About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Konsert Diari Akademi Fantasia 4 (Minggu Kesembilan)

Sunday, July 30, 2006
Ore : 4:44 PM


Pada mulanya aku tidak begitu beriya untuk menonton konsert Afmasuk ni. Yelah ni kan kiranya barang recycle. Buat buang masa jerk nak tengok beriya. Lagi pun aku memang tak hantar AFMASUK untuk kesemua bekas pelajar tu. Yelah nak buat apa kalau dapat masuk pun peluang nak jadi juara amat tipis sekali lainlah kalau ada kerabat ke Donald Trump ke nak inject 3 juta buat sms diaorang nie time konsert final. Tapi aku tengok la jugak konsert ni tapi bukan sepenuh hati pada awalnya. Tapi makin aku tengok makin best pulak bebudak nie perform. Macam kata akak sorang nie yang suka sakan tengok konsert kali nie siap terpancut segala air yang ada kat dalam badan dia. Cuma adalah seorang dua yang terkehel sikit. Tapi itu aku kira normal dan aku kira puas hati lah dengan konsert AFMASUK ini berbadaning konsert yang sudah-sudah. Cuma iklan-iklan untuk menyakat si Aznil itu tak boleh diterima langsung.

Para pengkiritik
Liza Hanim
Syarifah Syahirah
Adlin Aman Ramli.


Salima - Nour EL-Shams


Aku rasa ini merupakan persembahn yang terbaik dari Salima. Kesemua sebutannya cukup jelas dan mengasyikkan. Jelas Bahasa Arab bukanlah satu masalah baginya. Merupakan pelajar pertama membuat persembahan, Salima berjaya terus menghidupkan suasana walaupun aku rasa sistem bunyi untuk Konsert kali ini agak menghampakan. Anyway jelas Salima telah memberikan persembahan yang terbaik.
3.5 Bintang.

Amirul – Kurnian Cinta

Aku kira Amirul ini tidak belajar dari iktibar. Dia merupakan pelajar akhir yang tersingkir tapi dia tidak menggunakan kedudukannya itu sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri. Dia seharusnya lebih peka untuk sedar awal yang dia mempunyai peluang untuk kembali mausk ke dalam akademi. Tapi dia tidak menunjukkan kesungguhan untuk merebut peluang itu. Dia menyampaikan lagu tugasannya sambil lewa. Tiada idea kreatif yang ditonjolkan Cuma sekadar cuba meraih undian melalui kecomelan raut wajahnya. Dan aku kira ini merupakan antara persembahan yang terburuk dari Amirul.
1.5 Bintang

Nora - Berpaut Didahan Cinta

Aku suka dengan lagu ini, tapi aku macam kurang berminat dengan gaya persembahan dari Nora. Mungkin nak sangat all out ianya memakan dirinya sendiri. Beberapa pergerakkan yang tidak sepatutnya dilakukan telah membuatkan aku rasa ianya tidak kena langsung sekaligus menghilangkan mood . Dari segi vokal, sebutan Nora kedengaran kurang jelas. Tapi aku salute dengan keberanian dan kesungguhan yang dipamerkan.
3 Bintang

Rich – The Reason


Dari kesungguhan yang dipamerkan, jelas Rich memang berhak meraih undi yang banyak. Aku tidak kisah jika ada orang mengatakan yang bapa si Rich nie telah melabur ribuan ringgit untuk mengundi anaknya. Dan aku kira sesiapa yang telah mengundinya juga tidak akan menyesal. Kesungguhan yang dipamerkan melalui persembahannya cukup membuatkan para pengunduinya rasa berbaloi. Rich berjaya membawa lagu tugasannya dengan penghayatan yang cukup baik. Air mata yang dititiskan diakhir persembahan cukup menyentuh perasaan.
3.5 Bintang

