FOOTLOOSE ( kenny loggins ) - STANLEY
MEMBURU IMPIAN ( kaza ) - RIZ
SHAKILA ( rahim maarof ) - TOI
GADIS IDAMANKU ( search ) - ALIFF
DEALOVA ( once ) - NUBHAN
YOU GOT ONE NIGHT ONLY ( jennifer hudson ) - NADIA
HATI ( ost hati malaya- ct o'alija ) - STACY
Lagu Bonus
MUSIC OF THE NIGHT - The Phantom Of The Opera
( MEDLY)
LAGENDA - Shiela Majid
CIK CIK KECI KEBOM - Saloma
OBAT - P.Ramlee
NASI GORENG BUBUR KACANG - P.Ramlee
TERBANG BURONG TERBANG - P.Ramlee
APEK & MARJIANA - P.Ramlee
Labels: AF
KONSERT MINGGU KEENAM AKADEMI FANTASIA 06
Ore : 12:26 AM
Aku tak sempat nak tengok opening konsert kali ni. Tapi aku memang dah sedia maklum pasal kejutan persandingan Pasangan AF di dalam Konsert Di Istana Budaya. Tahniah diucapkan pada Khai dan Rosma yang telah selamat diijabkabul siang tadi dan mesti nostalgic bila dapat bersanding kat Konsert AF6 nie. Maklumlah diaorang bersua didalam Akademi Fantasia dan mula bercinta sejak dari dalam Akademi lagi. Nakaltitude Crew doakan semoga Khai dan Rosma kekal hingga keakhir hayat.Untuk konsert kali ni aku gembira tengok Cikgu Adnan datang sebagai pengkritik begitu juga dengan kehadiran semula pengkritik mula laser Adlin Aman Ramli. Aku tak pasti pulak nape Ning takde malam tadi. But Im looking forward Adlin dapat tempat lagi dikerusi pengkritik dimasa-masa akan datang, nak-nak dikonsert akhir nanti. Adlin nye komen kebanyakkannya tepat dan releven. Tak banyak menyeleweh atau terlalu susah untuk para fahami. Selalunye banyak hint yang berguna dengan kritikan yg direct dan simple dilempar kepada student, so student senang paham. Bukan semuanye student tu educated. Lebih lagi dalam bidang seni persembahan ni. Diaorang bukan faham sangat maksud perkataan teknikal yang digunakan pengkritik. So looking forward Adlin in next concert.
Juri Jemputan
Adnan Abu Hassan
Adlin Aman Ramli.
Yang Boleh Diterima
Aku suka dengan persembahan Stacy yang penuh energy dan dynamic. Emosi pun penuh sepanjang persembahan. Vokal pun takde masalah besar. Selamba dan confident. Aku tak tau la sama ada sofa tu ditaja ke tak. Kalaulah penaja tu tengok Stacy terlompat –lompat atas sofa tu camne la perasaan dia. Boleh ke dijual balik nanti.. 4 Bintang
Riz – Seribu Tahun
Keberanain dengan improvise lagu seribu tahun ini memang mengagumkan. Kelainan dan kawalan vocal yang semakin baik turun menaikkan mood menonton persembahan Riz. Takde backup dancer mahu pun prob tidak menghalang Riz untuk menarik perhatian penonton. Lagu-lagu pop ballad nie memang sesuai la dengn Riz. Kiranya jiwa dia la.
3.5 Bintang
Nadia – Rama-Rama
Effort dan masuk mood diawal persembahan menang baik. Nadia nie aku kira semakin matang setiap minggu. Walaupun vocal masih ada slack gik tapi secara keseluruhan aku consider ok.
3.0 Bintang
Stanley – Kata
Semakin confident dan lebih baik dari minggu sudah. Tapi masih lom capai tahap di minggu pertama.
