About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Fasha Sanda Intim Dengan Tengku I

Sunday, June 29, 2008
Ore : 12:59 AM

Belum pun abis cerita Fasha Sanda dengan Datuk S. Kini timbul pualk cerita Fasha intim dengan Kerabat Raja... Apa benarkah gosip ini?
mboi, amboi, selepas dikaitkan dengan orang itu dan orang ini,akhirnya betullah ramalan tok nujum Murai Batu yang mengatakan FashaSandha sekarang tengah rapat dengan seorang kerabat diraja yang sungguhkacak.

Buat masa ini biarlah Murai Batu rahsiakan dulu siapa puteraraja itu dan negeri mana beliau berasal. Eloknya, biarlah Murai Batumenggelarkannya teman istimewa Fasha itu sebagai Tunku I sahaja.

Murai Batu tahu Tunku I memang lagi muda, bujang trang tangtang, sungguh kacak dan seorang yang berketrampilan. Beliau mewarisirupa dan keyakinan diri daripada ayahanda dan bonda beliau sendiriyang cukup dihormati rakyat jelata.


Jadi bertuahlah Fashaapabila putera raja ini khabarnya cukup berkenan dengannya. Merekadikatakan baru beberapa bulan menjalinkan persahabatan dan sedangberbaik-baik sangka. Patutlah senyuman Fasha sekarang sampai ke telinga.

Nampak gaya, press semua kena tutuplah episod gosip Fashadengan Datuk S atau pun yang Mat Motor Kaya Raya, Bard R1 seperti yangdigosipkan, baru-baru ini dalam sebuah akhbar.


Murai Batudifahamkan, Fasha begitu melenting apabila dia dikaitkan dengan Bard R1dan meminta pihak yang menyebarkan gosip itu menghentikan saja khabarangin berkenaan.


Biasalah Fasha, awak tu dah popular, jadisemua orang tentu nak celah bedah. Semoga Fasha berbahagia dengan TunkuI dan Murai Batu doakan agar Fasha cepatlah temui jodoh yang serasi.

Labels:


posted by admin at 12:59 AM | Permalink | 0 commenti

Roslan Aziz mohon maaf

Friday, June 20, 2008
Ore : 8:22 AM

Dipetik dari www.roslanaziz.blogspot.com

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.
Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.
Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.
Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.

IKHLAS
Roslan Aziz
@ Kampong Datok Keramat

Labels:


posted by admin at 8:22 AM | Permalink | 0 commenti

Bantah konsert 'ego orang agama'

Wednesday, June 18, 2008
Ore : 8:35 AM

Sumber: Jimadie Shah Othman - Malaysiakini

Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

roslan aziz 170608Menurut Roslan (foto), bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.

"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.

"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.

"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.

Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.

"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.

"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.

Dihubungi Malaysiakini berhubung memorandum Pemuda PAS itu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya.

ellaTindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.

Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella (foto). Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.

Gaya hidup mewah

Selain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.

Roslan menggesa seniman mencari alternatif untuk mengetengahkan idea mereka dan tidak tunduk kepada bantahan sebegini.

"Jangan tunduk. Jika tunduk, kita seolah-olah akui kita salah.

"Kalau saya, waktu mula-mula masuk dulu, saya nak ketengahkan muzik Melayu ke seluruh dunia.

"Saya akan buat. Tak apa, saya tak hairan kalau tak boleh pergi Kelantan. Saya cari jalan lain," tambahnya, yang mulai dikenali meluas selepas kejayaan album Sheila Majid dan Zainal Abidin pada akhir 1980-an.

Seniman beragama Islam, tambahnya, tidak pernah berniat melawan nilai-nilai Islam.

Mengulas larangan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap penyanyi Faizal Tahir, Roslan berkata:

"Kalau nak ikut betul-betul, berapa ramai ahli parlimen tidak boleh masuk Perlis. Tengoklah perangai mereka dalam parlimen macam mana. Itu lebih teruk daripada Faizal Tahir."

ella and mas idayu and pasKumpulan rock terkenal Nitrus pula berkata Pemuda PAS berhak membantah tetapi tidak boleh mengetepikan hak orang lain.

"Dia ada hak beri pandangan mereka. Pihak yang lain juga ada hak. Yang perlu dibuat adalah diskusi, mesyuarat. Soal aurat, suara perempuan itu tidak terperinci (dijelaskan). (Bantahan) itu sesuatu yang kritikal. Ramai orang Islam yang cari makan dengan muzik, macam kami.