Karen – Jejaka Idaman

Karen merupakan satu-satunya pelajar yang menjadi mangsa lagu untuk konsert kali ini. Aku kira lagu yang diberikan kepada Karen tidak memberi apa-apa kelebihan kepada dirinya untuk menonjolkan lagi dirinya. Memanglah peluang Karen untuk melayakkan diri ke final tipis tapi dengan lagu tugasan sedemikian membuat takde langsung la peluang dia nak masuk final. Tapi aku tetap beri kredit kepada Karen kerana cuba deliver lagu tugasannya sebaik mungkin. Kesungguhan yang dipamerkan hampir kesemua barisan calon pelajar akhir ini amat menyenangkan.
3 Bintang

Diddy – Diari Seorang Lelaki



Pada awalnya aku kira, persembahan ini pasti membosankan. Tapi aku silap. Diddy berjaya membawa lagu ini dengan gayanya yang tersendiri dan menyakinkan. Vocally dia amat menakjubkan. Walaupun kelihatan adakalanya agak perit dia ketika berada dinada tinggi. Diddy jelas menghiburkan dengan lagu ini walaupun gerak tarinya agak mengjengkelkan. Aku kira presiden Diddy FC kena hantar dia pergi kelas tarian lagi agak lebih kemas setiap tariannya.
3.5 Bintang

Zila



Walaupun lagu yang dinyanyikan merupakan lagu keroncong aku tetap suka dengan persembahan Zila. Aku bukanlah peminat muzik keroncong macam Sultan Johor, tapi aku memang tertarik dengan persembahan Zila kali ini. Dengan penampilan wanita melayu terakhir disertakan lagi dengan vokal control yang cukup superb membuatkan aku terbuai mendengarkan alun nyanyian Zila. Dan aku kira ini merupakan persembahan terbaik dari Zila. Walaupun berjaya membuat persembahan dengan baik sayang sungguh dia masih gagal untuk menarik pengundi. Biasalah yang hantar undi perempuan bukannya lelaki. Jarang sungguh perempuan nak undi perempuankan Kak Ferbie…..
4 Bintang

Lotter
Masih biasa dan tiada kelainan. Bukan tidak bagus tapi aku sudah lali dengan persembahan yang dipamerkan oleh Lotter. Tidak banyak kelainan didalam persembahannya. Tarian ulat bulu ala-ala Micheal Jakson tu dari sesi ujibakat lagi aku dah dapat tengok. Mungkin Lotter kena belajar bentuk tarian lain. Dari segi vokal juga masih lagi kedengaran kesengauannya dan Lotter m,asih perlu belajar banyak lagi. Tapi ianya memang persembahan yang menghiburkan.
3.5 Bintang

Lagu bonus – Tribute to Hail Amir dan Uji Rashid



Aku tak nampak pun kelibat Uji dan Hail nie kat dewan tu. Pihak Astro tak jemput ke diaorang nie. Apalah kata tribute untuk mereka tapi diaorang takde pun. Yang ada cuma anak Uji si Cico tu. Anyway untuk lagu tugasan finalist kali ini aku tak berapa amik pusing pun. Tapi yang aku dengar tone suara Haziq dan Farhan cukup masuk dengan lagu-lagu tribute ini. Tapi yang kelakarnya seluar si Faizal tu. Terbeliak mata si Eton tengok Faizal pakai seluar cam tu. Sampai tak kerlip aku tengok mata dia tatap kat seluar (XXXXX) Faizal. Lantak kau lah Eton.

Pelajar yang diterima masuk adalah Lotter.

Ulasan Lain
Akak Maskara Ungu
Abang angkat Zahid

Kredit gambar to Astro


posted by admin at 4:44 PM | Permalink | 1 commenti

AL-FATIHAH UNTUK HANI MOHSEIN

Wednesday, July 26, 2006
Ore : 11:00 AM

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Nakaltitude Crew mengucapkan takziah untuk ahli keluarga Allahyarham Hani Mohsein. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al- fatihah.


posted by admin at 11:00 AM | Permalink | 1 commenti

Diari Akademi Fatansia 4 (25/07/2006)