2.5 Bintang
Alif – Ketahuan
Lagu nie tak begitu mencabar so persembahan dia ni tahap biasa jerk laa. Ada takpe takde pun takpe. Cuma sebab lagu ni top sebab tu laa ramai yang minat tengok. Dari segi teknikal sebenarnya Aliff ni jauh tertinggal berbanding Stacy dan Riz. 2.0 Bintang
Yang Tak Boleh Diterima
Toi - Tak Bisa
Ikut tajuk lagu jerk dah tunjukkan kan Toi memang tak bisa mainkan gitar sambil nyanyi lagi. Dia lom sedia pastu muzik dah on. Abis 1st verse jerk dah lupa lirik dan confident level terus hilang. Gangguan awal tu wat keseluruhan persembahan Toi tu hancur. So aku kasi bintang sebab effort yang dia tunjuk jerk la.
0.5 Bintang
Nubhan – Generasiku
Dia nie takde attitude laa. Pergerakkan tak firm cam tak confident. Dah nama pun bawak lagu fast number, so dia nie patut buat latihan untuk tingkatkan stamina sebab dengar semput bila dah masuk ke korus. Pastu breathing support pun tak ok gik sebab ada pecah suara sikit.
1.5 Bintang
Mama Rina - Ular
Kesungguhan memang jelas ada. Tapi gaya penyampaian tak kena. Lebih kepada nyanyian tetapi tidak persembahan. Tak sampai maksud lagu. Dah tu bait-bait lirik ada yang mumble dan tak jelas kedengaran. But aku suke tenaga yang dipancarkan.
2.0 Bintang
Menuju puncak
Bila dua student tak dapat ikut serta menari menuju puncak. Nampak sangat pentas tu semakin kosong. But the koreografi much better dan lebih kemas kini.
Yang Tersingkir
Mama Rina
Yang Patut Tersingkir
Toi
Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Toi
Alif
Nubhan
Labels: AF
Ramalan Pelajar yang bakal tersingkir untuk minggu keenam.
Ore : 11:37 PM
Penatnye hari nie. Kerja kat office melambak giler. Aku tak sempat nak bercoleteh panjang masa kat office tadi. Concentrate kat kerja jerk. Takde melalut memacam.. Maklumlah dah cuti hari sebelumnye. So banyak lah menda pending. Aku try clearkan sebanyak mungkin yang terdaya namun taklah siap semua yang pending tu. Masa pun rasa cam pendek jer. Petang tu Linkeen Sypke aku ajak gi dinner ngan bebudak RTW. So aku pun on jerk. Lagipun dah lama tak jumpa diaorang kan. So meet dia orang kat Shell Taman Perling at 7.00 but Sista Sabariah Tukang Kasut lak lembab giler dekat pukul 8.00 baru terhegeh-hegeh sampai. Aku, Abg Bob, Linkeen and Sista Ina naik berlumut tunggu kat depan Shell tu. Dah macam Bangla kerja Shell tu pun ada gak. Ceh. Then we a head to Restoran Sri Nelayan kat Sg Danga. Dah lama gak aku tak gie situ. Tak banyak berubah tapi yang aku perasan nyamuk makin banyak adalah. Dah tu service makin lembab nak tunggu makanan siap. Belum pun makan aku sampai Eton dah call cakap ayah aku dah sampai rumah. So aku pun kena lah melantak main telan-telan jerk sebab nak cepat siap. Tak sampai lepas 5min akunye nasi dah abis. Aku hulur kat Abg Bob 10 hengget pastu terus minta diri nak balik. Bila sampai rumah mak ayah aku dah setengah jam lepak kat umah. Borak-borak jap pastu dia minta diri sebab nak balik kampung malam tu jugak. Dalam pada tu sempat gak aku layan Diari EXT yang aku nampak Joe jadi tetamu malam nie. Entah apa la agaknye dicarut si Klubbkidd tu. Mesti kondem Toi, Riz dan Stanley kot.. Muahhahahaa!!!! Lantaklah… Sebut pasal AF nie aku nak buat ramalan pasal pelajar yang bakal tersingkir unutk konsert besok. So detik hati aku rasa mungkin Rina, Toi atau Nubhan. Aku memang tak follow diari pun sepanjang minggu nie. Adalah layan sikit2 tapi tak menyeluruh. Tapi bila aku tengok pola undian aku rasa mereka bertiga ini berada dalam zon tak selamat untuk konsert kali ini. Aku bukan tengok usaha mereka didalam sepanjang minggu tapi keadaan mereka yang sentiasa berubah-ubah saban hari. Tak konsisten langsung. It means pengundi mereka tak ramai. So sebab itu mereka asyik berubah-uban. Tak macam Stacy dan Alif yang konsisten sentiasa berada dikolompok atas. It means both of them received support continuously. Even though peratusan mereka makin turun tapi kedudukan mereka maintain. Tapi aku tak sure laa sapa yang berkemungkinan besar akan tersingkir antara mereka bertiga. Namun salah seorang dari mereka la. Kita tunggu dah lihat sahajalah konsert besok.
