About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Tenaga Pengajar AF 6

Thursday, February 28, 2008
Ore : 8:29 AM

OK! Semua dah sedia maklum tentang barisan teanga pengajar AF6 kali ni. Tapi aku tetap nak remind balik mana tau korang ada yang tak sure. Below is the list of lecturer of Akademi Fantasia Season 6

Barisan Tenaga Pengajar

Ramli MS - Pengetua

Fatimah Abu Bakar - Perunding Motivasi & Guru Bahasa Inggeris.

Siti Hajar Ismail - Guru Vokal.Teknikal

Syafizawati Sharif - Guru Vokal.Persembahan

Linda Jasmine - Guru Koreografi

Fauziah Nawi.- Guru Seni Persembahan.

Jasmi Rejab - Perunding Fesyen.

Genervie Kam - Guru Muzik dan "Band-Leader".

Anita Sarawak - Perunding Seni Persembahan.

Astro mengharapkan standard baru didalam penghasilan Bintang Akademi Fantasia musim ini dengan membariskan tenaga pengajar yang cukup berkaliber. So aku juga menharapkan barisan para pelajar musim ini lebih berkualiti berbanding musim-musim yang terdahulu.

Info

Diari Akademi akan mula ke udara pada 17 Mac 2008

Pengumuman para pelajar akan diadakan didalam masa yang terdekat.

Credit Pic: Budiey

Labels:


posted by admin at 8:29 AM | Permalink | 0 commenti

Picnic..

Tuesday, February 26, 2008
Ore : 8:13 AM





Dah pukul 11.00 baru aku celikkan mata. Almaklumlah masih cuti lagi. Eton cakap dia nak gi picnic aku cakap on jerk laa. Bukan ada apa pun. So nak abiskan cuti nie aku cakap ajak la Iena dan Adi. Siap2 sampai kul 1230 baru kuar rumah terus gi rumah Iena nak pick up dia. Bila sampai rumah dia dia tengah sibuk lagi masak. Sampai kul 130 baru gi amik Adi kat Larkin. Then sempat lagi singgah kedai favorite aku kedai 2 ringgit beli la snack apa yang patut. Terus menuju ke Kota Tinggi. Masih lom decide lagi nak gi mana sampai kat Kota baru decide nak gi picnic kat Batu Layar tapi sempat gak gi servey kat Seaview Resort untuk tengok la tempat tu operate lagi tak. Tapi cam nak tutup jerk tempat tu. Sebab aku plan nak buat gathering family kat sana bulan 5 nanti. Memang dah tak sesuai la. Dah jadi macam rumah hantu kat Air keruh pun ada gak. So kena carik tempat lain la nampaknya. Patah balik ke Batu Layar. Sampai dah pukul 3.30. Cari port yang sesuai tapi tak susah sebab hari tu orang tak ramai sangat. Senang jerk la cari port. Makan-makan isi perut yang dari tadi dah keroncong. Pastu take a nap jap sebab sakit pala. Hari memang panas lak tu. Migrain kepala aku. Pastu bangun dan tukar baju sambil look around kononnya nak ilangkan stress. Terus terjun dlm air. Ala parat2 lutut jerk.. memain jap ngan Danish dan Adam pastu terus kemas balik rumah. Ok la trip nie. Takde apa lagi nak buatkan cuti2 nie. Just for fun only…Aduh .. dah nak kena kerja semula.. tension balik la nampak nye.

Labels:


posted by admin at 8:13 AM | Permalink | 0 commenti

Cuti Oh Cuti!!!

