Pengkritik jemputan: Salih Yaakob
Heliza – Rindu Merindu
Tidak banyak perubahan prestsi Heliza saban minggu. She lack of attitude and personaliti in this song. Masih lagi kedengaran
Butang Biru datang dari: Gee
Nakal bagi 2 Bintang
Shawal - Joget Kaki
Dia nie penuh dengan konfiden. Keceriaan yang dibawakan cukup sampai dan bersesuaian dengan mood lagu dan maksud lirik. Dari segi vokal pun sudah boleh dikira ok berbanding pelajar lain.
Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Salih.
Nakal bagi 3 Bintang
Aswad - Penyu Menangis
Aku tak nafikan yang Aswad mempunya projection voice yang cukup baik. Semuanye kedengaran jelas dan teratur. Tapi untuk persembahan kali ini aku rasa banyak kekosongan. Penyampaian pada awalnya tidak diiringi dengan emosi membuatkan ianya terasa kosong. Ianya hadir hanya apa bila sudah dipertengahan lagu. Waluapun sudah tidak menggunakan tangan dengan banyak bukannya bermakna dia tidak menggunakan langsung. Dia harus bijak menggunakan pancaindera yang sedia ada untuk memberi maksud setiap bait-bait lirik yang cukup puitis itu. Anyway malam ini dia lebih bagus dalam minggu sudah.
Butang Biru datang dari: Gee & Ogy
Nakal bagi 2 1/2 Bintang
Ebi - Berdendang Dalam Tangisan
Aku tau memang sukar untuk menyampaikan maksud lagu dengan genre lagu joget ini. Lagu fast number pulak tu mood sedih macam mana nak digayakan. Susahkan. Disinilah Ebi kena bijak menggunakan mimik muka untuk membuat ekspresi yang sesuai dengan maksud lirik. Walaupun aku tengok Ebi ada buat benda tu tapi masih belum cukup untuk dirasai sepenuhnya. Dan aku setuju dengan apa yang Ogy cakap pasal buah silat yang Ebi buat. Memang takde ciri-ciri pesilat langsung dia nie. Namun dari segi suara aku suka dengan tone Ebi. Kiranya sesuai jugak untuk lagu Jamal nie, walaupun masih ada sikit-sikit masalah pitching dan high note. Namun latihan Ebi untuk stamina telah memberi kesan positif untuk konsert kali ini.
Butang Biru datang dari: Tiada
Nakal bagi 2 1/2 Bintang
Dafi - Joget Angan Tak Sudah.
Butang Biru datang dari: Gee, Ogy & Salih
Nakal bagi 2 1/2 Bintang
Candy - Tari Silat Melayu.
Tetap konsisten seperti minggu sudah. Walau pun ada certain part tu low note tak berapa jelas namun ok. Dari segi performance biasa sahaja. Tapi Candy perlu lebih fokus dalam memberi pesembahan sebab bila pengkritik semua dah beri lampu biru ketika dia menyanyi kelihatan dia sudah mula hilang fokus sedikit didalm nyanyian. Aku rasa Candy perlukan melakukan sesuatu yang luar biasa untuk persembahan akan datang untuk lebih BOOM!
Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Salih
Nakal bagi 4 Bintang
Butang Biru datang dari: Gee & Ogy
Nakal bagi 3 1/2 Bintang
Pelajar tersingkir
Sapa erk?
Ulasan Lain:-
Joe Klubbkidd
Mr Manager
Penglipurlara-AF5
Noumad
SultanMuzaffar
Juan Danza
Labels: AF
DIARI AKADEMI FANTASIA 05 SELASA 24 APRIL 07
Ore : 8:25 AM
Penat, memang penat. Banyak perkara perlu dibereskan mengikut waktu yang semakin hari semakin singkat. Semuanya perlu diselesaikan sebelum aku berhenti. Aku makin kesuntukkan masa dan makin banyak benda yang perlu diuruskan. Aku baru sahaja mendaftar domain dan hosting. Dah upgradekan diri didunia siber ini. Aku kira ini langkah yang cukup besar untuk aku untuk mengharungi dunia yang aku minati. www.melayucentral.com best tak nama domain ini. Sudah berhari-hari aku dan Linkeen fikir akhirnya nama itu yang aku pilih. Oklah agaknya untuk permulaan aku cuma installkan Joomla sebagai basic utama laman web pertama aku. Masih banyak yang perlu dibelajar. Masih samar lagi. Nak install forum pun masih tak tau. Mungkin ambil masa yang panjang untuk aku mahir sepenuhnya. Jadi kalau ada sapa yang sudi nak mengajar aku cara nak membangunkan laman atau pandangan untuk sila hubungi aku yer. Akademi Fantasia, Mp3central, Alljustinfo, Lyricentral dan Carfever terabai seketika. Aku
Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Selasa
Sejak konsert minggu sudah, semakin menarik pola pengundian dapat dilihat dikalangan para pengundi.
