About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Eton.. Oh! Eton...

Monday, August 31, 2009
Ore : 7:54 AM

Nama gerai yg aku gi buka puasa

Salam Ramadhan... Sedar tak sedar dah lebih seminggu kita berpuasa... kejap jerk rasanya.. hari jumaat lepas aku tak keja so aku jaga laa 2 org hero aku. Malas nak hantar nursery. Eton pun cakap dia balik kerje lewat. Maknaha... aku hari tu kena berbuka puasa dgn anak2 je la. Alif puasa hari tu.. Adam tak..

So aku decide nak gi makan simple as we can.. Dah pukul 6.30 ptg baru aku keluar rumah. Aku budget pergi amik duit pastu gi la carik gerai makan kat area Perling mesti sempat. Sebab aku tak nak Alif & Adam tunggu lama utk makan. Alhamdulillah segalanya lancar. Tapi kesian juga aku tengok budak2 ni ngantuk sangat.. masa dlm perjalanan jek dah membuta.

Muka Bangun Tido

Sempat gi sambung tido

Sampailah tiba kat gerai makan tu baru aku kejutkan. Itu yg muka sembab tu bila sampai lat situ..Lepas makan, kita org gi gunting rambut, sbb aku memang dah janji dari minggu lepas lagi kat budak2 tu. Then terus balik umah menunggu kepulangan Eton dgn setianya. Malam itu Eton sampai rumah dekat pukul 12.00 mlm. Sian tengok dia keletihan.. Dia siap pesan esok pagi dia still kena pergi office balik tuk siapkan paper work dia dan dia ajak aku teman dia. Aku cakap OK!.


Malam tu ku tido pukul 4 pagi sbb malas nak tido pastu bangun balik sahur. Jadi nye aku surfing internet sampai kul 4 pagi (sambil kunyah-kunyah) pastu baru tido. Pukul 630pg Eton dah kejut tuk solat dan terus bersiap untuk gi office dia. Aduh peningnye kepala aku time nie.. nak tak nak aku tahan je.

Aksi UglykidDin ketika buat compilation.

Sampai office eton, Din budak opis dia dah sampai. Terkejut gak aku tengok keje dia yg melambak2 tuk dia siapkan. Sampaikan nak compile report kena susun atas lantai. Aku ada la jugak beri bantuan yg tak seberapa tuk Eton.
Forum Central

Nak tolong lebih2 takut lak salah. So aku dok surffing internet jek la... Sambil layan Forum Central. Adalah sikit peningkatan forum central ni aku tengok dari user sikit dah bertambah hari demi hari. Target aku, kalau leh nak jadikan Forum Central ni salah satu laman Forum yg terkemuka untuk user Melayu. Harap2nya dapat la support dari kawan2 semua.. Ok laa aku dah nak tido ni .. sbb masa aku taip ni aku baru jer balik keje malam. Mata memang stim giler nie.. Salam...

Labels:


posted by admin at 7:54 AM | Permalink | 2 commenti

Berbuka puasa bersama Shida and Family

Friday, August 28, 2009
Ore : 12:08 AM

Tauhu hot plate
Baby Kailan Masak Sos tiram & Burung Puyuh Black Paper (Yum Yum)
Ikan Stim Lemon yg sedap giler

Assalamualaikum...
dah berapa hari aku tak sempat nak wat posting kat blog ni. Kebelakangan ni sibuk kat ruang forum terbaru Forum Central. Maklumlah ruang forum baru banyak benda nak kena setting. Korang yg baca blog ni jemput la masuk forum tu, sumbangkan idea dan pandangan bernas korang kat situ. Sharing is caring... betul tak?