Tuesday, July 25, 2006
Ore : 2:04 PM

Lagu Tugasan
Amirul - Kurniaan Cinta (Adi Fashla)
Lotter - Pria Terhebat (Sheila On 7)
Diddy - Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly)
Salima - Nour El Chams (Pascale Machaalani)
Zila - Bisikan Hati (Siti Nurhaliza)
Rich - The Reason (Hoobastank)
Karen - Jejaka Idaman (Raja Ema)
Nora - Berpaut Di Dahan Cinta (Dayangku Intan)

Lagu Bonus finalis
Hujan - Hail Amir & Uji Rashid
Tanda Kasih - Hail Amir & Uji Rashid
Hendak Ku Tanya Terasa Malu - Uji Rashid
Berilah Kasih Sayang - Uji Rashid

posted by admin at 2:04 PM | Permalink | 1 commenti

Konsert Diari Akademi Fantasia 4 (Minggu Kelapan)

Sunday, July 23, 2006
Ore : 11:29 PM

Aku sebenarnya tidak dapat menonton konsert kali ini secara langsung sepenuhnya. Hari nie jerk aku dapat tengok ulangannya. Jadi inilah ulasan aku untuk konsert kali ini.

Barisan para pengkritik
Siti Hajar
Tiara Jacquelina
Adlin Aman Ramli.


Lagu bonus – Aku Sudah Jatuh Hati.
Untuk lagu ini para pelajar masih belum memberikan sepenuhnya fokus ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan untuk lagu bonus yang pertama masih kurang harmoni diantara pelajar. Tidak dapat memberikan apa-apa impak kepada audience.
2 Bintang

Farhan - Emosi

Aku agak khuatir melihat Farhan pada mulanya dengan kasut tumit tinggi sejengkal. Nampak sangat dia tak selesa. Nasib baik dia membuat persembahan tanpa kasut tu, kalau tak mesti kena kondem gila babeng dengan pengkritik. Tapi secara teknikalnya persembahan Farhan aku simpulkan biasa sahaja. Mungkin impak yang dibawnya untuk lagu Still got the blues begitu sukar ditandingi. Tapi memang kedatangn Datin Tiara dan Stephen Rahman cukup memberi kesan kepada para pelajar didalam penyampaian mereka.
3.5 Bintang

Haziq – I Need To Know

Lagu Latin sebegini memang agak sukar dibawa lebih lagi oleh Haziq. Aku tak percaya yang Haziq mampu menyampaikan lagu ini dengan baik walaupun tidak perfect. Maksud aku dari segi gaya persembahan Haziq kali ini cukup lain dari kebiasaannya. Tapi macam kata Aznil jika lagu itu dibawa orang Perancis pasti ada bunyi perancisnya jika dibawa oleh orang Sepanyol pasti ada bunyi Spanish nya, begitu juga Haziq tetap kedengaran lenggok aslinya walaupun tidak begitu ketara. Anyway konsert kali ini Haziq berjaya,
3.5 Bintang

Velvet – Penantian

Lagu ini pada awalnya aku tidak begitu cam namun bila masuk verse yang kedua aku terus dapat ikut segala lirik yang dinyanyikan. Kira ni lagu evergreen juga. Pemakaian Velvet cukup merimaskan. Baju kuning yang gedoboh namapak macam kelambu, aku rasa Astro patut tukar perunding imej mereka nie. Pergerakkan memang terbatas dan itu aku tak kisah sebab lagu ni kira slow numberkan. Tapi aku kesian tenga Velvet yang tak selesa ketika menyanyi. Dari segi vokal aku kira Velvet tidak membuat yang terbaik.
3 Bintang

Amirul – Jatuh.

Bila aku menonton imbasan aku hairan bila Amirul mengatakan yang dia telah buat yang terbaik. Semua apa yang dilakukan diatas pentas seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Aku tak hairan mengapa dia tersingkir tapi yang aku hairan mengapa dia boleh sampai ke minggu kelapan baru nak tersingkir. The worse performance in this concert.
1.5 Bintang

Faizal – Smell Like Teen Spirit.