Ulasan Lain:-
Tarian Kuda Kepang - Sultan Muzaffar
Labels: AF
DIARI AKADEMI FANTASIA 05 Ahad 22 APRIL 07
Ore : 8:37 AM
Lagu Bonus - Joget Pahang (Siti Nurhaliza)/Joget Si Pinang Muda (Noraniza Idris)
Aswad - Penyu Menangis (Sudirman)
Candy - Tari Silat Melayu (Aishah)
Heliza - Rindu Merindu ( Fauziah Idris)
Mila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
Ebi - Berdendang Dalam Tangisan (Jamal Abdillah)
Dafi - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)
Shawal - Joget Kaki Lima (Dahlan Zainuddin)
Labels: AF
KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KEENAM
Ore : 8:23 AM
Sepanjang minggu ini sudah timbul pelbagai spekulai di tempat kerja. Pada mulanya aku terpaksa rahsiakan sehingga ke hujung minggu. Akhirnya segalanya telah terlerai samada dari mulut aku sendiri mahu pun dari orang lain. Tak kisahlah. Aku sudah tender resign letter pada 13hb April yang lalu. Setelah hampir 4 tahun berkerja di RTW akhirnya aku meletakkan jawatan. Bila hari akhir aku masih tak pasti sebab menunggu GM yang nak turun ke JB hari Isnin ini. Bukan aku seorang sahaja yang nak berenti kerja tapi ada beberapa orang lagi. Perubahan angin baru diharap akan membawa lebih banyak kebaikan hendaknya. Jadi mungkin pertengahan bulan depan aku tidak lagi sebumbung dengan Linkeen, Dok & Abg Bob. Inilah tempat aku mencari rezeki yang paling lama setakat ini. Kalau tak dulu setahun sekali aku bertukar angin. Agaknya usia mematang pemikiran dan pengalaman menjadi guru yang terbaik didalam hidup. Ketika aku menaip ni aku sedang menonton Man Utd menentang
Rizal - That Thing You Do.
Dari pendengaran aku, nyanyian Rizal masih ada masalah yang perlu dikemaskini lagi.
Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Kudsia.
Nakal bagi 2 1/2 Bintang
Shawal - Peronda Jaket Biru.
Aku tak suka pada baju t shirt koyak rabak macam roti kirai yang Shawal pakai. Tapi aku suka persembahan dia. Semuanya ok attitude cukup. Teknik vokal pun ok. Walaupun tonne suara dia tak berapa kena dengan lagu rock macam ini. Aku rasa Shawal akan dapat lebih baik kalau dia lebih banyak meronda serata pentas. Anyway best.
Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Kudsia.
Nakal bagi 3 1/2 Bintang
Heliza - Nafas Cahaya
Dia patut sedar, lagu yang dia ambil minggu ini adalah slow number dan sukar. So dia kena lebih banyak latihandan bermain dengan emosi untuk lagu sedemikian. Aku tau sukar untuk menyampaikan lagu ini dengan baik sebab nak jaga lenggok dan patah lagu. Aku tak nampak pergerakkan Heliza dan lagu bersatu. Dari segi vokal aku hairan kenapa semakin lama semakin merundum prestasi dia ni. Low note dia masih not so clear. Masih tak belajar lagi ke cara nak buat low note lebih jelas. Lagi satu aku rasa dia nie terlampau control ayu atas pentas tu. Dia kena lebih selamba dan rilek ketika membuat persembahan barulah nampak penyatuan diantara lagu dan dirinya.
Butang Biru datang dari: Gee
Nakal bagi 2 Bintang
Aswad - Yang Sedang-Sedang Saja
Memang tak boleh diterima akal pemikiran aku persembahan dia nie. Dengan baju kuda belangnya pastu gelekkan maut yang boleh buat para penonton mati keracunan. Aku rasa kalau Aswad tengok balik video persembahan dia nie mau dia pecahkan VCD tu. Bukannya apa dia memang tak leh masuh dengan musik dangdut. Tak seiring langsung. Dari segi vokal dah lah tak sesuai untuk song macam nie pastu ada jugak pitching yang off dan semput pulak tu. Lepas ini aku harap pihak Maersto atau Astro ban dia dari nyanyi lagu dangdut. Anyway effort yang diberikan Aswad harus dipuji.
Butang Biru datang dari: Tiada
Nakal bagi 1 Bintang
Candy - Gadis dan Bunga
Vokal dan persembahan bersatu dengan baik. Aku suka. Bravo!!!
Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Kudsia
Nakal bagi 4 Bintang
Ebi - Jujur
Low note masih merupakan masalah Ebi. Tidak kedengaran begitu jelas dan dia tak mampu nak sustain projection suara ditahap ini. Feel untuk persembahan memang ada dan dirasai ditambah lagi dengan corak persembahan dan nyanyian tersendiri. Yang lain semua biasa sahaja.
Butang Biru datang dari: Gee & Ogy
Nakal bagi 2 1/2 Bintang
Dafi - Qing Fei De Yin (Aku juga menyintaimu)
Dafi dapat membuktikan dia mampu untuk improve untuk konsert kali ini. Walau masih banyak lagi yang perlu diperbaiki lebih-lebih lagi high note yang asyik kedengaran dia terkucil. Dari segi persembahan biasa sahaja. Cuma gimik turun stage pergi kat Gee untuk dapatkan lampu biru.
Butang Biru datang dari: Gee, Ogy & Kudsia
Nakal bagi 2 1/2 Bintang
Mila - Drama
Walaupun ada sedikit problem masa intro low note tak begitu jelas, aku kira persembahan Mila minggu ini semakin menarik. Setiap minggu nampak peningkatan ditunjukkan Mila. Krografi menarik dan vokal semakin mantap. Attitude yang berikan untuk lagu ini juga memang baik. She deserve for the four blue button.
Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Kudsia
Nakal bagi 3 Bintang
Lagu Bonus
Awas - Tiada harmoni didalam nyanyian dan tarian para pelajar.
GIG - Baik sedikit berbanding persembahan pelajar lelaki.
Pelajar tersingkir
Rizal
Ulasan Lain:-
Joe Klubbkidd
Mr Manager
Penglipurlara-AF5
Noumad
LeoFantasia
SultanMuzaffar
Juan Danza
Budiey
Badrulafter6
Labels: AF
DIARI AKADEMI FANTASIA 05 RABU 18 APRIL 07
Ore : 8:24 AM
Gambar diambil ketika diaorang gie ujibakat mencari menantu. muahaha..
sorry erk Joe, Linkeen gurau jerk...
Kelmarin aku memang tak dapat nak tengok diari sebab balik kerja lambat. Sempat jugak call Klubbkidd sebab dia nak inform pasal blogger united. Dah lama jugak aku tak berborak dengan Joe, Aku Linkeen dan Klubbkidd chit chat sikit pasal AF musim nie. Sajer tukar-tukar pandangan. Dah lama jugak aku dan Joe dah tak berborak. Last tahun lepas kot masa dia turun JB masa tu pun kejap jer. Yelah orang busy memanjang. Lagi pun sekarang ni aku busy dengan preparation kejutan dan dekat blog-blog yang lain. Hari ini bila balik rumah sempat jugak nak layan diari. Itu pun tak sepenuh tumpuan ada jer ganguan. Dan rasa rindu pulak nak update pasal diari sebab dah lama rasanya aku tak update pasal diari kat blogkan. Sampaikan pernah Gidong remind aku untuk update pasal diari. Oklah baca jerklah ulasan diari malam tadi itu pun bukan terperinci sangat.
Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Rabu
Memula bebudak lelaki buat persembahn masing-masing sambil Aswad, Dafi dan Shawal jadi pengkritik. Tak banyak yang menarik part nie. Cuma masa Asrul act jadi Aznil untuk pengumuman penyikiran pelajar aku jadi frust sikit sebab dia sebut Dafi sebagai pelajar yang tersingkir. Bukannya aku nie peminat Dafi tapi aku akan lebih gembira jika dia sebut nama XXXXX sebab itulah harapan kami. Terfikir juga aku bila agaknya bila AF nak menggunakan AFKELUAR agar pengundi dapat menggunakan kuasa veto mereka mengeluarkan mana-mana pelajar pilihan mereka. Kalau tak nak pakai AFKELUAR aku cadangkan gunakan AFMELUAT, AFMENYAMPAH, AFTENDANG, AFBERLAGAK atau AFxxK. Pasti havoc seketika musim ini. Dalam pada itu aku tertanya-tanya mana perginya pelajar wanita. Sebab masa pelajar lelaki perform dan buat kritikan seorang perempuan tak ada disitu. Rupa-rupanya diaorang tengah berlatih lagu bonus dengan Cikgu Syafi. Aku rasa persembahan lagu GIG akan dipersembahkan dengan lebih baik oleh gurl student berbanding penyanyi asalnya. Yelah mutu suara diaorang lebih baik dari ELITE. Jangn badi Elite melekat kat diaorang sudah la.