Ok2 untuk posting kali ni takde la citer best2 cuma nak update pasal aku dan eton gi berbuka puasa bersama family adik aku shida. Memang mulanya takde plan nak berbuka puasa kat luar. Entah cam mana tiba2 tekak aku mengidam pulak nak makan Ikan Stim Lemon kat Pak Soh Stulang tu. Masa on the way ke rumah shida aku call eton suruh dia confirmkan dgn shida tuk berbuka puasa kat sana. Lepas amik adik aku dan Eton yg dah siap terbaring kat bawah office dia sbb lama sgt tunggu aku sampai, kita org terus heading ke Pak Soh yg tak jauh dari office eton. Mula2 risau jugak takut takde seat. Tqapi nasib baik hari ni tak ramai pulak yang nak berbuka puasa kat sana. Syukur... Akhirnye berjaya juga menyelesaikan ibadah puasa untuk hari yang ke enam. Kejap jerk semua makanan atas meja tu licin... memang puas hati la makan kat situ. Boleh kata kebanyakkan makanannya tak menghampakan nak nak Ikan Stim Lemon tu. Rasa cam nak hirup-hirup jek kuah nye... Korang yang tak perah rasa aku masakan Ikan Stim Lemon kat Pak Soh ni memang aku rekomen sangat untuk cuba. Ok la aku akan buat posting lain pulak akan datang. Selamat berpuasa.. (maaf tiada gambar family yg dipaparkan cuma gambar makanan aje)

Licin
Izz Haida dah makin sihat sekarang

Labels:


posted by admin at 12:08 AM | Permalink | 0 commenti

Selamat Hari Lahir Adam Aqmal Danial

Sunday, August 23, 2009
Ore : 2:38 PM






Selamat Hari lhair yang ke 5 buat hero dad n mummy. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Jgn nakal-nakal belajar rajin2. Amin...

Labels:


posted by admin at 2:38 PM | Permalink | 1 commenti

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Friday, August 21, 2009
Ore : 11:40 PM

Labels:


posted by admin at 11:40 PM | Permalink | 0 commenti

Resepi Burasak (Masakan Bugis)

Thursday, August 20, 2009
Ore : 7:08 PM


Burasak ni masakan Hari Raya Orang Bugis

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe.
  • Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
  • Tali rafia dan gunting

Cara-cara

  1. 24-10-08_2148
    Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
  2. 24-10-08_2149
    Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang2 saja...
  3. 24-10-08_2154
    Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
  4. 24-10-08_2321
    Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
  5. Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.

Labels:


posted by admin at 7:08 PM | Permalink | 1 commenti

Peperiksaan Jabatan.

Wednesday, August 19, 2009
Ore : 12:48 PM

Seperti yg aku cakap semalam, hari ni aku nak wat post pasal peperiksaan jabatan yg aku amik. Semalam ada la jugak aku belek2 kertas soalan lepas2 jadi peperiksaan hari ni tak la seteruk kertas yang aku amik semalam. Kalau kau tengok gambar kat atas tu, memang nampak cam budak sekolah yang amik periksa.. hehe apa tak nya baju putih seluar biru gelap dah sama dgn budak sekolah rendah punya uniform tak pun pak guard jaya jusco. Secara keseluruhan aku agak yakin kertas hari ni aku boleh lulus. walaupun masih ada lagi sesi tembak menembak jawapan disaat-saat akhir. Tawakal jer laa.. Moga-moga lulus. Amin..

Labels:


posted by admin at 12:48 PM | Permalink | 1 commenti

Semoga Nazran Cepat Sembuh

Tuesday, August 18, 2009
Ore : 11:02 PM


Post kali ni aku nak dedicated tuk anak Office mate Eton. Nazran nama baby comel ni. Dia baru jerk lahir tapi doctor cakap ada problem sikit. Aku tak pasti apa masalahnya. Tapi bila si ibu baby ni mms pic baby ni pada Eton... sayu sungguh rasanya. Kenapa bayi yg sebegini muda terpaksa menanggung penderitaan ini... Adakalanya kita sendiri alpa dgn nikmat kesihatan yg Allah beri. Kita tidak rasa bersyukur dan tawaduk pada Nya. Terkesima ... Marilah kita sama-sama berdoa semoga adik Nazran cepat sembuh...

p/s: berita terbaru ... adik Nazran semakin pulih...

p/s: esok periksa lagi.. hari ni punya periksa hancur... nanti aku update pasal periksa aku...

