About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Sms Mawi kena tangkap

Tuesday, November 21, 2006
Ore : 1:46 PM

Hari Ahad lepas aku saja lah hantar sms buat peminat-peminat fanatik Mawi yang aku kenal. Memang betullah diaorang nie fanatik tak caya cuba tengok SMS dibawah.

Nakal hantar

Peminat Mawi balas


SMS dari Nakal sepenuhnya

Respond dari peminat berani mati Mawi


Tapi ini cuma sebahagian jer dari SMS yg nakal terima sebenarnya banyak lagi SMS yang nakal dpt siap ada SMS ugutan bunuh kepada Nakal sebab sebarkan SMS camtu. Siap Ezie dari KL call Nakal nak tau kesahihan berita tu. Tapi Nakal cuma berpesan lain kali bacalah SMS sampai abis. Jgn terus nak serbu jerkk.. Sebab hari ni last day raya nakal sekali lagi nak minta ampun dan maaf sebab sebarkan SMS tu. Maaf Zahid dan Mawi.. ehehehehe.. tak laa untuk Ezie, Huda, Linkeen, Besarino dan Adipoyo aku minta maaf gurau jerkk tapi kini aku sedar sebab adanya org cam kau orangla Mawi masih boleh bertahan hingga hari ini. Dan Nakal masih teringatkan Marsha......

posted by admin at 1:46 PM | Permalink | 1 commenti

hangatnye sarah

Saturday, November 18, 2006
Ore : 12:44 PM



Bila kau tengok gambar2 kat atas tu. Rasanya memang betullah yang Sarah nie memang tengah asyik la berkawan ngan mat saleh nie yang aku lupa namanye. Tapi setahu aku laa yg mat saleh nie dah pun memeluk Islam sebelum berkawan dengan Sarah rasanya. Aku cuma menumpang gembira bila tengah Sarah gembira takdelah nak berduka setelah kebelakangan ini asyik cirita artis bercerai berai dan putus tunang yang asyik diwar-warkan di media. Moga-moga Sarah dan boyfriendnye tu bahagia..... Aku sebenarnya banyak nak tulis tapi tak sempat laa. Sebab Linkeen gie KL tinggalkan aku kat opis nie buat kerja dia... Cish sungguh Linkeen nie..

posted by admin at 12:44 PM | Permalink | 1 commenti

Soalan Bocor SPM 2006

Thursday, November 16, 2006
Ore : 5:38 PM

Pagi nie aku dapat satu email yg bertajuk Soalan bocor SPM 2006 bila aku baca macam nak pecah perut aku siapalah yg cipta jawapan dia tuu... hahahhahahaha

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer
B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari
B: Parameswaja
C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas / Perdagangan

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter
B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata
D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search
B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Soalan tambahan :

Apakah bunyi sebutan bg dialek orang PERAK untuk perkataan "KOTA MELAKA"?
A KOTO MELAKO
B KOTE MELEKE
C KUTAK MELAKAK
D KOTE MELAKA

posted by admin at 5:38 PM | Permalink | 0 commenti

kenal ke?

Wednesday, November 15, 2006
Ore : 4:23 PM


posted by admin at 4:23 PM | Permalink | 2 commenti

Errkkkk..... Betul ke??

Thursday, November 09, 2006
Ore : 1:26 PM






Pada 7 November 2006 bersamaan 15 Syawal 1427 selebriti kesayangan anda Dr. Fazley Yaakob telah selamat diijabkabulkan dengan puteri pilihan hatinya Azrene Soraya. Mereka telah ditunangkan terlebih dahulu pada pukul 12 tengahari dan acara pernikahan dilangsungkan pada 2.30 petang di Masjid Saidina Abu Bakar Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Tak terkata... itu jerk yang aku mampu tulis.. Anda bagaimana?

posted by admin at 1:26 PM | Permalink | 1 commenti

Wartawan world.

Wednesday, November 08, 2006
Ore : 7:07 PM


Satu malaya terkejut bila Pancaindera menyiarkan gambar Mawi bergambar deng Ekin. Walhal sebelum nie bagai nak rak si budak botak tu dan adik si kembar tu menafikan kehadiran Mawi ke rumah Ekin. Mawi siap cabar wartawan pula untuk menunjukkan bukti kehadiran Mawi di tempat kejadian. Lalu si wartawan nie pun hantar la pasukan CSInye untuk mencari bukti dan DNA-DNA Mawi yang tercicir dirumah Ekin. Namun tidak ketemuan. Jadi terpaksalah wartawan nie bawak skuad khas iaitu skuad anjing pengesan lantaran tercabar dengan kenyataan Mawi. Kali nie terus berhasil dapatlah dibawa bahan bukti keujudan Mawi di rumah Ekin pada hari raya yang lepas. Dan dicanangnye ke satu malaya yang Mawi nie bersalah. Punyalah besar kesalahan Mawi mengalahkan pesalah mat rempit yang membunuh sambil meragut tu. Besar sangat kesalahan Mawi kerana berbohong dengan mereka. Dan kali ini bagi mereka kesalahan Mawi tidak boleh dimaafkan. Macam diaorang tak ingat la pulak salah diaorang pada Mawi siap fitnah mamat botak tu. Minggu ni merisik dengan Ekin dan minggu depan fitnah Mawi merisik budak UITM la pulak. Padahal budak tu cuma bergambar sahaja itu pun siap mak baapak dia buakn berpeluk cium pun. Lagipun takkan Mawi nak pergi beraya pun kena nak kena kasi tau satu Malaysia kot. Aku sendiri tak paham kenapa mafia-mafia dunia hiburan nie terlampau peka kisah peribadi Mawi berbanding artis-artis lain. Sakit hati mereka pada Mawi tidak pernah padam. Walaupun ternyata Mawi telah mempelajari dari pengalaman yang lepas agar tidak begitu jujur (kes dengan Diana Rafar) tapi kali ini Mawi ternyata terjerat.

Bagi Mawi pulak memang ternyata dah melakukan kesalahan. Dia mesti ingat yang dia tu sekarang dah jadi artis bukan lagi budak kampungan seperti dulu. Kepekaan dia mesti tajam. Dan dia kini mesti bertanggungjawab dengan kesalahnnya itu. Dia mesti minta maaf dan bukan hanya berdiam diri sahaja. Aku pasti ramai peminat Mawi yang kecewa denagn apa yang terjadi. Aku ni bukannya suka sangat dengan Mawi dan Ekin tu, tapi itu hak individu maka aku sebagai warga masyarakat mesti akur. Kalaupun betul diaorang bercinta lantaklah. Cuma Mawi perlu cepat belajar sudah nak masuk dua tahun Mawi bergelumang dalam dunai artis. Mawi sedarlah..Wartawan bantulah...

posted by admin at 7:07 PM | Permalink | 0 commenti

Kepenatan yg teramat.

Friday, November 03, 2006
Ore : 11:01 PM

Setiap kali hujung bulan pasti kepenantan yang akan melanda aku. banayk sungguh urusan yang perlu diselesaikan. Dengan bebanan urusan dioffice dan tanggungjawab keluarga yang dipikul membuat aku semakin kehabisan tenaga setiap kali hujung bulan. Selepas sambutan aidil fitri aku macam tak cukup tangan nak handle kesemuanya. Banyak jemputan ke rumah terbuka terpaksa aku tolak sebab tak terkejar dibuatnya. Masalah kedai pun banyak memerlukan perhatian dari aku. Entahlah samapi bila aku kena begini sampai adakalanya rasa macam dah malas aku nak tanggung benda2 ni. Tapi aku pasrah.....

posted by admin at 11:01 PM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com