Kemudian paparan beralih ke dalam kelas Cikgu Fati. Aku suka tengok para pelajar ini menghayati watak dengan sebaris script sahaja. Rata-rata mereka tidak menghampakan dan fokus pada tugasan. Ebi, Candy dan Shawal ternyata lebih menyerlah ketika ini. Then Shahril Fuiyoo Magik masuk AF. Hiburan seketika untuk bebudak ini. Yelah tak dapat tengok TV
Sekali lagi Shawal dibawa keluar dari AF hari ini. Kali ini dia dibawa untuk buat medical check up pasal sakit bahu yang berlarutan kalau tak salah aku. Rawatan susulan untuk ototnya yang cedera setahun lalu. Agaknya sebab banyak sangat menari buat kecederaan itu berulang. Then paparan pasal Ibu Fati korek isi hati bebudak ini pasal first student yang impress diaorang masa first time berjumpa. Ebi cakap dia tergoda tengok Diya. Aswad cakap dia suka tengok Dekna. Dalam pada itu Abg Asrul ada jugak tanya soalan pancing pada Aswad kenapa tak terus terang masa Dekna ada dalam AF. Sajer jerk dia nak buat gosip pada bebudak ni. Tak lama lepas tu semua bebudak join group discussion tu. Mila cakap yang Zana dulu minat pada Aswad. Mila tertarik pada Dafi. Heliza pulak
Setelah sekian lama Roslan Aziz tak masuk akademi malam tadi ada pulak dia tunjuk muka. Dah sekian lama tak nampak batang hidung malam ini adalah pulak dia nie tapi kejap jerk. Masa tu dia kasi advise untuk Dafi. Aku pun hairan nape Roslan nie jarang ada kat AF nie. Masa pembentangan tugasan pun takde. Masa penilaian semula konsert pun takde. Apa agaknya function sebenar dia nie. Just taruk nama jerk ke? atau pun dia dah fed up untuk handle bebudak ini. Entahlah.
Kemudian paparan semasa dalam kelah Ched. Kali ini Ched ada buat permainan. Dan untuk game rebut bantal nie Ebi menang dan dapat hadiah bag ADMIRAL. Kiranya macam-macam aktiviti dapat dilihat dalam kelas pemanasan vokal ini. Dan aku kira dalam kelas ini aku dapat melihat kretiviti Ched untuk mempelbagaikan corang pengajarannya. Agar para pelajar tidak bosan. Akhir sekali paparan Mila berlatih koreografi untuk lagu tugasan Drama. Aku khuatir jugak sebab dari apa yang ditayangkan banyak movement yang tidak selari dengan maksud lirik yang disampaikan. Masalah ini bukan baru. Ini membuat para pelajar jadi keliru ketika membuat persembahan.
Ulasan Lain:-
Labels: AF
Lagu tugasan untuk minggu ke 6
Ore : 1:25 PM
▪ Peronda Jaket Biru - Awie (Wings) : Shawal
▪ Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi) - Harlem Yu : Dafi
▪ Drama - Ning Baizura (Featuring Nikki & Yanie) : Mila
▪ Nafas Cahaya - Misha Omar : Heliza
▪ Yang Sedang-Sedang Saja - Iwan : Aswad
▪ Jujur - Radja : Ebi
▪ Awas - KRU : Semua Pelajar
▪ G I G - Elite : Semua Pelajar
▪ Gadis Dan Bunga - Rahimah Rahim : Candy
macam-macam benda semalam terjadi kat AF, Ebi kena tembel sebab intai sapa aku tak tau. Ujang masuk AF ajar bebudak ni lukis. Pastu penilaian persembahan oleh tenaga pengajar. Yang aku hairan selalu Rosalan Aziz takde masa-masa macam nie. Macam dia nie banyak lepas tangan jer kat bebudak ni. Nape erk.. Lagi satu, masa dalam kelas Dr Love, Aswad menunjukkan kelampiannya. Kasihan jugak aku tengok Dr Love berulang kali explain pada dia nie. Cuma aku kira sekarang bebudak ni especially gurl dah tak kisah pun apa lagu yang diberikan pada diaorang. Semuanya dia orang lanyak. Bagus ke tak bagus ke semua cabaran diterima. ok la tu..
Labels: AF
KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KELIMA
Ore : 8:34 AM
Sepanjang minggu ini aku sibuk dengan pelbagai perkara. Mungkin banyak kejutan yang akan berlaku seminggu dua ini. Tengok jerklah nanti.
Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah
Dari segi koreografi memang nampak effort yang diberikan. Energy didalam persembahan ada tapi tak cukup untuk memberi impak. Vokal masih banyak part yang flat dan kelaut. Aku terhibur denagn lagu dan koreograf dia jerk yang lain semua kosong.
1 1/2 Bintang.
Mila - Puncak Kasih.
Dia nie memang banyak improve dari segi vokal lately. Tapi unutk konsert kali ini ada part low note yang terkucil sikit dan high note ada part yangaku dengar macam menjerit. Anyway dianya performance malam itu antara yang terbaik.
