aku dengan nakal still tak faham...apasal diari AF tahun ni banyak kali sangat tunjuk class motivasi....class vokal ngan nyanyian la pulak yang kurang tunjuk...nasib baik la aku kali ni jarang tengok diari..kalau tak silap2 boleh suka kat si Fazley tu...asik tengok muka dia je....

Semalam jugak bola Korea vs Togo....and seperti yg aku jangkakan....Korea menang....aku gubra jugak time Togo dah goal.....tapi akhirnye menang jugak Korea....malam ni pulak Spain lawan...tak ingat plak lawan mana..tapi yg penting aku sokong Spain....

Cerita Charmed semalam season finale....disebabkan aku tengok cerita tu dari awal...so bila dah habis semalam rasa cam sedih plak...happy ending...(cewah..emotional plak....)

Apa lagi aku nak tulis erkk...tu je lah yg aku nak cerita..sebab tengah boring kan...benda cam ni pun nak cerita kat blog...ok lah..untuk ulasan diari yg lebih lanjut..tunggu nakal...

posted by Ikeen Ismail at 4:27 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (13 June 2006)


Ore : 12:33 PM

Maaf sebab aku lewat nak update untuk entry kali ini. Sibuk giler bila kau masuk office, semuanye urgent bagai nak pitam pulak rasa bila kena chase dengan shipper-shipper aku. Malas nak membebel panjang nie dia paparan diari 13 June, 2006.

Diari dimulakan dengan paparan Rich dan Salima yang kebingungan sebab dapat lagu yang mereka tak pernah dengarn sebelum ini. Kemudian pengetua dan Cikgu Ajai datang menambahkan kekusutan para pelajar dengan cuba memberi gambaran palsu tentang lagu tugasan mereka. Ajai dan Ramli beriya-iya menyanyikan lagu tugasan pelajar. Kemudain cikgu Corrie muncul semula dan memberi satu lagi berita palsu yang kononya untuk minggu kali ini para pelajar mempunyai dua lagu tugasan. Tapi lagu yang dibawa Corrie merupaka lagu tugasan sebenar.

Rata-rata pelajar berpuas hati dengan lagu tugasan masing-masing. Paparan Velvet membuat latihan lagu teman tapi mesra sambil menggoda Faizal yg turut berlatih lagu tugasannya muncul. Aku rasa Faizal mempunyai advantage dengan lagu tugasannya minggu ini kerana mendapat lagu yang menggunakan loghat daerahnya. Aku rasa agak pelik dengan Salima kerana dia mengatakan yang dia tidak pernah mendengar lagu Obsesi kerana setahu aku lagu itu cukup popular sebelum mereka masuk ke dalam akademi lagik. Tak tau la dia dengar radio apa sebelum ini.

Kelas Cikgu Fazley muncukl lagi untuk diari kali ini. Aku pun nak hairan kenapa kerap sangat kelas motivasi diadakan untuk AF 4 ini berbanding dengan AF yang sudah. Mungkin sebab Cikgunya yang kacak menjadikan paparan kelas motivasi diadakan lebih kerap tahun ini. Untuk kelas kali ini Fazley mengarahkan para pelajar mencipta lirik sendiri secara spontan dan menyanyikan lagu itu kepada salah seorang pelajar lain. Lagu yang dinyanyikan Rich untuk Zila aku rasa paling sempoi dan sedap. Dikuti Velvet kepada Amirul dan Farhan untuk Faizal.

Paparan didalam kelas vokal kali ini agak mencuri tumpuan. Untuk kelas kali ini pada awalnya para pelajar membuat bubbling dan hissing kemudian menyanyi secara harmoni dan ada juga paparan menunjukkan Haziq hendak termuntah ketika membuat latihan tersebut. Didalam kelas Ajai pula Zila membua latihan lagu tugasannya dan kelihatan para pelajar perempuan lain turut sama terkinja-kinja mengiringi Zila.

Kemudian ada tunjukkan keadaan akademi bersepah dan sampah-sarap merata ditunjukkan. Aku rasa sampah sarap itu bukan para pelajar yang taburkan tapi ‘makcik tukang cuci’ tu yang taburkan sendiri. Dan kedengaran makcik tukang cuci itu membebel sehingga kedengaran kepulusuk akademi.

Sambungan diari disambung dengan para pelajar lintang pukang untuk mengemaskan akademi yang kononya bersepah. Farhan lekas mengutip sampah sarap dan sempat menjeling siapakah gerangan makcik tukang cuci itu. Bila terpandang sahaja wajah Raja Azura,Farhan terus memeluknya tapi Makcik tukang cuci tu masih enggan mengaku yang dia Raja Azura. Para pelajar kelihatan mula ragu-ragu dan terpaksa berulang kali menyatakan yang makcik tukang cuci tu Kak Engku dan melayannya sehingga macam dah nak give up. Akhirnya Raja Azura pun mengaku yang kehadirannya ke akademi adalah sebagai kejutan untuk para pelajar.

Seperti lazimnya tetamu yang datang k akademi pasti akan memberikan tips dan nasihat untuk para pelajar. Raja Azura mengatakan yang bidang nyanyian dan lakonan tidak banyak bezanya. Kedua-duanya perlukan penghayatan ketika dipersembahkan. Para peljar dinasihati agar dapat memberikan mood yang sesuai pada setiap lagu yangmereka dapat.

Paparan kelas Cikgu Corrie menyusul dengan adanya perubahan didalam tarian Menuju Puncak. Corrie menambahkan lagi gerakan didalam tarian dan semakin berpuas hati dengan persembahan pelajar untuk lagu menuju puncak. Ada juga ditunjukkan Velvet yang sedang asyik melihat cermin dengan gaya rambut yang digunanya hari ini.

Didalam kelas Cikgu Fauziah Nawi, para pelajar diberi tugasa untuk melakonkan watak dengan menggunakan script yang sama. Alah sama macam sebelum ini, cuma skrip sahaja yang berlainan. Untuk kelas kali ini Salima dan Velvet kelihatan begitu bijak menggunakan memek muka untuk menunjukkan mood yang mereka rasai. Tidak dapat dinafikan kedua-dua mereka mempunyai bakat lakonan yang agak baik. Kemudian FN menasihati para pelajar agar tidak melampaui batas didalam pergaulan kerana didalam lingkaran tempat kita tinggal masih ada batas-batas yang harus kita jaga atau kawal walaupun kita mempunyai niat yag baik untuk melakukannya. Ini tidak lain aku rasa Fn tidak mahu kemesraan para pelajar didalam akademi akan menjadi perbualan orang luar jika dilakukan secara berlebihan.

Semasa didalam kelas vokal Cikgu Syafi bertanyakan dimana Farhan. Zila cuba mencari Farhan didalam akademi tapi tidak ditemui. Apakah kejutan terbaru untuk kali ini? Ini hanya akan terjawab melakui sambungan diari 14 June.

posted by admin at 12:33 PM | Permalink | 0 commenti

V/Clip Konsert AF 4 (minggu kedua)

Tuesday, June 13, 2006
Ore : 6:30 PM






Ini merupakan antara persembahan yang cukup impresive minggu sudah. I just wanna share the moment again with all the readers.


posted by admin at 6:30 PM | Permalink | 0 commenti

Dari biji mata linkeen yang tengah malas kerja....


Ore : 3:42 PM

Aku tak tau nak tulis apa sebenarnye...tapi sebab aku pun tengah malas nak buat kerja...jadi baik aku merepek je kat sini....for the 1st time sepanjang musim AF..dari yang 1st sampai lah yg ke 4 ni..tak pernah2 aku miss tengok concert...tapi last week punya aku boleh miss...actually bukan miss terus la...aku dapat tengok start Velvet nyanyi je...itu pun aku tak dapat dengar sangat coz kat rumah cousin aku....dipenuhi dengan suara2 kanak2 yg luar biasa bisingnye......so aku nak komen pun tak boleh komen sumer la...start komen pun dari Velvet...cam biasa...aku cuma komen apa yang aku ingat je....