FC pelajar AF 6
Ore : 11:24 PM
Fan Club AF6
Nubhan FC - Nubie Club
Riz - Pepari
Stacy - S.T.A.C.Y. FC
Nadia - Nadia FC
Saida - Sweet Saida
Alif - Barisan Alif (BA)
Mama Rina - Kelab Mama Rina (KEMARI)
Naim - Kelab Penyokong Naim (COKI FC)
Anti Student Club
Saida - Persatuan Anti Saida (PANTIS)
Stacy - Angkatan Anti Gigi Stacy (ANGSA)
Nubhan - Kelab Anti Nubhan (KELETIHAN)
Alif - Kelab Anti ALif (GELIF)
Riz - Kelab Anti Riz
Faisal - Kelab ANti Faisal (KANSAL)
Lufya - Kelab Anti Lufya (KETIYAK)
Ika - Kelab Anti Ika (KATIK)
Labels: AF
Lagu Tugasan Minggu ke - 6
Ore : 12:04 AM
RAMA - RAMA ( ella ) - NADIA
DON'T SPEAK ( no doubt) - STACY
KATAKANLAH ( hazami ) - STANLEY
TAK BISAKAH ( peterpan) - TOI
SERIBU TAHUN ( imran ajmain) - RIZ
GENERASIKU ( oag ) - NUBHAN
KETAHUAN ( matta) - ALIFF
Labels: AF
Konsert Akademi Fantasia Minggu Kelima
Ore : 1:01 AM
Juri Jemputan
Hetty Koes Endang
Yang Boleh Diterima
Riz (Time Is Running Out) – Perlu ke nak tunjukkan Korrie yang sibuk nak terkencit mencari jamban. Pastu ada pulak mamat jaga jamban tu sibuk makan depan jamban yang kononnye melambangkan tandas tu bersih nak mampus la. Sebab selera masih lagi terbukak nak makan mee sedap walaupun depan jamban. Uwek!!! Ok2 berbalik pada persembahan Riz memang cukup memberi kelainan. Bila Riz pakai celak mekah jer dah membawa mood untuk terus menonton persembahan dia . But ada sikit problem vocal time high note untuk dia sustain. Tu jerk. Walaupun Riz nie mulut dia cam haram kat dalam Akademi tapi sektiap kali konsert si gemuk ni jarang menghampakan. As I said in previous post pengalaman Riz didalam Gangstaz yang banyak membantu dia membuat persembahan. Aku suke kalau dia dalam bertahan sampai final. 4 Bintang
Stacy (Mahluk Tuhan Paling Seksi) – Tak yah nak cakap lagik la. Tengok jerk Stacy air terus naik pala. Mauahaha.. Sampai tahap camtu ke? Takde lah…(dlm hati cakap ada sikit la.) Stima memang hampir mencecah superb. Cuma ada sikit tak clear time low note. Anyway suka dengan koreografi dan suara Stacy wat bunyi Ahh! Ahh! Ahh! Tu. Macam pernah dengar laa suara cam tu pada waktu malam tapi dimana ya? 4 Bintang
Nadia (Kalis Rindu) – Aku tak paham nape perlu diwarnakan rambut Nadia nie dengan kaler kaler lain. Nape nak kena gak ikut imej Elyana tu. Tak leh ke nak bawak imej sendiri time bawak lagu orang. But dari segi nyanyian aku puas hati walaupun ada tempo off sikit. 3.5 Bintang
Stanley (Ummi) – Budak gemuk nie pun ada menunjukkan peningkatan setelah 3 minggu membuatkan telinga aku nie berdarah. Minggu nie dia ada aplikasi apa yang dibelajar dan tak lagi keliru nak guna suara mana. Mak dia pun aku rasa puas hati la tengok dia nyanyi kali nie. Teknikal vocal masih banyak lagi nak kena adjust tunning tapi akuleh consider ok sebab dia tak lagi menanahkan telinga aku. 2.5 Bintang
Yang Tak Boleh Diterima