3 Bintang
Aswad - 60's TV.
Ini merupakan persembahan terburuk dari Aswad. Dan merupakan bahan lawak untuk konsert kali ini. Mumbling, semput, lupa lirik dan rambut macam mop lantai tu buatkan Aswad jadi badut siap tambah lagi VT lawak washing.. washing.. itu. Aku rasa Aswad boleh jadi instructor aerobik terbaik dalam AF. muahahaa.
1/2 Bintang
Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta.
Terlalu banyak sangat movement buat dia hilang kawalan vokal. Banyak yang off pitching dia time dia sibuk nak berlakon dengan Shawal. Tapi effort untuk persembahan memang ada nampak. Dia masih tak dapat lari dari masalah menyatukan lagu dan persembahan.
2 Bintang.
Ebi - Layu Sebelum Berkembang.
Pada mulanya aku sangka persembahan Ebi akan menjadi sebab pada awalnya aura persembahan sudah terasa. Tapi bila start dia bangun dan menuju ketengah pentas semua itu hilang. Ebi hanya perlu duduk bermain dengan emosi dan melontarkan suara dengan lebih bertenaga untuk memberi impak dengan lagu sebegini.
2 Bintang
Candy - Berdua Lebih Baik.
Dari segi vokal dia tak banyak masalah. Cuma persembahan dia nampak kosong diatas pentas. Sepatutnya Linda Jasmin sediakan back up dancer dan koreografi yang lebih menarik untuk dia memberi persembahan yang lebih baik .
3 1/2 Bintang
Rizal - Pada Syurga Diwajahmu.
Dia nia masih banyak kelemahan dari segi vokal. Aku nampak effort dia untuk mempelbagaikan corak nyanyian tetapi banyak part yang tidak kena. Lagi satu aku tengok dia nie macam banyak air liur yang terembes masa menyanyi. Lain kali kena banyak sikit minum air. Feel disampaikan pun tak kena dengan lagu. Yang lain ok jer.
2 Bintang
Dekna - Unfaithful.
Dari segi tonne suara aku memang suka dengan tonne Dekna. Macam biasa bila student nyanyi lagu english mesti banyak diction yang tak clear. Yang lain aku rasa ok. Dekna nampak lawa dengan gaun tu.
3 1/2 Bintang
Shawal - Cinta Tak Karuan.
Shawal punya lenggok dangdut yang cukup. Tapi bila masuk bab gelek dia memang out. Dan bila time rapping tu dia semput. Sepatutnya bab dangdut dia dia kena kasi back up singer yang buat biar dia lebih fokus kepada verse dangdut sahaja. Anyway aku suka.
3 Bintang
Menuju Puncak.
Gerak tarian kanak-kanak tadika itu masih ada. Bilalah agaknya Remy nak tukar.
Pelajar tersingkir
Dekna
Ulasan Lain:-
Labels: AF
DIARI AKADEMI FANTASIA 05 KHAMIS 12 APRIL 07
Ore : 8:12 AM
Ini jerk ulasan untuk diari semalam sebab aku malas nak ingat benda2 lain.
Labels: AF
Lagu Tugasan AF5 - Minggu 5
Ore : 11:57 AM
Senarai lagu tugasan pada minggu ini:
Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
Aswad - 60’s TV (OAG)
Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
Dekna - Unfaithful (Rihanna)
Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
Labels: AF
KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KEEMPAT
Ore : 8:51 AM
Mesti korang tertanya-tanya kenapa dah seminggu aku tak update pasal diari harian AFkan. Bukannya aku tak tengok, aku tengok siap dengan AFXTRA lagi aku tengok. Tapi aku malas nak menaip sebab aku sibuk kat MP3CENTRAL, LYRICENTRAL, ALLJUSTINFO dan CARFEVER. Sekarang aku tengah kemaruk dengan adsense. Ehhehe. Yelah jelous sebab tengok bebudak lain dah dapat income dari situkan. Aku pun nak jugaklah. Jadi kalau kauorang free pergi lah blog-blog aku yang lain tu yerk. Ok, balik pasal konsert minggu ni, pada aku ada peningkatan persembahan berbanding minggu lepas. Tapi just average jerk. Dan aku tak terkejut dengan penyikiran 3 pelajar sekaligus malam ini. Sebab nak cover balik minggu lepas yang takde penyingkiran langsung. Aku rasa Astro dah dapat cukup fund untuk cover. Intro konsert dengan Promo Fail sulit dan Kak Mah Gali dan VC Salih Yakoob nyanyi gali lubang tutup lubang tak memberi kesan. Yelah saja nak expose lagi minggu menggali setelah dihentam teruk untuk minggu sudah. Hattan tak dapat bersama malam ni dan diganti oleh Prof. Khair Johari Johar. Kalau tak salah aku dia nie penyanyi lagu Sepasang Kurung Biru. Pengenalan para pelajar dengan lagu joget Tepuk-Tepuklah Tangan intro oleh Aznil agak menaikkan semangat untuk menonton konsert kali ini. Sekarang bacalah review persembahan setiap pelajar.
