About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

DIARI AKADEMI FANTASIA 30 JUMAAT MAC 07

Saturday, March 31, 2007
Ore : 11:41 AM



Belum apa-apa, Cikgu Syafi dah mengamuk. Jangan main-main dengan Cikgu Syafi. Cikgu Syafi tu sekarang memang moody sentiasa. Maklumlah sedang berbadan dua. Kalau dah pelajar masuk lambat, Cikgu mana yang tak mengamuk. Ada beberapa orang pelajar yang sudah menunggu seperti Candy dan Noni. Bila Cikgu Syafi tanya sama ada latihan masing-masing bersama kumpulan telah pun dibuat atau tidak, Ebi menjawab. Dia seorang saja yang cakap sudah. Memang lah sudah pasal persembahan dia seorang diri saja. Yang lain-lain tu ! Shawal kena jadi ketua kelas pasal dia yang masuk paling lewat.

Cikgu Syafi pun ada nasihatkan pelajar tentang pentingnya keaslian dalam nyanyian. Dengar tu Heliza. Dah dengar Heliza bawa lagu Melodi Ahlan ? Tiba-tiba ada bunyi Waheeda pula kan ?
Kalau Faizal dapat lagu Warisan mesti terus bunyi Sudirman. Tak lari punya.Yang Farha mendandan rambut Dafi tu kenapa ? Rambut Dafi tu dah elok. Rambut Rizal pun dah cukup elok untuk didandan. Mungkin Farha nak tunjuk skil dia kot.

Kat dapur, Ebi sibuk goreng telur. Bila telur dah masak, Rizal jadi tukang rasa. Shawal pun nak juga cuba skil di dapur. Noni datang bantu. 5 AFUNDI SHAWAL ! Sweet pulak ! Nak tambah sweet bila tengok Noni terkantoi dengan kamera curi ais dalam peti ais. Rupanya Noni ada tabiat suka makan ais. Nampak comel pula Noni bermain dengan kamera. 5 AFUNDI NONI !

Latihan persembahan untuk Noni pun menarik juga. Siap ada lakonan. Kalau Noni betul-betul hayati dan kenang kembali latarbelakangnya, tentunya ia akan memberikan kesan kepada penonton. Itu pun kalau Noni betul-betul hayati lah. 5 AFUNDI NONI !

Tok Wan ajar Mila menari joget, Mila buat cha-cha. Aswad datang mengadu dengan Tok Wan tentang masalahnya untuk menyesuaikan dirinya dengan pelajar lain. Perbezaan umur yang menjarakkan Aswad dengan pelajar lain. Ah sudah ! Jangan jadi kes macam Zana di minggu pertama sudah lah.Latihan persembahan Dafi agak simple. Biasa sahaja. Sebuah lagu yang bersesuaian dengan vokalnya. Persembahan Heliza kedengaran agak baik juga. Bahagian spanish bukan ada sesiapa yang faham. Ikut saja kata Cikgu Fatimah. Nyanyian Fatin kedengaran biasa dan membosankan. Latihan nyanyian Ebi yang pertama kosong. Bila Ebi ulang nyanyiannya terutama pada bahagian awal lagu tersebut sungguh berbeza. Hingga mengalir air mata Tok Wan. 20 AFUNDI EBI !


Macam pernah baca.. eheheh.. aku copy jerk kat Sm nye blog. Aku dah penat taip tapi hilang setan betullah.

Labels:


posted by admin at 11:41 AM | Permalink | 2 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 SELASA 27 MAC 07

Wednesday, March 28, 2007
Ore : 9:05 AM

Semalam aku memang malsa nak update pasal diari . Bukannya aku tak tengok, tapi bosan dengan apa yang dipaparkan. Masalah lagu tugasan diantara pelajar perempuan cukup menjengkelkan. Malas nak ulas apa-apa pun. Cuma lagu tugasan jer yang aku taruk. Itupun aku just copy paste dari blog Joe. Penglipurlara pun tak update gak blog dia pasal diarikan. Cuma dia adalah amik apa ulasan aku dari konsert yang sudah untuk ditaruk kat blog Shawal FC. Untuk diari kali ni pun aku nak ulas sikit jer. Itu pun diari kali ni tak banyak yang best. Bacalah ulasan diari semalam kat bawah nie.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Selasa Minggu Ketiga

Dalam kelas Ibu Fati tak banyak yang menarik. Shawal disuruh melakonkan satu babak dengan menggunakan ayat "Jom ikut aku." So Nonilah yang jadi target untuk scene ini. Macam biasalah nak kenenkan bebudak tu. Kalau tak, takde drama la pulak AF ni. Macam tak sah kalau takde student bercouplekan dalam AF. Pastu bila dah keluar bolehlah jadi bahan untuk buat speku. Itu jerk lah yang boleh jadi modal untuk orang tanya. Macam gak Afiq dan Mila. baru duduk sebelah-sebelah asyik dispekukan. Macam rimas pulak aku tengok benda ni. Kekadang budak-budak tu takde apa-apa speku jerk yang lebih.

Bila dalam kelas teknikal vokal pulak Aswad kena marah sebab tak leh nak pronounce word "with" dengan betul. Betullah diaorang nie, macam tak pernah belajar english langsung. Macam bebal ada jugak aku tengok. Nape keras sangat lidah tu? Pergi la gesek dulu lidah tu kat jalan tar baru boleh sebut agaknya. Tapi aku suka bila Syafi suruh bebudak ni buat teknik Canon. Memang sedap dengar alunan suara diaornag bila buat benda tu. Harmoni jerk dan tenteram sikitlah hati Syafi yang asyik nak memarah musim nie.

Pastu tunjuk Aswad buat lukisan pasal kampung. Kononnya tu gambar kampung dia. Oiii takde idea lain ke. asyik nak ikut cara Mawi jer. Nie bukan cara nak raih undilah. Kalau dulu orang dah buat takyahlah nak buat lagi. Orang menyampah. Baik kau gie berlatih guna tangan tu jangan asyik nak tiru gaya Karam Singh Walia jerk kan lagi baik. Aku pun tak nampak apasallah benda tu nak ditunjukkan dlam diari. Kalau just nak remind viewer pasal apa yang Mawi pernah buat dulu baik tak yah. banyak lagi benda lain yang boleh ditunjukkan.

Roslan Aziz hari ni ada masuk akademi. Dia adalah tengok-tengokkan bebudak nie punya prestasi semasa untuk lagu tugasan minggu ni. Tak banyak komen yang ditunjukkan pasal beudak nie dari dia. Yang aku ingat Farha jerk yang nyanyi lagu Yantzen, itu pun macam tercekik. Aku rasa key untuk lagu Farha ni akan diturunkan waktu konsert nanti. Sebab macam dia tak boleh nak bawak lagu dalam key asal.

Pastu bebudak ni ditontonkan klip Afiq memberi ucapan pada diaorang. Tapi kalau tak salah aku Afiq takde pun mention nama Dafi. Nape tak ingat ke atau sajer buat tak ingat. Sajer jerk nak speku nie. Lagi pun aku jarang tengok Dafi ni hang around deng bebudak laki lain time freekan. Dia asyik buat benda sendiri jerk. Jenis tak campur masyarakat ke Dafi ni. Wallahualam.

Masa kelas tarian, Aizat dan Dekna kena cramp. Dah macam gajah laut yang diberi rawatan aku tengok si Aizat tu bila Asrul tuam ais kat peha dia. Lawak memanglah lawak. Last sekali bebudak tu semua berlari nak gie lunch kalau tak salah aku memang macam kambing bila bebudak nie semua lari nak pergi makan. Tapi ada kejutan ke dimeja makan tu???

Diari end here.

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Penglipur AF

Labels:


posted by admin at 9:05 AM | Permalink | 0 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 ISNIN 26 MAC 07

Tuesday, March 27, 2007
Ore : 4:20 PM

Lagu tugasan minggu ini
Rizal - Permaidani (Aris Ariwatan)
Fatin - Erti Hidup (Dayang Nurfaizah)
Mila - Melukut Di Tepi Gantang (Aishah)
Candy - Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
Ebi - Al Jannah (Mawi)
Dafi - Aku Tanpa Cinta Mu (Mirwana)
Farha - Insan (Yantzen)
Shawal - Ku Berlari (Firdaus)
Aizat - Warisan (Sudirman Hj. Arshad)
Aswad - Hijau Bumi Tuhan (XPDC)
Noni - Ode to My Family (Cranberries)
Dekna - Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher)
Heliza - Melodi Ahlan (Waheeda)

Labels:


posted by admin at 4:20 PM | Permalink | 0 commenti

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KEDUA

Monday, March 26, 2007
Ore : 8:39 AM

Akademi Fantasia Fever Is Back.

Aku rasa Akademi Fantasia yang hilang selama ini telah muncul kembali. Untuk konsert kedua ini, impak AF kembali terasa. Tiada lagi muzik polyphonic kedengar untuk lagu tugasan cuma lagu Menuju Puncak jer yang pakai susunan musik tu. Pengenalan robotic dari pelajar menarik (aku paling suka cara penyampaian Noni, walaupun ada yang macam robot rosak jerk.). Peningkat persembahan para pelajar juga memberi impak untuk konser kali ini.