Sunday, February 24, 2008
Ore : 8:13 AM

Best giler dapat cuti. Dapat kejap aku lupakan bebanan kerja. Memang takde apa-apa planning pun untuk cuti nie. Cuma nak lupakan bebanan kerja sahaja. So pagi tu lepas hantar Eton gi kerja, aku gerak gi rumah mak aku dan tolong tengok dia punya PC. Ayah aku asyik merunggut jerk cakap pc tu slow bila surf internet. Aku cakap tambah lah RAM sebab sekarang pc tu punya RAM cuma 128mb jer. Tak sangka pulak dia memang serius nak upgrade dia nye PC. Dia campak kat aku 200 suruh carik RAM. Aku pun call Botak ajak teman aku gie Landmark untuk carik RAM. Kebetulan mamat tu memang nak beli PC untuk office dia. Dia datang pick up aku kul 1130. Dan terus gi ke Landmark. Kira syurga PC lovers la untuk org JB. Dekat 8 kali kita orang tawaf kat Landmark tu. Akhirnya Botak grab jugak satu PC Pentium dual core yg aku rasa berbaloi. Harga dia $1400.00. Oklah tu kiranya dah lebih spec untuk kegunaan EDI office dia. Aku redah 3-4 kedai carik RAM untuk bapak aku dan akhirnya jumpa. Itu pun kat kedai repair PC Irfan si mamat Pakistan tu. RM150.00 dia cakap sebab Ram Kingston 266mm tu susah nak carik. Tak kisahlah aku amik jerk. Pastu singgah kedai accessories PC aku amik Car MP3 player dan USB hub aku belikan ayah aku. Pukul 2 ayah aku call cakap dia dah nak balik kampong. Aku pun berdezup balik rumah dia sebab nak pasangkan Ram tu kat PC dia. Tak yah la aku tunggu sampai hari Ahad untuk pasang menda tu.

Lepas pasang RAM and test run. Aku cabut gi office Botak. Dia suruh aku setup windows untuk PC yang baru dibeli tadi. Siap setup dekat pukul 5.00. Pastu chit chat kejap dengan dia. Sambil dia usha-usha aku untuk kerja dengan dia. Aku wat bodo jerk. Bukan tak nak tapi aku seboleh-boleh elak untuk keja dengan dia. Dulu aku dah kerja dengan dia sekali pastu aku cabut. So aku tak naklah pisang berbuah dua kali. Dekat pukul 530aku cabut gi UDA amik Danish dan Adam pastu terus heading ke bandar nak amik Eton. Pastu gi dinner dengan dia orang kat Wak Radol. Takde menda yang special dan terus balik. Besok aku tak sure nak gie mana…Tunggu jerk la.

Labels:


posted by admin at 8:13 AM | Permalink | 1 commenti

Kerja, kerja & kerja

Thursday, February 21, 2008
Ore : 9:31 AM

Wah letihnya badan. Rasa macam nak demam pun ada. Aku dah apply cuti untuk hari Jumaat nie tak sure lulus ke tak? Penat giler seh badan nie. Kadang-kadang aku rasa ada benarnya kata rakan-rakan yang aku nei workaholic. Sentiasa sibuk dan tiada masa. Benarkah aku nie giler kerja? Entahlah aku sendiri pun tak pasti. Yang pasti bebanan kerja yang aku pikul terlalu banyak sehinggakan tak tertanggung rasanya. Tekanan kerja masalah peribadi, keluarga dan cita-cita sentiasa bermain difikiran. Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? Kadangkala rasa macam hidup aku ni macam tiada tujuan. Apa yang aku kejar pun tak pasti. Bukan takde target ada. Tapi asyik tersasar sahaja. Apa silapnye perhitungan aku sesebelum ini. Banyak benda kena dikaji semula. Bukan sekadar untuk mencari punca tetapi yang paling penting untuk memperbetulkan dan sekaligus menghampiri tujuan atau pun matlamat. Aku rasa sebagai seorang insan itu sahaja yang termampu aku lakukan disamping terus berdoa. Moga-moga suatu hari impian ini akan tercapai hendaknya. Rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi. Tapi benarkan hidup akukan selama ini……… Apa aku melalut nie……. Hehehehe..

Labels:


posted by admin at 9:31 AM | Permalink | 0 commenti

Gimik Astro dan Pengacara Akademi Fantasia 6.

Wednesday, February 20, 2008
Ore : 8:38 AM



Akhirnya terlerai jugak rahsia siapakah orang yang bakal mengantikan Aznil untuk menjadi Pengacara Akademi Fantasia 6 setelah sekian lama didominasi oleh Aznil. Walaupun sudah diramal dari awal namun sehari sebelum pengumuman rasmi dibuat banyak spekulasi yang timbul dan cuba dimanipulasi oleh para pelopor pengikut setia AF bagi menambah debaran. Nama Zainal Alam Kadir, Ogy, dan beberapa lagi nama yang digemburkan untuk mencetus pembuka selera peminat rancangan realiti no satu negara

heboh didebat diruang forum. Kononnya ada perubahan saat akhir. Kejutan besar dan bermacam2 lagi ditimbulkan. Dan sekali lagi kejutan yang suam-suam kuku juga yang menjadi paparan. Almaklumlah dah trade mark Akademi Fatasia yang kononnya sarat dengan kejutan tidak boleh ditinggalkan. Akhirnya nama AC Mizal juga yang diumumkan sebagai pengacara untuk konsert dan Sarimah Ibrahim akan menjadi hos untuk Diari musim kali ini.Tahniah untuk keduanya. Anda kecewa? Mungkin bagi saya…