Fatin - Joget Gila Bayang.
Buat performance setalah Ebi ditarik masuk untuk extreme make over. Aku ingat diaorang nak gunting rambut Ebi tapi tak pulak. Ok Fatin punya low note clear dan sedap. Ada jugak part-part yang kedengaran flat. Tapi masalah utama Fatin dalam lagu ini kurang energy untuk beri impak pada persembahan keseluruhan. Jadi lagu joget nie tak cukup meriah macam Fatin yang sedia ada kekurangan zat.
1 1/2 Bintang
Shawal - Izinku Pergi.
Aku rasa dia nie rugi sebab tak guna kelebihan lagu yang sedang meletup-letup kat radio sekarang nie untuk tarik penonton untuk mengundi dia. Nampak dia tak dapat feel sepenuhnya dan Fatin yang jadi model untuk lagu ini lebih beremosi berbanding Shawal. Tempo dan pitching pun dia ada miss certain part. Rugi...
1 Bintang
Candy - Setiaku Korbankan.
Something wrong with her tonight. Kalau kauorang tengok trek petang tadi mesti taukan yang Candy nie pilihan juri untuk jadi Juara AF. Tapi persembahan malam ni menghampakan. She's mumbling and can't sustain with high note. The voice going all over the place. Tapi aku suka dengan percubaan dia untuk bermain dengan gaya persembahan vokal tersendiri.
2 Bintang
Farha - As Long As You Love Me.
Sumpah satu apa aku tak paham apa dia nyanyi. Dia tak bukak mulut untuk lontarkan suara. All i heard just flat but the effort he gave to choreograph won't disappoint me. He also got problem lack of energy in his performance.
1 1/2 Bintang
Aswad - Hakikat Sebuah Cinta.
Vocally dia ada improvement. Ada jugak la flat certain part. Feel pun biasa jerk masih tak sepenuhnya. Overall just ok. Sebab Karam Sigh Walia dah takde.
1 1/2 Bintang
Mila - Benci Tapi Rindu.
VC kegersangan Hattan agak kelakar. Nak ke Mila tergoda. Dari segi persembahan, She one of the best tonight. A lot of improvement. Tonne suara memang sedap dan lunak. Tambahan pulak feel yang baik. Aku rasa dia nie memang kena dengan lagu slow ballad macam nie. Masih boleh improve lagi.
3 Bintang
Heliza - Torn.
Dari minggu ke minggu persembahan Heliza semakin menurun. nampak sangat stress persembahan dia ini. Untuk lagu minggu ini dia kekurangan energy dan attitude. That the reason persembahan dia nampak hambar. Low note pun tak berapa jelas.
2 Bintang.
Rizal - Di Ambang Sore.
Aku tau dia tak penah nyanyi lagu macam nie. Dan lain kali jangan lagi nyanyi lagu macam nie. You're not suit to it. Dia tak mampu nak capai standard penyanyi lagu asli. Cuma harapkan keberanian sahaja untuk bawak lagu ini dengan tidak berjayanya.
1/2 Bintang
Dekna - Salam Untuk Kekasih.
I really love suara Dekna masa low note. Tapi bila dah start nak pergi high dia dah hilang fokus. Banyak part high note yang dia jerit sesuka hati. Tapi kelainan yang cuba ditonjolkan untuk lagu ini boleh dibanggakan.
1 Bintang
Dafi - Zikir Kasih.
No komen. Wake up guys he didn't deserve any place in AF at all.
0 Bintang.
Noni - Pastikan.
Inilah masalah bila menyanyikan lagu Tok Ti. Perbandingan mesti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Pitcing asyik tergelincir. High note tak leh sustain. The worst performance from Noni I ever seen.
1/2 Bintang.
Ebi - Kasihnya Laila.
Tak payah cerita pasal make over dan cat walk bersama model-model. Terus jerk pasal persembahan. Dia masih ada masalah pitching dan suara tidak terlontar sejelasnya. Tapi effort untuk lagu dan persembahan agak baik. Siap lompat dari stage dan landing betul-betul depan Ogy untuk tarik perhatian. Katanya dekat Ogy tempat sesuai untuk gali. Mentang-mentanglah orang tu widow sibuk kau nak gali yerk. Muahahaa.
3 Bintang
Menuju Puncak.
Gerak tarian baru dan musik original dan kembali kedengaran. Menarik.
Pelajar tersingkir
Fatin
Farha
Noni.
Ulasan Lain:-
Labels: AF
Lagu tugasan minggu ke empat AF05.