Kedudukan Pelajar Di Awal Konsert

Dafi

Heliza

Aswad

Fatin

Ebi

Rizal

Shawal

Farha

Candy

Afiq

Noni

Dekna

Mila

Candy - Semua Jadi Satu

Kejutan kehadiran Kris, Ruth & Titi DJ banyak membantu menaikkan mood untuk lagu persembahan Candy. Candy memberikan attitude yang penuh untuk lagu ini. Dari segi vocal its average because sometime low note tak clear sangat Adakala backup singer punya suara lebih menonjol dari vocal Candy sendiri. 3 1/2 Bintang

Rizal - Kembali Merindu

Aku tau yang dia ni dah cuba buat yang terbaik. Tapi aku cuma nampak persembahan yang fake. Aku tak setuju dengan apa yang Ogy cakap pasal keikhlasan Rizal menyampai lagu ini. Dia nampak memaksa-maksa, langsung tak natural. Dah la suara flat jerk. 2 1/2 Bintang

Ebi - Bailamose

Starting lagu jerk dia tak dapat nak grab aku punya attention untuk follow persembahannya. Sebutan banyak yang mumble. Banyak kali aku dengar suara dia nie bergetar bila naik high note. Cuma aku sukakan effort yang ditunjukkan untuk lagu ini. 3 Bintang

Heliza - Aku Bukan Untukmu

Overall persembahan dia nie ok. Cuma adalah sesikit pitching lari. Yang lain semua ok.

4 Bintang

Fatin - Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu

Aku tak surelah dia nie boleh ke nyanyi lagu yang ada range yang luas nanti. Sebab tone suara Fatin nie halus dan sengau sikit. Macam lagu Dangdut jerk yang dia nie boleh bawak. Untuk lagu semalam, aku rasa dianye persembahan macam kosong jerk. Lembik takde kick. Dah lah takde dancer ke apa ker untuk buat tarian selingan bila time bridge lagu tu. Vibrato pun banyak jugak macam Heliza di konsert pertama. Aku cuma rasa ngantuk jek tengok Fatin punya persembahan malam tadi. Memang tak kena dengan tagline yang dia pakai patutnya dia pakai Takde Sytle. 2 Bintang.

Farha- Biarkan Aku Menangis.

Aku sukakan feel yang Farha bawak dalam lagu ini. Walaupun tak banyak pergerakkan cuma air muka dan eye contact dah cukup buat aku terasa. Vokal masih ada yang perlu diperbetulkan untuk certain part dalam lagu tu. Gaya penyampaian Farha memang lain dari penyanyi asal itu yang aku suka.

3 1/2 Bintang

Mila - Got To Tell You

Untuk lagu ini masih kurang attitude yang ditonjolkan Mila. Tak cukuplah aku rasa. Dia gagal nak tunjukkan ketegasan yang perlu untuk lagu ini. Dari segi vokal masih banyak yang perlu dipelajari oleh bekas penyanyi hotel Evergreen Penang nie. Dia kurang yakin dengan diri dia sendiri.

2 1/2 Bintang

Afiq - Biso Benar

Kurang jiwa pada lagu ini buat persembahan Afiq hambar. Vokal pun average jerk. Aku memang jangka yang dia akan terkeluar malam tadi. Tapi bukan sebab persembahan dia tak best. Sebab ada lagi pelajar lain yang buat persembahan lebih terus dari Afiq. 2 1/2 Bintang

Noni - Mi Rae

Ada jugak pengkiritik jemputan untuk untuk Noni. Sebab lagu tugasan lagu jepun. Jadi Mr Yamada di jemput untuk memberi kritikan dari segi diction Noni untuk lagu ini. Aku suka alunan suara Noni. Dari segi feeling tak yang nak ulaslah sebab aku tak paham maksud yer. Aku kasi tambahan setengah bintang untuk Noni sebab nyanyi lagu bahasa asing selain dari English. 3 1/2 Bintang

Dekna - Cinta

Aku suka dengan persembahan Dekna. Very funky dan ada attitude. Dekna nie memang selamba jer. Dah takde malu-malu atas pentas. Cara pesembahan pun tak terikut Amy Mastura. Vocally dia kena improve low note dan stamina jerk. Yang lain dah ok.

3 Bintang

Dafi - Pecinta Wanita.

Aku tak paham nape orang sibuk undi dia nie. Kalau sebab dia handsome jerk aku rasa dia salah masuk pertandingan. Dia kena masuk Hero Remaja bukan AF. Suara kelaut jerk aku dengar. Cuma guna muka untuk raih undi. High note pun tak sustain dan banyak sangat yang flat. Aku nak tengok Dafi menerima cabaran yang lebih hebat untuk lagu tugasan di minggu depan. Sebab dua minggu ni dia dapat lagu yang santai jerk. Tapi segi feel dan cara persembahan ok. Sebab pandai main dengan audience dan kamera. Tu jerk yang ok. Yang lain memang kelaut. 2 1/2 Bintang

Aswad - Nak Kawin Takde Duit

Sapa yang tak tau tagline dia nie. Ramai yang dah tau "Line clear". Sura memang jelas projectionnya dan ada dynamic, Cuma satu jerk masalah aku dengan persembahan Aswad nie. Tangan dia tu, asyik buat benda yang sama jerk. Dah macam Karam Singh Walia pun ada jugak. Aku rasa Ibu Fati dan LJ kena ajar dia buat benda yang lain. Sebab aku dah muak dengan gaya tangan Karam Singh Walia. 3 1/2 Bintang

Shawal - Kenangan Mengusik Jiwa

Aku terhibur dengan persembhan Shawal untuk lagu ini. Memang kena dengan tagline dia sendiri. Walaupun ada tempo lari sikit tapi dia tetap rileks dan enjoy the song so much.

4 Bintang

Menuju Puncak.

Koreografi para pelajar sudah semakin sharp dan dah makin ikut licin. Cuma lagu jerk yang aku rasa dah makin tawar. Hope Roslan can rearrange again this song. So our AF finally come back.

Pelajar tersingkir :- Afiq

Dafi yang dapat tempat pertama undian, membawa Candy untuk menonton konsert 3 Diva malam tadi.

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipur AF

Labels:


posted by admin at 8:39 AM | Permalink | 1 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 JUMAAT 23 MAC 07


Ore : 8:31 AM

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama


Diari bermula dengan pelajar sibuk tengok poster gambar diaorang kat dalam majalah AKSI. Shawal dan Farha sibuk tanya Sherry pasal gambar lain diaodang tapi Sherry cakap takde. Macam teruja pulak diaorang tengok gambar masing-masing ada kat dalam zine. Pastu Shawal lagi sekali ngorat Noni. Cakap muka Noni ni lain dalama gambar. Alah ayat-ayat dah biasa dengar la kalau orng mengorat tuu. Noni pun respond baik jer. Siap Noni tanya lagik tu mana yang cantik dalam poster ke yang original look nie. Kalau aku, aku suka muka Noni time tak make up. Lagi cute..Muahhahaa..Pastu tunjuk bebudak nie buat vandalism kat dinding bilik R&R. Macam bebudak kecik jekr conteng dinding.

Kemudian beralih pulak pada paparan Ebi buat latihan untuk lagu tugasan. Dah makin ok aku tengok dari hari-hari sebelum nie. Ada nampak la seksinya tu. Lepas Ebi Candy pulak. Suka jugak tengok persembahan Candy. Walaupun pada mulanya dia macam tak yakin dengan lagu tu. Tapi malam tadi namapak yang dia sudah semakin mahir untuk menyanyikan lagu Semua Jadi Satu. Hoppe she will do the great show tomorrow. Lepas tu Aizat pulak. Aku rasa Aizat punya performance akan jadi menarik untuk konsert nanti. Dia memang boleh bawak lagu tu dengan baik. Siap main gitar lagi tu. Kalu betullah dia main gitar mesti gegar punya konsert kedua nanti.

Seklai lagi Dekna pergi kelinik. Bukan ke semalm dia baru pergi klinik? Hari ni nak kena pergi lagi. Dia cakap pendarahanan hidungnya masih belum berhenti. Bila masuk jer bilik Dr tu terkejut si Dekna nie bila tengok Amy Mastura yang jadi Dr. Kelakar jugak la situation tu. Aku tengok sejak Diya takde Dekna dah tak berapa gedik macam minggu sudah. Apa yang dibuatnya semakin boleh diterima. Dah makin kurang bebudak kat channel @15 yang label Dekna di Gedekna. Bila para pelajar menyanyi didepan tenaga pengajar, masih ada jugalah ruang yang perlu diperbetulkan lagi. Farha masih lupa lirik lagik sebab feel terlebih sangat kot.

Diari diakhir dengan kelas Dr Love. Kali ni pelajar diberi peluang untuk menceritakan latar belakang diri dan keluarga masing-masing. Aku rasa para pelajar AF musim ini datang dari perlbagai latar belakang keluarga. Macam Noni dan Farha. Aswad pulak anak yatim piatu. Candy bapak dia cacat. Ebi anak buruh kasar. Heliza mak bapak dia romantik couple. Dekna cikgu budak syndrome down. Afiq ada penyakit.

Diari end here.

