About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Banjir di Johor

Thursday, December 28, 2006
Ore : 7:45 PM






Lama sungguh aku tak update blog nie. Bukannya tak nakt api aku sibuk banyak benar urusan g aku terpaksa tempuhi. masalah demi masalah yg aku kena lalui terlalu memenuhi masa yang aku ada. sebenarnya banayk benda yg berlaku disepekitaran aku. Banayk komen yg aku ingin sampaikan mengenai isu-isu terkini dan semasa. Setiap kali aku nak update ada jerk benda yg menghalang. Aku minta maaf, mungkin aku terlalu sibuk disini. Aku mohon maaf sekali lagi. Tapi cuma aku nak ucapkan kesyukuran sebab Allah masih panjangkan nyawa aku lagi, sebab dua minggu lepas aku kena langgar dengan kereta. Kiranya aku berpusing jugak la atas jalan tu. Yelah nak kata aku merempit tak juga tapi kereta tu saja jerk nak rempuh aku kot atau dia memang tak nampak aku masa tu. Allahdulillah sekali lagi kena masih bernafas sehingga kini. Sekarang aku terpikir juga Allah masih memberi aku peluang untuk terus bernafas dan tidak menguji aku dengan dugaan banjir yg maha dasyat tahun ini. Walaupun penempatan aku tinggal begitu hampir dengan sungai namun dengan kuasaNya. Tidak pulak kawasan aku dinaiki air. Bial aku menyaksikan gambar-gamabar yg dikirimkan teman-teman tentang keadaan banjir di kawasan mereka sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran kerana ruang yg Alalh berikan kepada aku sekeluarga. Aku amat bersyukur dengan nikmatNya dan aku amat simpati dengan mereka yg menjadi mangsa....

posted by admin at 7:45 PM | Permalink | 1 commenti

gamabar persandingan Dr Fazley di N9

Wednesday, December 06, 2006
Ore : 3:57 PM






posted by admin at 3:57 PM | Permalink | 2 commenti

Selamat Pengantin Baru Linda & Syed Aiman.

Tuesday, December 05, 2006
Ore : 1:29 PM







tahniah diucapkan kepada kedua mempelai diharap kekal ke anak cucu... Duda + Janda = XXX

posted by admin at 1:29 PM | Permalink | 0 commenti

Mentor 2 Akhir

Monday, December 04, 2006
Ore : 9:47 AM

Uih.. banyak sungguh dugaan dan cubaan yang aku alui sepanjang dua minggu ini. Tapi sebab semalam aku masih sempat lagi tengok konsert akhri Mentor. Walaupun pun aku tak pernah mengikuti perkembangan Mentor sekerap AF tapi untuk Konsert akhir ini aku tengok la. Mungkin sebab debaran konsert akhir ini lebih terasa berbanding konsert akhir AF musim sudah. Walaupun Fiq pada awalnya dilihat berpeluang cerah untuk menjadi juara dengan mudah kerana sokongan padu daripada para pengundi, namun kritikan pertama daripada Roslan Aziz membuatkan kedudukannya iq agak goyah. Amy pun menjadi aku tengok risau dan macam tak puas hati jer dengan komen Roslan. pada aku memang ada benarnya apa yg dikatakan Roslan, tetapi tidaklah seteruk yang disangka. Fiq masih jauh lebih hebat dari Kat dan Nieyl didalam persembahan tetapi secara tekniknya dia masih kurang itu sahaja. Apa-apa pun tahniah untuk Fiq.. dan Niel memang cute malam tu.

posted by admin at 9:47 AM | Permalink | 0 commenti

Sms Mawi kena tangkap

Tuesday, November 21, 2006
Ore : 1:46 PM

Hari Ahad lepas aku saja lah hantar sms buat peminat-peminat fanatik Mawi yang aku kenal. Memang betullah diaorang nie fanatik tak caya cuba tengok SMS dibawah.

