About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KETUJUH

Monday, April 30, 2007
Ore : 8:29 AM

Pagi ni masuk office nak siapkan closing sebab nak cuti panjang. Banyak kerja yang tertangguh mesti diselesaikan segera sebelum date line tiba. Tinggal lagu dua minggu saja aku akan berkhidmat disini sebelum meneruskan pencarian rezeki ditempat baru. Jadi sebelum berhenti semuanya mestilah diatur dan dikemaskini agar proses penyerahan tugas dapat berjalan lancar. Minggu depan bakal pengganti aku akan masuk untuk meneruskan segala tugasan yang ada. Sudah semakin hampir nie semakin sayu pulak rasa. Maklumlah lepas nie tak dapat lagi aku nak bergaduh dengan Linkeen lagi. Tak dapat lagi nak bergurau dengan Dok, Bob, Kak Nor dan Kak Ina macam biasa. Pengorbanan terpaksa dilakukan untuk mengupgrade diri. Dalam pada itu aku masih keliru dengan laman web baru aku. Semakin keliru dan ragu-ragu untuk meneruskan pembikinannya. Masih banyak yang samar. Bandwidth menjadi faktor utama. Aku masih mencari oranh yang dapat membantu. Dah mula terfikir mencari alternative lain sebelum mengorak lebih jauh. Nantilah aku fikirkan. Aku nak ucapkan tahniah untuk Siti dan team yang menjayakan Album Transkripsi sebab berjaya menggondol Anugerah Album Terbaik AIM malam tadi. Memang layak album itu menang. Pasal konsert AF malam ini, bosan dalam kegembiraan. Itu yang mampu aku katakan. Pihak produksi telah berusaha sedaya upaya untuk memeriahkan konsert ini sedaya mungkin tapi tetap kelihatan hambar. Pemberian hadiah kepada hadirin yang menggayakan pakaian paling kreatif bersempena tema konsert pun tidak membawa apa-apa erti. Persembahan para pelajar malam tadi agak menyedihkan. Tidak ramai yang berjaya mencapai tahap membanggakan. Pengkritik pun tidak seimbang didalam memberikan kritikan dan memberi lampu biru untuk para pelajar. Adakalanya Aznil seperti memaksa untuk diberikan lampu biru. Perlukah ada paksaan atau pun dorongan untuk pengkritik berbuat demikian. Sungguh menyedihkan. Diakhir konsert pasti rakan-rakan blogger lain melonjat kegembiraan kerana apa yang diimpikan telah tercapai. Tetapi segmen kehadiran ibu bapa ynag macam hari PIBG sekolah itu membantu Aswad untuk kekal didalam akademi. Walaupun segmen itu membuat ramai menituskan air mata termasuklah Hattan. Pada awalnya aku jangka dia akan tersingkir malam tadi. Ini adalah ulasan aku untuk persembahan individu para pelajar.

Pengkritik jemputan: Salih Yaakob


Heliza – Rindu Merindu
Tidak banyak perubahan prestsi Heliza saban minggu. She lack of attitude and personaliti in this song. Masih lagi kedengaran gaya Siti Nurhaliza dalam persembahan. Yang lain semua biasa sahaja. Tak banyak berubah berbanding mingu-minggu sudah.

Butang Biru datang dari: Gee

Nakal bagi 2 Bintang

Shawal - Joget Kaki Lima.

Dia nie penuh dengan konfiden. Keceriaan yang dibawakan cukup sampai dan bersesuaian dengan mood lagu dan maksud lirik. Dari segi vokal pun sudah boleh dikira ok berbanding pelajar lain.

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Salih.

Nakal bagi 3 Bintang


Aswad - Penyu Menangis

Aku tak nafikan yang Aswad mempunya projection voice yang cukup baik. Semuanye kedengaran jelas dan teratur. Tapi untuk persembahan kali ini aku rasa banyak kekosongan. Penyampaian pada awalnya tidak diiringi dengan emosi membuatkan ianya terasa kosong. Ianya hadir hanya apa bila sudah dipertengahan lagu. Waluapun sudah tidak menggunakan tangan dengan banyak bukannya bermakna dia tidak menggunakan langsung. Dia harus bijak menggunakan pancaindera yang sedia ada untuk memberi maksud setiap bait-bait lirik yang cukup puitis itu. Anyway malam ini dia lebih bagus dalam minggu sudah.

Butang Biru datang dari: Gee & Ogy

Nakal bagi 2 1/2 Bintang


Ebi - Berdendang Dalam Tangisan
Aku tau memang sukar untuk menyampaikan maksud lagu dengan genre lagu joget ini. Lagu fast number pulak tu mood sedih macam mana nak digayakan. Susahkan. Disinilah Ebi kena bijak menggunakan mimik muka untuk membuat ekspresi yang sesuai dengan maksud lirik. Walaupun aku tengok Ebi ada buat benda tu tapi masih belum cukup untuk dirasai sepenuhnya. Dan aku setuju dengan apa yang Ogy cakap pasal buah silat yang Ebi buat. Memang takde ciri-ciri pesilat langsung dia nie. Namun dari segi suara aku suka dengan tone Ebi. Kiranya sesuai jugak untuk lagu Jamal nie, walaupun masih ada sikit-sikit masalah pitching dan high note. Namun latihan Ebi untuk stamina telah memberi kesan positif untuk konsert kali ini.

Butang Biru datang dari: Tiada

Nakal bagi 2 1/2 Bintang

Dafi - Joget Angan Tak Sudah.
Minggu ini dia semakin berani untuk keluarkan suara. Walaupun masih banyak kelemahan tapi dia semakin berani dan konfiden. Memang terasa tenaga yang dibawakan untuk lagu ini. Cuma adakalanya suara penyanyi latar lebih kuat dari suara Dafi. Tapi perlu ke dia buat head banging dengan Shawal masa bridge lagu ni. Ini lagu rock ke?

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy & Salih

Nakal bagi 2 1/2 Bintang


Candy - Tari Silat Melayu.
Tetap konsisten seperti minggu sudah. Walau pun ada certain part tu low note tak berapa jelas namun ok. Dari segi performance biasa sahaja. Tapi Candy perlu lebih fokus dalam memberi pesembahan sebab bila pengkritik semua dah beri lampu biru ketika dia menyanyi kelihatan dia sudah mula hilang fokus sedikit didalm nyanyian. Aku rasa Candy perlukan melakukan sesuatu yang luar biasa untuk persembahan akan datang untuk lebih BOOM!