*Velvet - nyanyi memang best...terkesima kejap aku ngan cousin2 aku dengar dia nyanyi lagu Sharifah Zarina tu..w/pun ramai cakap dia nyanyi lagi best dari original singer...aku still rasa Sharifah Zarina lagi best...maybe org ckp dia best sebab dia nyanyi dengan cara dia sendiri..tak terikut2 cara original singer....
*Farhan - lagi sorang...yg memang best giler....setakat ni semua lagu yg dia bawak memang best...tak pernah lagi dengar sumbang...hopefully dia maintain je camni....
*Salima - boring...tak abih2 nak buat muka nak nangis...aku pun tak amik kesah sangat nak dengar dia nyanyi..sebab memang tau tak best punya....
*Amirul - lagi sorang ni...tolong lah.....tak sanggup nak dengar dia nyanyi..lagu senang camtu pun tak sedap....tambah plak dengan 4U2C buat kejutan...jadi lagi tak sedap dia nyanyi...kenapa la % dia boleh tinggi aku still tak paham....
*Rich - frust tul aku ngan Rich last week....tah apa2 je dia nyanyi...serabut..ngan gitar..ngan joget tah apa2....tolonglah improve...aku nak gak tengok dia nyanyi dengan sedap...tapi kesian lak masa last tu tengok bapak dia sorang je yg berdiri bagi support....
*Pengkritik jemputan - aku tak puas hati dengan pengkritik jemputan AF kali ni....for the past 2 weeks...aku rasa pengkritik dia tak bagus....macam Fran...memang dia penyanyi lama...tapi tah apa2 la dia kritik...si Bob Lokman tu plak....pun tak paham apa yg dia kritik...tak tau la kalau aku ni yg memang buta seni..tapi at least kritik la betul2...ni kalau setakat..."pitching awak lari sikit"..."awak nyanyi ok"...aku pun boleh duduk situ...si Bob tu pulak...time orang suruh kritik..kritik la betul2...ni nak buat lawak la plak..be profesional la...orang tau awak tu pelawak..tapi when it comes to critics...be profresional....ini apa yg aku rasa la...mana la tau kalau orang lain suka pengkritik camtu....
*Karen - aku tak tengok dia nyanyi sebenarnye...tapi time Aznil announce dia yang keluar...aku tak terkejut sangat..sebab dari concert prelude sampai last concert aku still tak tau apa yg best si Karen tu...
*Faizal - last concert aku rasa dia cute...dengan tarian dia tu...this week aku rasa dia biasa je..nyanyi pun cam tak power je...maybe dia rasa nyanyi biasa2 pun % still tinggi..so buat apa nak susah2 nyanyi sedap2...klu camtu la yg dia pikir....sorry la brother...u'r wrong...
*Menuju Puncak - ok lah dari last week...ada semangat sket...

Aku rasa overall last week concert ok lah...sebab aku pun tak tengok semua..so nak kena tunggu ulangan la plak nak tengok betul2...

Semalam...tengok bola Australia vs Japan...Japan boleh kalah pulak...frust tul aku....baru tak sampai 5 minit aku puji goal keeper dia..terus hancur...nyesal aku puji....malam ni tengok Korea vs Togo....hopefully kali ni Korea menang....ok..aku nak get ready masuk meeting....untuk ulasan diari...nakal akan update...sebab aku tak tengok semalam....

posted by Ikeen Ismail at 3:42 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (12 June 2006)


Ore : 8:56 AM

Untuk diari kali ini tiada ulasan yang ingi dibuat. Sebab terkasima yang teramat dengan lagu tugasan yang diterima oleh para pelajar untuk minggu ini.

Amirul - Gempar Gerudi (For Your Eyes Only)
Rich - Phewitlah Bersama (Rocky Jagohan)
Haziq - Langgam Cik Sri Siantan (Joned PI)
Faizal - Aku Lelaki Hina (Zahari SS)
Diddy - Mentari Semakin Pudar Di Senja Hari (Elli Kuzini)
Farhan - Only You and Me at the Highway 78 Baby (Santiago Corrina)
Velvet - Lagu Anak Pengembala (Marhamah Hanum)
Salima - Di Penghujung Nyawa Ini (Kumpulan Nur Ikhlas)
Zila - Yang Yang Abang Sayang (Baby Herti)
Lotter - Raksa (D'Explorer)

Tapi menurut sumber-sumber lain terkini yang semua lagu tugasan itu bukanlah lagu tugasan sebenar. Lagu tugasan sebenar akan diberikan pada hari ini.

Perkembangan terkini. Berikut merupakan lagu tugasan sebenar pelajar untuk konsert kali ini:-

Rich - Mustika (M.Nasir)
Lotter - Iris (Awie)
Haziq - Cinta Nusantara (Sheqal)
Amirul - Yesterday (The Beatles)
Salima - Obsesi (Juliana Banos)
Farhan - Still Got The Blues (Gary Moore)
Diddy - Memori Luka (Headwind)
Faizal - Blues Terengganu Kita (Iklim)
Velvet - Teman Tapi Mesra (Ratu)
Zila - Tak Tercapai Akalmu (Ellyana)

Ulasan lain:
Klubbkiddd
Ferbie


posted by admin at 8:56 AM | Permalink | 0 commenti

Konsert Akademi Fantasia 4 (Minggu Kedua)

Monday, June 12, 2006
Ore : 2:15 AM

Buat julung-julung kalinya Konsert Akademi Fantasia dijalankan pada waktu tenghari. Pada mulanya terasa sedikit jangkal dengan waktu baru ini dan aku dipahamkan yang waktu konsert sebegini akan berterusan untuk konsert ketiga juga. Peratusan pelajar diawal konsert adalah seperti berikut.

Lotter - 13%
Faizal - 13 %
Amirul - 11%
Salima - 10%
Rich - 10%
Velvet - 8%
Diddy - 8%
Zila - 7%
Haziq - 7%
Karen - 7%
Farhan – 6%

Para pengkritik
Adlin Aman Ramlie
Francissca Peter
Bob Lokman

Lotter
Merupakan pelajar pertama yang membuat persembahan. Tampil dengan rambut spike yang melambangkan imej rock kononnya. Secara teknikalnya vokal Lotter masih berada ditahap yang lemah. Begitu banyak tempat yang pitching off. Nada rendah juga kedengaran kurang jelas. Tapi apa yang menarik dari Lotter adalah gaya persembahannya yang jujur dan bersahaja. Walaupun adakalanya kelihatan over react. Tag line Rock Steady yang dilaungkannya selepas persembahan terus menyebabkan saya teringat kepada Yazer walaupun diantara mereka tiada langsung persamaan.
2.7 Bintang

Karen
Vocally, Karen menunjukkan banyak improvement. Control dan sustain cukup baik untuk penyanyi baru sepertinya. Penghayatan lagu juga terserlah setelah bertungkus lumus dia berusaha di akademi minggu sudah. Aku sendiri tidak menyangka yang Karen akan terkeluar minggu ini.
3 Bintang

Haziq
Dengan membawa lagu Kian dan kejutan Mawi sebelum persembahan sedikit sebanyak membantu Haziq meraih undi untuk terus menyelamatkan dia dikonsert kali ini. Dia masih gagal untuk menangani tekanan walaupun sudah masuk minggu kedua. Haziq sepatutnya mencuri peluang yang dia dapat dengan lagu ini untuk membuktikan kebolehannya. Dia gagal untuk mencapai note yang tepat setiap kali berada di high note. Jelas pembawaan lenggok lagu asli kedengaran didalam nyanyiannya. Gaya persembahan juga tidak langsung berjaya menarik minat aku untuk mengikuti persembahannya. Mungkinkan komen dari Mawi akan merubah arah tuju Haziq selepas ini?
2.2 Bintang

Velvet
Bagi aku , persembahan Velvet memang tidak pernah menghampakan. Berbekalkan tone suara yang nyaring dan jelas menjadikan persembahn Velvet cukup dinamik sekali. Lagu Langit Ke Tujuh yang dibawa dengan arrangement baru cukup mebuatkan para penonton terpukau. Walaupun penghayatan yang ditunjukkan masih agak rapuh tapi nyanyian Velvet mampu menutup semua kelemahan itu. Aku merasakan ia merupakan antara persembahan terbaik konsert kali ini.
3.5 Bintang

Faizal
Tidak banyak yang perlu diperkatakan dengan persembahan dari Faizal. Semalam yang Hangat dibawakan secara average sahaja. Aku jangkakan persembahan itu akan dilakukan secara harmoni seperti yang ditayangkan didalam diari namun ianya tidak berlaku. Namun aku tetap berpuas hati
dengan persembahannya.
3 Bintang

Farhan
Setiap kali melihat carta AFUNDI terdetik juga rasa ketidak adilan telah dilakukan oleh pengundi kepada Farhan dihati aku. Entah mengapa dia sering berada dikedudukan terbawah. Farhan sekali lagi menunjukkan kebolehannya didalam konsert kedua. Lagu Sayang di Sayang merupakan salah satu lagu wish list Farhan dan telah disampaikan dengan diiringi oleh Kumpulan Yayasan Warisan Johor. Ianya sedikit sebanyak membantu menaikkan mood para penonton untuk menonton persembahan lagu keroncong yang selalunya mengantukan. Kekuatan vokal Farhan tidak perlu dipersoalkan lagi. Penghayatan yang ditonjolkan juga cukup kuat. Tekanan intensif oleh Cikgu Fauziah Nawi ketika dikelas minggu lepas terhadap Farhan cukup berbaloi. Diantara persembahan terbaik untuk konsert kali ini.
3.6 Bintang