Nakal hantar

Peminat Mawi balas


SMS dari Nakal sepenuhnya

Respond dari peminat berani mati Mawi


Tapi ini cuma sebahagian jer dari SMS yg nakal terima sebenarnya banyak lagi SMS yang nakal dpt siap ada SMS ugutan bunuh kepada Nakal sebab sebarkan SMS camtu. Siap Ezie dari KL call Nakal nak tau kesahihan berita tu. Tapi Nakal cuma berpesan lain kali bacalah SMS sampai abis. Jgn terus nak serbu jerkk.. Sebab hari ni last day raya nakal sekali lagi nak minta ampun dan maaf sebab sebarkan SMS tu. Maaf Zahid dan Mawi.. ehehehehe.. tak laa untuk Ezie, Huda, Linkeen, Besarino dan Adipoyo aku minta maaf gurau jerkk tapi kini aku sedar sebab adanya org cam kau orangla Mawi masih boleh bertahan hingga hari ini. Dan Nakal masih teringatkan Marsha......

posted by admin at 1:46 PM | Permalink | 1 commenti

hangatnye sarah

Saturday, November 18, 2006
Ore : 12:44 PM



Bila kau tengok gambar2 kat atas tu. Rasanya memang betullah yang Sarah nie memang tengah asyik la berkawan ngan mat saleh nie yang aku lupa namanye. Tapi setahu aku laa yg mat saleh nie dah pun memeluk Islam sebelum berkawan dengan Sarah rasanya. Aku cuma menumpang gembira bila tengah Sarah gembira takdelah nak berduka setelah kebelakangan ini asyik cirita artis bercerai berai dan putus tunang yang asyik diwar-warkan di media. Moga-moga Sarah dan boyfriendnye tu bahagia..... Aku sebenarnya banyak nak tulis tapi tak sempat laa. Sebab Linkeen gie KL tinggalkan aku kat opis nie buat kerja dia... Cish sungguh Linkeen nie..

posted by admin at 12:44 PM | Permalink | 1 commenti

Soalan Bocor SPM 2006

Thursday, November 16, 2006
Ore : 5:38 PM

Pagi nie aku dapat satu email yg bertajuk Soalan bocor SPM 2006 bila aku baca macam nak pecah perut aku siapalah yg cipta jawapan dia tuu... hahahhahahaha

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer
B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih
D: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Soltan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari
B: Parameswaja
C: Pramugari
D: Pramugara terlampau


SUBJEK : Ekonomi Asas / Perdagangan

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter
B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata
D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search
B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Soalan tambahan :

Apakah bunyi sebutan bg dialek orang PERAK untuk perkataan "KOTA MELAKA"?
A KOTO MELAKO
B KOTE MELEKE
C KUTAK MELAKAK
D KOTE MELAKA

posted by admin at 5:38 PM | Permalink | 0 commenti

kenal ke?

Wednesday, November 15, 2006
Ore : 4:23 PM


posted by admin at 4:23 PM | Permalink | 2 commenti

Errkkkk..... Betul ke??

Thursday, November 09, 2006
Ore : 1:26 PM






Pada 7 November 2006 bersamaan 15 Syawal 1427 selebriti kesayangan anda Dr. Fazley Yaakob telah selamat diijabkabulkan dengan puteri pilihan hatinya Azrene Soraya. Mereka telah ditunangkan terlebih dahulu pada pukul 12 tengahari dan acara pernikahan dilangsungkan pada 2.30 petang di Masjid Saidina Abu Bakar Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Tak terkata... itu jerk yang aku mampu tulis.. Anda bagaimana?

posted by admin at 1:26 PM | Permalink | 1 commenti

Wartawan world.

Wednesday, November 08, 2006
Ore : 7:07 PM


Satu malaya terkejut bila Pancaindera menyiarkan gambar Mawi bergambar deng Ekin. Walhal sebelum nie bagai nak rak si budak botak tu dan adik si kembar tu menafikan kehadiran Mawi ke rumah Ekin. Mawi siap cabar wartawan pula untuk menunjukkan bukti kehadiran Mawi di tempat kejadian. Lalu si wartawan nie pun hantar la pasukan CSInye untuk mencari bukti dan DNA-DNA Mawi yang tercicir dirumah Ekin. Namun tidak ketemuan. Jadi terpaksalah wartawan nie bawak skuad khas iaitu skuad anjing pengesan lantaran tercabar dengan kenyataan Mawi. Kali nie terus berhasil dapatlah dibawa bahan bukti keujudan Mawi di rumah Ekin pada hari raya yang lepas. Dan dicanangnye ke satu malaya yang Mawi nie bersalah. Punyalah besar kesalahan Mawi mengalahkan pesalah mat rempit yang membunuh sambil meragut tu. Besar sangat kesalahan Mawi kerana berbohong dengan mereka. Dan kali ini bagi mereka kesalahan Mawi tidak boleh dimaafkan. Macam diaorang tak ingat la pulak salah diaorang pada Mawi siap fitnah mamat botak tu. Minggu ni merisik dengan Ekin dan minggu depan fitnah Mawi merisik budak UITM la pulak. Padahal budak tu cuma bergambar sahaja itu pun siap mak baapak dia buakn berpeluk cium pun. Lagipun takkan Mawi nak pergi beraya pun kena nak kena kasi tau satu Malaysia kot. Aku sendiri tak paham kenapa mafia-mafia dunia hiburan nie terlampau peka kisah peribadi Mawi berbanding artis-artis lain. Sakit hati mereka pada Mawi tidak pernah padam. Walaupun ternyata Mawi telah mempelajari dari pengalaman yang lepas agar tidak begitu jujur (kes dengan Diana Rafar) tapi kali ini Mawi ternyata terjerat.