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Salih

Nakal bagi 4 Bintang

Mila - Dondang Dendang

Minggu ini Mila ada sedikit penurunan prestasi jika nak dibandingkan dengan minggu sudah. Lenggok dan patah lagu bagus. Keayuan dan attitude untuk lagu pun baik. Dia nie kena lebihkan lagi pemahaman maksud lagu dan latihan tambahan untuk teknikal vokal untuk menjadi penyanyi yang baik.

Butang Biru datang dari: Gee & Ogy

Nakal bagi 3 1/2 Bintang

Pelajar tersingkir

Sapa erk?

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd
Mr Manager
Penglipurlara-AF5

Noumad

SultanMuzaffar

Juan Danza

Labels:


posted by admin at 8:29 AM | Permalink | 0 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 SELASA 24 APRIL 07

Wednesday, April 25, 2007
Ore : 8:25 AM

Penat, memang penat. Banyak perkara perlu dibereskan mengikut waktu yang semakin hari semakin singkat. Semuanya perlu diselesaikan sebelum aku berhenti. Aku makin kesuntukkan masa dan makin banyak benda yang perlu diuruskan. Aku baru sahaja mendaftar domain dan hosting. Dah upgradekan diri didunia siber ini. Aku kira ini langkah yang cukup besar untuk aku untuk mengharungi dunia yang aku minati. www.melayucentral.com best tak nama domain ini. Sudah berhari-hari aku dan Linkeen fikir akhirnya nama itu yang aku pilih. Oklah agaknya untuk permulaan aku cuma installkan Joomla sebagai basic utama laman web pertama aku. Masih banyak yang perlu dibelajar. Masih samar lagi. Nak install forum pun masih tak tau. Mungkin ambil masa yang panjang untuk aku mahir sepenuhnya. Jadi kalau ada sapa yang sudi nak mengajar aku cara nak membangunkan laman atau pandangan untuk sila hubungi aku yer. Akademi Fantasia, Mp3central, Alljustinfo, Lyricentral dan Carfever terabai seketika. Aku cuba gagahkan juga diri untuk update sebaik mungkin.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Selasa Minggu Ketujuh

Sejak konsert minggu sudah, semakin menarik pola pengundian dapat dilihat dikalangan para pengundi. Ada kalanya Ebi diatas, adakalanya Dafi dan Shawal. Nama pelajar yang tercorot pun acap kali berubah-ubah. Nampak sangat saingan masih luas terbuka antara mereka. Namun bagi para pelajar yang dulunya dilihat tidak menjadi pilihan semakin mendapat perhatian. Nama Mila semakin disebut-sebut sejak kebelakangan ini. Makin banyak tumpuan diberikan kepada budak ni. Makin naik saham dia. Aku tengok dikalangan blackout blogger dah makin memberi perhatian. Itulah berkat usaha yang tidak kenal putus asa. Sentiasa ingin memberikan yang terbaik. Karektor si Mila pun semakin terselah sejak kebelakangan ini. Aku rasa dia pun sudah semakin yakin dengan langkah yang diorak. Diari malam ini pun makin banyak memaparkan telatah dia nie. Walaupun bukannya pilihan utama untuk juara tapi aku lihat dengan bakat, tonne dan attitude yang ditunjukkan Mila boleh mengikut jejak Fara. Bagi para pelajar lain, walaupun tanpa kehadiran Dekna di AF kini, kelihatan para pelajar tetap ceria. Masih banyak gurau senda dan gelak ketawa dikalangan mereka. Sudah ada nama-nama baru yang telah menghidupkan suasana AF. Ebi, Shawal dan Mila banyak memainkan peranan utama. Diharap benda ini akan berterusan .

Minggu ini kita akan dapat nilai jurang sebenar diantara para pelajar. Sebab semuanya mendapat lagu tugasan dari genre yang sama. Jadi siapa yang lemah akan jelas ketara. Aku harap ini kana menjadi asas untuk para pengundi untuk mengundi dengan bijak. Pada aku hanya tinggal dua orang sahaja lagi yang benar-benar tidak layak untuk ke final. Jadi hendaknya diaorang ini akan terkeluarlah sebelum konsert akhir. Selepas itu siapa yang akan melangkah ke final aku sudah tidak kisah. Dah puas rasanya.

Ulasan Lain:-

Tarian Rap - Joe Klubbkidd

Tarian 60an - Ajaimi

Tarian Ballet - Gidong

Tarian Kuda Kepang - Sultan Muzaffar

Tarian Tango - Mr Manager

Tarian Zapin - Juan Danza

Tarian Singa - Badrul After6

Labels:


posted by admin at 8:25 AM | Permalink | 1 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 Ahad 22 APRIL 07

Monday, April 23, 2007
Ore : 8:37 AM

Kali pertama aku update pasal diari untuk hari Ahad. Tapi jangan salah anggap sebab aku cuma nak cakap pasal cara diaorang pilih lagu tugasan. Bukan ulasan keseluruhan. Sudah ada kematangan didalam memilih lagu tugasan dikalangan para pelajar. Tiada lagi perebutan dan semuanya bertoleransi antara satu dengan lain. Suka aku tengok perubahann positif ini.