Kini aku faham kenapa ramai yang meminati Faizal. Kehendaknya untuk melakukan yang terbaik ketika konsert cukup meyakinkan aku yang dia memang deserve untuk ke final. Tapi itu bukan bermakna dia yang terbaik. Lagu ini memang hebat tapi Faizal tidak mampu membuat perubahan. Dia sekadar menghiburkan sahaja.
3.5 Bintang

Lagu Bonus – Cinta

Aku rasa kedua-duanya seperti diva ketiak menyampaikan lagu ini cukup harmoni dan memang menyentuh. Vokal kedua-duanya cukup baik berbanding untuk lagu individu masing-masing.
4 Bintang

Lagu Bonus – Bila Rindu.

Entah mengapa bila semua pelajar begabung dah tiada connection between them. Kenapa persefahaman diantara Velvet dan Farhan untuk lagu bonus sebelumnya tidak dapat diteruskan. Berterabur semula semuanya. Ini telah masuk konsert kelapan tapi mereka gagal menghubungkan chemistry diantara mereka didalam lagu. Sayang sungguh.
2.5 Bintang

Pelajar yang tersingkir Amirul


Kejutan
Faizal, Farhan , Velvet dan Haziq berjaya ke final.
AFMASUK diadakan untuk kesemua bekas pelajar. Dan bekas pelajar akan membuat persembahan di konsert yang kesembilan. Entahlah kenapalah idea gila macam ni nak diteruskan oleh Astro. Tak cukup untung la agaknya AF tahun nie….

posted by admin at 11:29 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (17/07/2006)

Tuesday, July 18, 2006
Ore : 10:23 AM

Aku memang cukup terhibur menonton diari semalam untuk sesi tengahari. Walaupun suasana sedih masih lagi tergamabr sejak tersingkirnay Lotter dari AF. Tapi pesanan yang Lotter berikan kepada para pelajar yang masih kekal cukup mencuit hati. Aku percaya Lotter bukan sahaja cuba menceriakan keadaan tapi turut memberikan nasihat yang berguna kepara mereka yangmasih tinggal. Antara nasihat yang diberikan yang mencuit hati aku adalah untuk Velvet dan Haziq. Velvet dinasihatkan agar tidak terlalu kuat makan. Haziq yang dikatakan agak terkehel ketika menyanyikan lagu rock. Kemudian para pelajar ada bermain futsal, dan menurut cikgu Fazley Lotter yang sebenatrnya beriya-iya untuk bermain futsal diakademi. Ini kiranya sebagai memperingati Lotter. Lain-lain perkara yang berlku diakademi aku kira tidak begitu menarik kecuali cara penyampaian lagu tugasan untuk minggu ini. Para pelajar diminta mencari sendiri lagu tugasan mereka yang telah disorokkan didalam akademi.

Lagu Tugasan Minggu 8
Amirul - Jatuh (Adam AF2)
Faizal - Smells Like Teen Spirit (Nirvana)
Farhan - Emosi (Sheila Majid)
Haziq - I Need To Know (Marc Anthony)
Velvet - Penantian (Harmoni)

Lagu Bonus
Aku Sudah Jatuh Cinta (Norsheila Amin)
Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti)
Bila Rindu (Ruffedge)

Koleksi Mp3 Konsert ke7
Amirul - Oh! No Kamu
Farhan - Meniti Usang
Faizal - Dealova
Lotter - Chow Kit Road
Haziq - Tak Seindah Wajah
Leez - Ku Gembira DiSampung Mu

posted by admin at 10:23 AM | Permalink | 2 commenti

Konsert Diari Akademi Fantasia 4 (Minggu Ketujuh)

Monday, July 17, 2006
Ore : 1:22 PM

Wah inilah kali pertama au dapat menonton konsert dengan aman. Walaupun dah dapat jemputan untuk menonton secara live didewan MBPJ, aku terpaksa tolak sebab pelawaan ini hadir secara mendadak dan tidak dapat aku hadirkan diri, tapi sempat pulak aku bag I tiket itu pada member untuk menggantikan aku disana.

Undian diawal konsert
Amirul 22%
Faizal 19%
Velvet 16%
Lotter 16%
Farhan 16%
Haziq 12%

Pengkritik minggu ketujuh
Edry KRU
Siti Nurhaliza
Adlin Aman Ramli.