Ore : 8:49 AM
Lagu tugasan minggu ini.
▪ Joget Gila Bayang - Anita Sarawak : Dinyanyikan oleh Fatin
▪ Pastikan - Siti Nurhaliza : Dinyanyikan oleh Noni
▪ Kasihnya Laila - Jinbara : Dinyanyikan oleh Ebi
▪ Izinkan Ku Pergi - Kaer : Dinyanyikan oleh Shawal
▪ Torn - Natalie Imbruglia : Dinyanyikan oleh Heliza
▪ As Long As You Love Me - Backstreet Boys : Dinyanyikan oleh Farha
▪ Setia Ku Korbankan - Fauziah Latiff : Dinyanyikan oleh Candy
▪ Salam Untuk Kekasih - Nadia : Dinyanyikan oleh Dekna
▪ Zikir Kasih - Amir Ukays : Dinyanyikan oleh Dafi
▪ Di Ambang Sore - Ahmad Jais : Dinyanyikan oleh Rizal
▪ Hakikat Sebuah Cinta - Iklim : Dinyanyikan oleh Aswad
▪ Benci Tapi Rindu - Diana Nasution : Dinyanyikan oleh Mila
Ulasan Lain:
Noumad
Labels: AF
KONSERT AFOOL 05 MINGGU KETIGA
Ore : 8:42 AM
Masa aku menaip benda nie jam dah pukul 4 pagi. Dah la semalam aku cuma tido dua jam jer. Malam nie kena stay back lagi untuk tengok konsert hampeh. Aku tak sempat nak tonton konsert siang tadi sebab ada meeting tergempar di Perling Mall pukul 2.00 petang. Aku cuma sempat tengok sampai persembahan Noni jerk. Jadi terpaksalah berjaga malam nie nak tengok balik ulangan konsert tu, walaupun Eton dah bagi tau yang konsert kali ni bored. Tapi aku tak sangkalah sebosan ini. Semuanya serba tak kena. Bebudak ni punya feel banyak yang tak sampai. Nape bila buat konsert petang-petang cam nie tak boleh nak feel. Lagu semua dahlah pilih sendiri. Tapi bila perform hancur. Takde yang standing ovation pun. Yang paling baik pun cuma sekadar baik sahaja. Tak banyak yang luar biasa. Bila tengok permulaan konsert dengan sajak ciptaan Datuk A. Samad Said bertema ketuhanan dan kemanusiaan sedikit menaikkan semangat. Bila masuk bab persembahan individu aku hampa. Lagi hampa bila takde penyingkiran minggu ini. Kenapa Astro masih tak dapat pulangan lagi ke sebab tu takde penyingkiran dibuat untuk konsert yang fool ni. Lagi satu aku bengang bila handphone aku yang aku tinggalkan kat rumah abis dilanyak isirumah untuk afundi bebudak yang tak layak dapat afundi aku. 10 kali lebih baik bebudak Gang Starz yang dapat cabaran lebih hebat dari bebudak AF. Mana taknya bebudak Gang Starz kena buat musik arrangement masing-masing, kena belajar koreografi sendiri. Tiada kelas vokal. Tiada kelas seni persembahan namun performance lagi bagus dari bebudak AF. Malas nak cakap banyak sebab aku bukannya pemberi biasiswa pada mereka yang tak patut dapat benefit macam nie. Oiii sapa yang abiskan kredit hphone aku ganti balik ehh. Baca jer lah review performance untuk kali ni.
Heliza - Melodi Ahlan
Dia punya intro aje dah longgar tak solid macam minggu sudah tapi bila masuk separuh lagu dia dah mula pick up balik. Nampak sangat yang Heliza cukup stress dengan lirik Spanish dalam lagu ni, sebab dia tak nampak releks bila part tu. Tapi percubaan yang agak baik la bila dia boleh menyanyi sambil menari.
2 Bintang
Farha- Insan.
Mamat ni nampak sangat stress. Tempo ada off sikit. Aku tak paham kenapa dia nie perform dengan penuh perasan bukan dengan penuh perasaan. Gaya si Aswad pun dia dah ambik. Dah jadi Karam Singh Walia no dua pulak lepas si Aswad. Masih ada masalah untuk hit high note dengan betul. Adakalanya menjerit tapi energy untuk lagu ni oklah..
1 1/2 Bintang
Noni - Ode To My Family.
Minah nie terlampau control cun. Asyik nak betulkan rambut buat hilang fokus dalam persembahan. Sebab tu persembahan dia out. Low note tak clear sangat. Feeling kejap ada kejap hilang tak konsisten langsung. Dia tak pandai sustain the feeling once she got it. No energy at all.