Lagu Bonus - Joget Pahang (Siti Nurhaliza)/Joget Si Pinang Muda (Noraniza Idris)
Aswad - Penyu Menangis (Sudirman)
Candy - Tari Silat Melayu (Aishah)
Heliza - Rindu Merindu ( Fauziah Idris)
Mila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
Ebi - Berdendang Dalam Tangisan (Jamal Abdillah)
Dafi - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)
Shawal - Joget Kaki Lima (Dahlan Zainuddin)

Labels:


posted by admin at 8:37 AM | Permalink | 0 commenti

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KEENAM


Ore : 8:23 AM

Sepanjang minggu ini sudah timbul pelbagai spekulai di tempat kerja. Pada mulanya aku terpaksa rahsiakan sehingga ke hujung minggu. Akhirnya segalanya telah terlerai samada dari mulut aku sendiri mahu pun dari orang lain. Tak kisahlah. Aku sudah tender resign letter pada 13hb April yang lalu. Setelah hampir 4 tahun berkerja di RTW akhirnya aku meletakkan jawatan. Bila hari akhir aku masih tak pasti sebab menunggu GM yang nak turun ke JB hari Isnin ini. Bukan aku seorang sahaja yang nak berenti kerja tapi ada beberapa orang lagi. Perubahan angin baru diharap akan membawa lebih banyak kebaikan hendaknya. Jadi mungkin pertengahan bulan depan aku tidak lagi sebumbung dengan Linkeen, Dok & Abg Bob. Inilah tempat aku mencari rezeki yang paling lama setakat ini. Kalau tak dulu setahun sekali aku bertukar angin. Agaknya usia mematang pemikiran dan pengalaman menjadi guru yang terbaik didalam hidup. Ketika aku menaip ni aku sedang menonton Man Utd menentang Middlesbrough (seri 1 - 1). Layan sekali sambil menaip ni. Ok berbalik kepada Akademi Fantasia, untuk minggu keenam ini ada beberapa pembaharuan dilakukan didalam konsert. Sudah diperkenalkan pengkritik undangan seperti yang telah dipersetujui para pengundi ketika Debat AF minggu-minggu sudah. Dan pengkritik undangan minggu ini adalah Kudsia Kahar. Diperkenalkan pula butang biru untuk para pengkritik untuk diberikan kepada para pelajar yang berjaya mencuri hati mereka didalam persembahan. Dan pelajar yang mendapat lampu biru terbanyak akan menerima hadiah didalam akademi nanti. Satu lagi kelainan didalam konsert ini adalah dengan kehadiran bintang-bintang untuk memberi amanat kepada para pelajar. Ada elemen-elemen majlis penyampaian anugurah pula kali ini. Dan senarai bintang yang dijemput memberi amanat kepada para pelajar adalah. Jalaludin Hassan, Erra Fazira, Khatijah Ibrahim, Hans Isaac, Rahimah Rahim, Dato Mustafa Maarof, Dato A. Rahman Hassan, Que Haider, Sazzy, Farid Kamil dan Ramlah Ram. Sebab dah terlampau banyak sangat waktu yang ada jadi piahk produksi kenalah selitkan pelbagai unsur lain untuk memenuhi slot masa yang sedia ada. Tak tahulah nanti bila pelajar dah tinggal 5 atau 6 orang mesti banyak lagi lagu tugasan dah elemen lain yang akan diselitkan. Berikut adalah ulasan untuk persembahan setiap pelajar.

Rizal - That Thing You Do.

Dari pendengaran aku, nyanyian Rizal masih ada masalah yang perlu dikemaskini lagi. Ada part yang kedengaran mendatar. Diction dan sebutan masih banyak perlu diperbaiki. Stamina agak kurang diakhir persembahan. Sudah boleh dilihat Rizal mengah. Low note Rizal pun masih tidak berapa jelas kedengaran. He seems too stress in his performance. Agaknya dah terlampau fokus kepada sebutan dan gerak tarian and he forget to enjoy it. Anyway aku suka tengok koreografi yang dipersembahkan.

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Kudsia.

Nakal bagi 2 1/2 Bintang

Shawal - Peronda Jaket Biru.

Aku tak suka pada baju t shirt koyak rabak macam roti kirai yang Shawal pakai. Tapi aku suka persembahan dia. Semuanya ok attitude cukup. Teknik vokal pun ok. Walaupun tonne suara dia tak berapa kena dengan lagu rock macam ini. Aku rasa Shawal akan dapat lebih baik kalau dia lebih banyak meronda serata pentas. Anyway best.

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy dan Kudsia.

Nakal bagi 3 1/2 Bintang


Heliza - Nafas Cahaya
Dia patut sedar, lagu yang dia ambil minggu ini adalah slow number dan sukar. So dia kena lebih banyak latihandan bermain dengan emosi untuk lagu sedemikian. Aku tau sukar untuk menyampaikan lagu ini dengan baik sebab nak jaga lenggok dan patah lagu. Aku tak nampak pergerakkan Heliza dan lagu bersatu. Dari segi vokal aku hairan kenapa semakin lama semakin merundum prestasi dia ni. Low note dia masih not so clear. Masih tak belajar lagi ke cara nak buat low note lebih jelas. Lagi satu aku rasa dia nie terlampau control ayu atas pentas tu. Dia kena lebih selamba dan rilek ketika membuat persembahan barulah nampak penyatuan diantara lagu dan dirinya.

Butang Biru datang dari: Gee

Nakal bagi 2 Bintang

Aswad - Yang Sedang-Sedang Saja
Memang tak boleh diterima akal pemikiran aku persembahan dia nie. Dengan baju kuda belangnya pastu gelekkan maut yang boleh buat para penonton mati keracunan. Aku rasa kalau Aswad tengok balik video persembahan dia nie mau dia pecahkan VCD tu. Bukannya apa dia memang tak leh masuh dengan musik dangdut. Tak seiring langsung. Dari segi vokal dah lah tak sesuai untuk song macam nie pastu ada jugak pitching yang off dan semput pulak tu. Lepas ini aku harap pihak Maersto atau Astro ban dia dari nyanyi lagu dangdut. Anyway effort yang diberikan Aswad harus dipuji.

Butang Biru datang dari: Tiada

Nakal bagi 1 Bintang

Candy - Gadis dan Bunga
Vokal dan persembahan bersatu dengan baik. Aku suka. Bravo!!!

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Kudsia

Nakal bagi 4 Bintang

Ebi - Jujur
Low note masih merupakan masalah Ebi. Tidak kedengaran begitu jelas dan dia tak mampu nak sustain projection suara ditahap ini. Feel untuk persembahan memang ada dan dirasai ditambah lagi dengan corak persembahan dan nyanyian tersendiri. Yang lain semua biasa sahaja.

Butang Biru datang dari: Gee & Ogy

Nakal bagi 2 1/2 Bintang

Dafi - Qing Fei De Yin (Aku juga menyintaimu)
Dafi dapat membuktikan dia mampu untuk improve untuk konsert kali ini. Walau masih banyak lagi yang perlu diperbaiki lebih-lebih lagi high note yang asyik kedengaran dia terkucil. Dari segi persembahan biasa sahaja. Cuma gimik turun stage pergi kat Gee untuk dapatkan lampu biru.