Alif (Hai) – Kebangangan dari awal jelas sekali. Time dia ni nyanyi la akunye klimak sampai untuk hempas aku nye decoder Astro tu. Apa tak baru first verse dah lupa lirik. Apa kejadahnya ini semua. Dimanakah hak aku sebagai penonton yang telah dicabuli Alif kerana tidak menghafal lirik di verse yang pertama. Ini bukan rancangan Tom Tom Bak yang kena nyanyi miming atau pun penonton tak kisah kalau lupa lirik. Ini pertandingan nyanyian diulangi nyanyian wahai Alif. Pulak tu kau dah ada seminggu untuk hafal lirik takkan first verse pun tak hafal.. Aduhai Alif!!! Yang lagi aku tak puas hati bila Adam masuk dia macam dah overtake stage dari budak nie. Banyak nak kena improve budak nie. Nape lah TNB tak potong elektrik umah aku time dia nyanyi??? 0.5 Bintang
Saida (Bila Bunga-Bunga Berguruan) – Saida nie tak hilang lagi ke blur? Macam tak nak nyanyi jerk aku rasa. Apa dia ingat dia nyanyi kat dalam Jamban ke apa? Pitching dah la terabur. Entah la apa yang dia pikir. Nasib baik dia kuar mlm tadi. Laki dia pun senyum jerk. Boleh la Saida karaoke pulak kat rumah lepas nie. Al maklumlah dah sebulan tak karaoke di rumah kan….
1 Bintang
Nubhan (Kembali Senyum) – Semakin Lost.. Kosong takde apa yang special pun aku dapat lihat dari persembahan Nubhan melainakn topi Micheal Jackson tu jerk yang cantik yang lain semua sengal. Tempo lari, pitching kelaut, feel kosong. 1.5 Bintang
Mama Rina (Syurga dan Neraka) – Overall performance biasa sahaja. Takde pun impak cuma apa yang aku tertarik baju tu. Nape la Jasmi kasi baju Tanglong kat Mama Rina nie. Kononnya membawa maksud posperity gitulah gamaknya.. 2 Bintang
Toi – Naik lawak aku tengok muka dia nie. Tonne suara leh tahan tapi setiap kali tengok muka fail. So aku sarankan Toi nie bagus untuk jadi back up singer jerk laa.. Dia nie semput sebab lagu tu panjang benor. Dah la tu asyik concentrate kat nyanyian dan diction jer sampaikan interact bersama back up dancer dan audience pun tak sampai. 2 Bintang
Menuju puncak
Menuju Puncak dengan perubahan koreografi dan agak menarik. Walaupun ada student masih tak buat movement dengan sharp cam Saida dan Mama Rina yang katanya sakit lutut. But it will be fine.
Yang Tersingkir
Saida
Peratusan Tutup Undian
Alif 16%
Stacy 14%
Riz 12%
Nubhan 12%
Stanly 10%
Nadia 10%
Toi 9%
Rina 9%
Saida 8%
Yang Patut Tersingkir
Saida
Alif
Nubhan
Toi
Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Toi
Alif
Nubhan
Mama Rina
Labels: AF
Ramalan Pelajar yang bakal tersingkir untuk minggu kelima.
Ore : 1:10 AM
Toi – dia nie merupakn favorite buat masa sekarang untuk tersingkir. Namun kelihatan sejak dari semalam perastus Toi naik mendadak. So tak pasti yang dia nie leh survive ke untuk minggu nie. Masa diai Ext tadi ada tunjuk Toi tengah buat full dress rehearsal but nampak baju yang diapakai tu crowded gilo. Dah cam badut pun ada gak.