Bagi Mawi pulak memang ternyata dah melakukan kesalahan. Dia mesti ingat yang dia tu sekarang dah jadi artis bukan lagi budak kampungan seperti dulu. Kepekaan dia mesti tajam. Dan dia kini mesti bertanggungjawab dengan kesalahnnya itu. Dia mesti minta maaf dan bukan hanya berdiam diri sahaja. Aku pasti ramai peminat Mawi yang kecewa denagn apa yang terjadi. Aku ni bukannya suka sangat dengan Mawi dan Ekin tu, tapi itu hak individu maka aku sebagai warga masyarakat mesti akur. Kalaupun betul diaorang bercinta lantaklah. Cuma Mawi perlu cepat belajar sudah nak masuk dua tahun Mawi bergelumang dalam dunai artis. Mawi sedarlah..Wartawan bantulah...

posted by admin at 7:07 PM | Permalink | 0 commenti

Kepenatan yg teramat.

Friday, November 03, 2006
Ore : 11:01 PM

Setiap kali hujung bulan pasti kepenantan yang akan melanda aku. banayk sungguh urusan yang perlu diselesaikan. Dengan bebanan urusan dioffice dan tanggungjawab keluarga yang dipikul membuat aku semakin kehabisan tenaga setiap kali hujung bulan. Selepas sambutan aidil fitri aku macam tak cukup tangan nak handle kesemuanya. Banyak jemputan ke rumah terbuka terpaksa aku tolak sebab tak terkejar dibuatnya. Masalah kedai pun banyak memerlukan perhatian dari aku. Entahlah samapi bila aku kena begini sampai adakalanya rasa macam dah malas aku nak tanggung benda2 ni. Tapi aku pasrah.....

posted by admin at 11:01 PM | Permalink | 0 commenti

Media Oh Media...

Saturday, October 28, 2006
Ore : 9:08 AM




Isshh... bila terbaca jer muka depan harian metro semalam macam tak caya jer cerita muka depan paper harian tu. Lagi gosip Mawi dengan artis perempuan. Apa dah takde kisah yang press ni nak siarkan. Bukan ke banyak lagi agenda penting negara yang perlu disampaikan. Walaupun ini merupakan akhbar tabliod harian cerita-cerita sebegini tapi cerita sebegini kelihatan kurang memberi mesej positif kepada kerjaya artis terbabit. Memanglah cerita sebeginilah yang ditunggu-tunggu oleh pihak media tabliod untuk melariskan akhbar mereka tapi kesan yang digendong bersama cerita yang tidak pasti sebegini amat perit diterima oleh artis itu sendiri. Adakalanya ianya mampu membunuh periuk nasi artis. Kenapa kisah pelancaran album artis ditidak disiarkan dimuka depan, cerita-cerita positif dari kalangan artis kebiasaannya akan ditulis dalam kolum yang kecil sahaja. Tapi jika kisah yang mengaibkan pasti letaknya di muka depan akhbar. Entah lah malas aku nak taip lagi. Sendiri mau ingatlah.


Cuba teka siapakah artis ini?

posted by admin at 9:08 AM | Permalink | 1 commenti

Selamat menyambut lebaran

Monday, October 23, 2006
Ore : 9:29 AM

Sudah hampir sepurnama nakal tidak update blog nie. Yang ada cuma Linkeen yang menaip pasal persediaan raya dia. Nakal bukannya sibuk sangat emmang ada masa terluang dimalam hari untuk menaip tapi idea untuk menaip itu yang tiada. Tidak banyak perubahan atau isu-isu yangmenarik untuk dikupas sepanjang bulan ramadhan ini. Mungkin Allah tidak mahu nakal mengarut yg bukan2 didalam bulan yg penuh dgn kemulian ini. Rasanya sudah banyak benda yang aku tulis didalam ruangan ini tapi mungkin ada juga tulisan aku yg menyinggung perasaan sesetengan pihak samada aku sedar atau tidak. Aku disini menyusun sepuluh jari memohon keampuanan dan kemaafan dari semua semoga lebaran ini lebih bermakna untuk kalian.

posted by admin at 9:29 AM | Permalink | 1 commenti

dari biji mata linkeen yg tengah berpuasa....