Butang Biru datang dari: Gee, Ogy & Kudsia

Nakal bagi 2 1/2 Bintang

Mila - Drama
Walaupun ada sedikit problem masa intro low note tak begitu jelas, aku kira persembahan Mila minggu ini semakin menarik. Setiap minggu nampak peningkatan ditunjukkan Mila. Krografi menarik dan vokal semakin mantap. Attitude yang berikan untuk lagu ini juga memang baik. She deserve for the four blue button.

Butang Biru datang dari: Gee, Hattan, Ogy dan Kudsia

Nakal bagi 3 Bintang

Lagu Bonus

Awas - Tiada harmoni didalam nyanyian dan tarian para pelajar.

GIG - Baik sedikit berbanding persembahan pelajar lelaki.

Pelajar tersingkir

Rizal

Ulasan Lain:-
Joe Klubbkidd
Mr Manager
Penglipurlara-AF5
Noumad

LeoFantasia
SultanMuzaffar
Juan Danza
Budiey
Badrulafter6




Labels:


posted by admin at 8:23 AM | Permalink | 0 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 RABU 18 APRIL 07

Thursday, April 19, 2007
Ore : 8:24 AM

Linkeen & Klubbkidd.
Gambar diambil ketika diaorang gie ujibakat mencari menantu. muahaha..
sorry erk Joe, Linkeen gurau jerk...

Kelmarin aku memang tak dapat nak tengok diari sebab balik kerja lambat. Sempat jugak call Klubbkidd sebab dia nak inform pasal blogger united. Dah lama jugak aku tak berborak dengan Joe, Aku Linkeen dan Klubbkidd chit chat sikit pasal AF musim nie. Sajer tukar-tukar pandangan. Dah lama jugak aku dan Joe dah tak berborak. Last tahun lepas kot masa dia turun JB masa tu pun kejap jer. Yelah orang busy memanjang. Lagi pun sekarang ni aku busy dengan preparation kejutan dan dekat blog-blog yang lain. Hari ini bila balik rumah sempat jugak nak layan diari. Itu pun tak sepenuh tumpuan ada jer ganguan. Dan rasa rindu pulak nak update pasal diari sebab dah lama rasanya aku tak update pasal diari kat blogkan. Sampaikan pernah Gidong remind aku untuk update pasal diari. Oklah baca jerklah ulasan diari malam tadi itu pun bukan terperinci sangat.

Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Rabu Minggu Keenam


Memula bebudak lelaki buat persembahn masing-masing sambil Aswad, Dafi dan Shawal jadi pengkritik. Tak banyak yang menarik part nie. Cuma masa Asrul act jadi Aznil untuk pengumuman penyikiran pelajar aku jadi frust sikit sebab dia sebut Dafi sebagai pelajar yang tersingkir. Bukannya aku nie peminat Dafi tapi aku akan lebih gembira jika dia sebut nama XXXXX sebab itulah harapan kami. Terfikir juga aku bila agaknya bila AF nak menggunakan AFKELUAR agar pengundi dapat menggunakan kuasa veto mereka mengeluarkan mana-mana pelajar pilihan mereka. Kalau tak nak pakai AFKELUAR aku cadangkan gunakan AFMELUAT, AFMENYAMPAH, AFTENDANG, AFBERLAGAK atau AFxxK. Pasti havoc seketika musim ini. Dalam pada itu aku tertanya-tanya mana perginya pelajar wanita. Sebab masa pelajar lelaki perform dan buat kritikan seorang perempuan tak ada disitu. Rupa-rupanya diaorang tengah berlatih lagu bonus dengan Cikgu Syafi. Aku rasa persembahan lagu GIG akan dipersembahkan dengan lebih baik oleh gurl student berbanding penyanyi asalnya. Yelah mutu suara diaorang lebih baik dari ELITE. Jangn badi Elite melekat kat diaorang sudah la.

Kemudian paparan beralih ke dalam kelas Cikgu Fati. Aku suka tengok para pelajar ini menghayati watak dengan sebaris script sahaja. Rata-rata mereka tidak menghampakan dan fokus pada tugasan. Ebi, Candy dan Shawal ternyata lebih menyerlah ketika ini. Then Shahril Fuiyoo Magik masuk AF. Hiburan seketika untuk bebudak ini. Yelah tak dapat tengok TV kan. Bolehlah hilang kan boring agaknya. Tengok si Shahril ni buat magik.

Sekali lagi Shawal dibawa keluar dari AF hari ini. Kali ini dia dibawa untuk buat medical check up pasal sakit bahu yang berlarutan kalau tak salah aku. Rawatan susulan untuk ototnya yang cedera setahun lalu. Agaknya sebab banyak sangat menari buat kecederaan itu berulang. Then paparan pasal Ibu Fati korek isi hati bebudak ini pasal first student yang impress diaorang masa first time berjumpa. Ebi cakap dia tergoda tengok Diya. Aswad cakap dia suka tengok Dekna. Dalam pada itu Abg Asrul ada jugak tanya soalan pancing pada Aswad kenapa tak terus terang masa Dekna ada dalam AF. Sajer jerk dia nak buat gosip pada bebudak ni. Tak lama lepas tu semua bebudak join group discussion tu. Mila cakap yang Zana dulu minat pada Aswad. Mila tertarik pada Dafi. Heliza pulak cuba dikenenkan dengan Ebi.

Setelah sekian lama Roslan Aziz tak masuk akademi malam tadi ada pulak dia tunjuk muka. Dah sekian lama tak nampak batang hidung malam ini adalah pulak dia nie tapi kejap jerk. Masa tu dia kasi advise untuk Dafi. Aku pun hairan nape Roslan nie jarang ada kat AF nie. Masa pembentangan tugasan pun takde. Masa penilaian semula konsert pun takde. Apa agaknya function sebenar dia nie. Just taruk nama jerk ke? atau pun dia dah fed up untuk handle bebudak ini. Entahlah.