Rina – Dalam beberapa hari ni kedudukan peratusan undi Rina sentiasa berada dibawah. Dia mungkin tersingkir minggu ini.Lagu tugasan yang dia dapat pun tak sehappening minggu-minggu sudah. Memang ada harapan untuk Arina tersingkir minggu ini.
Saida – Kejatuhan demi kejatuhan peratusan undian untuk Saida semakin ketara. Dia terlalu laid back dan lambat untuk berubah. Dan peratus undi dia kini juga agak membimbangkan.
Labels: AF
Diari Akademi Fantasia 06 - Hari Rabu 16 April 2008
Ore : 1:01 AM
Kehilangan Stanley terjawab. Dia balik kampung utnuk menziarahi ibunya yang sakit. Ini kira macam emergency la lepas sebab mak dia baru discharge dari hospital. Doktor cakap yang maybe mak dia tu takde harapan. Memang agak sedih gak bila tengok keadaan mak Stanley tu. But adakah paparan ini akan memberi kelebihan pada Stanley meraih undi simpati?
- Riz semakin laser didalam akademi. Kali ni aku dengar dia laser pada Mama Rina masa Rina suarakan ketidakpuasan hati selepas sesi timbang berat. Rina sibuk slaahkan alat timbang tu, kononnye alat timbang tu at accurate. Riz kemudian ada gak laser pada Stacey masa Kutip nak zoom in kening Stacy. Riza cakap, Stacey sengaja buat bibir seksi. Apa kehal ni yob?
- Cikgu Siti Hajar beri kelas motivasi pada para student dan share pengalaman dia pasal cara-cara nak hilangkan gemuruh. Banyak feed back dari student.
- Ada petandingan memasak mee sedap dan pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan yang diketuai Nubhan dan Nadia.
- Anita Sarawak juga ada muncul dalam akademi dan share sambil memperbetulkan gaya persembahan para pelajar.
- Yang lain semua tak berapa ingat sebab boring...
Labels: AF
Lagu Tugasan Minggu Kelima
Ore : 1:31 AM
Nubhan : Kembali Senyum (Izwan Pilus)
Riz : Time Is Running Out (Muse)
Stanly : Umi (Dato' Shake)
Alif : Hai (Adam)
Toi : Beautiful Girls (Sean Kingston)
PELAJAR WANITA
Rina : Sorga Dan Neraka (Hetty Koes Endang)
Nadia : Kalis Rindu (Elyana)
Saida : Bila Bunga Berguguran (Fauziah Ahmad Daud)
Stacy : Makhluk Tuhan Paling Sexy (Mulan)
Labels: AF
KONSERT MINGGU KEEMPAT AKADEMI FANTASIA 06
Ore : 1:22 AM
Apa dah jadi dengan konsert minggu nie. Hancur sungguh. Ini aku kira antara konsert yang paling buruk sepanjang Akademi Fantasia dijalankan setelah konsert Pertama Akademi Fantasa 5 tahun lalu. Pesembahan para pelajar secara keseluruhannya below average. Ini sungguh memalukan tenaga pengajar. Dan perjalanan konsert yang hambar memalukan produksi Akademi Fantasia keseluruhannya. Inikah tanda-tanda kebosanan para penonton yang semakin memancar sejak kebelakangan ini atau Akademi Fantasia itu semakin tidak releven lagi? Banyak sungguh factor yang menjadi punca. Entahlah. Bagi aku persembahan para pelajar merupakan factor paling penting sekali untuk konsert. Gagalnya para pelajar menyampaikan tugasan dengan baik membawa erti gagallah konsert itu. So malas nak ulas panjang1 minggu ni emengenai persembahan pelajar. Cuma beberapa main point. Yang lain-lain tu lu piker lah sendiri.