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipur AF

Labels:


posted by admin at 8:31 AM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat 22 March 2007

Friday, March 23, 2007
Ore : 8:37 AM

Malam tadi aku gi dinner dengan Eton, Shiela dan mak Shiela kat Damai Seafood Village. Dah lama jugak aku tak pergi sini tak banayk berubah, Harga pun tetap mahal macam dulu tapi puas hati jugak la sebab makanan kat situ sedap-sedap. Itupub sebab nak celebrate hari lahir Shiela yang ke 23. Balik pun dah lambat. Tak sempat tengok diari sepenuhnya.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama


Aku cuma sempat teng masa Dekna joget pakai tali. Entah nape ntah nakpakai tali tu. Menyemak jerk aku tengok. Then bebudak lelaki berlakon pantomime alah sambungan ending diari semalam. Saja nak tunjuk bebudak tu lepas tension agaknya. Kelakar jugak. Then ditunjukkan student dalam kelas Ibu Fati. Kali nie dia orang kena buat macam situasion dalam konsert AF. Aizat jadi pengacara, Shawal, Afiq dan Dekna jadi pengkritik. Fatin dan Aswad perform depan diaorang dan kena kritik.

Next class adalah keals Najmi adalah nampak pembelajaran baru. TApi aku tak apahm nape nak kena buat excercise sambil sebut ayat Hey mamak tu. Then diaorang dapat lagu Dance With Father dar Najmi nie untuk latihan. Bila dah sebut pasal bapak kenalah pulak buat ucapan untuk bapak masaing-masing. Aku suka Ebi punya ucapan pada bapak dia. Nampak sincere dan penuh makna. BIla time Rizal entah hapa ntah macam orang lalok kasi ucapan jerk. Aku makin meluat tengok dia nie macam sengal jerk. Mas memula tengok dulu ingatkan dia nie ok tapi makin lama makin sengal pulookk. Then Afiq beri ucapan cuma satu jerk aku nak cakap "FAKE".

Berikutnya paparan Noni kena gastrik. Ada jerk bebudak sakit kat Akademi ni. Nape gudang tu dulu ada kesan radiasi ke? Memanjang sakit jer bebudak ni. Pastu Ched masuk balik dalam akademi untuk ajar student latihan vokal. Satu lagi babak lakonan diantara pelajar diadakan. Fatin dan Aswad kena belakon jadi nurse dengan doktor. Sebab diaorang nei pesakit kot sebab tu dapat watak nie. Then Dafi, Shawal dan Farha daapt scene kekasih yang main kayu tiga. Nape erk Dafi dapat scene tu.. Tak mungkin laa..

Ada jugak tunjuk Ebi praktis lagu tugasan depan bebudak lain. Dah ok sikti aku tengok Ebi punya tarian dah tak kayu sangat macam semalam. Gerak badan pun dan synchronise dengan rhythm lagu. Ok lah tu Ebi keep it up ok. Aku dah penat dan ngantuk kekenyangan. Diari esok aku ulas bebetul yerk. muaaehhehehee

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Penglipurlara AF

Labels:


posted by admin at 8:37 AM | Permalink | 0 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 RABU 21 MAC 07

Thursday, March 22, 2007
Ore : 8:50 AM

Aku ngantuk, penat dan sakit kepala. Jadi aku malas nak menceceh panjang untuk kali ni.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama


Mulanya terkejut jugak bila Fatin tukar lagu dengan Candy. Kan masa nak amik tugasan hari tu Kak Sherry dah cakap lepas ambil lagu jerk keputusan tu muktamad tak boleh tukar lagik. Nape boleh tukar-tukar pulak ni. Tak berani hadapi cabaran ke? Memang aku tau lagu Semua Jadi Satu tu susah nak bawak. Terpikir juga ada baiknya lagu tugasan diberi oleh Pengetua sendiri seperti musim-musim sebelum ini. Tetap dan tak boleh berubah. Barulah cabaran dapat diberikan. Kan unfair kalau sesetengah budak tu asyik dapat lagu senang je. Then paparan Candy dan Dafi having conversation pasal undian memasing. Aku agreed dengan apa yang Dafi cakap, pasal pola undian akan berubah mengikut minggu. Sebeb kredibiliti dan kerektor para pelajar tetap menjadi ukuran dan kreteria untuk penonton sebelum mengundi. Dan ianya bukannya dapat ditonjolkan sepenuhnya dalam seminggu dua sahaja. Sebab diaorang ni masih dalam proses development banyak lagi benda yang viewer perlu tahu sebelum memilih juara mereka.

Lagi sekali tunjuk Candy hadapi masalah dengan lagu tugasan. Dia tak puas hati sebab tak dapat lagu yang dia hendak. This thing happen sebab lagu tugasan boleh ditukar2 sesama mereka. Kalau musim2 sudah takde masalah macam ni timbulkan. Nasib kaulah Candy, dah dapat lagu senang saja carik susah. Aku tengok Cikgu Syafi pun tak tau nak buat macamana dengan Candy. Sampaikan Heliza pun kena soal siasat sebab Candy nie memang nak lagu yang Heliza dapat tu. Nasib baik Heliza nie cool dan nak jugak tolong si Candy yang dah dua minggu jadi pak sanggup. Tengok jerlah nanti lagu Semua Jadi Satu tu jadi apa. Silap haribulan bila dah campur dengan musik polyphonic lagu tu boleh tukar tajuk Semua Jadi Hancur. Muahahah...

Pastu tunjuk Ebi belajar tarian untuk lagu tugasan dia. Ni lagi satu kayu, aku ingat dia nie lampi dalam nyanyian jek rupanya nak hafal step pun lembab semacam jer. Padahal dia cuma kena buat simple salsa step untuk tugasan kali ini. Ada jadi bahan gelak kat konsert nanti nie. Next Mila jadi tukang urut kat akademi. Kesian yerk bebudak nie tak macam time AF3 dulu ada kerusi urut. Musim nie kurang betul penaja. Ogawa takde lagi taja massage chair untuk bebudak nie. So Mila jer yang jadi mangsa setakat nie. Ada jugak bakat nak jadi massage lady, nick name pun dah ada "Baby Massage" nanti kalau terkeluar minggu ni (aku tak predict dia keluar sebab aku jangka Afiq) bolehlah join rumah urut kat Subang tu. Boleh aku jadi customer nanti. Muhahaha..

Ibu Fati masuk dalam akademi hari ini. Best gak tengok kelas ni. Dia ajar bebudak nie cara nak faham maksud lagu. Lepas minggu sudah semuanya kena balun dengan Ogy sebab tak paham maksud lagu. Suka jugak pendekatan yang diambil. Farha kejap jerk leh dapat feel bila disuruh berlakon mengucapkan selamat hari jadi di pusara awek dia. Then bebudak ni disuruh berlakon berpartner walaupun bukan semua yang kena. Masa Rizal dengan Dekna berlakon tu barulah nampak Rizal boleh start feel dia nye role dan maksud lagu tu. Itupun lepas dia tak boleh nak feel sensorang. Cis macam Pak Ajis Satar (dlm filem Seniman Bujang Lapuk) yerk kau Rizal tak leh feel kalau berlakon takde perempuan. Bila time Dafi aku rasa ramai bebudak pompuan perasan yang makan hati bila dia cakap "I Love You" pada Mila. Power jugak ayat si Dafi ni. Silap-silap senang jer si Mila tu cair. Tapi masih control ayu tau Mila. Ada hati jugak ke?

Lepas tu pesakit semuanya dah balik dan masuk semula ke Akademi. Memula Afiq dah keluar wad pastu si poyo Aswad masuk siap pakai baju doktor. Sapa punya idea bangang ntah yang suruh dia pakai baju tu siap bawak first aid lagik. Memang macam badutlah. Buat jer apa yang disuruh. Kalau yer pun nak buat kejutan tu, tak yah la pakai baju doktor tu. Takde tokoh langsung. Apa-apa hal pun kau ni memang takde bakat berlakon la Aswad. Pastu Afiq dan Aswad nak buat kejutan tak jadi pada student yang lain. Tak salah aku masa tu kelas Jasmi Rejab. Tak bukak lagi baju Dr tu. Oii Aswad bukak la baju tu tak sesuai langsung la. Masa Aswad masuk tu, aku nampak jugak GeDekna tengah terbaring kat kerusi tu. Sakit jugak si Gedekna ni. Hidung berdarah tak berenti katanya. Asyik sakit jerk bebudak nie. Lepas sorang ada lagi yang sakit. Aku ingat untuk musim depan buat jerk la satu klinik kat dalam akademi tu. Senang bebudak tu amik ubat hari2. Tak pun taruk pawang ke bomoh ke sorang, boleh jugak student yang lampi tu amik air penerang hati.