Kemudian paparan semasa dalam kelah Ched. Kali ini Ched ada buat permainan. Dan untuk game rebut bantal nie Ebi menang dan dapat hadiah bag ADMIRAL. Kiranya macam-macam aktiviti dapat dilihat dalam kelas pemanasan vokal ini. Dan aku kira dalam kelas ini aku dapat melihat kretiviti Ched untuk mempelbagaikan corang pengajarannya. Agar para pelajar tidak bosan. Akhir sekali paparan Mila berlatih koreografi untuk lagu tugasan Drama. Aku khuatir jugak sebab dari apa yang ditayangkan banyak movement yang tidak selari dengan maksud lirik yang disampaikan. Masalah ini bukan baru. Ini membuat para pelajar jadi keliru ketika membuat persembahan. Ada baiknya setiap koreografi dipantau sekali oleh guru seni persembahan agar setiap persembahan tarian dan feel lagu dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Disinilah kretiviti pelajar itu sendiri diperlukan bak kata Ogy. Bukannya main buat sahaja apa yang disuruh. Diari end here.

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd The Infomer

Ajaimi Sunflower Boy

Gidong The Reminder

Labels:


posted by admin at 8:24 AM | Permalink | 0 commenti

Lagu tugasan untuk minggu ke 6

Tuesday, April 17, 2007
Ore : 1:25 PM

That Thing You Do - The Wonders : Rizal
Peronda Jaket Biru - Awie (Wings) : Shawal
Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi) - Harlem Yu : Dafi
Drama - Ning Baizura (Featuring Nikki & Yanie) : Mila
Nafas Cahaya - Misha Omar : Heliza
Yang Sedang-Sedang Saja - Iwan : Aswad
Jujur - Radja : Ebi
Awas - KRU : Semua Pelajar
G I G - Elite : Semua Pelajar
Gadis Dan Bunga - Rahimah Rahim : Candy
macam-macam benda semalam terjadi kat AF, Ebi kena tembel sebab intai sapa aku tak tau. Ujang masuk AF ajar bebudak ni lukis. Pastu penilaian persembahan oleh tenaga pengajar. Yang aku hairan selalu Rosalan Aziz takde masa-masa macam nie. Macam dia nie banyak lepas tangan jer kat bebudak ni. Nape erk.. Lagi satu, masa dalam kelas Dr Love, Aswad menunjukkan kelampiannya. Kasihan jugak aku tengok Dr Love berulang kali explain pada dia nie. Cuma aku kira sekarang bebudak ni especially gurl dah tak kisah pun apa lagu yang diberikan pada diaorang. Semuanya dia orang lanyak. Bagus ke tak bagus ke semua cabaran diterima. ok la tu..

Labels:


posted by admin at 1:25 PM | Permalink | 0 commenti

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KELIMA

Monday, April 16, 2007
Ore : 8:34 AM


KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KELIMA

Sepanjang minggu ini aku sibuk dengan pelbagai perkara. Mungkin banyak kejutan yang akan berlaku seminggu dua ini. Tengok jerklah nanti. Ada perubahan angina baru yang akan berlaku agaknya didalam diri aku. Linkeen pun sama akan membuat perubahan. Yelah tak lama lagi dah nak pakai AVEOkan. Uihh dasyatlah kau Linkeen. Bilalah agaknya aku dapat naik kereta baru tu. Oklah cukup pasal peribadi sekarang aku nak cerita pasal konsert minggu sudah. Konsert dimulakan dengan miming lagu bonus hindustan. Aku tak paham kenapa lagu ini perlu dimiming sebab lirik dan lagu telah diberikan seminggu lepas. Tapi bila time konsert miming pulak. Apa kehalnya semua ni, jadi lain kali tak payahlah pihak akademi cakap itu lagu bonus. Sebab takde bonusnya kalau pelajar hanya miming. Lebih baik lagi lagu tepuk-tepuk tangan minggu sudah sebab pelajar menyanyi bersama semasa pembukaan. Koreografi pun tak semengah mana. Aku lebih suka persembahan bebudak AF3 untuk lagu bonus hindustan mereka berbanding kali ini. Untuk minggu kali ini Gee tidak dapat bersama dan digantikan dengan Syafinas yang diduduk melentok abis kat kerusi pengkritik tu. Nak goda Hattan kot. Muahahaa..

Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah

Dari segi koreografi memang nampak effort yang diberikan. Energy didalam persembahan ada tapi tak cukup untuk memberi impak. Vokal masih banyak part yang flat dan kelaut. Aku terhibur denagn lagu dan koreograf dia jerk yang lain semua kosong.

1 1/2 Bintang.

Mila - Puncak Kasih.

Dia nie memang banyak improve dari segi vokal lately. Tapi unutk konsert kali ini ada part low note yang terkucil sikit dan high note ada part yangaku dengar macam menjerit. Anyway dianya performance malam itu antara yang terbaik.

3 Bintang

Aswad - 60's TV.

Ini merupakan persembahan terburuk dari Aswad. Dan merupakan bahan lawak untuk konsert kali ini. Mumbling, semput, lupa lirik dan rambut macam mop lantai tu buatkan Aswad jadi badut siap tambah lagi VT lawak washing.. washing.. itu. Aku rasa Aswad boleh jadi instructor aerobik terbaik dalam AF. muahahaa.

1/2 Bintang

Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta.

Terlalu banyak sangat movement buat dia hilang kawalan vokal. Banyak yang off pitching dia time dia sibuk nak berlakon dengan Shawal. Tapi effort untuk persembahan memang ada nampak. Dia masih tak dapat lari dari masalah menyatukan lagu dan persembahan.

2 Bintang.

Ebi - Layu Sebelum Berkembang.

Pada mulanya aku sangka persembahan Ebi akan menjadi sebab pada awalnya aura persembahan sudah terasa. Tapi bila start dia bangun dan menuju ketengah pentas semua itu hilang. Ebi hanya perlu duduk bermain dengan emosi dan melontarkan suara dengan lebih bertenaga untuk memberi impak dengan lagu sebegini.

2 Bintang

Candy - Berdua Lebih Baik.

Dari segi vokal dia tak banyak masalah. Cuma persembahan dia nampak kosong diatas pentas. Sepatutnya Linda Jasmin sediakan back up dancer dan koreografi yang lebih menarik untuk dia memberi persembahan yang lebih baik .