Dengan perubahan imej yang dibawa AC mungkin dia cuba membawa standard level yang baru untuk pengacaraan musim kali ini. Kesungguhan itu amat dihargai. Saya masih mengharap Sarimah untuk konsert tapi adakah itu akan terjadi. Sedangkan ada kedengaran suara-suara peminat yang turut kecewa hingga mengharap AC kena demam campak agak keterlaluan kerana tidak adil bagi kita memberi kesimpulan tanpa memberi ruang kepadanya. Sekarang bukan masanya untuk memberi pendapat sebab keputusan telah dibuat. Cuma masa dan keadaan yang menentukan impak yang bakal dibawa oleh AC.

Satu lagi perkara yang menarik minat saya mengenai pesan Pengetua AF6 Ramli MS kepada para pelajar musim kali ini. Agar para pelajar mempergunakan kesempatan yang ada untuk menimba ilmu sebanyak mungkin ketika diakademi. Walaupun agak klise namun ianya ternyata penting dan harus disemat disanubari para pelajar. Saya amat berharap kegemilangan AF2 bakal berulang atau menjadi lebih hebat. Itulah janji Sang pengetua untuk musim kali ini. Harap-harapnya barisan pelajar musim ini penuh dengan kualiti dah potensi untuk diketengahkan bukan hanya bersandar pada drama sahaja.., Saya tetap berharap…………..

CREDIT PIC: Klubbkidd

Labels:


posted by admin at 8:38 AM | Permalink | 0 commenti

Cuti dan Pokai…

Monday, February 18, 2008
Ore : 9:29 AM

Jumaat lepas aku balik umah mak aku. Sebab dah lama tak tidur kat umah dia. Adik aku Adi pun ada kat situ. Lama betul mamat tu tu cuti. Sebenarnya aku ingat nak tidur rumah mak aku sebab ingatkan besoknye aku tak kerja tapi bila boss aku cakap yg sabtu tu aku kena kerja tak dapat la aku stay umah mak aku lelama. Boring siak. Sampai jekr umah mak aku terus ajak ayah aku makan nasi lemak yg dia suka dan aku sempat tapau (Kos $20.00) sebelum datang umah dia pastu terus lanyak dia nye PC. Tapi takde wat apa pun surf gitu-gitu jerk tak dapat nak concentrate carik bahan untuk update blog pastu borak ngan mak aku sambil tengok Raja Lawak. Aku admit tahunnye contestant lebih berbakat berbanding dulu tapi yg aku confuse tu nape Pak Tamnye vote tinggi sebab dia nie bukannye lawak sangat. Undi simpati kot. Then call my sister and wish dia happy birthday tepat jam 1200 mlm. Pastu pujuk dia lepak umah mak aku. Pastu sambung balik surfing net sampai birthday gurl datang. Takde wat per-per surprise pun. Cuma gie wish kosong. Sian kat adik aku tu. Takpe la nanti aku bagi gak hadiah. Niat nie. Borak ngan dia sampai kul 3.00 pagi pastu masuk tido. Bangun semula kul 6.00 solat subuh sambung balik tido Pastu terbangun kul 8.30. Alamak aku terlewat gi kerja. Bored and rushing gi kerja tanpa sarap per2 pun. Tengahari tu Eton datang amik aku terus bawak gi Uda tapau Nasi Ambang dan Kopi O kosong + rokok (Kos $15.00). Then move to rumah Iena makan tengah hari kat sana. Then gi sekolah Danish untuk meeting. Meeting abis kul 5.00 petang dan amik Iena gi Tasek Pandan sebab Iena & Eton nak jogging. Balik jogging minyak keta dah menyala-nyala minta diisi. Tuang minyak kat BHP Tampoi Danish sibuk nak air (Kos $20.00). Hantar Iena dan gi umah Mak Eton. Borak kejap ngan bapak dia pastu gie jumpa Fazli sebab mamat tu nak pinjam duit (Kos $100.00). Kasi dia duit dan borak-borak kejap samapi kul 12.30 terus belah balik rumah. Malam tu aku repair CPU P4 Usop yg ada kat umah aku dan layan VCD Heroes season 2 yang Linkeen kasi sampai kul 4.00 pagi. Besoknye bangun kul 1.00 tengahari. Then Guile call ajak jumpa. Dia nie ex-roomate aku kat Uitm Melaka. Terus ajak Eton accompany aku gi jumpa Guile kat Jusco Taman Universiti. Meet him kat Oldtown White Coffee borak dan minum (Kos $25.00). Mamat tu dah nak kawin bulan 3 nie. Tahniah la untuk kau, kawin gak akhirnye. Dia jemput aku gie kenduri kawin dia next month kat Melaka and I promise to attend it. After that gi ke Uda sebab nak tukar tayar keta dan disk pad yg dah berkurun abis kat sana (Kos $180.00). Sambil tunggu mamat tu tukar tayar gi basahkan tekak minum cendol kat tepi jalan tu (Kos $1.20). Siap jerk tak tau nak gie mana call Iena cakap nak datang umah dia. Dia kata Ok. Terus jerk carik warung yg jual chay kueh beli dan Eton lak sibuk nak beli tali kasut aku bagi dia duit dan siap kirim rokok pada dia sekali (Kos $15.00). Lepak kejap kat umah Iena sambil kunyak minum petang pastu sebelum Magrib dah cabut nak balik umah. Minyak keta dah menyala lagik gi tuang kat Caltex (Kos $25.00). Pastu tengok keta kotor giler gi basuh jap (Kos $8.00) Baru balik umah. Dah sambung tengok vcd Heroes yg Linkeen kasi pinjam. Mata pun dah ngantuk aku pun nak tido. Tapi aku sempat gak tengok balance duit yg ada dalam wallet aku, cuma tinggal $20.00. Benci betul aku cuti nie…. Pokai akhirnya…