Diddy
Lagu inggeris dan fast number adakalanya memeritkan para pelajar. Itulah yang dapat aku gambarkan kepada Diddy. Dia telah cuba melakukan yang terbaik namun akibat terlalu menumpukan kepada koreografi, Diddy terlupa kepada nyanyianya. Dia tidak berupaya meluahkan setiap lirik lagu dengan baik dengan erti kata lain dia mumbling. Semua perkataan tidak kedengaran dengan jelas. Namun pujian harus diberikan kerana koreografi yang ditampilkan cukup bersesuaian dan menarik. Tidak lagi kelihatan dia terbongkok-bongkok ketika menari.
2.8 Bintang

Zila
Setelah menonton persembahan Zila aku menyangkakan yang dia tiada harapan dan mungkin akan tersingkir untuk konsert kali ini. Diawal dua verse dia mampu mengawalnya tapi kemudian gaya nyanyiannya mula hilang dinamik. Picthing adakalanya off disana sini dan penghayatan terhadap lagu juga agak lemah. Aku juga setuju dengan Adlin dan Bob yang pakaian Zila tidak bersesuaian langsung dengan lagu itu dan menjadi penyumbang kebosanan didalam persembahan Zila.
2.7 Bintang

Amirul
Kemunculan 4U2C sebagai kejutan ketika Amirul menyampaikan lagu Fiona terus menenggelamkan dirinya didalam persembahan itu. Sepatutnya Amirul tidak boleh membiarkan Joe yang over nak glamour mencuri pentas darinya. Secara teknikal pun vokal Amirul masih berada ditahap amat lemah jika hendak dibandingkan dengan para pelajar lain. Adakalanya kedengaran suara Amirul sengau. Persembahan Amirul merupakan antara yang terburuk untuk konsert kali ini.
2 Bintang

Salima
Walaupun tidak memahami setiap lirik yang disampaikan. Lagu yang dipetik dari filem Mann ini cukup sayu kedengaran ketika dinyanyikan oleh Salima. Vokal Salima masih kurang menyakinkan namun ruang kesedihan yang dicipta melalui riak wajah dan gesture tubuh cukup membuat penonton sama merasainya. Salima mesti lebih mengasah kemampuan vokalnya untuk memperbaiki kelemahan.
2.7 Bintang

Rich
Pada awalnya saya menjangkan lagu ini akan diberi arrangement baru ataupun diambil dari versi kumpulan Pylgrim namum versi asal juga yang kedengaran dikonsert kali ini. Patutlah Rich tidak begitu gembira. Namun itu bukan alasan bagi Rich untuk membuat secara sambil lewa tugasan ini. Dia ada terlupa lirik dan tidak menunjukkan penjiwaan terhadap lagu. Walaupun dia memainkan gitar sambil menyanyi tetapi ia tidak membawa apa-apa makna langsung kepada persembahan tersebut. Ini merupakan persembahan terburuk Rich setakat ini.
2.4 Bintang

Tersingkir.
Untuk konsert kali ini Karen merupakan pelajar kedua yang tersingkir. Mungkin akibat dari faktor waktu konsert yang telah bertukar menyebabkan pecahan undi yang ketara telah berlaku. Maklum sahaja lah Ahad merupakan hari bekerja bagi negeri Kelantan. Tapi bagi nakal pelajar yang sepatutnya tersingkir jika bersandarkan kepada prestasi ketika konsert adalah diantara Amirul, Haziq dan Rich.

Berikut adalah peratus undian ketika undian ditutup.

Lotter – 12%
Faizal – 12%
Farhan – 10%
Amirul – 10%
Haziq – 9%
Salima – 9%
Velvet – 9%
Zila – 8%
Diddy – 7%
Rich – 7%
Karen – 7%

Oklah untuk dua persembahan terbaik minggu ini aku memilih Velvet dan Farhan, dan kalau kauorang nak download mp3 time konsert kedua mereka berdua ini klik sahaja pada link yang aku sediakan dibawah.
Download:
AF4-Farhan-Sayang_DiSayang.mp3

AF4-Velvat-Langit_Ke_Tujuh.mp3


Untuk ulasan lain:
Padat dan Pedas - Maman View.
Separa Panjang dan Pedas – Ferbie.
Panjang dan Pedas – Klubbkidd.
Amat Panjang dan Pedas – Javart.

posted by admin at 2:15 AM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (09 June 2006)

Saturday, June 10, 2006
Ore : 1:19 PM

Paparan diari kali ini cukup menarik bagi aku. Terdapat macam ragam dan perilaku para pelajar dan tenaga pengajar dapat ditonton melalui dairi semalam. Bermula dari kelas teknikal vokal, kelihatan Cikgu Syafi memang sudah tak tahan lagi dengan perilaku para pelajar yang enggan menunjukkan perubahan kebelakangan ini. Farhan telah dinasihatkan agar lebih membulatkan sebutan huruf A didalam nyanyiannya. Cikgu Syafi menyuruh Karen membuat latihan bersendirian diluar kelas kerana dia masih tidak berpuas hati dengan teknik naynyian Karen. Dapat dilihat Karen telah mencuba sedaya upayanya untuk memperbaiki nyanyiannya tapi masih kedengaran pelat bahasa Cina yang agak pekat lagi. Kemudian Rich pula disuruh keluar kelas akibat masih salah menyebutkan huruf T didalam nyanyian. Aku rasa tenaga pengajar musim ini lebih gemar menyeruh para pelajar membuat latihan persendirian berbanding menunjukkan cara yang betul secara lebih personal dengan pelajar mereka.

Kelas Ajai memaparkan Ajai menumpukan perhatian kepada para pelajar yang bermasalah sahaja untuk mengalunkan lagu mereka. Zila dan Karen diberi latihan intensif oleh Ajai dan diminta agak sentiasa enjoy didalam menyanyikan sesebuah lagu. Ajai menyatakan kekesalannya kepada mereka berdua kerana masih tidak menghayati lagu itu. Haziq juga diminta tidak panik kerana tidak cukup nafas ketika menyanyikan lagu Kian pada note-note yang tinggi kerana Haziq telah menunjukkan persembahan yang lebih baik pada sesi sebelumnya. Paparan Lotter berlagak menjadi pengurus pentas ketika Faizal menyanyi memang cukup kelakar. Aku berdekah-dekah tengok gelagat Lotter yang tak ubah macam Yassin. Terbayang juga kalau Lotter muncul sebagai tetamu didalam program Gitu-Gitu Apek pasti gamat.

Sham Kamikaze cuba membuat perubahan didalam lagu Menuju Puncak untuk minggu ini dengan cara penyampaian berharmoni. Agak menarik juga percubaan ini walaupun pernah dilakukan pada AF yang lalu. Dan para pelajar juga menunjukkan minat dengan cara penyampai berharmoni ini. Kemudian Sham menyuruh para pelajar lelaki membuat cara yang sama untuk lagu tugasan Faizal (Semalam yang Hangat). Aku tidak dapat pastikan samada gaya penyampaian begini akan digunakan untuk konsert ahad nanti atau tidak. Tetapi jika digunakan pasti menjadi menarik seperti lagu Fantasia Bulan Madu yang dinyanyikan Felix ketika AF musim lalu. Dairi tengahari diakhiri dengan menunjukan Ajai cuba menyanyikan lagu Kian dan aku dengar ok laaa itu pun ada macam tak sampai note.. ehehheee..

Sesi malam
Rasanya baru semalam aku menulis memuji para pelajar AF ini yang kelihatannya akrab antara satu dengan lain tapi konflik pertama tiba jua di AF 4. Faizal meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Haziq diiringi Lotter sebagai body guard Faizal. Cara gurauan kasar Haziq yang menjadi punca konflik kali ini. Faizal tampak memang kurang senang dengan cara gurauan Haziq. Setelah Faizal pergi Lotter cuba menasihati Haziq denga lawak-lawaknya. Lotter membayangkan kepada Haziq bagaimana jika dia melawak dengan seorang pembunuh yang sensitive pasti Haziq dah kena tikam. Rich juga cuba menasihat Haziq supaya lebih peka ketika bergurau.