3 1/2 Bintang

Rizal - Pada Syurga Diwajahmu.

Dia nia masih banyak kelemahan dari segi vokal. Aku nampak effort dia untuk mempelbagaikan corak nyanyian tetapi banyak part yang tidak kena. Lagi satu aku tengok dia nie macam banyak air liur yang terembes masa menyanyi. Lain kali kena banyak sikit minum air. Feel disampaikan pun tak kena dengan lagu. Yang lain ok jer.

2 Bintang

Dekna - Unfaithful.

Dari segi tonne suara aku memang suka dengan tonne Dekna. Macam biasa bila student nyanyi lagu english mesti banyak diction yang tak clear. Yang lain aku rasa ok. Dekna nampak lawa dengan gaun tu.

3 1/2 Bintang

Shawal - Cinta Tak Karuan.

Shawal punya lenggok dangdut yang cukup. Tapi bila masuk bab gelek dia memang out. Dan bila time rapping tu dia semput. Sepatutnya bab dangdut dia dia kena kasi back up singer yang buat biar dia lebih fokus kepada verse dangdut sahaja. Anyway aku suka.

3 Bintang

Menuju Puncak.

Gerak tarian kanak-kanak tadika itu masih ada. Bilalah agaknya Remy nak tukar.

Pelajar tersingkir

Dekna

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Penglipurlara-af5

Noumad

Labels:


posted by admin at 8:34 AM | Permalink | 2 commenti

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 KHAMIS 12 APRIL 07

Friday, April 13, 2007
Ore : 8:12 AM

Semalam aku amik onleave gie settlekan semua maslaah bank aku. Lepas gie bayar duit sewa rumah terus jerk gie ASB nak tukar buku sebab dah berkurun tak tukar. Itu pun Bro kat kautnter tu tak yang tukar. Jadi kenalah aku pakai buku akaun remaja sampai ketua nanti. Agaknya Bro tu tau kot ynag aku nie awet muda.. Muahaaa.. Linkeen @ Lion King mesti jelous bila dia tau aku tak yanh tukar buku ASB aku tu... Lepas tu terus gie umah mak aku sebab Adik aku dah selamat deliver baby yang pertama. Dapat anak lelaki MUHAMMAD AISH HAKIM namanya. Panjang jugakkan. Anyway congrats la untuk mak ayahnya. Aku lepak kat umah org tua aku sampai ke malam dapat jugak la tengok diari kat umah diaorang . Itupun aku ingat2 lupa. Bila si budak nie suruh aku update jadi terpaksalah aku update apa yang aku ingat.

Ini jerk ulasan untuk diari semalam sebab aku malas nak ingat benda2 lain.

Labels:


posted by admin at 8:12 AM | Permalink | 0 commenti

Lagu Tugasan AF5 - Minggu 5

Tuesday, April 10, 2007
Ore : 11:57 AM

Senarai lagu tugasan pada minggu ini:

Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
Aswad - 60’s TV (OAG)
Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
Dekna - Unfaithful (Rihanna)
Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)

Labels:


posted by admin at 11:57 AM | Permalink | 0 commenti

KONSERT AKADEMI FANTASIA 05 MINGGU KEEMPAT


Ore : 8:51 AM


Mesti korang tertanya-tanya kenapa dah seminggu aku tak update pasal diari harian AFkan. Bukannya aku tak tengok, aku tengok siap dengan AFXTRA lagi aku tengok. Tapi aku malas nak menaip sebab aku sibuk kat MP3CENTRAL, LYRICENTRAL, ALLJUSTINFO dan CARFEVER. Sekarang aku tengah kemaruk dengan adsense. Ehhehe. Yelah jelous sebab tengok bebudak lain dah dapat income dari situkan. Aku pun nak jugaklah. Jadi kalau kauorang free pergi lah blog-blog aku yang lain tu yerk. Ok, balik pasal konsert minggu ni, pada aku ada peningkatan persembahan berbanding minggu lepas. Tapi just average jerk. Dan aku tak terkejut dengan penyikiran 3 pelajar sekaligus malam ini. Sebab nak cover balik minggu lepas yang takde penyingkiran langsung. Aku rasa Astro dah dapat cukup fund untuk cover. Intro konsert dengan Promo Fail sulit dan Kak Mah Gali dan VC Salih Yakoob nyanyi gali lubang tutup lubang tak memberi kesan. Yelah saja nak expose lagi minggu menggali setelah dihentam teruk untuk minggu sudah. Hattan tak dapat bersama malam ni dan diganti oleh Prof. Khair Johari Johar. Kalau tak salah aku dia nie penyanyi lagu Sepasang Kurung Biru. Pengenalan para pelajar dengan lagu joget Tepuk-Tepuklah Tangan intro oleh Aznil agak menaikkan semangat untuk menonton konsert kali ini. Sekarang bacalah review persembahan setiap pelajar.

Fatin - Joget Gila Bayang.

Buat performance setalah Ebi ditarik masuk untuk extreme make over. Aku ingat diaorang nak gunting rambut Ebi tapi tak pulak. Ok Fatin punya low note clear dan sedap. Ada jugak part-part yang kedengaran flat. Tapi masalah utama Fatin dalam lagu ini kurang energy untuk beri impak pada persembahan keseluruhan. Jadi lagu joget nie tak cukup meriah macam Fatin yang sedia ada kekurangan zat.

1 1/2 Bintang

Shawal - Izinku Pergi.

Aku rasa dia nie rugi sebab tak guna kelebihan lagu yang sedang meletup-letup kat radio sekarang nie untuk tarik penonton untuk mengundi dia. Nampak dia tak dapat feel sepenuhnya dan Fatin yang jadi model untuk lagu ini lebih beremosi berbanding Shawal. Tempo dan pitching pun dia ada miss certain part. Rugi...

1 Bintang

Candy - Setiaku Korbankan.

Something wrong with her tonight. Kalau kauorang tengok trek petang tadi mesti taukan yang Candy nie pilihan juri untuk jadi Juara AF. Tapi persembahan malam ni menghampakan. She's mumbling and can't sustain with high note. The voice going all over the place. Tapi aku suka dengan percubaan dia untuk bermain dengan gaya persembahan vokal tersendiri.