Juri Jemputan
Adlin Aman Ramli
Yang Boleh Diterima
Nadia (Mengapa Dirindu) – Keselurahan Ok! Walupun tonne suara tak berapa kena dengan lagu ni dan patah kata tidak berapa menunjukkan sebutan melayu asli(terselit unsur-unsur RNB yang agak ketara). Kehadiran Toi sebagai Sultan (ini aku kira lawak bongok la) memudahan tugasan Nadia ketika menyampaikan tugasan. 3 Bintang
Riz (Mara Bahaya) – Ada sikit problem ketiak dia low note sbab not so clear dan breathing support tak konsisten. Effort showmanship memang patut di puji. Walaupun Ogy ada cakap pasal anjakan paradigma tetapi aku rasa itu tidak perlu sebab lagu ni memang straight forward. So tak perlulah menyelitakan maskud tersirat yang outside the box. 2.5 Bintang
Stacy (Cinta Khayalan.) – Walaupun ini pertama kalai lagu ini diperdengarakan dan sukar untuk diterima, namaun aku suke. So it means Stacy berjaya.Lagu ciptaan Sharon Paul ni memang sesaui denagn vocal Stacy yang lantang. Masih ada part yang boleh diperbaiki lai macam pitching dan mumbling lyric masa part laju. Anyway she did it well. 2.5 Bintang
Rina (Terbang Helang) – Walaupun secara jujurnya kedengaran seperti penyanyi pub yang tenah buat persembahan di Pub. Tetapi pujian harus dibrikan seab dia nie still dapat deliver lagu ni dengan dynamic. Itu menunjukkan pengalaman memang membantu. 2.5 Bintang
Yang Tak Boleh Diterima
Toi (Lauk Ku Cukup Masin) – Dia ni hilang focus., lupa lirik dan no attitude. 1 Bintang
Alif (Menghapus Jejakmu) – Takut, lupa lirik, lari tempo. 1 Bintang
Faisal (joget Bunga Melati) – Pitching problem, Flat, no attitude for as a Joget Singer. 1 Bintang.
Saida (Hati Kama) – Low note tak clear, semput, tempo dan lost. 0.5 Bintang
Stanley (Kasih Tercipta) – Problem pasa breath support, tempo danlupa lirik menjadi punca dia ni hilang punca. 0.5 Bintang.
Nubhan (Cinta Hampa) – No focus, movement not sharp, takut-takut dan not confident. Walaupun tonne suara sedap untuk lagu2 camni. Rugi betullah sebab dia ni tak amik kesempatan dengan lagu yang senang camni. 1 Bintang.
Menuju puncak
Semakin baik dan dah nyanyi live balik.
Yang Tersingkir
Yang Patut Tersingkir
Toi
Saida
Stanley
Alif
Nubhan
Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Toi
Saida
Stanley
Alif
Nubhan
Ac
Ogy
Kredit gambar: Astro
Labels: AF
LAGU TUGASAN MINGGU KE 4
Ore : 6:45 PM
2. NUBHAN - Cinta Hampa (D'lloyd)
3. RIZ - Marabahaya (Pop Shuvit)
4. STANLY - Kasih Tercipta (Faizal Tahir)
5. ALIF - Come Out And Play (Offspring)
6. FAISAL - Joget Bunga Melati - Halil Chit
7. SAIDA - Hati Kama (Datuk Siti Nurhaliza/Noraniza Idris)
8. NADIA - Mengapa Di RIndu (Saloma)
9. RINA - Terbang Helang (Datuk Sharifah Aini)
10. TOI - Lauk Ku Cukup Masin (Spider)
Labels: AF
KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA 06
Ore : 8:44 AM
Juri Jemputan
Adlin Aman Ramli – Minggu ni punya komen memang kedengaran jujur dari Adlin. Tak banyak yang merapu keluar dari mulut culupar mamat nie. Kebanyakkannya kedengaran telus dan straight to point. So ada harapan dia nie akan jadi pengkritik time konsert final nanti.