1/2 Bintang
Aswad
Dia nie macam nyanyi karaoke jerk. Takde art of performance langsung. No soul and feeling toward the song. Flat jangan cakaplah mencanak-canak tumbuh disana-sini. Dah lah ada lupa lirik tempo pun out jugak. Nasib baik style Karam Singh Walia dah kurang sikit cuma tarian ala-ala kena sawan tu pulak yang tak boleh nak aku terima pakai masa bridge lagu.
0 Bintang
Fatin - Erti Hidup
Kalau minggu lepas aku cakap Fatin takde style, untuk minggu ini aku kena tarik balik. Untuk minggu ini Fatin ada membuktikan sesuatu. Kelainan cara penyampaian untuk lagu ini cukup untuk Fatin menonjolkan kelainan. I really not agreed dengan apa yang Ogy cakap dia tiru cara Dayang bila perform sebab lain sangat. Low note clear, dynamic ada dan feel pun ok. Cuma ada sikti off tempo dan vibrato masih banyak lagi. Nak kena buang lagi vibrato tu. Yang lain ok.
3 Bintang.
Aizat - Warisan
Vocally dia nie ok. Projection suara dari low ke high note ok. Cuma tarian yang nampak weird dan tak kena dengan movement body buat nampak tak smooth. Lagi satu dia macam tak yakin sebab feel untuk lagu tu tak berapa tepat.
2 Bintang.
Mila - Melukut Ditepi Gantang
I quite impress dengan dengan cara nyanyian Mila untuk minggu ini. She did well. Menyanyi sambil duduk sepanjang lagu yang ada range bukannya mudah. Sebab kalau angin tak cukup mau terkucil jadinye. Feel ok dan sampai pada aku. Cuma tak paham napa video clip dia dengan Dafi digunakan untuk lagi ni. Takde ke gambar dia dengan Afiq. And still wondering why she in bottom 2 for this concert, she deserve better position for these concertlah.
3 Bintang
Dafi - Aku Tanpa Cintamu.
Flat, pitching out, no energy, low note tak clear, high note tak sampai, feel takde. Semuanya kelaut.
0 Bintang
Dekna - Kembara Ditanah Gersang
Dia nie tak fokus untuk persembahan. Nampak sangat sebab tempo ada off, pitching pun ada tergelincir, feel tak sampai dan takde energy. Macam takde semangat untuk perform. Nape? Rindu sangat ke kat TOK Wan ke atau memang dah nak sangat keluar?
1 Bintang
Rizal - Permaidani.
This is one of my favorite song but not the singer. Tapi dia nie perform banyak sangat ikut cara Aris Ariwatan. Aku tau susah untuk lari dari personaliti lagu ini sebab lagu ini sudah terlampau sinonim dengan Aris. Tak banyak yang dapat komen untuk persembahan Rizal. Sebab dia buat biasa jer. Feel pun cuma setengah jalan jerk.
1 1/2 Bintang
Shawal - Ku Berlari
Secara keseluruhan vokal Shawal ok. Aku suka tengok dia enjoy dengan koreografi yang dia buat. Cuma bila time rap tu dengar dia semput. Energy untuk lagu ini pun masih kurang diberikan Shawal.Persembahan minggu lepas masih yang terbaik untuk dia.
2 1/2 Bintang
Candy - Terlalu Istimewa.
Dia merupakan penyelamat untuk konsert semalam. Candy memang konsisten setakat ini. Cara penyampaian yang tersendiri dan maksud persembahan sampai. Vokal yang dynamic dan energetic serta feel yang dipamerkan membuatkan persembahan Candy yang terbaik setakat ini.
3 1/2 Bintang
Ebi - Al Jannah
Aku tau Ebi bukan seorang qari macam Mawi. Sebab tu dari segi tajwid dia tak boleh nak tanding dengan Mawi. Tapi dengan bantuan echo untuk audio lagu ini banyak memperkemaskan lagi vokal Ebi. Dengung masih nipis sebab tu macam tak puas dengar bila Ebi nyanyi past bahasa Arab tu. Ada satu high note part tu aku dengar dia menjerit not singing. Feel ada tapi masih tak cukup untuk memberi impak yang besar kepada penonton.
2 1/2 Bintang
Pelajar tersingkir :- Tiada
Ulasan Lain:-
Labels: AF
Faizal YG
Diddy YG
Velvet FC
Fabulousfaizal FC
Salima FC
Faizal FC
Farhan FC
Lotter FC
Zila FC
Mawi Friends Community
Felix Agus Fan Club
Amazing Amylea
Amylea Fan Club
Marsha Fan Club
Marsha Londoh
Yazer FC
Reza Funky Fan Club
FCOKefli
Akma Fan Club
Ekin Fan Club
Aidilistic
Amy's Army Fan Club
Jiwang United FC
M&M Freinds
M2M Frenz