2 Bintang

Farha - As Long As You Love Me.

Sumpah satu apa aku tak paham apa dia nyanyi. Dia tak bukak mulut untuk lontarkan suara. All i heard just flat but the effort he gave to choreograph won't disappoint me. He also got problem lack of energy in his performance.

1 1/2 Bintang

Aswad - Hakikat Sebuah Cinta.

Vocally dia ada improvement. Ada jugak la flat certain part. Feel pun biasa jerk masih tak sepenuhnya. Overall just ok. Sebab Karam Sigh Walia dah takde.

1 1/2 Bintang

Mila - Benci Tapi Rindu.

VC kegersangan Hattan agak kelakar. Nak ke Mila tergoda. Dari segi persembahan, She one of the best tonight. A lot of improvement. Tonne suara memang sedap dan lunak. Tambahan pulak feel yang baik. Aku rasa dia nie memang kena dengan lagu slow ballad macam nie. Masih boleh improve lagi.

3 Bintang

Heliza - Torn.

Dari minggu ke minggu persembahan Heliza semakin menurun. nampak sangat stress persembahan dia ini. Untuk lagu minggu ini dia kekurangan energy dan attitude. That the reason persembahan dia nampak hambar. Low note pun tak berapa jelas.

2 Bintang.

Rizal - Di Ambang Sore.

Aku tau dia tak penah nyanyi lagu macam nie. Dan lain kali jangan lagi nyanyi lagu macam nie. You're not suit to it. Dia tak mampu nak capai standard penyanyi lagu asli. Cuma harapkan keberanian sahaja untuk bawak lagu ini dengan tidak berjayanya.

1/2 Bintang

Dekna - Salam Untuk Kekasih.

I really love suara Dekna masa low note. Tapi bila dah start nak pergi high dia dah hilang fokus. Banyak part high note yang dia jerit sesuka hati. Tapi kelainan yang cuba ditonjolkan untuk lagu ini boleh dibanggakan.

1 Bintang

Dafi - Zikir Kasih.

No komen. Wake up guys he didn't deserve any place in AF at all.

0 Bintang.

Noni - Pastikan.

Inilah masalah bila menyanyikan lagu Tok Ti. Perbandingan mesti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Pitcing asyik tergelincir. High note tak leh sustain. The worst performance from Noni I ever seen.

1/2 Bintang.

Ebi - Kasihnya Laila.

Tak payah cerita pasal make over dan cat walk bersama model-model. Terus jerk pasal persembahan. Dia masih ada masalah pitching dan suara tidak terlontar sejelasnya. Tapi effort untuk lagu dan persembahan agak baik. Siap lompat dari stage dan landing betul-betul depan Ogy untuk tarik perhatian. Katanya dekat Ogy tempat sesuai untuk gali. Mentang-mentanglah orang tu widow sibuk kau nak gali yerk. Muahahaa.

3 Bintang

Menuju Puncak.

Gerak tarian baru dan musik original dan kembali kedengaran. Menarik.

Pelajar tersingkir

Fatin

Farha

Noni.

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipurlara AF05

Noumad

Labels:


posted by admin at 8:51 AM | Permalink | 0 commenti

Lagu tugasan minggu ke empat AF05.

Tuesday, April 03, 2007
Ore : 8:49 AM

Aku malas nak ulasa diari semalam sebab tak banyak yang best. Nie jerk lagu tugasan minggu ini.

Lagu tugasan minggu ini.
▪ Joget Gila Bayang - Anita Sarawak : Dinyanyikan oleh Fatin
▪ Pastikan - Siti Nurhaliza : Dinyanyikan oleh Noni
▪ Kasihnya Laila - Jinbara : Dinyanyikan oleh Ebi
▪ Izinkan Ku Pergi - Kaer : Dinyanyikan oleh Shawal
▪ Torn - Natalie Imbruglia : Dinyanyikan oleh Heliza
▪ As Long As You Love Me - Backstreet Boys : Dinyanyikan oleh Farha
▪ Setia Ku Korbankan - Fauziah Latiff : Dinyanyikan oleh Candy
▪ Salam Untuk Kekasih - Nadia : Dinyanyikan oleh Dekna
▪ Zikir Kasih - Amir Ukays : Dinyanyikan oleh Dafi
▪ Di Ambang Sore - Ahmad Jais : Dinyanyikan oleh Rizal
▪ Hakikat Sebuah Cinta - Iklim : Dinyanyikan oleh Aswad
▪ Benci Tapi Rindu - Diana Nasution : Dinyanyikan oleh Mila


Ulasan Lain:
Noumad

Labels:


posted by admin at 8:49 AM | Permalink | 0 commenti

KONSERT AFOOL 05 MINGGU KETIGA

Monday, April 02, 2007
Ore : 8:42 AM




KONSERT AFOOL 05 IS BACK

Masa aku menaip benda nie jam dah pukul 4 pagi. Dah la semalam aku cuma tido dua jam jer. Malam nie kena stay back lagi untuk tengok konsert hampeh. Aku tak sempat nak tonton konsert siang tadi sebab ada meeting tergempar di Perling Mall pukul 2.00 petang. Aku cuma sempat tengok sampai persembahan Noni jerk. Jadi terpaksalah berjaga malam nie nak tengok balik ulangan konsert tu, walaupun Eton dah bagi tau yang konsert kali ni bored. Tapi aku tak sangkalah sebosan ini. Semuanya serba tak kena. Bebudak ni punya feel banyak yang tak sampai. Nape bila buat konsert petang-petang cam nie tak boleh nak feel. Lagu semua dahlah pilih sendiri. Tapi bila perform hancur. Takde yang standing ovation pun. Yang paling baik pun cuma sekadar baik sahaja. Tak banyak yang luar biasa. Bila tengok permulaan konsert dengan sajak ciptaan Datuk A. Samad Said bertema ketuhanan dan kemanusiaan sedikit menaikkan semangat. Bila masuk bab persembahan individu aku hampa. Lagi hampa bila takde penyingkiran minggu ini. Kenapa Astro masih tak dapat pulangan lagi ke sebab tu takde penyingkiran dibuat untuk konsert yang fool ni. Lagi satu aku bengang bila handphone aku yang aku tinggalkan kat rumah abis dilanyak isirumah untuk afundi bebudak yang tak layak dapat afundi aku. 10 kali lebih baik bebudak Gang Starz yang dapat cabaran lebih hebat dari bebudak AF. Mana taknya bebudak Gang Starz kena buat musik arrangement masing-masing, kena belajar koreografi sendiri. Tiada kelas vokal. Tiada kelas seni persembahan namun performance lagi bagus dari bebudak AF. Malas nak cakap banyak sebab aku bukannya pemberi biasiswa pada mereka yang tak patut dapat benefit macam nie. Oiii sapa yang abiskan kredit hphone aku ganti balik ehh. Baca jer lah review performance untuk kali ni.