For the first time aku tengok si Aswad berlatih lagu tugasan kat dalam Akademi. Aku asyik dengar suara dia nie sengau jer time berlatih tu. Belom sempat belajar cara projection suara dengan betul kot. Maklumlah tertinggal banyak kelas. Next ditunjukkan Afiq nyanyi lagu tugasan Biso Benar. Kamera siap zoom urat leher dia tu. Memang timbul, kira macam tengah buat sehabis baik la tu. Slang orang negori memang dia dah ada. Jadi tak susah sangatlah dia nak bawak lagu ni. Lagi satu kamera tu asyik zoom tangan si Afiq jer. Nape takut jatuh lagi ke bahu si Afiq tu. Alah dah oklah. Kalau takut jugak biarkan jer si Afiq tu nyanyi sambil bahu berbalut mesti dia punya undi naik banyak, Astro jugak yang untung nanti. Ada jugaklah tunjuk si Afiq ni mengadu pasal suara dia dah mula serak sebab nyanyi dalam air cond. Banyak songeh kau yerk Afiq. Kalau tak nak nyanyi dalam air cond kau keluar jerk la minggu ni. Tak yah nyanyi dalam air cond lagi. Last sekali diari tunjuk student lelaki jadi bengong berlakon naik basikal kat dance floor tu. Afiq jugak yang jadi leader geng Sarip Dol Kampung Dusun tu. Ntah apa kerja ntah. Oklah ngantuk nak tido. Diari ends here..

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipurlara AF

Labels:


posted by admin at 8:50 AM | Permalink | 1 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 SELASA 20 MAC 07

Wednesday, March 21, 2007
Ore : 8:49 AM

Hari ni balik kerja lambat sikit dari semalam. Balik jerk terus gie ambik Eton dan kita orang pergi pasar malam kat Tampoi Utama. Aku macam biasa beli nasi kerabu dgn ayam percik favorite beb. Dah lama aku mengidam nak makan benda tu. Dulu aku memang tak pandai makan nasi kerabu nie. Tapi bila sekali dah try macam gian pulak asyik nak makan jerk benda tu sebab budu dia kot. Banyak jugaklah makanan yang aku beli. Abis la jugak 20 hengget aku belanja berdua dengan Eton cuma untuk beli pemakan jerk. Namun ada jugak la aku belikan tapau buat bakal birthday girl Shiela dengan family dia. Mungkin hari khamis ni aku tak dapat tengok diari kot sebab nak kuar dinner dengan Shiela sambut birthday. Mak dia pun dah kasi green light untuk bawak dia keluar, maklumlah anak dara seorang jerk susah nak lepas. Anyway aku nak wish "Happy Birthday Shiela!" sebab aku rasa aku takkan cakap benda tu punya hari khamis nie. Last nak wish Happy birthday jugakkat Abg Bob Dan Ms Lim. Happy Birthday guys. Oklah nie dia review diari semalam..

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama


First thing yang aku perasan pasal AF hari nie adalah peratusan undi. Kalau semalam tiada peratusan undi ditunjukkan kat TV, hari ni dah ada dan berikut adalah kedudukan pada tepat pukul sembilan malam semalam.

Dafi 21%

Aizat 15%

Heliza 14%

Fatin 9%

Aswad 8%

Farha 5%

Shawal 5%

Rizal 4%

Ebi, Noni, Dekna, Candy Afiq dan Mila - 3%

Ramai sunggup bebudak perempuan undi si Dafi nie. Aku rasa undi dia akan naik lagi minggu depan sebab kaut undi dari peminat fanatik Irwan Syah tak pun dari mat-mat bangla yang sedang dilamun cinta dengan minah indon. Dapat lagik la bunga minggu depan Dafi oiii.. Yang lain tu undian biasa jerk lebih kurang antara satu sama lain. Rasa macam tak adil jerk pengundi kat Malaysia nie bila tengok majoriti pelajar perempuan ada kat senarai terbawah. Kalau nak ikutkan student lelaki punya persembahan masa konsert lepas lebih suck daripada budak perempuan.

Diari dimulakan dengan bebudak semua timbang berat badan. Ada ynag turun ada yang naik. Tak seiramalah diaorang nie. Aku terlepas pulak Fatinnye berat badan, agaknya 10 ke 20 kilo erk. Kalau tak salah aku muahahaha... Pastu dalam kelas latihan vokal oleh Ched (aku masih tak sure betul ke tu Ched), menarik juga bila nama-nam bekas pelajar digunakan untuk buat latihan. Nama Aznil pun ada masuk jugak.. Tapi lagi best kalau nama Zana dan Diya digunakan sekali. barulah bebudak tu lebih motivate sikit.

Sekali lagi Roslan Aziz masuk dalam akademi. Kali ni pelajar kena sound lagi sebab tak praktikkan pembelajaran. Aku rasa Roslan Aziz memang nak kotakan apa yang dia cakap masa kat press conference pengenalan tenaga pengajar sebelum ni. Alah pasal tampar bebudak tu datang balik tak. Bebudak nie memang tak leh kasi muka macam bintang AF yang terdahulu. kalau dulu kita asyik tengok bebudak AF asyik bermain dalam akademi. Tahun nie Roslan nak kurangkan benda-benda macam tu. Dia nak student tahun nie lebih berkualiti walaupun cuma kuantiti sahaja yang telah sah terbukti buat setakat ini. Adalah jugak tunjuk student ni jumpa pengetua masa tu dia tengah sibuk melantak. Semua datang nak mintak tips dan pandangan untuk persembahan minggu depan. Yang kelakarnya masa Heliza mintak opinion dari Roslan Aziz, Farha tu tengah nap kat belakang dia tapi bila Rosaln Aziz sebut nama Farhajer, terbeliak terus mata dia. Kalau Ramli Sarip mesti dia gi nyanyi sebelah Farha untuk buatkan dia nyenyak sampai berdengkur.

Dalam kelas Cikgu Syafi pulak Ebi asyik kena marah sebab tak dapat tangkap cara nak lock note Doremifasola. Lampi jugak mamat nie. Kalau tahun lepas aku tengok Cikgu Syafi nie steady dan cool tapi tahun ni macam singa betina pun ada gak. Pembawakkan budaklah katakan. Silap-silap anak yang bakal dilahirkan tu pun nanti ada rambut kerinting macam Ebi. Terkenanlah pulookk (sebutan macam M Rajoli untuk iklan Lasindah Cafe). Pastu scene gedik Noni bergurau senda dngan Shawal. Saje jer Astro nak tunjuk sebab nanti leh kenen-kenenkan. Tapi aku tengok Mila dan Afiq pun macam close jugak siap Mila dah pakai topi Afiq pulookk..

Buat pertama kali aku tengok Cikgu Adnan dalam kelas dan mengajar teori. Yang sedihnya bebudak nie tak kenal Harvey Malaiholo bila Cikgu Adnan tanya pada diaorang. Apo konolah korang nie. Tulah Puff Daddy kenal pulook. Tapi artis dalam rumpun nusantara tak kenal. Diaorang nie nak kena adakan balik kelas sejarah artis/ hiburan kot. Untuk kenal dan hormati artis-artis lama yang banyak menyumbang dalam dunia seni tanahair dan nusantara amnya. Ada pembaruan dalam kelas Cikgu Adnan nie. Kalau dulu Abg Dee ni cuma banyak ajar teori jek tanpa visual. Kali ni dia ada bawak sample dan bebudak tu boleh dengar tengtang apayang dipelajari dari contoh rakaman. Kira bagus jugak la biar bebudak ni lebih paham. Bukan main parap nota jerk tapi satu hapa pun tak masuk kat kepala. Mintak-mintak benda macam ni berterusan sebab banyak pakedahnya.

Kelas bahasa ingeris pulak student belajar standard tadikanya. Ape teruk sangat ke bebudak nie sampai kena belajar mengeja puloook. Ajarlah benda yang lebih penting macam cara sebutan ke. Cara susun ayat ke. Benda ni hanya praktikal untuk Akademi Fatasia Junior macam yang dah dibuat Indonesia. Ini dah tua-tua bangka baru sibuk belajar nak mengeja apa kejadahnya. Macamana bebudak ni nak capai level performer kalau baru nak belajar mengeja sedangkan masa yang ada cuma 3 bulan jerk. Oiit Sir Najmi baik kau balik susun balik silibus kau tu sebelum masuk akademi. Kalau kau tak nak giel tukar baju yang kau pakai tu dari Drake University pakai baju Nuri Kindergarten baru sesuai..

Nasib baik paparan diari kali ni takde tunjuk pasal Aswad yang sakit tu. Yang ada cuma tunjuk bebudak tu buat kad ucapan untuk Aswad. Aku rasa girl studentnye card lebih menarik dari bebudak lelaki. Sebab ada lukis muka Aswad before and after jadi buah mengkudu. Muahaha marah ke peminat Aswad kat aku. Bilalah Si mengkudu ni nak masuk balik Akademi yerk. Mesti kelakar agaknya bila dia menari menuju puncak. haah sebut pasal menari, sekali lagi sejarah baru tercatit dalam AF bila Afiq terpaksa ditahan diwad aku rasa satu malm kot sebab dislocate shoulder. Dia kena masa buat latiahn menari menuju puncak atau pun tarian tu boleh ditukarkan namanya menuju hospital. Memula tu aku ingat budak ni cram jerk tapi serius jugak rupanya. Siap kena bawak gie hospital. Nasib baik lah dia kena bius kalau tak dapat jugak dengar dia melolong time doktor tu masukkan balik tulang yang terkeluar tu ke shoulder balik. Aku tak taulah kalu malam tadi ramai ke orang yang sibuk nak lawat dia kat hospital tu. Dan aku rasa timelah Dafi leh guna pakai bunga ynag dia dapat semalam untuk kasi pada si pesakit kat wad tu. Muahaha.. Diary end here..