Yang Best
Nadia (Total Eclipse on my Heart) – Takyah nak komen penpanjang cukup denagn 2 perkataan. Best Giler!!!! 4.5 Bintang
Riz (Dari Sinar Mata.) – Showmanship amat baik dan berkesan. Tiada movement yang merepek dan versatility Riz semakin terserlah. 4 Bintang
Stacy (Pelesit Kota) – Overall persembahan Stacy best. Walaupun ada off tempo sikit dan movement ada sikit not synchronize with the song but its not overshadows the overall performance. Attitude dalam persembahan masih boleh ditingkatkan. 4 Bintang
Rina (Enter Sandman) – Showmanship memang amat membanggakan namun vokal masih banyak perlu diperbaiki. 3 Bintang
Toi (C.I.N.T.A.) – Pada dasarnya biasa sahaja. Tapi peningkatan Toi didalam vokal amat banyak. 3 Bintang
Alif (Kamelia) – Walaupun masih ada problem dalam breath support namun effort dia ni boleh dibanggakan. 3 Bintang
Yang Jelek
Lufya (Tika dan Saat Ini) – Over, pastu baju memaang cam haram tak kena langsung dengan lagu yang dibawa. Aku nak meluat lak tengok dia asyik goyang pala ala-ala mamak jual kacang putih tu. 2.5 Bintang
Saida (Sepi Sekuntum Mawar Merah.) – Naik lunyai lagu nie dibuat Saida. Lontaran suara kedengaran penyek. Memang nampak Rock bukan jiwa dia. Dah cam bawak lagu dangdut pun ada gak. 2 Bintang
Stanley (Patahnya Sayap Malam.) – Ni lagi satu budak yang terseksa. Memang tak match langsung vocal dengan lagu rock kapak nie. Apapun effort dia untuk mencuba ok la. 2 Bintang
Nubhan (Summer Rock 69.) – Apa punya bangang la AC panggil Nubhan nie Nabil. Tak peka langsung. Bab nyanyian, abis satu apa tak paham. Diction semua tak clear. Pastu siap lupa lirik lagik. Sib baik budak2 pompuan yang gedik-gedik tu semua hantar sms kat mamat nie. Kalau tak ada kemungkinan keluar. 1.5 Bintang
Naim (Opera Hidup.) – First note jerk dah kelaut. Tak yah citer la bab yang lain2 tu. Ikutkan aku memang dia tak layak pun masuk AF. Memang aku agak dia ni akan tersingkir kalau ikut dari persembahan malam tadi. 1 Bintang
Faisal (Sentuhan Kecundang) – The worst performance of the night. Suara hancur. Showmanship out. Asyik tercekik jerk time nyanyi aku tau dia nie ada sakit tekak time diari dah tunjuk banyak kali. But he not even try to give the best. Memang dia ni leh nyanyi lagu nasyid jerk la. 0.5 Bintang
Menuju puncak
Semakin baik dan dah nyanyi live balik.
Yang Tersingkir
Lufya
Naim
Yang Patut Tersingkir
Faisal
Naim
Nubhan
Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Saida - Sebab dangdutkan lagu rock.
Nubhan – Sebab lupa lirik.
Faisal – Sebab menghancurkan konsert malam tadi
Naim – Sebab tak masuk ajar.
Jasmi Rejab – Sebab kasi baju bongok giler kat Lufya
Teringat kata-kata Adlin Rock memang untuk orang-orang lama.
Labels: AF
Laru Tugasan Pelajar AF 6 Minggu Ketiga
Ore : 8:36 AM
Dari Sinar Mata ( BPR) - RIZ
Sentuhan Kecundang ( Ekamatra) - FAISAL
Patahnya Sayap Malam ( Massa ) - STANLEY
Kamelia ( Sweet Charity ) - ALIF
Opera Hidup ( Wings ) - NAIM
C.I.N.T.A. ( XPDC ) - TOI
Enter Sandman ( Metallica ) - RINA
Total Eclipse of The Heart (Bonnie Tyler) - NADIA
Tika Dan Saat Ini ( Medicine) - LUFYA
Sepi Sekuntum Mawar Merah ( Ella) - SAIDA
Pelesit Kota ( Search ) - STACY
Labels: AF
Faizal YG
Diddy YG
Velvet FC
Fabulousfaizal FC
Salima FC
Faizal FC
Farhan FC
Lotter FC
Zila FC
Mawi Friends Community
Felix Agus Fan Club
Amazing Amylea
Amylea Fan Club
Marsha Fan Club
Marsha Londoh
Yazer FC
Reza Funky Fan Club
FCOKefli
Akma Fan Club
Ekin Fan Club
Aidilistic
Amy's Army Fan Club
Jiwang United FC
M&M Freinds
M2M Frenz