Lagu Bonus (Hip’s Don’t Lie)
Lagu tugasan yang bertimbun membuat persembahan pelajar untuk lagu bonus ini kelam kabut. Nampak sangat kurangnya harmoni didalm lagu ini. Farhan juga ada termausk awal untuk liriknya. Aku tau masalah utama mereka kurangnya latihan untuk lagu bonus. Jika minggu sesebelum ini hanya 2 lagu tugasan mereka. Untuk minggu ini ada empat lagu sebagai tugasan mereka. Itu yang nampak berterabur dan tidak membawa erti apa-apa sahaja.
2 Bintang

Amirul (Oh no! Kamu)
Secara keseluruhannya aku suka dengan persembahan Amirul minggu ini. Mungkin attitude yang Amirul ada untuk lagu sedemikian banyak membantunya. Dari segi koreografi masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dan oleh sebab lagu ini panjang dan lirik yang asyik berulang membuatkan aku hampir bosan menontonnya.
3 Bintang

Farhan (Meniti titian usang.)
Aku kurang bersetuju dengan pengkiriti yang banyak membidas persembahan Farhan minggu ini. Aku rasa Farahan telah berjaya membuktikan sesuatu untuk lagu tugasannya. Walaupun semua sedia maklum yang dia tidak cenderung kepada musik rock tetapi dia telah membuktikan yang persembahannya tidak lah seteruk mana. Mungkin pakaian ala penyanyi Gehana Ska Cinta yang membuat para pengkritik meluat kerana kelihatan agak poser. Walaupun ada juga line yang dia terlupa aku tetap puas dengan apa yang dipersembahkannya.
4 Bintang

Faizal (Dealova)
Corak persembahan yang klasik dan kongkang. Itu yang dapat aku simpulkan dengan persembahn Faizal. Jelas Faizal memang mempunyai crying sesation dan ianya banyak membantu dia untuk membawa penonton menyelami apa yang dia nyanyikan. Tapi bila tengok balik tarian ballet kongkangnya aku boleh tergelak. Tapi apa-apa pun aku suka.
4 Bintang

Velvet (Caramu)
Sebenarnay aku memang dah jangka yang Zahid pasti muncul untuk membantu Velvewt untuk konsert kali ini. Velvet memang menhadapi kesukaran dan ketakutannya didalam diari menjadi kenyataan. Dia nampak sem[ut dan adakalanya hilang line. Yang kelakarnya Zahid pun leh terjangkit semput dan hilang line juga.
3 Bintang

Lotter (Chow Kit Road)
Aku memang Yakin yang Lotter akan memberikan yang terbaiuk untuk lagu ini. Walaupun tidak cukup nafas mungkin terlalu banyak pergerakkan diatas stage, attidue Lotter untuk lagu ini jelas terserlah. Cuma masalah aku denganpersembahan Lotter adalah bendera yang jelas membuatkan dia rimas dan tidak selesa. Dahla bendera tu bintang dia salah. Apa la nasib si Lotter ni
4 Bintang

Haziq (Tak Seindah Wajah)
Aku suka dengan VT aiman tak kisah. Cukup mendalam maksudnya. Tentang persembahn Haziq tiada banyak masalah dan itumemang makanannya.
3.5 Bintang

Leez (Kugembira disampingmu)
Kesilapan Leez untuk lagu tugasannya bila dia gagal memulakan persembahn dengan da boom. Padahal lagu tugasannya itu cukup catchy dan ammpun membawa impak untuk para penonton. Lagi satu discriminasi oleh pihak akademi yang tidak menyediakan back up dancer untuk Leez membuat persembahan Leez semakin hambar. Tapi Leez telah cuba memberikan yang terbaik untuk lagu ini.
3.5 Bintang

Lagu Bonus (Lemas & Saya Anak Malaysia)
Berbanding denagn lagu bonus yang pertama aku lebih menyukai kedua-dua lagu bonus ini. Keserasian antara pelajar telah wujud untuk lagu ini. Walaupun koreografi masih bnayk boleh dioleh oleh tenaga pengajar.
3.5 Bintang

Pelajar terkeluar
Lotter


Ulasan lain
Ferbie
Badrul
Klubbkidd

posted by admin at 1:22 PM | Permalink | 1 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (13/07/2006)

Friday, July 14, 2006
Ore : 9:43 AM

Untuk diari tengahari aku tak sempat tengok tapi aku tau la paa yang berlaku sebab aku sempat cilok apa yang tertuliskat salah satu ruangan forum.