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipur AF

Labels:


posted by admin at 8:49 AM | Permalink | 0 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 ISNIN 19 MAC 07

Tuesday, March 20, 2007
Ore : 8:34 AM

Hari Isnin memanglah hari yang paling malas untuk pergi kerja. Tapi kena jugak gagahkan diri, Monday blues nie memang betul harulah. Tapi yang kelakarnya kat office aku hari nie ada jugak office mate aku yang kena Chicken Pox. Penyokong Fanatik Aswad kot dia nie. Sampai dah tua bangka nie baru nak kena sakit tu. Tapi best jugak dapat MC seminggu. Tapi yang tak best tu beban kerja dia tu adalah sikit aku kena cover. Besok pulak sipembelot blog cuti 4 hari. Cis, patutlah suruh aku clearkan job dia yang ada pada aku cepat-cepat. Masa aku lunch tadi dengan dia dan Abg Bob takde pulak Si Linkeen cakap apa-apa. Sahaja jerk nak susahkan aku. Menatang betol... Mentang-mentanglah besok gaji terus jerk kau amik cuti yerk Linkeen. Jaga kau nanti aku amik cuti sebulan baru kau tau. Oklah malas nak coleteh panjang nie dia review diari semalam.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama


Tak banyak yang menarik pasal diari semalam. Kelas Dr Love jerk dah nak dekat setengah jam. Pasal motivate diri nie ramai yang dah sedia maklumkan. Dr Love masih guna pendekatan yang sama seperti di AF3 dulu. Tak banyak bezanya. Yang beza bagi aku cuma para pelajar jerk. Apa yang kita dah tengok dalam AF3 dulu diulang balik. Tak macam dalam AF4 dulu macam-macam Dr Fazley buatkan. Dalam erti kata lain "boring". Bebudak tu pun asyik menguap macam badak sumbu.

Masa bebudak tu tengok DVD cerita Saving Private Lion, Fatin pun muncul kembali ke dalam akademi. Nampaklah bebudak perempuan nie happy dengan kehadiran Fatin semula ke dalam akademi. Yelah dah kurang dua orang sebelum ini memang terasa. Student yang memula sekali sambut kehadiran Fatin dalam akademi ialah Candy. Walaupun Mila tu kecil jerk tapi kuat jugak dia peluk sambil angkat si Fatin tu. Betulah cakap Joe yang Fatin nie kurus sangat dah macam Winona Ryder dalam cerita Beatle Juice aku tengok dia nie. Kepala lebih besar dari badan, bila dah masuk balik dalam akademi tu makan banyak sikti yer Fatin. Biar badan tu jadi montok sikit.

Pastu paparan Roslan Aziz jumpa dengan bebudak. Dia sound bebudak pasal tak ada kesungguhan untuk buat latihan. Nampak sangat persembahan pelajar masa konsert hari tu menghampakan pengetua tu. Dia ingatkan para pelajar tu untuk rajin buat latihan dan dia nak tengok bebudak nie time rehearsal nanti dan nak make sure student nie semua boleh nyanyi dengan baik time konsert kedua nanti. Baguslah tu, dapat jugak bebudak tu nanti perbetulakan kesilapan dan dapat improve diaorang punya performance untuk jadi lebih baik dari konsert yang dah hancur lebur minggu sudah. Then Roslan Aziz kasi Dafi dan Heliza reward sebab ada dalam top ranking diakhir konsert kedua. Tapi dia cakap Dafi tu top rangking jerk bukannya yang terbaik pun. So sendiri mau ingatlah. Yang undian memang berpihak pada Dafi buat setakat nie tapi tak tau besok lusa pulak. Reward yang Dafi ialah surat dari parent dia dan Heliza pulak dapat 8 ke 9 helai tudung dari mak dia dan ayah dia kasi nota untuk perangsang diri. Yang aku ingat, ayah Heliza suruh dia kekalkan identiti, kenal diri dan ruang. Kekalkan semangat jati diri dan jangan nangis. Pastu Dafi dapat satu lagi reward iaitu sejambak bunga dari krew produksi AF. Nape ntah nak kasi bunga pada si Dafi tu. Kalau betul nak kasi reward kasilah benda lain. Takde pekdahnya kasi bunga kat jantan ni. Bukannya boleh buat apa pun. Tau tau lah kalau si Dafi ni pandai nak buat potpori ke apa ke dari bunga tu.

Kemudian para pelajar diberikan lagu tugasan. Cuma perbezaan untuk kali nie Dafi diberi peluang untuk pilih lagu dahulu dan dia jugak diberi tugas untuk pilihkan lagu Aswad. Diaorang dah tak bokeh tukar lagu lagi jika dan ambil lagu yang telah ditampal. Berikut adalah lagu tugasa untuk minggu ini.

▪ Semua Jadi Satu - 3 Diva : Dinyanyikan oleh Candy
▪ Biarkan Aku Menangis - Tommy J. Pissa : Dinyanyikan oleh Farha
▪ Cinta - Amy Mastura : Dinyanyikan oleh Dekna
▪ Pencinta Wanita - Irwansyah : Dinyanyikan oleh Dafi
▪ Gotta Tell You - Samantha Mumba : Dinyanyikan oleh Mila
▪ Bailamos - Enrique Iglesias : Dinyanyikan oleh Ebi
▪ Aku Bukan Untukmu - Rossa : Dinyanyikan oleh Heliza
▪ Biso Bonar - Hattan : Dinyanyikan oleh Afiq
▪ Basket Case - Greenday : Dinyanyikan oleh Aizat
▪ Kenangan Mengusik Jiwa - A. Ramlie : Dinyanyikan oleh Shawal
▪ Bila Rindu Kusebut Namamu - Siti Fairuz : Dinyanyikan oleh Fatin
▪ Kembali Merindu - Slam : Dinyanyikan oleh Rizal
▪ Nak Kahwin Duit Tak Ada - Sweet September : Dinyanyikan oleh Aswad
▪ Mirai E - Kiroro : Dinyanyikan oleh Noni

Aku rasa tugasan untuk Candy, Heliza, Rizal, Farha dan Afiq cukup akan mencabar vokal mereka. Sebab lagu tugasan mereka punya range yang luas dan perlu feel yang mendalam. Tak taulah macam mana gaya nanti bila Fatin nyanyi lagu Semua Jadi Satu. Takut jugak lagu tu akan bertukar jadi Semua Jadi Dangdut jerk nanti. Mauhahaha. Tapi Fatin nie bukan calang-calang jugak sebab sebelum dia masuk AF nie dia memang kerja menyanyi kat Danga Bay tu. Sebab tu muka dia nie familiar buat orang kat JB tu. Then paparan Noni dan Shawal tu saja jerk untuk kasi signal awal yang bakal ada pelajar nie bercouple nanti dalam AF. Alah benda-benda nie memang takleh lari dalam AFkan. Kalau takde pun mesti kena paksa untuk diadakan macam kes Vince dan Liza. Very the ... diaorang ni...

Apabila lagu tugasan untuk si Aswad diserahkan pada dia. Nampaklah lah dia happy sangat tapi kesiankan dia nie tak dapat pembelajaran macam bebudak lain tu. Tapi taklah kesian aku tu sampai sanggup nak hantar undi untuk dia.. Macamana aku nak tau ability dia nie, sebab dia belum perform lagi. Tak macam si Ezie yang dah sibuk melobi bebudak untuk AFUNDI si Aswad nie.... hahaha.... Jgn marah Ezie... Gurau jerk

Aku malas nak ulas pasal komen tenaga pengajar pasal poersembahan para pelajar tu. Sama jerk dengan apa yang pengkritik cakap. Tak banyak beza pun. Dan diari diakhir dengan paparan Aswad gi klinik dan buat medical check up lagi. Tak tau la bila dia ni dapat masuk balik akademi. Mungin sehari dua lagi kot. Sebab bebudak tu semua pun dah dapat injection untuk avoid chicken pox. Chiaooo....

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipurlara AF

Labels:


posted by admin at 8:34 AM | Permalink | 0 commenti

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU PERTAMA

Monday, March 19, 2007
Ore : 8:43 AM


Sejujurnya aku memang tak dapat untuk menonton keseluhan Konsert Akademi Fantasia untuk minggu yang pertama secara live. Seperti yang aku cakap semalam aku terpaksa keluar dinner dengan family aku (Utamakan Keluarga. mesej kemasyarakatna dari Nakaltitde). Kita orang gie dinner dekat Sayam Stulang itu pun ayah aku siap jemput makcik aku sekali. Aku pun tak tau apa occation sebenarnya. Anyway dah lama jugak aku tak pergi Sayam kat Stulang tu adalah dekat setahun. tak banyak yang berubah dari tahun sudah. Cuma for that night ada lah lain sebab ada pemuzik jalanan yang buat persembahan tapi kena gak kasi duit la kat diaorang tu. Bukannya free Dek Non oi.. Aku ingat Owner kedai tu yang bayar untuk performance diaorang tu tapi customer gak yang kena kasi tapi ikut ikhlaslah. Not bad jugak diaorang nyanyi. Tapi aku tak ambil kisah sangat sebab lauk kat depanaku lagi perlukan perhatian dari aku nie yang memang dah sediakan perut untuk melantak malam tu. Aku cuma sampai kat rumah balik dalam pukul 10 malm kot. Masa tu Ebi baru nak buat persembahan. Kiranya dari Ebi punya performance jerk yang aku sempat tengok live. Anyway aku impress gak tengok set baru untuk KOnsert nie. Nampaklah Grand berbanding tahun sudah. Jauh bezanya dengan set untuk pentas Gangstarz walaupun kualiti peserta Gangstarz lebih tinggi dari bebudak AF ni.