Saturday, October 07, 2006
Ore : 11:40 AM

Dah lama tu tak update blog...maklumlah bulan2 puasa ni....macam malas2 je rasanya...nak kerja pun malas...nak update blog pun takde mood.....serba serbi malas....tapi disebabkan hari ni Sabtu lagi la takde kerja...jadi aku gagahkan diri aku ni nak update blog...kalau tak terkubur la blog si Nakal ni...tapi 1st of all...aku nak wish semua Selamat Berpuasa....dah nak dekat raya baru aku nak wish puasa....tengok2 je dah 2 minggu kita puasa....lagi 2 minggu kita raya pulak...cepat betul masa sekarang ni....nanti tengok2 je dah New Year....umur pun makin lama makin tua....tapi dengan life aku yang sekarang ni...aku tak tau apa yg aku dah ada...apa harta aku dah simpan...future aku nanti macam mana.....pening2....tak yah la pikir2 pasal aku....yg penting nanti kita raya dengan gembira....
Puasa tahun ni pada aku sama je dengan tahun2 yg lepas....masuk tahun ni dah 6 tahun aku puasa dengan raya tanpa bapa aku....masa mula2 tu memang terasa lain sangat....specially bila 1st year tu....masing2 tak bersemangat nak raya....specially mak aku....dia la orang yg paling sedih sekali....pagi2 je lepas masak....dia orang yg pertama pergi ziarah kubur abah aku....dah tak sempat2 nak tunggu kitorang.....bila pergi beraya kat rumah2 sedara pun....tak meriah macam masa abah aku ada...tapi dah lama2 tu....kitorang dah get used to it.....lagi lah akak2 aku dah beranak pinak...hehehehe...at least mak aku tak le sunyi sangat...leh la dia layan cucu2 dia...walaupun cucu2 dia semua tak reti duduk diam....at least dia terhibur....untuk arwah abah aku semoga rohnya dicucuri rahmat....al-fathihah...
Emotional plak aku tulis kan...sebenarnye tak tau nak tulis apa....tulis sikit...aku jalan tempat orang...baru nak dapat idea Nakal panggil suruh tengok cerita hantu lah....tu yg emosi terganggu sikit.....hahahaha.....ok lah..aku pun totally have no idea apa yg aku nak tulis...so...selamat berpuasa dan berbuka puasa....

posted by Ikeen Ismail at 11:40 AM | Permalink | 0 commenti

Pecinta Wanita - Irwansyah & Acha, Ost Heart

Sunday, October 01, 2006
Ore : 4:03 PM

Pecinta Wanita
Filed under: Irwansyah & Acha, Ost Heart

kutemukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yang seperti dia
kuharap dalam cintaku
ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku
reff:aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia
aku memang pencinta wanita
yang lembut seperti dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup dan cintaku ternyata
yang kumau hanyalah dia

download: Pecinta Wanita (right click and save target for download)

posted by admin at 4:03 PM | Permalink | 0 commenti

PENGEMBARAAN KE PULAU SIBU

Wednesday, September 27, 2006
Ore : 1:06 PM

Walla semua aku dah lama tak menaip kat sini pepanjang tapi kali ni aku ada setengah jam untuk menaip seberapa panjang yang mampu untuk lepaskan gian. Ok kali nie ceritanya berkisar pada company trip Linkeeen ke Pulau Sibu. Yelah walaupun bukan bulan posa nie tapi trip tu masih dikira berlaku dalam tahun nie jugak la. Kalau org baca blog ni dari awal mesti kauorang tau bila Linkeen gie trip ke Sibu la. Disebabkan boss si Linkeen ni obses sangat dgn laut, (silap haribulan dia nie pun nak kena sengat nagn sting ray cam crocodile hunter tu) jadi trip company pun kena berkisar dgn laut. Kalau tak salah aku ini merupakan trip yg ke5 kot mesti kena gie pulau atau pantai. Tapi ibarat kata Aiman, Linkeen pun tak kisah. Yelah apa nak kisah semuanya free cuma bawak badan ngan suar dalam jerk (baju, seluar, minyak rambut, pencuci muka, sejadah, telekong, ubat gigi, berus gigi, tuala, tuala wanita, pun bawaklah takkan aku nak tulis semuanya.), Kalau kau orangtengok gamabr kat bawah nie, itulah gambar barisan para peserta yang mengambil bahagian untuk pengembaraan ke pulau Sibu.
Yang kurang sikit rambut tu la boss Linkeen. Linkeen yg mana yer?