"Perkembangan budaya juga penting untuk pembangunan masyarakat. Diskusi patut melibatkan ahli akademik dan orang industri sendiri. Bincang, kemudian umumkan," kata vokalis kumpulan bebas itu Syed Helmy Syed Hood.

Bercanggah dengan manifesto

Ditanya sama ada mereka bersetuju dengan alasan moral dan pembaziran yang diberikan Pemuda PAS, Syed berkata:

"Kurang setuju. Tuduhan itu kurang konkrit, macam cakap tak ada dalil, tak ada alasan (terperinci). Kalau kata tak setuju, nyatakan batasan, garis panduan yang jelas.

"Budaya seni tidak boleh dipanjang remeh. Ia adalah sebahagian daripada kita," tambahnya.

Sementara itu, penggiat muzik dan pelukis Mazir Ibrahim pula berkata, bantahan Pemuda PAS itu tidak wajar.

"Kerajaan baru harus utamakan pembangunan masyarakat, bukan politik semata-mata. Takkan kerajaan baru kerjanya hanya mengharamkan. (Mereka) mesti sediakan (ruang) untuk semua. Bukan hal-hal yang dia suka saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

akademi fantasia 5 2007 280307 entertainTambahnya, hujah Pemuda PAS bahawa konsert itu akan "mengundang risiko moral yang tinggi" sebagai tidak relevan.

"Hujah yang dikemukakan mereka tidak relevan sama sekali. Tujuannya satu, untuk 'menghijaukan' (melebarkan pengaruh PAS di) Selangor sebab bertolak daripada premis politik.

"Tidak ada konsert, di Kelantan ada juga anak luar nikah. Ini soal pembangunan budaya. Ini juga tentang cari makan. Konsert kalau tidak benarkan, mesti beri alternatif lain," tambahnya, yang juga koordinator Music Forum.

Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.

"Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan.

"Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," katanya.

Tindakan Pemuda PAS ini hanya menunjukkan parti itu tidak bersedia memerintah Malaysia, tambahnya.

Labels:


posted by admin at 8:35 AM | Permalink | 0 commenti

Berita terkini bintang AF

Friday, June 13, 2008
Ore : 12:48 AM

Faizal masuk kumpulan Iklim
Bagus laa.. lagi pun kalau sorang jerk cam kurang menyengat jerk Faizal nie tak macam juara-juara AF yang sudah.

Siada rakam Single baru.
Akak Datuk Siti Nurhaliza akan merakamkan Single terbaru tidak lama lagi. Genre single adalah balada. So pemint Saida tunggu kehadiran single baru dari Saida tidak lama lagi.

Zila rapat dgn ALong Cham
Sekarang nei Zila AF4 kelihatan semakin intim dengan ahli kumpulan lawak Cham Along. Diaorang nie kelihatan semakin rapat kebelakangan ini dan pihak kedua ibubapa mereka sudah sedia maklum. Kali pertama mereka bertemu ketika program gempak selebriti Astro dan hubungan ini baru terjalin selama dua bulan. Semoga hubungan mereka ini hingga ke jinjang pelamin hendaknya.

Labels:


posted by admin at 12:48 AM | Permalink | 0 commenti

Review Ayat-Ayat Cinta Movie

Sunday, June 08, 2008
Ore : 2:05 AM

I watched this movie last Friday with Eton. I was amaze with the story line and the flow of the plot was very strong and it make me excited to knew more and more. The score music was wonderful with beautiful lyric. The music was very touching and seems all the lyric was related to the character on the movie itself. The only this that the movie just the supporting actor and actress seem they played role as a Egyptian but they totally speak and look like Indonesians. I really suggest you to watch this movie and your will know why. I give 4.5 star for Ayat-Ayat Cinta

Movie Synopsis:

Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story – a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals.

Fahri bin Abdillah is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt's esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.
Only one goal is left unattempted: the pursuit of marriage.
For Fahri is innocent and pure, and doesn't believe in the concept of relationships prior to marriage. He is inarticulate and shy around women. All his life, only two women have been close to him – his mother and grandmother.

Life changes drastically in Egypt for he suddenly finds himself surrounded by four beautiful, distinctly different women.
Maria Girgis, a shy, open-minded Coptic-Christian neighbor who is attracted to the teachings of the Holy Al Quran, finds herself falling in love with Fahri (a fact she only reveals to her diary).