Lagi satu yang aku perasan tak lagi pintu-pintu keramat yang boleh bawak keluar beg Samsonite tu dari bawah lantai ke dari balik dinding ke. Semunya manual jerk tahun nie. Cuma musik arrangement untuk Konsert pertama nie memang hampeh. Ibarat aku dengar deringan dari telefon yang pakai mono ringtone. haah macam tulah gamaknya. Kalau yer pun nak tonjolkan vokal bebudak ni, janganlah sampai tahap macam tu sekali. Inikan Konsert pakailah full music arrangement. Maksud aku musik yang pakai lebih banyak instrument dan lebih menghidupkan suasana persembahan. Aku tengok pun rata-rata bebudak kat chat@15 memang kondem abis pasal musik arrangement yang suck tu. Musik arrangement punya pasal abis semua lagu jadi hambar. Aku rasa Roslan Aziz kena take note benda ni. Sekali lagi sejarah baru tercatit dalam Akademi Fantasia bila mana Zana menarik diri akibat tak tahan menerima tekanan semasa dalam Akademi. Sebelum ni takde pulak pelajar akhir Akademi Fantasia yang menarik diri. Ini dah kira tekanan tahap teruk lah nie sampai sanggup tarik diri. Anyway aku rasa memang Zana mengambil tindakkan yang wajar. Jika dah tak boleh nak fokus lagi dalam pembelajaran sehinggakan tak mampu nak perform baik undurkan diri.

Satu lagi pembaharuan dalam AF tahun nie, pengkritik tetap seramai tiga orang iaitu Gee, Hattan dan Ogy. Kenapa Adlin tak dikekalkan aku tak pasti. Mungkin kelainan yang dicari pihak produksi tahun ini ada baiknya. Ketiga-tiga pengkritik nie boleh ikut perkembangan bebudak tu setiap minggu. Dan kelainan lagi pasal kedudukan undian para pelajar tidak lagi ditunjukan untuk penonton didalam dewan. Hanya dipaparkan discreen TV untuk penonton dirumah itu pun dah takde tulis peratusan undian. Ini dah kira bais. Kenapa bebudak tu tak boleh tahu kedudukan mereka diawal Konsert. Atau memang tak nak diaorang nie berada dalam keadaan over confident bila tahu diaorang ada dikedudukan yang selamat. tapi bila Undian ditutup ditunjuk pulak kedudukan undian mereka. lagi lah ngeri bebudak tu. Okaylah ni dia ulasan aku pasal persembahan individu para pelajar untuk minggu yang pertama nie.

Review Konsert Akademi Fantasia 05 Minggu Pertama

Konsert dimulakan dengan pengenalan para pelajar ibarat model-model memperagakan pakaian dari Myrazarna & Revv (tak taulah betul ke aku eja nie main langgar jerk). Memang ambil kesempatan betullah sajer jerk nak buat KL Fashion Week kat AF nie tapi budget rendahnya takyah bayar model. Dah pasti jutaan orang kat Malaysia nie tengokkan. Very the... Tapi bab pakaian bebudak nie bolehlah dibanggakan jika nak dibanding dengan musim-musim yang sudah. Ada nampak jugaklah yang diaorang (produksi AF) nie ada belajar dari kritikan yang diberikan sebelum nie.

Kedudukan pelajar diawal konsert

1. Dafi

2. Heliza

4. Fatin

5. Azwad

6. Farha

7. Rizal

8. Afiq

9. Shawal

10. Candy

11. Dekna

12. Noni

13. Ebi

14. Zana

15. Diya

16. Mila

Afiq - Lagu (Janjiku) Tagline "CAYA BEB"

Mamat ni dari mula dia nyanyi memang ada nampak masalah pitching. Starting dah gagal nak tarik audience attention untuk flow dengan dia. nampak sangat dia nie perlu banyak lagi belajar. Flat jangan cakaplah memang merata-rata. High note tak hit right note. Takde feel langsung dalam persembahn Afiq nie. Cuma satu jerk yang boleh dibanggakan, dia punya muka memang sebijik macam Puff Daddy malam tu. 2 Bintang

Mila - Lagu (Bersamamu) Tagline "Whats up-Whats up, check it out guys"

Mila nie kira ok sikit jerk dari Afiq. Low note dia ada weight. Tapi ada jugak dengar suara dia sengau, Mungkin dia masih tak paham cara nak project keluar suara dia agar tak sengau. Feeling pun masih kurang lagi. Aku dengar pun ada butir-butir perkataan yang tak clear. 2 1/2 Bintang

Dafi - Lagu (Uptown girl) Tagline "BAIK PUNYA"




Dari segi tone suara aku rasa Dafi ni takde specialnya. Biasa jerk macam artis yang sedia ada kat Malaysia nie. Performance dia malam tu ada nampak effort. Tapi agak semput dan tak cukup stamina bila banyak sangat movement yang dibuat. Pastu macam hilang kosentrasi pulak bila kena peluk dengan dancer tu.

3 Bintang

Diya - Lagu (Aku Masih Setia) Tagline "CAK"

Everything oklah (not perfect) dengan persembahan Diya nie. Walaupun ada pitching lari sikit. Tapi dianye low note memang ada weight tapi dia asyik nak play safe tak nak tarik high note bebetul. Aku rasa dianye suara memang ada range yang tinggi dan persembahan dia kan lebih menarik jika dia lebih berani. Attitude persembahan pun kurang. 2 1/5 Bintang

Farha - Lagu (Balada Pemusik Jalanan) Tagline "MANTAP"

Bagi aku musik arrangement memang spoil banyak persembahan pelajar. Farha punye persembahan pun terbabit sama. Dah lama musik tu cam siot jerk. Pulak tu budak nie macam nak taknak jerk jadi ROCK. Attitude yang ditunjukkan pun tak sampai. Rock sekerat jalan jerk. Walaupun opening dia aku macam teruja jerk tapi bila masuk second verse jerk dia dah mula hilang kawalan. Dah mula tak tentu arah tujuan. Endding pun bila menjerit macam tak sampai jerk... 3 Bintang

Ebi - Lagu (Milik Siapakah Gadis Ini) Tagline "RILEKS"

Memang kenalah persembahan dengan tagline kau nie. Dia nie macam malas nak nyanyi jerk. Low note masih longgar, adakalanya hampir tak dengar. Tapi high note ok tapi itu pun masih belum mantap lagi. Dahlah takde apa-apa koreografi untuk dia ini buat performance dia nie kosong. Dan lagi malang dia nie tak faham maksud lagu. 2 Bintang.

Dekna - Lagu (Tanpamu) Tagline "WOW"

Dia punya tonne sedap, tapi high note masih longgar lagi. Attitude dalam persembahan memang ada tapi a bit tenggelam bila Afiq muncul. Dari segi koreografi ok dan tak membosankan cuma stamina masih tak kuat lagi dan mula semput bila lagu dah nak abis. 2 1/2 Bintang

Shawal - Lagu (Harapan) Tagline "AGO-GO"

Dia nie boleh beri maaflah sebab cakap sakit tekak bernanahkan. Namun dari pendengaran aku suara dia biasa jerk. Tak dinamik langsung dalam nyanyi lagu yang punya range yang cukup luas ni. Pitcing pun masih ada tergelincir sesikit. Penghayatan pada lagu pun kurang. Mungkin boleh perform lebih baik bila tekak dah baik. 2 1/2 Bintang.

Candy - Lagu (Ka Ching) Tagline "Miow"

Dari segi persembahan aku rasa Candy dah ada attitude dan gaya yang baik. Untuk lagu sedemikian. Suara dia pun lantang dan ada weight. Cuma ada baris-baris yang dia mumble words tu buat tak jelas kedengaran. Satu lagi masalah aku dengan pakaian yang dikenakan macam Harvey Two Face nye baju jerk yang dia pakai. Lebih baik pakai baju Riddle cuma tukar lambang tanda soal jadi lambang duit lagi ok kot... Muahahaha... 3 Bintang

Rizal - Lagu (Menanti Sebuah Jawaban) Tagline "SICAYAK KITA GAH"

Betul ke aku tulis tagline si Rizal nie. Hentam jerk lah. Aku pun tak paham apa maksudnya. Kalau sapa yang tau bolehlah share dengan tinggalkan komen yerk. Ok dari segi vokal aku rasa tiada yang istimewa. Biasa jerk. Dia nie memang stress sangat masa buat persembahan tu. Tempo ada tertinggal. Nyanyian pun flat. Dan aku tak paham macamana Ogy cakap yang dia leh rasa feel yang disampaikan Rizal nie. Nothing special at all for this performance. Macam orang karoeke jerk dengarnya. 2 Bintang

Noni - Lagu (Tiada Logika) Tagline "PEACE"


Aku puas hati dengan persembahan Noni. Ada attitude dan voice projection pun ok. Dia nie memang boleh menari dan stamina pun ok dan masih boleh dipertingkat lagi. 3 Bintang

Heliza - Lagu (Kau Pergi Jua) Tagline "BEREEH"


Aku rasa untuk konsert yang pertama nie Heliza sahaja yang telah membuktikan keupayaannya. Itupun cuma setengah dari lagu itu yang dia berani sampaikan dengan gaya tersendiri. Tonne suara yang lunak dan merdu tambah pulak tu muka ayu dan pakai tudung, Aku rasa buat dia banyak meraih undi. Aku bukannya bais tapi ini fact. Vibrato yang terlalu banyak ada jugak buat aku aku mual sebab asyik nak beralun jek. Baik simpan untuk persembahan yang mendatang. Pitching ada sikit yang tergelincir tapi overall ok.