Labels:


posted by admin at 11:02 PM | Permalink | 0 commenti

Jom Beli Buku!!!!

Sunday, August 16, 2009
Ore : 9:35 AM

Semalam balik keje pagi.. tapi tak sempat nak tido.. lepas surf internet aku ajak Eton pergi carik buku Akta Imigresen sebab aku ada periksa hari selasa dan rabu nie. Kita orang gerak gi Angsana pukul 12.30 tapi tak terus gi carik buku.. maklumlah dah tengah hari mesti pergi mencekik dulu.. Pergi la makan kat Asam Pedas kat Desa Rahmat... Sedap giler... yum..yum...yum... Lepas tu baru la gerak gi Angsana sebab Badan Book Store ada kat sana...

Aku terus jek carik buku Akta Imigresen.. mula-mula tak jumpa yg banyak buku nota PTK jerk.. Rupa-rupanya aku cari kat salah section. Dah dekat 1 jam baru aku jumpa buku akta tu... Aku terus sambar buku Akta dan buku nota PTK yg aku rasa tak lama lagi aku akan pakai... Alif dan Adam pun sibuk mencari buku. Hang out kat situ dekat 3 jam belek2 buku yg best2.
Sudahnye gambar kat atas tu la buku-buku yg kita orang borong kat Badan Book Store... Asyik sungguh lepak kat Badan Book Store ni... 3 jam kat sana pun rasa kejap jerk...Lepas tu terus hang out balik rumah.. tido....
Sebelum blah dari badan aku sambar lagi satu buku yg tengok cam best ni.. Rahsia Jutawan Ebay dari Stuart Tan... Aku cam nak belajar buat sales kat ebay. So seblum start ni nak jugak cari ilmu.. Oklah kalau aku dah abis baca buku ni aku kat reveiw kat blog www.immalaysia.blogspot.com...

Labels:


posted by admin at 9:35 AM | Permalink | 0 commenti

Kebosanan...

Saturday, August 15, 2009
Ore : 7:54 AM


Semlm aku keje petang... tak banyak public yang masuk hari ni.. aku pulak jaga tempat yg selesa... lagi la rileks.. dah lama rileks ni kebosanan pulak... nak gi minum pun takde kaki yg reaht saing.. last2 aku gi minum sorang2 jerk.. lepak kantin exportsambil tengok TV. cerita apa ntah yg Linsday Lohan berlakon... aku pun tak tau apa tajuk nya... tengok cam best jerkk... tapi aku tak dpt layan sampai abis... kena masuk balik kerja.. Dalam masa lepak2 kat kaunter pulak ada pulak nampak bus datang.. yg lawaknye ada passenger dalam bas tu punya laa kurang ajar perilakunya... aku malas nak tulis apa dia buat.. cukup la kalau kau tengok gambar kat bawah ni.. Apa la perasaan orang yg duduk depan dia tuu...

Labels:


posted by admin at 7:54 AM | Permalink | 0 commenti

Buat Pasport. & Tukar Brake Pad

Wednesday, August 12, 2009
Ore : 12:02 PM

Hari ni aku merambu kat Wisma Persekutuan Johor Bahru

Pagi2 lagi mak aku dah call ajak aku pergi teman mak dan ayah aku buat passport. Maklumlah aku nikan keje dgn gomen. Jadi minta tolong la kot-kot ada kawan yg boleh bantu cepatkan proses yg sememangnya sudah sedia cepat. Kalau dulu satu hari sekarang 2 jam saja dah siap. Nak tak nak terpaksa aku ikut. Walaupun aku cuma tido dua jam saja malam tadi. Lepas hantar Adam & Alif pergi sekolah. Aku terus hantar eton pergi keje(padahal eton yg drive dari rumah). Lepas hantar eton terus pegi ke rumah shida. tapi kunci laki dia tido sbb baru balik keja malam. tak sampai hati pulak nak kejut. So aku lepak aje dlm keta sampai mak ayah aku sampai.
Ayah aku tgh belek passport baru dia