-mula2 tunjuk class cikgu fauziah nawi.

-semua orang sunyi n murung. mereka semua tension. cikgu ckp minggu tension. lotter ckp minggu mencabar.

-then sorang2 diminta meluahkan apa yg mereka tensionkan.

-leez ckp dia terasa tension juga melihat kawan2 tension, psl lagu, dia masih belum hafal, dan dia takut tak dpt memuaskan hati cikgu2 time penilaian nanti.farhan risau juga pasal kwn2 semua tension. velvet nak nangis tapi dia try nak tahan, dia risau sangat dgn lagu caramu..

-then crita pasal time mereka dulu, lotter ingat time dia kena rotan, faizal ingat time da jatuh perigi, farhan ingat time dia nak beli daun ketupat.

-then cikgu suruh baring n relax. after thatt suruh minum. amirul ngan farhan kena urut kepala dgn cikgu umi.-faizal crita2 dgn umi, psl chow kit, besar, n ramai org sampai dia sesat.

-practice dgn cikgu corrie, lagu lemas n hips don't lie. nmpak haziq tengok2 leez sambil senyum2 time leez bergelek ala2 shakira.-almost all tak hafal lagi lagu.

-kat meja makan, velvet + amirul kelahi2 manja. then lotter ckp nanti kawin kamu dua. amirul kata dia tak selera dgn velvet. cikgu umi kata "mula2 tak selera, nanti berselera. tunggu nanti2 bila kami tanya dgn siapa awak kahwin, awak jwb dgn velvet". then semua ketawa.

-sesi penilaian. mula2 lotter. lotter tak hafal lirik, then kena marah oleh cikgu ajai. cikgu ajai kata 2 hari dia concentrate kan lagu individu, masih belum hafal.

-cikgu fazley tolong lotter. mcm2 teknik dia pakai.-cikgu ajai kata lotter ni mesti dibagi pressure, baru dia boleh hafal, mcm part rap kat lagu angguk2 geleng2.

-then turn farhan n haziq n leez.-part farhan n leez, tak ada komen di tunjukkan. part haziq, haziq kena suruh kurangkan wave2?/alunan kot. cikgu ramli kata nanti mesej tak sampai.-pelajar yg lain and lagu bonus pun tak ditunjukkan...apalah astro ni.

-last skali tunjuk leez pakai mnyak urut tangan dia. kwn2 yg lain suruh leez pakai sikit je, psl minyak tu panas.-then haziq ckp duduk bawah aircon.

-then haziq bisik kat leez something2 sombong. tak dgr lah...

sambungan

posted by admin at 9:43 AM | Permalink | 3 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (12/07/2006)

Thursday, July 13, 2006
Ore : 2:08 PM

Memang telah terbukti didalam AF kali ini pelajar lelaki lebih becok dari pelajar wanita. Cikgu Syafi pun perasan benda ni siap sound lagi bebudak lelaki nie mulut murai. Kadangkala ada baik juga kelakuan mulut murai ni di akademi sebab secara tidak langsung ianya menyerlahkan lagi seseorang pelajar itu dari duduk diam jerk boleh buat penonton tidak terasa kehadiran mereka nanti. Didalam kelas Cikgu Syafi banyak benda baru telah mereka belajar sampaikan sakit tekak punya hal pun Cikgu Syafi kena terangkan. Lotter kelihatan paling sibuk menanya tengtang penyakit tekak. Aku tertanya juga kenapa strepsil tak jadi penaja untuk para pelajar ini?