Ni gambar lepas kemare rosak kembali pulih. Sebab dah lima jam berposing akhirnya kemera itu kembali pulih. sebab tu pose semua jadi camtu cam patah pinggang jerk. Tapi semangat nak amik gambar tetap tidak luntur. RTW boleh!!!!

Kalau ada sesiapa jejaka yang nak kenal nagn awek kat atas nie nama dia "dok" tu kira nama timangan la kat opis Linkeen. tapi nama penuhnya "Dudok". uih lupa nak cakap Dok dah ada bf lajadi u ols tak leh nak kacau. matilah bapakk kena sembur lepas nie.....

Haah time kat Sibu tu adalah citer nie best tau. Syarahan agama kalau tak salah aku budak dalam gambar nie kena syarahan agama sebab main pakau. dia nie tak dengan ke lagu Datuk M. Daud Kilau tu. Satu Ringgitttttttttt................................ Dua Ringgitttttttttttttttttttttttttt.........

Time makan time yg paling ditunggu. kira cam vacum cleaner dia kitaorg nie sedut jerkkk apa yang ada atas meja tu. Tak kira lah dah masak ke belum ke... main sedut jerkkk.. tapi syok ooo.. nak-nak barbeque malam itu disediakan oleh chef Nakal mestilah sedap menjilat pinggannye...

Niela satu-satunye gambar nakal yg sempat dirakam ketika di Pulau Sibu. Yang mana? Tu yang baju putih kat jeti tu.. siap buat Titanic lagi atas palang jeti... ahahahhahaa.. matilah bapakkkk!!!!!

posted by admin at 1:06 PM | Permalink | 0 commenti

Selamat Berpuasa

Tuesday, September 26, 2006
Ore : 1:05 PM

Assalamualaikum nakal nak ucapkan kepada para pembaca yang beragama Islam dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Jadi sempena bulan puasa ni aktiviti pn agak terbatas. Tidak banyak masa yang dapat diluangkan untuk menaip berita sensasi yg biasanya nakal terima. Lagi pun sekarang nakal tengah sibuk dengan projek baru dengan seorang teman. Apa-apa pun sekali lagi nakal nak ucapkan Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua yang membaca blog ini. wassalam

posted by admin at 1:05 PM | Permalink | 0 commenti

rehat yang panjang

Thursday, September 14, 2006
Ore : 8:13 PM

Aku rasa cukup lama aku berehat dari menulis di blog ini. Walaupun ada la update dari Linkeen dan aku itu pun jarang2 tapi itu kira tak aci la. Memang aku bz abis sebab baru setup kedai untuk Eton. banayk benda aku kena uruskan. Bergaduh, bertekak dan macam-macam lagi aku lalui untuk membuat langkah pertama. Kadang2 rasa macam nak give up jer dari nak business nie. tapi aku kuatkan juga tekad untuk teruskan. Walaupun ini bukanlah jaminan yg kuat bagi diri aku sekeluarga namun aku percaya ini merupakan langkah pertama untuk aku mencapai cita-cita aku yang aku simpan sekian lama. kalau kau orang perasaan aku terpaksa mengabaikan blog ini buat sementara waktu. Hinggakan ulasan untuk akademi fantasia tidak dapat aku lakukan. terkilan juga aku sebab tak dapat nak update blog nie. jadi bila sekarang nie dah setle down balik aku ingat leh lah aku tumpukan balik pada blog aku nie. Insay Allah aku akan kemaskina sekerap mungkin. Hope semuanya maafkan aku..