Labels:


posted by admin at 9:29 AM | Permalink | 0 commenti

Pengacara Akademi Fantasia 6

Thursday, February 14, 2008
Ore : 8:33 AM


Tolong mak aku setup streamyx

Hari ni aku agak sibuk dengan urusan peribadi sampaikan boss aku ajak aku lunch pun aku wat tak endah. Tapi lepas dipujuk2 aku ikut jugak boss aku gi lunch kat Sri Bayu. Itu pun lepas abis jerk makan aku tinggalkan boss aku terpinga-pinga membayar.. Aku dah janji dengan ayah aku nak setupkan internet kat rumah dia. Tapi babeng betul Aku try setup tak boleh2. Sampai pukul 230 aku cuba setup siap call TM Center lagi tapi tak leh gak connect internet. Rupa-rupanya line streamyx kat umah bapak aku tak stabil. So aku settlekan benda tu time petang lepas kerja. At last leh gak connect internet kat rumah mak aku. Bapak aku memang beriya-iya sangat nak mauk internet sebab dah pencen so dia nak layan main saham jerk kat rumah. Bestnye lepas nie selalu la aku lepak rumah mak aku lanyak dia nye internet. Muhahaha…

Bank in cheque nuffnang

Lepas dah setup streamyx kat umah mak aku, aku lari jap gi Maybank nak bank in cheque nuffnang yang aku dapat semalam. Inil kali ketiga kau dapat cheque dari nuffnang kira puas hati gak la pakai nuffnang. Sekarang aku dah tak nak pakai local advertiser yang lain. Aku cuma caya nuffnang jerk. Yang lain tu macam scam la.. tak pernah kasi cheque pun. Nuffnang dah prove it yang dia bukan scam. Nak harap advertlet hampeh. Buat sakit hati jerk dah dekat 10 cash out aku hantar satu pun tak dapat lagik.

Pengacara Af6

Siang tadi masa kat office sempak gak belek forum Cari carik gossip yang terkini dan panas. So ada baca satu tread yang cakap nama Roslan Shah ada naik untuk jadi pengacara akademi fantasia 6. Takde ribut takde apa tak alih-alih nama mamat nie lak naik. Nama pun gossip so aku rasa Astro takkan nak amik kot Roslan Shah nie. Sebab ramai yang tak familiar sangat dengan dia nie. Walaupun dah ramai wartawan nobatkan dia pengacara no 2 negara lepas Aznil. Apa tak ramai wartawan dah ban si Azwan Ali. So automatik jerk la dia nie dapat gelaran tu. Lagi satu nampak sangat wartawan nak sakitkan hati Azwan tu. Anyway aku tak suka dua2nye sekali. Tak masuk akal betul kalau diaorang nie yang dapat jadi host AF musim nie. Anyway pengumuman rasmi siapa yang bakal menjadi pengacara AF akan diumumkan pada 19hb Febuari nie. Siap ada siaran langsung lagi program Fail Sulit Akademi Fantasia (episode akhir) jam 5.30 petang dan ulangan pada 9.00 malam hari yang sama. Harap sangat Kak Mah Gali yang dapat. Oklah aku dah ngantuk nak tido.