Setelah mendapat tahu konflik yang berlaku dikalang pelajar lelaki Dr Fazley telah mengadakan sesi yang dinamakan “saya suka awak, saya tak suka awak”. Didalam sesi ini para pelajar diberi peluang untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku didalam hati mereka mengenai pelajar lain. Dan dalam sesi ini Faizal dan Haziq menjadi fokus utama. Faizal mengadu yang Haziq ini suka bersendirian dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Bila dipelawa Haziq sering kali menolak. Faizal menyatakan yang dia sebenarnya sayang pada Haziq dan merasakan Haziq selalu rasa tertekan sejak berada didalam akademi. Menurut Dr. Fazley Haziq tergolong didalam golongan orang yang bergelar sarcastic. Menurut Dr. Fazley orang macam Haziq ini suka menyembunyikan tekanannya dan cuba berbuat seperti biasa dihadapan orang ramai tetapi tekanan yang ada dihatinya membuatkan adakalanya tindak tanduknya melampaui batas. Pada masa ini Haziq dan melalak depan para pelajar lain tanpa segan silu lagi. Kiranya macam Amylea nangis time kena konfrantasi musim macam tu la Haziq nangis cuma takde orang yang papah dia jerk. Memang telah aku sedari dari awal yang si Haziq mempunyai masalah untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain diakademi begitu juga dengan Diddy yang lebih senang menyendiri tapi cara pergaulan Haziq yang kurang matang merupakan punca sebenar konflik ini. Tapi kerana konflik ini juga Haziq mendapat peluang kedua untuk merapatkan kembali perhubungan antara mereka. Tidak dapat dipastikan lagi yang konflik ini akan memberi impak kepada peratus pengundian pelajar atau tidak.

Satu lagi luahan yang menyebabkan hati aku tersentuh adalah kenyataan Karen kepada Farhan. Jelas sungguh Farhan telah banyak memainkan peranan didalam AF dan aku jangkakan para pelajar wanita khasnya dan lelaki amnya pasti akan merasai kehilangan yang besar sekiranya Farhan tersingkir nanti (memandangkan posisinya yang selalu ditangga terakhir). Farhan bertindak sebagai tempat mengadu kepada para pelajar dan pengganti kerusi urut Osim diakademi. Dia menunjukan cukup sifat tanggungjawab sebagai kakak diakademi dan cuba sedaya upayanya untuk membantu para pelajar lain jika mereka bermasalah.

Rich pula membayangkan yang Velvetlah sinar baginya di akademi. Dia cukup sayang pada Velvet (mungkin lebih dari seorang adik). Setiap hari jika dia menulis diarinya pasti akan terselit nama Velvet. Pasti sesudah ini akan ada golongan penyokong kedua-dua pelajar ini silap-silap hari bulan ada gosip pula antara mereka macam Akma dan Felix.

Paparan seterusnya adalah didalam kelas Dr. Fazley. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja muka Dr. Fazley ni kat akademi tak seperti waktu Dr. Love dahulu. Kali ini Dr. Fazley menyuruh para pelajar bermain permainan yang dinamakan “Memancing ikan dikawasan periuk api”. Para pelajar cukup gembira dengan permainan ini dan dilihat mereka dapat melupakan sebentar stress mereka buat sementara waktu. Aku turut terhibur melihat keletah para pelajar ketika hendak melintasi kawasan periuk api. Haziq telah dipilih sebagai pemenang dan pelajar contoh untuk permain kali ini berdasarkan cara permainannya yang cukup berhati-hati mendengar arahan dari rakan yang lain.

Pengetua Ramli Sarip muncul kembali didalam akademi untuk memberi nasihat dan melihat prestasi para pelajar untuk lagu tugasan masing-masing. Pengetua memberi nasihat kepada para pelajar agar cuba mencari identity sendiri walaupun sedar merak tidak mempunyai banyak pilihan kerana masih hijau didalam bidang seni ini. Kemudian dia menyanyikan lagu-lagu untuk memberi inspirasi kepada para pelajar. Saya kira ini satu lagi medium terbaru didalam Akademi Fantasia didalam mendidik para pelajar dan ianya cukup menarik. Pasti para pelajar lebih teruja untuk mengikuti kelas bersama Pengetua Ramli Sarip. Ramli kemudian menyuruh para pelajar membuat persembahan bermula dengan Diddy. Ramli menyarankan kepada Diddy agar tidak terlalu tegang ketika menyanyikan lagu tugasannya. Zila disuruh menunjukkan kemarahan secara berperingkat didalam nyanyiannya. Diari diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai para pelajar dengan pengetua mengiringi mereka dengan petikakan gitar. Hari Sabtu tiada diari dan Konsert Akademi Fantasia akan berlangsung pada hari Ahad 12.30 tengahari. End.
Deman World Cup sudah bermula dan aku hanya sempat menonton perlawanan pembukaan semalam pada separuh mata pertama sahaja. Tahniah kepada pasukan Jerman kerana menag perlawanan semalam dan malam ini tentu sekali parlawanan England dan Paraguay menjadi tumpuan. Tidak banyak beza dengan edisi Piala Dunia yang lalu Brazil tetap menjadi pilihan aku walaupun ada rasa yang mereka tidak akan mengungguli edisi kali ini. Anyway kepada yang tengok bola tu jgn lupa tido sebab esok nanti kerja lagik…
Kredit kepada Ted dari Velvet FC

posted by admin at 1:19 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (8 June 2006)

Friday, June 09, 2006
Ore : 2:28 PM

Untuk diari kali ini aku akan buat ulasan tanpa mengikut turut sebab aku tak ingat urutan apa yang berlaku di akademi samalam.

Episode air mata didalam AF berulang lagi semalam diakademi sudah la dalam kelas Ummi kebanyakkan pelajr asyik nangis sahaja. Nak nak bila time buat ucapanm Selamat Hari Bapa. Kesemua pelajar menangis teresak-esak. Tapi yang aku tengok paling emosional adalah Haziq. dia nie melalak sakan mungkin sebab rindu habis kat bapa dia kott. Tapi takde pulak tunjuk time dia sampaikan ucapan Hari Bapa kat bapak dia. Kalau tau mau kamera tu dia peluk cium punya. Velvet punya ucapan cukup menyentuh walaupun disampaikan didalam bahasa Inggeris tapi ia cukup membuatkan para pelajr lain turut sama tersentuh dengan segala apa yang diluahkkan. Dari apa yang ditunjukkan oleh pelajar mereka sebenar-benarnya iklas menyampaikan mungkin sebelum ini mereka tidak pernah berbuat sedemikian sebelum ini. Aku rasa jika ibubapa mereka menonton mesti turut sama melalak kat rumah..

Sesi penilaian persembahan oleh tenaga pengajar diteruskan. Rata-rata persembahan oleh pelajar didepan tenaga pengajar diberi koemn yang hampir sama. Mereka ditegur oleh Ajai sebab tak berikan seratus peratus persembahan didepan tenaga pengajar. Zila dan Karen terlupa lirik. Diddy perlu perbaiki sebutan (diction). Alah sama sahaja par pelajar musim ini dengan musim lalu selalu tidak mahu memberi 100 percent time buat persembahan depan pengajar. Tapi time konsert ada yang beri yang terbaik dan tidak kurang jua yang beri yang terbalik...

Paparan maskot Adabi masuk ke akademi dipertontonkan. Aku setuju dengan pandangan seorang teman, aku rasa macam tak perlu jerk benda-benda macam ni ditunjukkan didalam diari tidak cukup ke slot iklan yang ada time diari dan konsert tu. jadi para penonton Cuma menikmati diari yang hanay 15 minit sahaja jika ditolak iklan dan scene Aznil. Para pelajar Cuma menunjukkan kejakunan mereka terhadap maskot itu. paparan maskot Adabi menari lagu menuju puncak pun cukup membuat mata aku berbulu.

Tibalah episode sedih didalam Akademi bila Amirul memndapat berita pemergian pakcik saudaranya yang meninggal dianua akibat cancer. Dari apa yang dipahamkan Amirul memang rapat denagn pakcik saudaranya inis etalah kematian bapa kandung Amirul. Sekali lagi Dr. Fazley muncul kedalam akademi untuk memberitahu beri buruk ini kepada Amirul. Namun aku rasa Dr. Fazley agak kekok ketiak cuba memberitahu duduk perkara sebenar kepada Amirul. Cara penyampaian berita ini kepada para pelajar lain juga tidk kena. Pada aku Amirul patut diberi ruang untuk mententeramkan dirinya sendirian dahulu sebelum diheret kepada para pelajar lain untuk penyampaian berita tersebut. Namun aku harus memberi pujian kepada para pelajar kerana untuk musim kali ini aku tidak pernah melihat pelajar berpuak-puak seperti AF3 yang lalu. Para pelajar musim ini saling memberi kat asemangat kepada Amirul setelah mengetahui berita kematian itu. Aku rasa pendekatan yang digunakan oleh Ummi cukup berkesan sama seperti yang berlaku di AF2 dimana hubungan diantara pelajar menjadi amat rapat.