posted by admin at 8:13 PM | Permalink | 0 commenti

Thursday, September 07, 2006
Ore : 5:48 PM

Kali ni memang betul2 dah lama aku tak update blog.....bukannya tak nak update tapi sebab macam busy tak abih2...lagi satu sebab aku malas nak update...sampai kan Nakal marah2 dalam blog....berani dia marah aku....well...apa yg aku nak cerita pun tak tau...pasal AF pun dah habis...so sekarang tengah tengok 1 in a million dengan Rock Star: Supernova....macam yang orang ni cakap...Lukas memang best...Dilana pun best jugak tapi ada satu time tu dia punya attitude teruk sikit...sayang lah....tapi semua tu boleh improve.....hope dia belajar dari kesilapan...lagi sorang yg aku rasa ok...Magni....muka macam innocent2...tapi bila keluar suara nyanyi...tu dia....rock giler suara dia....bila tengok dia...terus teringat penyanyi group Live....dia pun setakat ni aku tengok banyak nyanyi lagu Live....so sekarang ni yang aku betul2 sokong Lukas...sampaikan aku sanggup download semua video yang dia nyanyi....hope dia menang....
1 in a million pulaknye aku suka tengok Faizal....bukan Faizal juara AF4 tau...dia ni dulu bekas penyanyi nasyid...aku tak sure la nama group tu...tapi yang aku ingat group tu ada duet ngan Jay Jay....so sekarang ni dia join 1 in a million...terus jadi penyanyi rock....dia nyanyi sedap...tapi yang buat paling best is performance dia...memang best....tengok pun syok je...1 more thing yg aku suka...dia nyanyi lagu ikut cara dia...tak ikut original singer....tu yg best....
apa lagi nak cerita erkk...pasal Mr. Crocodile Hunter....macam Nakal cerita sebelum ni...dia telah meninggalkan dunia ni.....sebab tercucuk ekor ikan pari....kesian aku tengokkan...anak pun kecik lagi...
lagi satu aku nak cerita...pasal Febie....aku rasa semua orang tahu dia punya blog dah nak tutup...Febie akan delete blog dia dalam masa 3 hari...jadi aku menyeru semua warga blog...supaya pujuk la Febie jangan bagi tutup blog dia....teruskan lah tulis blog....kalau dia stop tulis...aku pun tak tau nak baca blog sapa lagi selain dari Joe....
Oklah...aku pun tak tau nak tulis apa lagi...aku update ni pun sebab aku tengah tunggu sementara meeting aku start...boss aku pun baru je cakap tadi...meeting postpone...wuaaaa.....suka nye aku...boleh balik!!!!!malam ni tengok result RockStar: Supernova...nak tau sapa keluar...tapi aku ada instinct yg Magni akan keluar.....ok lah...ciao...jangan lupa pujuk Febie....

posted by Ikeen Ismail at 5:48 PM | Permalink | 1 commenti

Steve Irwin dah terbunuh

Monday, September 04, 2006
Ore : 8:24 PM

Kalau siapa ada dengar Era petang tadi, tentau tau yang Si Crocerdile Hunter nie dah terbunuh hari ini kerana disengat oleh ikan pari ketika membuat penggambaran documentari terbaru di Australia. Jadi aku malas nak tulis lagik kerja closing aku banyak minta ampun sebab lama tak update sebab memang busy giler..

posted by admin at 8:24 PM | Permalink | 0 commenti

Adakah ini petanda............

Saturday, August 26, 2006
Ore : 10:07 PM



Bila aku ternampak muka depan Bacaria keluaran 26 Ogos yang lalu , hati ini terus terdetik, adakah ini satu petanda buruk didalam perkahwinan penyanyi tersohor itu?... Menurut adat resam Melayu sirih junjung menjadi menjadi lambang utama untuk setiap sesi perkahwinan. Oleh itu ianya hendaklah dijaga dan dibawa dengan baik. Hati ini tetap berkeras berkata ianya tidak memberi apa-apa erti... Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya. Semoga perkahwinan mereka kekal selamanya. Insya Allah...

posted by admin at 10:07 PM | Permalink | 2 commenti

Gambar Pernikahan Siti & Datuk K

Tuesday, August 22, 2006
Ore : 3:14 PM


Sekalung tahniah untuk kedua mempelai setelah selamat diijabkabulkan. Tapi yang bestnye Klubbkidd boleh terselit pulak dikalangan perempuan kat depan pelamin tu. Kau memang best la Klubbkidd. Nakaltitude Crew teringin jugak nak makan nasi minyak Klubbkidd. agak-agak takde orang Linkeen pun sudi la...

posted by admin at 3:14 PM | Permalink | 0 commenti

Saturday, August 19, 2006
Ore : 5:20 PM



Habis kecoh satu malaya bila Cik Siti kita nak kawin. Dari bapa pengatin, wartawan polis askar dan buruh indon sibuk bercerita pasal perkahwinan Siti yang bakal berlangsung 21 Ogos nanti. Banyak juag email yang aku dapat memperkatakan perkahwinan Cik Siti ni. Berita yang baik dan berita yang terbaik saban hari aku terima. Eheheh tapi yang banyak berita yang tak baiklahkan. Berita baik jarang orang nak jaja tapi kalau berita yang tak baik dan tak masuk akal laju pulak mulut manusia ni nak jaja. Hairan aku, dari belanja kawin buat kat mana siap ada buat lagu lagi untuk meluahkan ketidak puasan hati mereka tentang perkahwinan Siti. Nape salah ke Siti nak kawin? Salah ke dia nak membina masjid. Dia bukannya meruntuhkan masjid dia baru nak membian masjid kalau Datuk K tu yelah diakui baru meruntuhkan masjid tapi sekarang dia nak bina balikkan salah ke? Entahla manusia .. manusia.. Kita tetap manusia.. tidak lepas dari melakukan kesilapan... Nak gi ke Siti kawin nie? kad jemputan dah dapat tengok kat TV jerk laa...