3 1/2 Bintang

Fatin - Lagu (Angkat Kaki)

Yang ini tak leh nak ulas panjang sebab perform pun sekerat jerk lagu tu. Pastu dah kena kritik. Sebab tak dapat pembelajaran lengkap seminggu tak macam student lain disebabkan sakit kulit (kurap kot sebab rahsia sangat. muaahahahaa mau kena rejam aku nie) Sengau dangdut memang ada cuma tak sure tonne suara dia nie ok ke untuk lagi genre lain. Kiranya dia punya vokal masih belum teruji sepenuhnya. 2 Bintang

Kedudukan akhir konsert

1. Dafi

2. Heliza

4. Fatin

5. Aswad

6. Farha

7. Rizal

8. Candy

9. Shawal

10. Afiq

11. Dekna

12. Noni

13. Ebi

14. Mira

15. Diya

16. Zana

Pelajar Tersingkir

1. Zana (tarik diri)


2. Diya

Ulasan diari Ahad tidak akan dinaikkan sebab aku penat. Alah setengah diari tu dah tunjuk pada diari sesebelumnya. Lagi setengah pasal preparation before konsert jerk. Malaslah nak ulas.

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd
Faxs
AhmadFaidhi

Labels:


posted by admin at 8:43 AM | Permalink | 0 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 JUMAAT 16 MAC 07


Ore : 8:40 AM
















Macam biasa aku balik kerja agak lewat. Tapi sempat jugaklah surf kat internet carik cerita baru dan panas yang ada. Tapi cerita semalam masih belum padam lagi hangatnya. Cuma thread panas pasal semalam dah disolex oleh mod. Tak dapatlah lagi bebudak nie nak mengomen pasal topik tu lagi kat situ. Walaupun benda tu tak dapat lagi disahkan aku tengok dah ada jugak bebudak tu berani hantar sms kat chat@15. Dah tentulah mod kat chat@15 tu tebasnye. Apalah buat rugi duit kauorang jerk.. Tapi hari ni aku jumpa satu thread yang dibuka oleh aFVIRGO. Rajin sunggah budak nie buat banner untuk semua pelajar-pelajar AF nie. Siap ada bait-bait lirik lagu tugasan mereka untuk minggu ini. Aku salute lah kat kau aFVIRGO (dah macam iklan maggi "KAMI TABIK MAT LICIN"). Pasal konsert untuk malam esok aku tak sure dapat tengok ke tak sebab malam tadi mak aku call cakap nak ajak gie kuar dinner satu family. Tempat pun nak pergi pun masih lom confirm. Tak surelah dapat tak tengok konsert tu nanti. Ok inilah ulasan aku pasal diari hari semalam.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama


Kali nie diari dimulakan dengan perbincanagn berkumpulan para pelajar perempuan. Memula-aku ingatkan diaorang nie nak confront yang macam Amyleya kena masa musim ketiga tu. Alah yang siap nangis kena papah tu. Tapi kali ni takdelah seteruk tu. Mula-mula bila si Sherry tu tanya ada masalah ke antara mereka, diorang cakap ok jerk takde apa. Bila sorang jerk bukak mulut abis semuanye terbabit cakap tak puas hati. Adalah dua tiga orang budak tu macam tak berapa puas hati dengan si Noni. Memula si Zana cakap yang dia takut kena marah dengan Noni masa dalam kelas tarian tu. Aku pun tak paham nape ntah nak takut dengan budak tu. Makan orang ke budak tu yang buat Zana samapi nangis terisak-isak. Then Cindy pulak ckap yang dia pun ada problem dengan Noni. Pastu memcam lah diaorang nie bercerita insiden-insiden yang terjadi dalam AF tu. Itulah bila dah gedik sangat, sampaikan tingkah laku pun tak leh nak control dan aku kira bebudak nie macam tersinggung dengan perlakuan Noni. Mungkin cara teguran ke apa ke diaorang ni tak leh accept. Ada jugak bab-bab yang kelakar terkeluar dalam masa diaorang berbincang tu. Mana taknye bila bebudak tu mengajuk cara Heliza menunjuk. Pastu dalam sibuk usrah tu sempat pulak si Mila tu buat gaya renang kuat kupu-kupu. Ini baru minggu pertama dah ada hal-hal macam gini tak tau lah diaorang nie masih belum serasi lagi ke atau memang tak akan serasi. Tapi kalau tengok masih dua tiga hari lepas nampak pulak bebudak girl nie bolhe get along dan tergedik sesama. Entahlah.

Pastu adalah paparan yang tak menarik ditunjukan. Kali ni kamera banyak jugak fokus pada Shawal. Shawal berlakon jadi Cheflah. Shawal sibuk angkat Aizatlah. Shawal pakai tudung dan berlakon jadi ponen. Kira macam nak tunukkan mamat ni dah mula nak tunjuk diri sebenarlah. Dah penat agaknya kontrol macho sebelum ni. Geli jugak hati aku bila tengok muka dia nie pakai tudung. Apa taknya hodoh nak mampus. Kalau jadi ponen pun takdenye laku macam blogger ponen yang fofular tuu.. Muahahaa... Tapi aku rasa pelajar lelaki yang lain masih ramai lagi yang belum tunjukkan diri sebenar mereka. Ataupun kamera yang tak sempat nak rakam perlakuan mereka nie. Pastu berbalik pada paparan dalam kelas LJ dan masa nie Dafi dnegan berlatih nyanyi lagu tugasanya. Dari pendengaran aku yang pekak sebelah ni. Kira ok jerk la belum nampak tanda-tanda superb pada nyanyiannya. Masa dalam kelas tu pun Cikgu Adnan ada tapi tak tunjuk pulak dia ada komen apa-apa.

Then Dafi cerita dengan Dekna pasal kejutan dia dalam masuk AF tu. Nampaknya dia memang dah tahu ada kejutan tu. Kalau tak takkanlah dia ingat dia akan dapat kejutan masa diaorang keluar makankan. Bila sampai jerk kat rumah dia siap dah perasan kamera yang disembunyikan lagi. Memang sengalkan. Then ada pulak Dekna terlepas cakap pasal satu student tu kena berlakon semula untuk kejutan tu. Kejikan... Dahlahh kejutan tak jadi. Pastu kena pulak berlakon balik nampak sangat nak latih beudak tu jadi fake. Tapi Dekna punya memang reallah. Memang jelas dia nie tak hipokrit. jadi masih boleh percaya ke perlakuan diaorang dlam akademi tu. Sialp-silap memang telah disuruh untuk berlakon untuk namapk lebih dramatik.

Aku tak taulah napa untuk minggu pertama nie cuma ditunjukkan Noni sahaja membuat persembahan didepan tenaga pengajar. Tak cukup masa kot. pastu minah nie kena tegur sikit jerk dah boleh terasa sambil menangis tersedu sedan. Siap si Heliza tu pujuk lagi itu pun tak berenti. Nasib baik bila "abang Roslan: pujuk dia ok balik kalau tak mau kena panggil mak bapak dia datang pujuk. ia cakap asyik tak yakin jerk. Tapi aku respectlah dengan Roslan sebab pandai jugak dia pujuk bebudak nie. Sebaris dua jer ayat yang keluar dari mulut dia nie boieh meredakan tekanan si Noni tu. Memang apa yang dia cakap tu ada asasnya.

Lepas daripada itu paparan dah mula takda isi. Cuma tunjukkan Fatin dan Aswad dapat goodie bag dari Akademi dan luahan rasa diaorang yangnak sangat perform. Kalau diikutkan keputusan debat semalm diaorang berdua nie masih dikekalkan tapi tak perlu perform. Tapi akan disingkirkan kalau undian untuk mereka itu yang terendah. Untuk Aswad aku rasa dia mungkin boleh survive. Tapi Fatin tu macam 50-50 jerk apa taknya tak nampak takda sakitnya. Pasti sakit pun dirahsiakan. pengikut pun masih lom ramai lagik dan tak boleh perform pulak tu untuk konsert nanti. Aku rasa kalau ada penyikiran dalam konsert pertama ini dia memang ada potensi kena singkir.