Kali ini pelajar mendapat kasut baru untuk kelas tarian dan koreografi tajaan Reebok dan yang paling mencuri tumpuan akau ketika ini adalah Lotter yang sibuk mencari saiz kasut yang sesuai dgn dia. Setelah terjumpa saiz kasut yang dicari Lotter sempat buat tag untuk ucap terima kasih kepada Reebok.

Reebok untuk selamanya- Lotter

Sesudah mendapat kasut baru nie pelajar membuat tarian menuju puncak dan kali ini ianya tampak lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Kira semangat kasut baru la yerkk. Corrie Lee pun macam puas hati jerk dengan apa yang ditunjukkan oleh pelajar. Didalam kelas Ummi aku malas nak ulas sebab pelajar diberi tugasan untuk melakonkan satu watak menggunakan script ”Saya salah sapa, semua sapa saya. Saya semput sampai sangap.”

Diakhir diari ada menunjukkan Rich macam kurang selesa dengan persembahnya yang terpaksa menggunaka gitar setelah dicadangkan oleh Cikgu Sham. Aku rasa pun Rich lebih bebas bergerak jika tanpa gitar itu. Dan mulanya aku harapkan Rich akan ligat diatas pentas dengan lagu kegemaran aku (dendang remaja) tetapi macam tak kesampaian jerk...

Million of thank for : Firbie, Hidroklinik and Toby

posted by admin at 2:28 PM | Permalink | 0 commenti

Konsert Prelude AF4 Shaz Mungkir Bahagia

Thursday, June 08, 2006
Ore : 6:51 PM

Untuk hari ini tiada ulasan untuk diari semalam. Terus terang aku katakana semalam aku tak tonton langsung diari semalam. Minta maaf jadi apa yang aku boleh buat hari ini adalah uploadkan v/clip Shaz semasa konsert prelude. Kalau nak download klik jerk kat bawah niee.

Download: Konsert Prelude AF4 Shaz Mungkir Bahagia (WMV file)

posted by admin at 6:51 PM | Permalink | 0 commenti

Jangan tinggal daku - Zila AF4

Wednesday, June 07, 2006
Ore : 5:51 PM

Aku pun tak tau nape aku nak taruk v/clip nie kat sini. Dah la persembahn nie cam tak bermaya tapi mungkin sebab aku cam suka pulak tengok muka Zila nie. Kalau kau orang nak download v/clip ini klik sahaja dekat link yang aku sediakan kat bawah niee

Ini adalah file flv anda memerlukan flv player untuk memainkan v/clip ini.

Download: Jangan tinggal daku- Zila AF4
(sila tukar nama file kepada apa yg anda suka tapi diakhiri dengan .flv)

Download: FLV Player


posted by admin at 5:51 PM | Permalink | 0 commenti

Dari biji mata linkeen yang tengah boring....


Ore : 5:34 PM

Actually aku tengah boring ni, tak tau nak buat apa....nak buat kerja macam malas...takde mood...nak balik rumah...rasa macam nak lepak kat office...so aku pun update la blog ni...walaupun sebenarnye aku tak tau nak tulis apa....nak citer pasal AF..cam boring...tapi nak citer sket pasal ke "bias" an astro...tu yg aku rasa lah...time aku tengok diari ari Isnin...masa dia tunjukkan lagu2 yg student dapat...semua orang dia tunjuk...tapi bila time Rich je tak nak tunjuk...pastu hari2 lain pun aku rasa cam sikit je dia tunjuk...janganlah camtu...aku nak jugak tengok fav student aku walaupun aku tak vote...nasib baik lately ni dia tunjuk Farhan banyak jugak...ada la jugak dengar Farhan nyanyi dengan express feeling dia...

So Jumaat ni World Cup pun dah start....pasni mesti ramai yg pergi office mata bengkak...ada eye bag...termasuklah budak nakal....aku pun tak tau la aku follow ke tak this year punya World Cup coz banyak match yg pagi2 buta...time orang tengah tidur....tapi kalau final aku mesti tengok punya....

Baru aku teringat semalam punya date 06/06/06...semalam jugak released cerita The Omen...apa yang aku tau The Omen tu cerita lama..so maybe dia buat semula...sebab dia released cerita tu semalam...yang aku tau dalam cerita The Omen tu memang ada no 666...sebab tu lah dia released semalam....

Oklah...aku dah takde idea nak tulis apa ni....kalau sapa yang nak tau pasal AF4 in details..tunggu nakal update.....c ya....

posted by Ikeen Ismail at 5:34 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (06 June 2006)


Ore : 2:04 PM

Entah mengapa paparan diari kali ini agak membosankan. Dan dari permehatian aku sejak adanya penyikiran minggu sudah orang ramai telah mula mengambil tahu mengenai AF tahun ini.

Diari hari ini dimulakan dengan paparan Rich yang macam tak puas hati sebab dapat genre lagu yang sama dengan konsert yang sudah. Dia merakan yang dia tidak dapat menujukkan versatilitinya denga lagu tugasan tersebut. Tapi bagi aku lagu tugasan yang Rich dapat kali ini lebih energetic berbanding minggu sudah dan ianya lebih cenderung kepada rock sesuai dngan jiwa Rich.

Cikgu Fazley muncul lagi didalam AF, untuk memberi motivasi kepada para pelajar tentang cara menangani beban dan tekanan. Pelajar diminta membuat bulatan dan menghantar bantal mengelilingi bulatan dan kembali kepada pelajar yang mula-mula sekali memindahkan bantal. Kemudian pelajar diminta menutup mata dan bantal itu digantikan dengan buah durian. Diddy ditugaskan oleh Cikgu Fazley untuk bertutur didalam bahasa inggeris sepanjang minggu ini kerana lagu tugasan yang dia dapat adalah lagu berbahasa inggeris.

Didalam kelas teknikal vokal kelihatan Diddy mempunyai masalah didalam membuat bubbling. Dia diarah keluar dari kelas untuk membuat latihan persendirian oleh Cikgu Syafi. Cikgu Syafi juga tidak berpuas hati dengan mutu nyanyian para pelajar ketika menyanyikan lagu menuju puncak. Mereka diarah menyanyikan lagu menuju puncak di bilik tarian. Para pelajar kemudian diminta menyanyikan lagu tugasan masing-masing dan dinilai oleh Cikgu Syafi (yang ini aku malas nak ulas).

Sambungan diari menujukan perbualan Lotter yang kononnya ada hantu di hostel mereka. Rupa-rupanya bunyi yang selalu menghantui Lotter adalah air freshner ketika menyumburkan wangian secara automatik.

Paparan berpindah ke dalam kelas vokal Ajai. Pelajar diarah untuk memberi penghayatan kepada lagu masing-masing especially untuk Diddy dan Ajai juga menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan dengan Diddy.

Untuk kelas persembahan dan drama kali ini kelihatan episode air mata berulang lagi. Farhan menghadapi masalah untuk menyampaikan ayat “Arus air mengalir deras merempuh rumah raksasa”. FN menegur Farhan kerana gagal memberikan tumpuan ketika melaksanakan tugasa tersebut kerana adanya ganguan Lotter. Tapi aku rasa muka Lotter itu memang lawak memang nak ketawa bila tengok muka dia. Farhan disuruh mengulangi menyebtu ayat itu secara bertentang dengan Lotter tapi masih gagal memberikan tumpuan ini menyebabkan FN marah sehingga Farhan menitiskan air mata. Farhan kemudian disuruh membaca sajak, ketika ini Farhan telah menangis teresak-esak tapi tetap membacakan sajak itu. Kelihatan juga Zila turut sama sebak melihat Farhan ketika membacakan sajak tersebut. Kemudian Amirul pula membaca sajak yang sama dan di turut menangis.

Dairi disambung dengan paparan sebelumnya (Amirul menangis ketika membaca sajak). Amirul memberitahu yang dia teringatkan ibu dan arwah bapanya dan menyebabkan dia menangis. Cikgu FN memberitahu para pelajar yang mereka tidak perlu berlakon ketika menghayati sesebuah lagu. Cuma mereka perlu jujur ketika menyampaikannya.