Kita orang sampai ke Wisma persekutuan tepat jam 11.30 pg. Sampai aja kat sana jumpa plak member IO Zakie. Borak2 jap dgn dia pastu terus naik atas. Hajat hati nak carik IO Riana, mana lah tau dia leh tolong cepatkan proses buat pasport tu. Tapi dia takde pulak. Pastu aku turun bawah balik tengok mak aku tengah tunggu dekat kaunter warga emas. Ini lagi bagus... lebih cepat.. tak yah pakai kabel2 nie.. setengah jam jerk tuuupp siap dah pasport mak ayah aku. Pasport lama

Lepas tu aku balik semula ke rumah shida sbb nak amik keta aku kat sana. Kemudian terus gi amik Alif dan Adam dan aku plan nak tukar brek pad keta aku yg dah berbunyi cam biola. Aku gi Kip Mart tanya mahal nak mampus. Korang tak payah laa nak gi kedai tayar tu kalau nak tukar tayar ke apa. Memang mahal nak mampus. Pastu aku rounding area Tampoi Utama carik kedai tayar lain, jumpa la satu kedai tayar goodyear harga dia nak charge aku pun reasonable. So terus tukar break pad kat situ. Mata aku time tu dah mula kuyu laa... Ngantuk nak mampus... Lepas ni aku mesti membuta punya...Pit Stop
Brake pad aku dah nipis gilerrrr...

Alif dan Adam dah merengek kelaparan. Terpaksalah aku gie makan dulu. then terus balik rumah kemas sikit2 dan take a nap..... ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzz.........

Labels:


posted by admin at 12:02 PM | Permalink | 0 commenti

Adam & Izz Haidar....


Ore : 4:12 AM

Adam yg tengah masa kecik

Izz Haidar

Bila aku belek-belek balik aku punya koleksi gambar yg lama2 terjumpa pulak gambar adam masa kecik. Baru aku perasan yg muka dia ada iras dengan anak buah aku Izz Haidar. Sepupu la katakan. Comel betul. Cuma anak aku ni gelap sikit kalau nak bandingkan dengan Izz Haidar ni yang putih melepak. Tetapi sedih juga bila teringat keadaan Izz Haidar yg sekarang ni masih ditahan di hospital (masa post ini ditulis) akibat jangkitan kuman dalam darah. Ini bukan kali pertama dia kena tahan kat hospital bulan lepas pun dia kena tahan juga sebab cirit birit. Kadang-kadang tu aku rasa nak salahkan adik aku aje. Sebab dia tak pandai jaga anak. Main taruk aja dimana suke. Pulak tu keadaan rumah dia yang jarang di kemas. Balik2 sapu rumah, tapi yang belakang almari dan sekeliling rumah bukan geti dia dgn suami dia nak kemas. Semoga Izz Haidar cepat sembuh. Amin...

Labels:


posted by admin at 4:12 AM | Permalink | 0 commenti

Fanatic Ben 10

Sunday, August 09, 2009
Ore : 11:59 PM

ni poster yg dia orang nak time gi Danga Mall

Sarung Cadar & Bantal Ben 10

Cuti nie.. sibuk betul Eton kemas rumah... aku bangun lewat sebab baru balik keje pagi tu.. apa saja yang dpt aku bantu... Tolong tengok jek la.. Tapi bila aku tengok bilik Alid dan Adam dah kemas. Terus teringat kat sarung tilam yang aku belikan tempoh hari. Alif ni memang fanatik Ben 10. Dari baju sampai ke mainan banyak dah aku dan Eton belanjakan tuk penuhi kehendak hero sulung aku ni. Pasal tu laa bila aku terpandang cadar dan sarung bantal Ben 10 ni aku terus beli sebab teringatkan kefanatikan dia... Lagi pun cantik jugak aku tengok cadar tu.. Harapnya suka la dia... Lepas ni nak kena carikkan sarung cadar tuk Adam pulak. Dia ni fanatik Transfomers. Untung betul anak2 zaman sekarang ni. Banyak benda yg masa aku kecik tak dapat dia orang dah boleh dapat. Harap2nya mereka ni tau la bersyukur...

Labels:


posted by admin at 11:59 PM | Permalink | 2 commenti

OT...

Friday, August 07, 2009
Ore : 7:57 PM


Malam ni aku kena keje OT.. ni kiranya first time la aku buat OT sejak aku masuk perkhidmatan awam ni. Entah laa... mesti rasa janggalnya sbb bukan cambur ngan budak group aku. Aku kena campur ngan buda group lain.. layan jerk laa.. Dipaksa rela...

Labels:


posted by admin at 7:57 PM | Permalink | 0 commenti

Rezki Allah ..

Thursday, August 06, 2009
Ore : 1:06 AM

Salam.. Hari ni aku mula kerja semula setelah off dua hari.. Dpt pulak jaga bas masuk dewan B. APa lagi rileks la aku... banyak masa berbual ngan Lamit dan Tg. Afrizan pasal Interner Marketing. AKu cakap la apa yg aku tau. Dan sebelum aku gi kerja tadi aku check mail box aku nye cek nuffnang dah sampai. Syukur sangat dapat la aku tambah2 duit belanja harian aku tuk seminggu dua ni... Kalau korang nak tengok gambar cek nuffnang tu kauorg leh gi tengok kat www.immalaysia.blogspot.com.. Ok la nak tido esok keja pagi.. jaga motor keluar lak tu.. mesti penat giloss... Adios... Salam ...

Labels:


posted by admin at 1:06 AM | Permalink | 0 commenti

rajin nye aku...

Monday, August 03, 2009
Ore : 10:26 PM

entah apa angin ntah datang... tiba2 aku rajin pulak nak update blog-blog aku yg melambak tu... boleh dikatakan hampir 80% blog aku semua diupdate hari ini. padahal aku baru jek balik keje malam... tak tido pun... balik rumah terus update blog sampai kul 3 petang... Tapi ari ni hero2 aku semua ada kat rumah.. aku layan sebaik mungkin. maklumlah aku ni penerima bapa mithali tahun 1413hijrah yang lalu.. Kelmarin time aku keja petang... aku jaga kat bas masuk.. adalah pulak jumpa Vince AF1 tu... dia baru balik dari singapore. Dia dengan awek dia lagi dan aku pun apa lagi menyibukkan diri aku tuk jadi peramah tiba2. Aku saja tanya dia nak confirmkan yg minah yg ikut dia tu awek dia ke? Dia confirm memang itu awek dia yg duk kat mexico tu. Wah siap bawak datang malaysia nak kenalkan ngan mak ayah... bagus la tuu.. tapi awek dia tu nampak cam kertu sket jekk.. Hehehe... yang member aku si Lamit lak leh tanya asal skang cam tak laku jek.. ceh soalan laser tul.. tapi leks jek si Vince tu cakap skang dia tengah nak promote single baru dia. Maknanya skang ni sibuk turun naik stesen radio nak kasi single baru laa tuuu.. Sebenarnya best gak keja kat pintu masuk ni... banyak artis yg kita orang jumpa. Cam minggu lepas Cat Farish ada gak jumpa. Dia kena tendang tak leh masuk singapore sebab passport rosak. hehehe.. cian kau...

Labels: , , ,


posted by admin at 10:26 PM | Permalink | 4 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com