Diari diakhiri dengan paparan kelas latihan teknik vokal. Kali bukan diconduct oleh Cikgu Syafi tapi ada sorang lelaki tu. Kalu tak salah aku Ched dulu yang masuk Audition kalau kauorang ingatlah.

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Labels:


posted by admin at 8:40 AM | Permalink | 0 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 KHAMIS 15 MAC 07

Friday, March 16, 2007
Ore : 8:34 AM

Memang hangat betullah penangan akademi fatasia musim nie. Belum lagi konsert pertama dah memacam kontroversi yang timbul, Memula pasal ketiadaan konsert prelude, kemudian pasal student dapat MC seminggu, delima penyikiran untuk Aswad dan Fatin dan yang terkini paling hot hari semalam gambar bogel. Tapi masih tak boleh disahkan lagi pasal gambar seorang gadis berbogel yang dikatakan pelajar Akademi Fantasia musim terbaru. Dan sekali lagi ruang forum cari.com menjadi hangat. Kalau sehari sebelum ini kecoh pasal video yang mengatakan Mawi lalok sibuk disebarkan disitu, hari ini satu lagi kontroversi dan mungkin sejarah hitam buat AF dan pelajar wanita tersebut jika benar orang dalam gambar itu dia. Aku dah dapat gambar yang dimaksudkan dan memang wajah wanita didalam gambar itu ada iras muka pelajar af 05 nie. Tapi cuma satu gambar jer yang ada muka dia. Itu pun half body tak full (cuma nampak separuh buah dada tapi memang tak pakai baju). Gambar lain memang naked abis tapi tak nampak pulak mukanya. Kalau betullah gambar itu gambar dia, ini dah kira macam American Idol yang mana dulu ada kecoh gambar bogel salah seorang contestant disebarkan melalui internet. Macamanalah nasib budak ni masa konsert nanti. Silap-silap time Aznil panggil nama dia untuk buat persembahan dia kena booo dengan audience. Mesti terpinga-pinga jap. Aku pun tak pasti macamana pihak Astro dan Akademi nak buat dalam hal macam ni, sebab sebelum ni tak pernah pulak ada kes yang macam ni. Paling tidak pun budak tu dah pihak Astro cakap yang tu gambar super impose ataupun pelanduk dua serupa. Whateverlah...

Hari ni memang aku nak update banayk pasal diari semalam. Tapi macam-macam halangan yang ada. Memula Pc aku nie macam black screen jerk takleh nak nampak satu apa pun. Lepas aku bukak dan godeh sesikit kat CPU tu aku ada tukar input voltage kat power supply belakang PC tu. Bila aku on jerk terus meletup abis bilik aku penuh asap. Terus aku rasa macam hilang semangat. Apataknya aku dengan PC nie macam takleh nak pisahlah. Kalau takde PC macam nak pengsan dibuatnya. Aku ingat akunya PC dah kong kira dah boleh buat scrap dan kat kepala dah terpikir nak kena tukar set yang baru jerk. Tapi aku godeh la balik kat input voltage power supply tu. Bila on balik ok pulak. happy tak terkira rasanya. Aku carik la note yang aku tulis utnuk ulasan diari malam tadi sebab dah mula nak buat ulasan. Lagi sekali punya sengal note tu aku jumpa kat dalam beg plastic samaph kat dapur rumah. Sapa yang buang ntah macamnak mengamuk pun ada jugak. Jadi untuk ulasan hari ni mungkin tak panjang dan iktu apa yang aku ingat jerk.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Khamis Minggu Pertama

Aku rasa dah tiba masanya Akademi Fantasia gunakan tag line balik. Jika untuk musim kedua dulu produksi AF pakai DAH DEMAM, aku cadangkan untuk AF kali nie nak kena pakai tag line "DAH GEDIK". Sekali lagi kegedikkan teramat hanjeng diperlihatkan didalam akademi. Sebab terlampau gedik dan memain sangat bebudak nie dah buat Cikgu Syafi yang mengadung tu marah dahlah tinggal lagi berapa hari lagi untuk konsert, diaorang masih belum hafal lagi lriik lagu tugasan memasing. Candy sampai menangis sebab tak dapat nak ingat lirik lagu masa perform depan Cikgu Syafi. Lepas tu pandai pulak cover balik cakap yang dia nangis bukan sebab kena marah, tapi sebab kononya kecewa dengan diri dia sendiri. Itulah banyak sangat main dan tak fokus semasa cikgu mengajar. Masa dalam kelas English pun perempuan nie tergedik jugak. Sebab tu aku sarankan tag line tahun ni DAH GEDIK diguna pakai. Sebab 70 peratus paparan diari pasal kegedikkan pelajar perempuan.

Dalam diari kali ni pun ada tiga adegan pelajar menangis. Kalau memula ditunjukkan Candy menangis sebab tak ingat lirik. Kemudian Afiq menangis tak tau sebab apa. Dan last sekali Zana menangis lagi sebab rindu kat kucing lagik ke atau sebab lain? Memang la menagis tu cara untuk meredakan tekanan. Tapi kenapa sampi ke hari ini kelibat Dr Love tidak muncul untuk meredakan tekanan para pelajar. Ibu Fetty pun tak tunjuk muka dalam kelas untuk memberi perangsang pada pelajar yang dah mula down. Yang datang cuma badut lainkali panggillah Raja lawak Astro si Yus tu barulah cara. Paparan pasal tapak kasut tercabut buat aku terfikir, kenapa tahun nie masih belum ada sposor pakaian dan kasut seperti musim-musim lalu muncul kedalam akademi. Memang betul ke AF tahun nie takde sponsor. Makin lama makin daif aku tengok diaorang nie. Banyak benefit yang student msuim terdahulu dpat diaorang tak dapat. Converse pun dah tak sponsor pakaian lagi. Baju pun take saiz si Aizat tu. Nape la production tahun nie slow tak pun kesan kesengalan musim tahun lepas buat penaja serik nak sponsor. Betul punya BAHANA lah musim yang lepas nie.

Masih ada lagi pelajar yang perlukan rawatan didalam diari semalam. Kali ni Farha pulak dibawa keluar akademi untuk buat minor operation untuk keluarkan balik benang kat dalam mulut dia. Bukannya dia nia makan benang sebelum nie. Tapi sebelum masuk AF dia ada buat operation kat dalam mulut tu. Dan jahitan itu perlu dibuka semula. Lepas nie sapa lagi lah gaknya yang nak kena bawa ke hospital yerk. One more thing that interesting for this episod pasal kamera dalam akademi tu asyik kejar Aizat jerk. Memula budak chubby nie malu-malu asyik lari jerk tapi at last dia tunjukkan jugak lubang hidung dia sekembang ya amat kat depan kamera tu. Nasib baik takde bijih timah berlonggok kat situ. Tapi funnylah jugak aku tengok sebab Aizat nie kan cute jadi takdelah nampak buruk sangat.

Then student ada buat special performance. Aku rasa semua student yang tak diquarantine ada amik bahagain dalam performance ini. Diaorang nyanyikan lagu Happy Birthday buat ayah Diya yang sambut hari lahirnya semalam. Tak taulah pulak yang minah gedik nie ada buat macam tu atau tak sebelum ini, ataupun cuma dah masuk AF nie baru sibuk nak wish birthday kat ayah dia. Wallahualam. Anyway happy birthday juga untuk ayah di Diya nie. Dalam reramai budak perempuan tu aku tengok Si Heliza jerk yang cool sikit. Kata bebudak dalam forum cari, Heliza nie kepala gila-gila sikit tapi macam matured jerk dia nie. Takpun belang dia masih belum keluar lagi kot. Anyway i still excited to watch more from her. Kalau dengar suara pun ok, tak taulah pulak time konsert nanti.

Then ada tunjuk jugak perkembangan kesihat Aswad. Semua pox dah keluar. Abis penuh satu muka mamat nie. Kesian pulak tengok macam tersiksa gitu. Tapi dia masih bersemangat nak perform jika dibenar untuk untuk konsert Sabtu nanti. Yang lain semua aku tak ingat sebab tak berapa best kot. Lepas tu aku layan tengok Debat AF yang first time keudara secara live. Pembahas-pembahas untuk kali ni adalah Joe Klubbkidd, Rudy Harian Metro, Zainal Alam dn Roslan Aziz. Diaorang bahaskan dua topik iaitu pasal Wajarkah Azwad dan Fatin disingkirkan dan topik lagi satu Pasal tolong menolong dalam Akademi. Anyway lawalah baju Klubbkidd tu. Joe aku nak beli baju tu satu dari kau boleh tak? Eheheh kalau nak kasi free lagi bagus... Hahahaha...

Hadiah untuk Pemenang Akademi Fantasia musim kelima.

Juara :- Wang tunai RM20,000.00

Pakej perlancongan ke Gold Coast

Sebuah Kereta Toyota Vios

Apartment di A' Farmosa

Trofi sumbangan Astro

Naib Juara:- Wang tunai RM10,000.00

Pakej perlancongan ke Disneyland HongKong

Sebuah Kereta Toyota Vios

Trofi sumbangan Astro

Ketiga:- Wang tunai RM4,000.00

Pakej perlancongan ke Disneyland HongKong

Trofi sumbangan Astro

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Labels:


posted by admin at 8:34 AM | Permalink | 3 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com