posted by admin at 5:20 PM | Permalink | 0 commenti

PASCA AKADEMI FANTASIA 4

Tuesday, August 15, 2006
Ore : 8:08 PM

Aku terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk menyelesaikan segala urusan peribadi yang amat memening dan memenatkan ini. Aku menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat membuat entry sepanjang waktu itu. Ulasan Konsert Akhir terpaksa dilupakan hanya ucapan tahniah untuk Faizal yang berjaya mengungguli konsert akhir itu. Syabas untuk Farhan. Namun aku sempat la tengok Konsert Final AF Hari tu cuma tak sempat nak beri ulasan jerk. Begitu juga Konsert Fantasia Mawi yang aku kira best laaa. Akhir sekali untuk para pemenang Festival Filem Malaysia yang lepas, walaupun aku tak dapat tengok aku nak ucapkan tahniah juga untuk yang memang dan nak bagitahu yang i feel tak stupid bila cakap melayu.Untuk Linkeen jgn malas-malas update benda ni, kau pun OT curui tulang jerk kan.. hehehhe e

posted by admin at 8:08 PM | Permalink | 1 commenti

Konsert Diari Akademi Fantasia 4 (Minggu Kesembilan)

Sunday, July 30, 2006
Ore : 4:44 PM


Pada mulanya aku tidak begitu beriya untuk menonton konsert Afmasuk ni. Yelah ni kan kiranya barang recycle. Buat buang masa jerk nak tengok beriya. Lagi pun aku memang tak hantar AFMASUK untuk kesemua bekas pelajar tu. Yelah nak buat apa kalau dapat masuk pun peluang nak jadi juara amat tipis sekali lainlah kalau ada kerabat ke Donald Trump ke nak inject 3 juta buat sms diaorang nie time konsert final. Tapi aku tengok la jugak konsert ni tapi bukan sepenuh hati pada awalnya. Tapi makin aku tengok makin best pulak bebudak nie perform. Macam kata akak sorang nie yang suka sakan tengok konsert kali nie siap terpancut segala air yang ada kat dalam badan dia. Cuma adalah seorang dua yang terkehel sikit. Tapi itu aku kira normal dan aku kira puas hati lah dengan konsert AFMASUK ini berbadaning konsert yang sudah-sudah. Cuma iklan-iklan untuk menyakat si Aznil itu tak boleh diterima langsung.

Para pengkiritik
Liza Hanim
Syarifah Syahirah
Adlin Aman Ramli.


Salima - Nour EL-Shams


Aku rasa ini merupakan persembahn yang terbaik dari Salima. Kesemua sebutannya cukup jelas dan mengasyikkan. Jelas Bahasa Arab bukanlah satu masalah baginya. Merupakan pelajar pertama membuat persembahan, Salima berjaya terus menghidupkan suasana walaupun aku rasa sistem bunyi untuk Konsert kali ini agak menghampakan. Anyway jelas Salima telah memberikan persembahan yang terbaik.
3.5 Bintang.

Amirul – Kurnian Cinta

Aku kira Amirul ini tidak belajar dari iktibar. Dia merupakan pelajar akhir yang tersingkir tapi dia tidak menggunakan kedudukannya itu sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri. Dia seharusnya lebih peka untuk sedar awal yang dia mempunyai peluang untuk kembali mausk ke dalam akademi. Tapi dia tidak menunjukkan kesungguhan untuk merebut peluang itu. Dia menyampaikan lagu tugasannya sambil lewa. Tiada idea kreatif yang ditonjolkan Cuma sekadar cuba meraih undian melalui kecomelan raut wajahnya. Dan aku kira ini merupakan antara persembahan yang terburuk dari Amirul.
1.5 Bintang

Nora - Berpaut Didahan Cinta

Aku suka dengan lagu ini, tapi aku macam kurang berminat dengan gaya persembahan dari Nora. Mungkin nak sangat all out ianya memakan dirinya sendiri. Beberapa pergerakkan yang tidak sepatutnya dilakukan telah membuatkan aku rasa ianya tidak kena langsung sekaligus menghilangkan mood . Dari segi vokal, sebutan Nora kedengaran kurang jelas. Tapi aku salute dengan keberanian dan kesungguhan yang dipamerkan.
3 Bintang