Para pelajar kemuadian ada menonton v/clip terbaru Nikki. Ini kira homework untuk Velvet yang menapat lgu Nikki sebagai lagu tugasan. Kelihatan dia sedikit resah untuk menandingi kehebatan vokal Nikki dan aku akui memang Velvet akan mengalami kesukaran itu. Vokal Nikki dan Velvet agak jauh bezanya dan masalah yang pasti dihadapi Velvet adalah weight pada suaranya seakan tiada apabila dinada rendah. Cikgu Syafi kena cari jalan untuk membantu Velvet kali ini. Aku harap Zahid akan muncul sebagai kejutan untuk Velvet minggu ini.

Paparan memualkan muncul jua apabila Haziq cuba lagi merapati Leez. Ketika itu Leez sedang menukar bateri mic dan Haziq ala-ala macho baling kat sebelah Leez dan sibuk Tanya pasal tarian menuju puncak. Tapi apa yang best kali ini, Leez tak layan pun mamat Tora ni dan aku ketawa gembira. Huahuahahauaa…
Kemudian paparan Amirul yang mengalami masalah tidak cukup waktu untuk menedengar lagu tugasan. Memang aku lihat para pelajar semakin tertekan sebab masih banyak lagi tugasan yang belum dapat mereka persiapkan sepenuhnya. Agaknya kerana ada tiga lagu bonus membuatkan mereka tidak cukup masa untuk mempersiapkan kesemuanya sekali gus. Diari tengahari diakahir dengan Haziq berpantun dengan Leez didalam kelas Aspirasi Musik Tradisional. Siap ada sayang-sayang lagi pantunya. Cisss… meluat sungguh akau melihat Haziq… terus tutup TV.. OFF!!!!

ON TV balik untuk sambung tengok diari bahagian kedua..mula jerk dan tunjuk paparan yang memualkan. Haziq nyanyi lagu Dealova sambil merenung Leez dari cermin. Leez siap tunjuk tangan menggeletar pada Haziq tapi bab tu buat aku tergelak. Betul ke Haziq nie tangkap lentok ngan Leez nie atau hanya drama oleh pihak Astro?????

Kemudian paparan Lotter menari gerak tari Chow Kit Road, Aku ingatkan Cikgu Linda tidak akan menjerit lagi tapi dia menjerit jugak tapi bab tu yang buat orang suka tengok kelas koreografi ni. Kalau tak mana syok nak tengok kalau Cikgu Linda cakap lemah lembut. Aku rasa Lotter tidak menghadapi masalah untuk koreografi lagu tugasannya. Kegusaran Lotter untuk lagu tugasan yang ditunjukkan didalam akademi sekadar pencetus gimik dikalangan pengikut Lotter.

Paparan Lotter dan Leez duduk berdua dimeja makan pun hendak dijadikan isu. Entahlah adakalanya kemasukkan Leez kedalam akademi membuatkan para pelajar lain ghairah untuk berkawan. Malaslah nak ulas. Didalam kelas Cikgu Kevin yang sudah lama tidak kelihatan diakademi ada sedikit kelainan. Tiada lagi perkataan carb…carb.. carb.. kedengaran. Kali ini Kevin bertindak sebagai pakai motivasi selain menjadi pakar kesihatan kepada para pelajar. Banyak juga luahan para pelajar yang cuba didengarinya.

Kemudian para pelajar kelihatan berbincang tentang lagu bonus dan pelbagai pandangan oleh para pelajar telah kedengaran. Boleh ke semua idea mereka diaambil pakai?? Cikgu Corrie pula meluahkan kepenatannya untuk mereka tari untuk lagu minggu ini. Jelas bukan sahaja pelajar yang mengalami tekana minggu ini tapi pengajar pun terbabit jua. Diari diakhiri dengan Velvet yang kelihatan cuba memujuk Faizal. Tak pasti jua apa sebabnya mungkin disambung hari ini..

posted by admin at 2:08 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (11/07/2006)