Labels:


posted by admin at 8:33 AM | Permalink | 0 commenti

Akademi Fantasia 6!!!!

Tuesday, February 12, 2008
Ore : 8:27 AM


Wah, sekarang ni makin galak orang sibuk memperkatakan pasal Akademi Fantasia musim ke enam yg baru jerk abis sesi ujibakat. Kontroversi AF 6 dah mula diperkatakan sejak pengumuman perlantikan semula Ramli MS untuk jadi pengetua musim ini dan had umur peserta yg dinaikkan ke 46 tahun. Dan sekarang ni peminat Akademi Fantasia masih sibuk meneka siapakah barisan tenaga pengajar dan pengacara AF untuk musim ini. Bila aku baca kat forum cari, Joe Klubbkidd dah mula umumkan barisan ramalan dia.

Dia cakap itu yang dia dengar dari sumber orang dalam Astro. Kalau ikutkan tak banyak berbeza dengan musim kedua yang mana Ramli MS juga pengetuanya ketika itu. Cikgu Fatimah Abu Bakra, Linda Jasmine, Fauziah Nawi, Shafi dan Siti Hajar disebut bakal menyandang jawatan pengajar di akademi musim ini. Cuma dalam senarai yang Joe kasi tu takde Cikgu Adnan dan cikgu motivasi. Kalau untuk kelas Cikgu Adnan yang mungkin gantikan tempat tu adalah Genervie Kam. Aku pun tak kenal sangat minah nie. Tapi Joe cakap yang minah nie memang got a lot of experience. Kalau betul ok la. Lagi satu post kira macam cikgu sandaran untuk AF kali ini adalah Simon Lok yang ajak Anne dan Wafi dalam Sehati Berdansa.. Kalau mamat tu kira ok la jugak kalau nak dibandingkan dengan Cikgu EE yang birah semacam tu. Mamat ni lebih cool and gentle and look more pro as a chorographer than EE. Tapi menda ni semua masih lom official lagi sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Astro tidak lama lagik. Mungkin dalam seminggu dua nie kot. Lagi pun sekarang nie orang sibuk nak pilihan raya. Sibuk nak AFUNDI wakil rakyat dan aku buat pertama kalinya akan gi mengundi tahun ni. Kiranya sekarang nie masih virgin voters laa.. muahahhaaa…

Lagi satu Joe ada mention bakal pengacara AF tahun ni akan disandang oleh AC Mizal dan Sarimah. Tapi AC Mizal akan jadi host untuk konsert dan Sarimah untuk Diari, Imbasan atau pun Debat Akademi Fantasia. AC Mizal??? Yuck!!!! Takde orang lain ke gamaknye Astro nak amik. Takkan semuanye si AC ni nak sapu. Dah la Telemacth kat Astro Ceria pun dia sapu inikan pula untuk Konsert Akademi Fantasia, takkan dia nak tolak? Anyway my personal thought Sarimah more suitable then him in concert. Tak sure la pulak kalau pihak produksi nak wat dua2 sekali time konsert. Keep praying for the best for AF this season. Any update for AF will be update soonest.

Additional info pasal sesi ujibakat AF

- Peringkat umur peserta telah dinaikan ke 46 tahun menyaksikan ramai orang tua-tua yang perasaan ada bakat datang audition, walaupun yang layak ke peringkat seterusnya sikit jerk.

- Lagu yang paling popular dinyanyikan oleh peserta lelaki adalah lagu Izinku Pergi yang menyaksikan ramai peserta lelaki disuruh pergi balik balik rumah lepas nyanyi lagu tu. Muahahhaaha…

- Menaruh Harapan menjadi lagu favorite untuk perserta wanita untuk sesi ujibakat kali ini. Memang nampak sangat ramai yang menaruh harapan nak instant glamour tapi tak ramai yang dapat.

- Jumlah peserta yang hadir untuk ujibakat lebih ramai tahun ini berbanding tahun lepas melebihi 6000 peserta.Itu pun ramai yang dihalau balik sebab masa tak cukup. Nak2 masa hari terakhir ujibakat di Wisma PNB.

Credit For:

Joe Klubbkidd

Cari Forum

Astro

Labels:


posted by admin at 8:27 AM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com