Heliza - Melodi Ahlan

Dia punya intro aje dah longgar tak solid macam minggu sudah tapi bila masuk separuh lagu dia dah mula pick up balik. Nampak sangat yang Heliza cukup stress dengan lirik Spanish dalam lagu ni, sebab dia tak nampak releks bila part tu. Tapi percubaan yang agak baik la bila dia boleh menyanyi sambil menari.

2 Bintang

Farha- Insan.

Mamat ni nampak sangat stress. Tempo ada off sikit. Aku tak paham kenapa dia nie perform dengan penuh perasan bukan dengan penuh perasaan. Gaya si Aswad pun dia dah ambik. Dah jadi Karam Singh Walia no dua pulak lepas si Aswad. Masih ada masalah untuk hit high note dengan betul. Adakalanya menjerit tapi energy untuk lagu ni oklah..

1 1/2 Bintang

Noni - Ode To My Family.

Minah nie terlampau control cun. Asyik nak betulkan rambut buat hilang fokus dalam persembahan. Sebab tu persembahan dia out. Low note tak clear sangat. Feeling kejap ada kejap hilang tak konsisten langsung. Dia tak pandai sustain the feeling once she got it. No energy at all.

1/2 Bintang

Aswad

Dia nie macam nyanyi karaoke jerk. Takde art of performance langsung. No soul and feeling toward the song. Flat jangan cakaplah mencanak-canak tumbuh disana-sini. Dah lah ada lupa lirik tempo pun out jugak. Nasib baik style Karam Singh Walia dah kurang sikit cuma tarian ala-ala kena sawan tu pulak yang tak boleh nak aku terima pakai masa bridge lagu.

0 Bintang

Fatin - Erti Hidup

Kalau minggu lepas aku cakap Fatin takde style, untuk minggu ini aku kena tarik balik. Untuk minggu ini Fatin ada membuktikan sesuatu. Kelainan cara penyampaian untuk lagu ini cukup untuk Fatin menonjolkan kelainan. I really not agreed dengan apa yang Ogy cakap dia tiru cara Dayang bila perform sebab lain sangat. Low note clear, dynamic ada dan feel pun ok. Cuma ada sikti off tempo dan vibrato masih banyak lagi. Nak kena buang lagi vibrato tu. Yang lain ok.

3 Bintang.

Aizat - Warisan

Vocally dia nie ok. Projection suara dari low ke high note ok. Cuma tarian yang nampak weird dan tak kena dengan movement body buat nampak tak smooth. Lagi satu dia macam tak yakin sebab feel untuk lagu tu tak berapa tepat.

2 Bintang.

Mila - Melukut Ditepi Gantang

I quite impress dengan dengan cara nyanyian Mila untuk minggu ini. She did well. Menyanyi sambil duduk sepanjang lagu yang ada range bukannya mudah. Sebab kalau angin tak cukup mau terkucil jadinye. Feel ok dan sampai pada aku. Cuma tak paham napa video clip dia dengan Dafi digunakan untuk lagi ni. Takde ke gambar dia dengan Afiq. And still wondering why she in bottom 2 for this concert, she deserve better position for these concertlah.

3 Bintang

Dafi - Aku Tanpa Cintamu.

Flat, pitching out, no energy, low note tak clear, high note tak sampai, feel takde. Semuanya kelaut.

0 Bintang

Dekna - Kembara Ditanah Gersang

Dia nie tak fokus untuk persembahan. Nampak sangat sebab tempo ada off, pitching pun ada tergelincir, feel tak sampai dan takde energy. Macam takde semangat untuk perform. Nape? Rindu sangat ke kat TOK Wan ke atau memang dah nak sangat keluar?

1 Bintang

Rizal - Permaidani.

This is one of my favorite song but not the singer. Tapi dia nie perform banyak sangat ikut cara Aris Ariwatan. Aku tau susah untuk lari dari personaliti lagu ini sebab lagu ini sudah terlampau sinonim dengan Aris. Tak banyak yang dapat komen untuk persembahan Rizal. Sebab dia buat biasa jer. Feel pun cuma setengah jalan jerk.

1 1/2 Bintang

Shawal - Ku Berlari

Secara keseluruhan vokal Shawal ok. Aku suka tengok dia enjoy dengan koreografi yang dia buat. Cuma bila time rap tu dengar dia semput. Energy untuk lagu ini pun masih kurang diberikan Shawal.Persembahan minggu lepas masih yang terbaik untuk dia.

2 1/2 Bintang

Candy - Terlalu Istimewa.

Dia merupakan penyelamat untuk konsert semalam. Candy memang konsisten setakat ini. Cara penyampaian yang tersendiri dan maksud persembahan sampai. Vokal yang dynamic dan energetic serta feel yang dipamerkan membuatkan persembahan Candy yang terbaik setakat ini.

3 1/2 Bintang

Ebi - Al Jannah

Aku tau Ebi bukan seorang qari macam Mawi. Sebab tu dari segi tajwid dia tak boleh nak tanding dengan Mawi. Tapi dengan bantuan echo untuk audio lagu ini banyak memperkemaskan lagi vokal Ebi. Dengung masih nipis sebab tu macam tak puas dengar bila Ebi nyanyi past bahasa Arab tu. Ada satu high note part tu aku dengar dia menjerit not singing. Feel ada tapi masih tak cukup untuk memberi impak yang besar kepada penonton.

2 1/2 Bintang

Pelajar tersingkir :- Tiada

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipurlara AF05

Noumad

Labels:


posted by admin at 8:42 AM | Permalink | 1 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com