Rich – The Reason


Dari kesungguhan yang dipamerkan, jelas Rich memang berhak meraih undi yang banyak. Aku tidak kisah jika ada orang mengatakan yang bapa si Rich nie telah melabur ribuan ringgit untuk mengundi anaknya. Dan aku kira sesiapa yang telah mengundinya juga tidak akan menyesal. Kesungguhan yang dipamerkan melalui persembahannya cukup membuatkan para pengunduinya rasa berbaloi. Rich berjaya membawa lagu tugasannya dengan penghayatan yang cukup baik. Air mata yang dititiskan diakhir persembahan cukup menyentuh perasaan.
3.5 Bintang

Karen – Jejaka Idaman

Karen merupakan satu-satunya pelajar yang menjadi mangsa lagu untuk konsert kali ini. Aku kira lagu yang diberikan kepada Karen tidak memberi apa-apa kelebihan kepada dirinya untuk menonjolkan lagi dirinya. Memanglah peluang Karen untuk melayakkan diri ke final tipis tapi dengan lagu tugasan sedemikian membuat takde langsung la peluang dia nak masuk final. Tapi aku tetap beri kredit kepada Karen kerana cuba deliver lagu tugasannya sebaik mungkin. Kesungguhan yang dipamerkan hampir kesemua barisan calon pelajar akhir ini amat menyenangkan.
3 Bintang

Diddy – Diari Seorang Lelaki



Pada awalnya aku kira, persembahan ini pasti membosankan. Tapi aku silap. Diddy berjaya membawa lagu ini dengan gayanya yang tersendiri dan menyakinkan. Vocally dia amat menakjubkan. Walaupun kelihatan adakalanya agak perit dia ketika berada dinada tinggi. Diddy jelas menghiburkan dengan lagu ini walaupun gerak tarinya agak mengjengkelkan. Aku kira presiden Diddy FC kena hantar dia pergi kelas tarian lagi agak lebih kemas setiap tariannya.
3.5 Bintang

Zila



Walaupun lagu yang dinyanyikan merupakan lagu keroncong aku tetap suka dengan persembahan Zila. Aku bukanlah peminat muzik keroncong macam Sultan Johor, tapi aku memang tertarik dengan persembahan Zila kali ini. Dengan penampilan wanita melayu terakhir disertakan lagi dengan vokal control yang cukup superb membuatkan aku terbuai mendengarkan alun nyanyian Zila. Dan aku kira ini merupakan persembahan terbaik dari Zila. Walaupun berjaya membuat persembahan dengan baik sayang sungguh dia masih gagal untuk menarik pengundi. Biasalah yang hantar undi perempuan bukannya lelaki. Jarang sungguh perempuan nak undi perempuankan Kak Ferbie…..
4 Bintang

Lotter
Masih biasa dan tiada kelainan. Bukan tidak bagus tapi aku sudah lali dengan persembahan yang dipamerkan oleh Lotter. Tidak banyak kelainan didalam persembahannya. Tarian ulat bulu ala-ala Micheal Jakson tu dari sesi ujibakat lagi aku dah dapat tengok. Mungkin Lotter kena belajar bentuk tarian lain. Dari segi vokal juga masih lagi kedengaran kesengauannya dan Lotter m,asih perlu belajar banyak lagi. Tapi ianya memang persembahan yang menghiburkan.
3.5 Bintang

Lagu bonus – Tribute to Hail Amir dan Uji Rashid



Aku tak nampak pun kelibat Uji dan Hail nie kat dewan tu. Pihak Astro tak jemput ke diaorang nie. Apalah kata tribute untuk mereka tapi diaorang takde pun. Yang ada cuma anak Uji si Cico tu. Anyway untuk lagu tugasan finalist kali ini aku tak berapa amik pusing pun. Tapi yang aku dengar tone suara Haziq dan Farhan cukup masuk dengan lagu-lagu tribute ini. Tapi yang kelakarnya seluar si Faizal tu. Terbeliak mata si Eton tengok Faizal pakai seluar cam tu. Sampai tak kerlip aku tengok mata dia tatap kat seluar (XXXXX) Faizal. Lantak kau lah Eton.

Pelajar yang diterima masuk adalah Lotter.

Ulasan Lain
Akak Maskara Ungu
Abang angkat Zahid

Kredit gambar to Astro


posted by admin at 4:44 PM | Permalink | 1 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com