Kemudian penonton dibawa masuk kedalam kelas tarian dan koreografi dan Linda Jasmine menyuruh para pelajar membuat stretching sebelum membuat tarian. Kamera lebih fokus kepada Velvet yang kelihatan sukar untuk membuat latihan itu. Tapi kelihatan cuma Zila dan Salima sahaja yang bersungguh-sungguh mengikuti arahan Lainda Jasmine. Kemudian Corrie meluahkan rasa kecewanya melihat persembahan para pelajar ketika menyampaikan lagu menuju puncak. Mereka tidak mengikut beep dan tiada attitude didalam persembahan itu. Rich kemudian didenda kerana kesalahan step ketika membuat menuju puncak didepan Cikgu Linda dan dia didenda 20 kali tekan tubi kerana kesalahan itu.

Paparan seterusnya adalah ketika para pelajar berinteraksi dengan Diddy didalam bahasa inggeris seperti yang diarahkan oleh Cikgu Fazley. Kemudian paparan didalam kelas FN pula ditayangkan. Dimana para pelajar diminta menyanyikan lagu tugasan masing-masing. Faizal diminta agar memandang kepada para pelajar lain. Farhan diminta menjiwai watak yang dia bawa dalam lagu itu dan sekali lagi aku dapat jangkakan yang tarian Taichi akan dipersembahkan. Diari diakhiri dengan Rich sedang membuat latihan dengan Cikgu Ajai dan kelihatan Rich sudah mula selesa dengan lagu tugasannya.

posted by admin at 2:04 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (05 June 2006)

Tuesday, June 06, 2006
Ore : 1:00 PM

Untuk ulasan sepenuhnya akan dibuat petang ini.
Akhirnya seksaan aku untuk closing semuajob bulan lepas tamat. Keaddaan hari ini kembali seperti sediakala untk seminggu dua jangkaan aku. Jadi dapat la aku concentrate balik pada diari yang telah banyak aku missing sesebelum ini. Tapi untuk posting kali ini aku cuma nak shortlistkan perkara-perkara yang menarik dipaparkan semalam.

Karen kelihatan terlalu muram setelah Nora disingkirkan. Aku tengok pun dia nie memang susah sikit nak campur ngan orang lain (lambat mesra). Dia sebelum ini memang rapat dengan Nora jadi itu yangd ia terasa sangat tu.

Buat pertama kalinya ada rombongan sambil belajar didalam AF. Maksud aku memang sebelum ini ada tetapi tidak semua akan keluar akademi sekali gus. Tapi untuk AF ini kesemua para pelajar telah dibawa keluar ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Aku kira ini satu langkah yang baik untuk menghilangkan stress para pelajar setelah hampir seminggu terperap kat dalam AF dan aktiviti sebegini patut dilakukan dgn lebih kerap.

Zila telah menunjukkan skill memotong getah. Memang berbakat la Zila nie. Kemudian mereka gie main kayak dan bot kat Wetland. Tapi paparan itu lebih fokus pada pasangan dari pantai timur.

Rich tak tau sebut nama buah kedondong sebab dia asyik menyebut kokodong.

Seperti yang aku jangka musim ini tidak ada penulisan surat wasiat. Tetapi rakaman suara menggantikannya. Tapi aku rasa surat wasiat mempunyai lebih sentimental dan nostalgia berbanding rakaman suara.

Untuk sesi penilaian persembahan Konsert Pertama oleh tenaga pengajar tidak banyak yang menarik minat aku, cuma kasihan melihat Pengetua Ramli Sarip jatuh dari kerusi bulat ketika memberikan kritikan. Nasib baik takde pelajar yang ketawakan kalau tidak mesti kena tindakkan disiplin. Cian Cikgu Ramli balik mesti kena urut yerkk…

Lagu Tugasan Minggu Ini :
Amirul : Fiona (4U2C)
Diddy : Lonely No More (Rob Thomas)
Faizal : Semalam Yang Hangat (Wings)
Haziq : Kian (Mawi)
Lotter : Ibu Kota Cinta (Def Gab C)
Rich : Dendang Remaja (A.Romzi)
Farhan : Sayang Di Sayang (Kartina Dahari)
Karen : Kerna Terpaksa (Francessca Peter)
Salima : Kush Yon Aur Gham (Udit Narayan & Anuradha Paudwal)
Velvet : Langit Ke Tujuh (Sharifah Zarina)
Zila : Jika Kau Kekasih (Linda Nanuwil)

posted by admin at 1:00 PM | Permalink | 0 commenti

X-Men & AF4

Monday, June 05, 2006
Ore : 4:18 PM

Dah lama aku tak update blog ni….sebab aku tak tau nak update pasal apa…nak cerita pasal AI…dah abis….nak update pasal AF 4 pun tak teruja sangat…jadi aku rasa biar aku citer pasal X-Men je…last week aku pergi tegok cerita X-Men The Last Stand…memang dah lama aku tunggu cerita ni…so bila release je..aku pun cepat2 la pergi tengok….bila start je cerita ni aku memang concentrate lah…memula…best lah…bila tengah2 je aku rasa cam dah lain sikit cerita ni…bila time hujung2 tu dah lain banyak…bila habis je cerita tu memang totally lain dari yg aku tau…..siapa yg tengok cartoon X-Men dulu mesti tau apa yg aku maksudkan lain….aku betul2 tak puas hati dengan last episode ni….tak puas hati Cyclops mati cepat sangat….tak puas hati Prof X tak boleh lawan Jean…padahal Prof X tu lah mutant yg paling terror sekali…kalau tak takkan Magneto boleh pakai helmet tu…sebab takut dengan Prof X lah….pastu Prof X mati sebab kena bunuh dengan power Jean yg tak boleh control tu…dengan Rouge yg hilang power….senang cerita memang cerita dia totally different lah….aku pun tak tau kenapa director tu ubah cerita ni banyak sangat…tapi aku sebagai penonton yg takde kuasa apa2 terpaksalah tengok jugak cerita tu….w/pun dengan rasa tak puas hati…

Ok….sekarang cerita pasal AF4 pulak….last week punya concert….w/pun nakal dah buat review pasal concert tu..tapi nakal punya review…review yg formal…ni aku punya review pasal concert AF yg boring sampai tahap membunuh…..aku pun review benda2 yg aku ingat je…:-
*Rich… aku ingat sebab dia 1st student yg buat performance….dan maybe sebab aku dah start suka kat dia kot…suara dia memang ok je…tapi aku pun tak tau kenapa aku suka…so maybe lepas ni aku punya posting asik pasal Rich je lah…
*Amirul….dia punya performance betul2 teruk…dengan tercungap2…dengan kelam kabut..aku pun tak tau kenapa orang boleh vote dia…dengan dalam kelas try to be cute…please lahh budak2…jangan la vote sebab dia cute je….
*Haziq….orang johor yg terlalu obsess dengan lagu asli…boleh aku panggil dia camtu…..at 1st aku bangga gak ada lagi orang johor dapat masuk AF kali ni…tapi bila dengar nyanyi lagu apa2 semua jadi lagu asli…aku pun tak tau nak cakap apa…tak versatile…sampaikan nyanyi lagu Peter Pan pun jadi lagu asli…kalau Ariell dengar mesti nangis dia…
*Nora…..no comment…cukuplah yang aku happy sebab dia dah terkeluar…takyah tengok kerenah dia kat diari….
*Diddy….suara ok la…tapi rasa cam step dancing dia tu kelam kabut sket…and memang nampak dia bongkok…mungkin sebab dia tinggi sangat….
*Adlin….masa 1st time dapat tau dia jadi pengkritik tetap aku suka..sebab suka tengok dia time last year AF…tapi bila aku tengok dia bagi comment last concert…aku rasa dia teruk….budak2 tu baru je buat 1st concert…takkan dah nak jadi perfect…lagi satu..bagi la comment yg membina…ni tak…terus nak marah2…jadi la professional sikit….
*Karen….aku rasa amoi kelantan ni biasa je….tapi ramai orang kata dia best…dia boleh pergi jauh…pada aku dia biasa..suara biasa….maybe sebab aku belum nampak apa yg best pada dia…tunggu lah 2 -3 minggu lagi…mana tau masa tu aku baru nampak dia punya best….
*Lotter….performance dia at first memang best…lain dari yg lain…plus lawak yg dia buat…dia punya kejutan pun kelakar…tapi lama2 aku tengok dia over doing it…terlampau over…kalau macam ni la Adlin suruh balik pastu final datang semula…aku tak setuju….kita nak cari penyanyi yg boleh perform….bukan penyanyi yg boleh berlawak macam Senario….
*Farhan….memang best suara dia….w/pun aku kekadang nak terketawa ngan tarian “Tai-Chi” dia tu..tapi who cares…as long suara power….1st time ni sokong pelajar perempuan….
*Faizal….so cute…specially bila dia start menari…walaupun dia tau dia tak reti menari…tapi dia still menari sambil senyum lebar…macam tak peduli je…reti nari ke tak..aku menari gak….suara pun best gak..ok lah…mmg patutlah dapat 1st place….
*Menuju puncak….aku rasa tarian menuju puncak kali ni memang hancur….step dia ok…lain dari yg lain…tapi orang2 yg menari lagu tu yg cam tak bersemangat…macam tak de energy…kalau aku la jadi cikgu diorang memang dah kena lah….
*Velvet….mak datin yg kecoh…dia ni aku ingat sebab suara dah la nyaring…pastu banyak cakap lak tu…tapi bila time nyanyi memang power….salute abih…tapi yg kesian asik kena usik sebab size badan…no comment….itu memang diri dia sendiri..dia happy ngan diri dia…apasal orang lain nak sibuk2 tak nak kasi dia makan banyak….
Ahmad fauzee…tah apa2 tah bagi comment…”kalau setakat jauhkan mic dari muka”….”suara awak sedap”…”awak boleh berlakon”….aku pun boleh jadi pengkritik camtu….