Nurul, a student at Al Azhar like Fahri, is the Muslim daughter of a renowned Indonesian cleric. Fahri feels unworthy of her and thus ignores his feelings for her, leaving her confused and guessing.

Noura, an abused Egyptian neighbor, develops strong romantic feelings for Fahri, who in turn simply sympathizes with her situation. His romantic rejection destroys her and eventually leads to a false accusation of rape.

Aisha, a German Turkish student in Cairo haunts Fahri with her beautiful eyes. Following an incident on the metro where Fahri defends her against narrow minded bigoted Muslims, both immediately develop feelings for each other.

As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.

Labels:


posted by admin at 2:05 AM | Permalink | 0 commenti

Ekin AF3 Botak!!!

Friday, June 06, 2008
Ore : 12:27 AM

Aduh apa dah jadi dengan minah nie? Kenapa tiba-tiba keluar cerita Ekin AF3 botakkan kepala. Apa masalh dia nie. Sekarang ni pun nama dia dah tenggelam takkan ini cara dia nak cari publisiti kot? Aduh konfius betullah aku? Korang rasa kenapa?

Labels: ,


posted by admin at 12:27 AM | Permalink | 0 commenti

Minyak Nail RM2.70 Bermula Mula Malam Ini

Wednesday, June 04, 2008
Ore : 10:52 PM





Pada mulanya member inform pasal menda ni pada pukul 4.00 petang aku ingatkan khabar angin sahaja. Tapi bila dah Pak Lah announce pukul 5.00 petang tadi terus mengeluh panjang dibuatnya. Bukannya nak seposen dua tapi naik hampir ke 80 sen. Nampaknya memang kena ubah gaya hiduplah lepas nie. Aku pikir memang semua petrol kiosk sesak malam tadi. Semuanya orang merungut pasal kenaikan ini. Lepas nie nak mengadap pula kesan rantaian dari kenaikan ini. Cuma tinggal gaji jer yang tak naik-naik. Nampak gaya PRU tahun depan dah makin jelas sapa yang akan lebih berkuasa.

Labels:


posted by admin at 10:52 PM | Permalink | 0 commenti

Gambar perkawinan Kieran dan Yang Azli

Tuesday, June 03, 2008
Ore : 8:17 PM



Akhirnye jodoh penyampai radio Era Kieran sampai jua. Kieran telah memilih pendengar setia radio era Yang Azli Yang Mohd Yunus, 26 sebagia pasangan hidupnya. Pernikahan yang dirahsiakan ini hanya diketahui selepas pihak media menerima jemputan untuk majlis yang membatalkan air sembahyang yang diadakan pada 31 Mei lalu.
Kredit gambar dari murai.com

Labels:


posted by admin at 8:17 PM | Permalink | 2 commenti

Saerah putus tunang?

Sunday, June 01, 2008
Ore : 4:03 AM


Petikan dari Kosmo

"Ada teman Diva yang dah lama tak berhubung baru-baru ini beritahu yang adik penyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza, Siti Saerah mengaku dia telah putus tunang dengan Elyas. Cuma Diva tak dapat menghubungi Saerah untuk mendapat pengesahan daripada mulutnya sendiri.

Sejak awal tahun ini memang Diva dah banyak kali dengar kononnya Saerah dan tunangnya sudah pun putus. Tapi Saerah sendiri menafikannya.

Namun kali ini ia macam betul. Kononnya Saerah mengaku ikatan pertunangan yang disimpul pada 7 Julai tahun lalu telah pun terlerai.

"Betul, dia cakap pada I dia dah putus tunang. Tapi dia tak nyatakan bila dan I pun terkejut. Cuma I tak tanya banyak sebab takut dia sedih," begitu kata teman Diva.

Diva: Nak ucap selamat menunaikan umrah buat penyanyi Hattan dan ibunya yang akan berangkat ke Tanah Suci esok."

Kalau benarlah berita ini. Kasihan juga aku kat Saerah. Tuanng dah lama tapi tak kawin2 akhirnya putus la pulak. Tak taulah apa puncanye. Harap2 lepas nie kalau ada jodoh terus kawin jer tak payah nak tunang-tunang lagi.


Labels:


posted by admin at 4:03 AM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com