So itu je lah benda2 yg aku betul2 ingat time concert….yg lain2 tu tak berjaya menarik perhatian aku sangat….hopefully student2 AF kali ni belajar la betul2…so nanti time concert diorang leh perform ngan bagus…orang tengok pun semangat….ok lah…untuk review diari nanti nakal akan post….tu pun kalau dia free…aku pun nak kemas2…nak balik…..c ya….


posted by Ikeen Ismail at 4:18 PM | Permalink | 1 commenti

Konsert Mingguan Akademi Fantasia 4 (Minggu Pertama)

Sunday, June 04, 2006
Ore : 1:56 AM


Akhirnya konsert pertama Akademi Fantasia tiba jua. Sempena minggu memperingati P.Ramlee kesemua lagu tugasan para pelajar bersandarkan kepada lagu-lagu P.Ramlee dan Saloma sahaja. Diawallan konsert kita diajak mengimbau beberapa sedutan dari filem-filem yang pernah dibintangi oleh Allahyarham P. Ramlee dan ini berlarutan sehingga ke akhir konsert. Nakal rasa macam kurang berkesan penyampaian yang cuba dibawa oleh Astro walaupun tujuannya baik. Entah dimana silapnya. Mungkin tema sebegini boleh dibuat seperti persembahan tribute untuk M.Nasir dan Adnan Abu Hassan didalam AF3 bukan dengan memberi lagu tugasan P.Ramlee kepada kesemua pelajar. Untuk review kali ini nakal cuba nak beri ulasan seringkas yang boleh sebab dah ngantuk nak tidur.

Pengkritik Minggu ini:
Adlin Aman Ramli – Pengkritik Tetap
Wan Chik Daud - Pengkritik Kedua
Ahmad Fauzee – Pengkritik Ketiga.

Rich.
Membawa lagu Ai Ai Twist, merupakan pelajar pertama yang membuat persembahan mala mini. Dari segi vokal Rich mampu membawa lagu berkenaan dengan baik cuba gaya persembahan yang ditunjukkan masih lagi terbawa-bawa style rock yang sinonim dengan dirinya. Mungkin jangka masa seminggu untuk menghayati lagu tugas terlalu singkat baginya.

3 Bintang
Zila
Entah mengapa persembahan Zila begitu hambar. Mungkin tayangan V/C Zila merindui abah dan ibunya sedikit sebanyak menggangu konsentrasinya malam tadi walaupun cuba diceriakan Aznil selepas itu. Zila kelihatan tidak mampu mencipta ruang persembahannya. Hanya dengan asyik berpusing-pusing mengelilingi kerusi macam orang sedang main rebut kerusi membuat nakal rasa sedikit bosan dengan persembahannya walaupun mempunyai vokal yang cukup lunak. Kegagalan Zila mengawal tekan merupakan antara faktor kelemahan Zila dan perlu diperbaiki untuk konsert mendatang. Selepas persembahan ada ditunjukan VT Zed Zaidi sebagai kejutan kepada Zila.

2.5 Bintang

Haziq
Aku kadangkala macam meluat pulak tengok si Haziq nie yang tak sudah-sudah dengan patung bear Mr. Bean dia. Kedewasaan aku rasa penting bagi seorang lelaki seperti Haziq. Mungkin aku tidak begitu menghiraukan benda itu jika Haziq seperti Saiful Malaysian Idol. Tak perlulah sibuk dengan patung Mr. Bean tu menyemak jerk. Ok berbalik kepada persembahan Haziq malam tadi. Haziq memang terkenal didalam AF4 kerana keupayaannya menyanyikan lagu asli tetapi perkara ini telah terbawa-bawa ke dalam konsert malam tadi. Dia asyik melenggokkan lirik lagu tu macam lagu asli. Ini membuatkan lagu itu hilang originalitinya. Bukannya tidak boleh mencuba kelainan, tetapi seperti M. Nasir dan pengetua Ramli Sarip pernah pesan agar menghormati lagu kerana setiap lagu itu telah berdiri dengan sendirinya. Tidak perlu terlalu banyak membuat perubahan terhadap sesuatu lagu kerana ia membuat para penonton keliru atau bingung. Kelihatan lagi tangan haziq masih menggigil ketika menyanyi tidak dapat dipastikan samaada ianya akibat nervous ataupun itu memang cara beliau memegang mic. Antara yang menarik berlaku selepas persembahan Haziq ketika Aznil hendak mengangkat patung, patung itu tercabut bahagian kakinya terkelihatan *****nya. Nasib baik patung kalau orang betul macamana yerk.

2.5 Bintang

Nora
Bagi nakal, persembahan Nora malam tadi cukup sekadar sederhana. Tiada apa yang istimewa atau menjelekkan. Cara penyampainya straight forward tidak banyak perubahan yang dilakukan kepada lagu ini. Dan tarian pun sekadar pelengkap sahaja. Vokal yang dipersembahkan oleh Nora sama seperti Konsert Prelude yang sudah tidak banyak bezanya.

3 Bintang

Amirul
Amirul gagal menunjukan perubahan didalam vokalnya. Kedengaran nyanyiannya mendatar dan tidak dinamik. Tetapi kelihatan dia telah cuba memberikan yang terbaik. Dia sepatutnya mengambil peluang untuk memberikan sesuatu yang lebih baik kerana lagu tugasan yang diperolehnya berentak rancak dah catchy. Hubungan persembahan Amirul dengan penari latarnya cukup lemah. Tetapi persembahan kali ini lebih baik jika hendak dibandingkan ketika Konsert Prelude yang lepas.

2.5 Bintang

Salima.
Kemunculan Salima agak membangkitkan sedikit semangan untuk terus menonton konsert yang kelihatannya masih hambar. Dengan penonjolan vokal yang baik dan dinamik walaupun ada sedikit pitchy. Salima berjaya membentuk ruang persembahan yang sedikit berbeza daripada pelajar yang sebelumnya. Kelihatan busana yang dipaki juga turut menarik perhatian. Satu pujian untuk Salima unuk konsert kali ini kerana tumpuannya tidak terjejas walaupun sanggul tudungnya terlerai ketika dia menyanyi. Apa-apa pun persembahan Salima tetap menghiburkan malam tadi.

3 Bintang

Lotter.
What can I say? He is such an entertainer. Walaupun tone suara tidak segah Farhan atau Velvet. Gelaran pak lawak AF4 memang patut diberikan kepada Lotter kerana dia memang memiliki aura seorang pelawak. Diatas kesedaran itu Lotter seboleh-bolehnya mempergunakan kelawakkannya untuk menarik minat pengkritik dan penonton untuk terus menonton persembahannya. Ditambah dengan kehadiran Fasha Sandha ditengah lagu sebagai kejutan, Lotter semakin bijak mempergunakan peluang yang datang bergolek itu. Tidak terbayang pula jika kelak Lotter membawakan lagu sedih macamana yerk.

3.5 Bintang

Farhan

Nakal rasa semuanya memang dah sedar yang Farhan memiliki vokal yang hebat. Dari tone yang sedap sehinggakan ke teknik nyanyian yang dikuasainya cukup baik. Penyampaian lagu Hujan Di Tengahari dari Farhan cukup penghayatan tetapi gerakkan (Tai Chi) yang dilakukan asyik berulang sehingga menjelekan. Farhan perlu lebih kreatif didalam membuat pergerakkan agar dapar dipertontonkan kelainan.

3 Bintang

Diddy
Seperti yang aku duga komitmen yang ditunjukkan Diddy ketika didalam akademi membuahkan hasil. Dia cukup berkeyakinan ketika mngalunkan lagu Aduh Sayang. Vokalnya dari segi tekniknya tidak banyak yang perlu diperbaiki. Persembahn yang ditunjukkan cukup bertenaga dan menarik perhatian walaupun tidak sehebat Lotter. Dari segi tarian Diddy masih perlu mendalaminya lagi kerana kelihatan Diddy lebih senagn menari dalam keadaan membongkok.

3 Bintang

Karen

Dari segi teknikalnya vokal Karen masih boleh diperbaiki lagi. Kerana ada patahperkataan yang Karen nyanyi tidak jelas kedengaran mungkin pelat bahasa ibunda menjadi penyebab. Kolebrasi tarian dan nyanyian Karen berjaya bersatu hinggakan persembahan Karen berada didalam kategori menghiburkan. Pakaian Karen yang seksi juga turut menjadi penyumbang kepada rasa sayang untuk melepas tonton persembahannya.

3 Bintang

Faizal
Anak pantai timur ini ternyata memiliki tone yang begitu sedap. Dia berjaya membuat penonton terpegun dengan kelebihan vokal yang dimiliki. Walaupun tarian yang ditunjukkan agak kelakar dan nakal rasa Faizal ni memang macam kayu sikit kalau menari dan dah boleh dikatakan penyambung Mawi dan Felix dari segi tarian di AF. Apa-apapun persembahan Faizal memang menghiburkan.

3 Bintang

Velvet.
Chubby gurl ini tampak begitu yakin membuat persembahan. Tone suara yang lantang dan jelas cukup membuat nakal terus menonton persembahan Velvet. Kelihatan yang dia ni cukup confident dan tariannya yang agak lincah itu membuat nakal seperti tidak percaya yang menari itu Velvet. Nampak macam tak sepadan orang yang chubby macam Velvet ini mampu bergerak selincah itu. Selepas persembahan Velvet dikejutkan dengan panggilan dari ibunya menggunakan telefon bimbit M-Mobile dan sekali lagi nasihat pemakan Velvet terima.

3 Bintang

Pelajar yang tersingkir

Nora

Dengan adanya penyikiran didalam minggu pertama merupakan kejutan terbesar didalam konsert kali ini. Jika didalam AF sebelum ini tidak ada penyikiran dilakukan didalam konsert minggu pertama, Nora merupakan pelajar pertama yang tersingkir untuk musim kali ini. Kalau nak diikutkan dari segi persembahan nakal rasa Zila atau Haziq yang sepatutnya tersingkir malam tadi. Tapi untuk musim baru ini ada satu benda yang Astro patut mendapat pujian. Dari segi pakaian para pelajar yang lebih baik berbanding tahun-tahun sudah.Adakah dengan melakukan penyingkiran di konsert pertama bakal merubah keadaan AF4 yang ketika ini masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk menjadi fenomena seperti tahun sudah? Hanya masa yang akan menentukan.

posted by admin at 1:56 AM | Permalink | 0 commenti

Afundi konsert minggu pertama.

Saturday, June 03, 2006
Ore : 3:58 PM

Entah apa la nasib aku hari public pun kena pergi kerja. Kerja kau memang menimbun sampai tak terbuat. Jadi kauorang tak leh la nak marah aku sebab tak boleh nak revie pasal diari semalam. Bukan aku tak mau tapi, masa untuk aku nak tulsi tu tak cukup laaa. Tapi sebab tak nak hampakan kau orang semua. Aku ada jumpa link kat bawah nie. Kalau nak dengan suara para pelajar buat latihan depan tenaga pengajar klik jerk dua link tu. Aku harap ia cukup jadi panduan masa kau orang nak Afundi untuk konsert malam nanti. Chiow...

Pelajar Perempuan

Pelajar Lelaki

credit for mykopitiam untuk link ini.

posted by admin at 3:58 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia (01 June 2006)

Friday, June 02, 2006
Ore : 4:46 PM

Memula sekali aku nak minta maaf sebab tak dapat nak update diari kelmarin sepenuhnya sebab aku terlepas peluang nak tengok . Aku sekarang kena presoaking rumah sewa aku dan akan berpindah hujung minggu ini. Jadi aku sekali nak minta maaf sebab tak dapat nak beri ulasan diarai sesi malam untuk 31 May 2006.
Untuk diari 01 June 2006 sesi tenghahari dimulakan dengan paparan didalam kelas drama bimbingan Cikgu Fauziah Nawi. Diddy dan Nora disuruh melakonkan watak sebagai pasangan kekasih. Kelihatan Diddy memegang elngan Nora tetapi masih agak kaku sehingga ditegur oleh Cikgu Fauziah Nawi. Ini mengundag hilai ketawa para pelajar lain. “Kalau nak pegang, pegang betul-betul” kata Cikgu Fauziah kepada Diddy.
Didalam kelas tarian sekali lagi Diddy digandingkan dengan Nora. Cikgu Linda dan pelajar yang lain ketawakan Diddy sebab tidak memberi respone pada Nora yang menari mengelilingi beliau . Kuat betel suara Cikgu Linda dalam kelas ini. Naik bingit telinga aku dengar macam manalah yerk telinga bebudak dalam tu masa itu?
Paparan seterusnya ketika kelas Cikgu Fauziah Nawi semula. Setiap pelajar disuruhmembuat dua barisan dan diberi nombor setiap seorang. Alah aku kira macam latihan dalam pengakap sekolah dululah. Kemudian disambung dengan latihan drama bercinta oleh Salima dan Haziq diikuti oleh Velvet dan Rich. Semua script mengunakan bahasa filem zaman dulu kala. Ini semua untuk para pelajar menghayati lagu tugasan yang mereka dapat untuk minggu ini. Tugasan seterusnya lakonan secara bisu yang paling lawak aku rasa time nie adalah Lotter dan dia layak digelar pak lawak untuk AF musim ini.
Akhir sekali ditunjukkan semua lirik lagu tugasan yang pelajar miliki diambil semula oleh residen staff encik Jamal. Dan ini merupakan cara yang baru didalam AF4 berbanding tahun-tahun sudah . Dengan menarik balik lirik lagu tugasan diharap para pelajar tidak terlalu berating kepada kertas lirik yang disediakan dimasa depan. Dan pera pelajar menyanyikan lagu tugasan dihadapan tenaga pengajar.
Sesi malam.
Diari dimulakan dengan Farhan meluahkan rasa tidak menentu (kurang confident) yang dialaminya kepada Velvet dan Haziq. Kemudian farhan meluahkan masalahnya kepada Cikgu Fazley dan Fazley memberi beebread keeping kertas yang mengandungi berapa soalan dan Farhan diminta menjawab soalan itu dibiliknya selepas tamat waktu pembelajaran.
Ini diikut dengan paparan sesi pertemuan empat mata para pelajar dengan Pengetua Ramli Sarip. Faizal diingatkan oleh pengetua agar sentiasa mengingati Allah dan tidak rasa tersisih didalam akdaemi sebab Faizal memberitahu yang dia tidak pernahmengalami pengalam seperti didalam Af. Zila pula memberitahu yang dia asyik teringatkan kepada bapanya. Mungkin dia terlamapu rindu kepada ayahnya menyebabkan air mata Zila mengalir didepan pengetua semasa sesi itu. Diddy pula menyatakan yang dia selesa dengan irama lagu pop, balada dan sedikit R&B dan memberitahu yang range suaranya agak rendah. Nora memberitahu kepada pengetua yang dia agak gementar ketika berdepan dengan guru-guru. Farhan sekali lagi meluahkan masalahnya debarannya kepada pengetua.
Semasa kelas tarian bersama Cikgu Corie Karen disuruh untuk meninggalkan kelas untuk membuat latihan persendirian selama 10 minit oleh Corie. Kemudian Salima datang membantu Karen. Setelah membuat latihan Corie baru puas hati dengan persembahn Karen. Kemudian Diddymengadu yang dia sakit kaki dan diarah oleh Corie untuk tidak mengikuti latihan ketika itu. Tapi Diddy sempat juga ikut gerak tarian menuju puncak walaupun sambil duduk.
Paparan seterusnya, Faizal mengadu kepada kamera yang dia rasa macam nak demam (panas dalam) kemudian Faizal dan Diddy dibawa ke klinik.
Untuk konsert pertama ini, para pelajar diminta membuat pengenalan diri cara 50an. Tapi bagi aku pengenala n yang dibuat Lotter amat kelakar dan bersahaja. Amirul pula disuh memendekkan cara pengenalannya.
Paparan akhir untuk diari kali ini sesi Zila dinasihat oleh Cikgu Syafi tentang persembahannya ketika sesi penilaian. Cikgu Syafi cakap Zila mempunyai suara yang merdu tetapi masih goyah dan mahu Zila lebih fokus kepada pembelajarran dari masalah-masalah lain. Diari end here.

posted by admin at 4:46 PM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com