Wednesday, July 12, 2006
Ore : 12:39 PM

Sudah dua hari aku tak sempat nak tengok diari pertama. Aku sampai dirumah sahaja jam hampir menunjukkan pukul 11 malam. Disebabkan itu aku memang tiada ruang untuk memberi ulasan tentang diari tengahari. Tapi diari sebelah malam aku pastikan tidak akan ketinggalan. Dan memang aku jangkakan yang kemasukkan pelajar angkat ke dalam Akademi akan memberi impak kepada pelajar yang lain. Leez kelihatan dapat catch up dengan pantas pembelajaranyang telah berlaku didalam akademi. Aku kira Leez memang menggunakan sepenuh peluang yang ada didalam akademi untuk menimba ilmu dari tenaga pengajar. Para pelajar lain pun banyak membantu beliau lebih-lebih lagi untuk tarian menuju puncak. Tidak salah rasanya kemasukkan pelajar angkat seperti ini kedalam akademi tetapi ianya sedikit sebanyak memberi lebih bebanan kepada tenaga pengajar untuk memberi tunjuk ajar secara fast forward kepada pelajar angkat seperti Leez.

Berbalik kepada diari semalam, aku tak paham kenapa paparan lebih banyak tertumpu kepada Tora yang kelihatannya terlampau desperate menagih cinta didalam AF. Bukankah lebih baik dipaparkan kegigihan pelajar membuat latihan daripada paparan sedemikan. Aku rasa macam nak tumbuk jerk TV aku bila Haziq semakin mengada-ngada cuba menarik perhatian Leez. Si Tora pun aku perhatikan memang lebih suka menjadi romeo didalam akademi berbanding membuat latihan nyanyian lagu tugasannya. Tapia pa yang aku respect pada Leez dia tetap cool dan persembahannya semasa didalam kelas Ummi cukup menyakinkan aku kenapa dia telah mendapat tawaran berlakon. Oklah aku punya loya tengok diari semalam masih melekat lagi dan aku tak nak terbayang lagi adegan seperti A.Jais cuba mengorat Julie Dahlan didalam kotak pemikaran ini. Anyway this morning aku dapat email gossip yang cakap salah seorang student AF4 tu dah kawin siap ada anak lagi betul ke? Cam email berunsur fitnah jerk…

posted by admin at 12:39 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (10/07/2006)

Tuesday, July 11, 2006
Ore : 2:08 PM

Lagu tugasan minggu ini.
Amirul - Oh No Kamu (V.E.)
Faizal - Dealova (Once)
Farhan - Meniti Titian Usang (Search)
Haziq - Tak Seindah Wajah (Tan Sri SM Salim)
Lotter - Chow Kit Road (Sudirman)
Velvet - Caramu (Nikki feat Zahid)
Leez - Ku Gembira Disampingmu (Khatijah Ibrahim)
Lagu Bonus - Lemas (Ruffedge)
Lagu Bonus - Saya Anak Malaysia (Dr.Sam)
Lagu Bonus - Hips Don't Lie (Shakira feat Wyclef Jean)

posted by admin at 2:08 PM | Permalink | 0 commenti

Konsert Akademi Fantasia 4 (Minggu Keenam)

Sunday, July 09, 2006
Ore : 3:44 PM

Minta maaf sebab untuk konsert kali ini aku lambat untuk menaikkan ulasan mengenai konsert kali ini. Aku betul-betul tiada masa untuk membuat ulasan kerana pertembungan Portugal dan Jerman lebih marik perhatian untuk minggu ini. Okey disini ulasan mengenai konsert yang lalu selepas Portugal tewak ditangan tuan rumah Jerman.

Kedudukan sebelum konsert
Velvet 15%
Lotter 15%
Farhan 15%
Amirul 15%
Diddy 14%
Haziq 11%

Barisan Pengkritik
Adnan Abu Hasan
Raja Azura
Adlin Aman Ramli

Persembahan para pelajar.

Apa yang aku suka.
Aku suka dengan persembahan para pelajar untuk lagu bonus yang pertama. Penuh semangat dan sepenuh jiwa.
Aku suka dengan persembahan Faizal yang nampak steady dan mantap.
Aku suka dengan cara duduk Velvet kita menyampaikan lagu Run Baby Run
Aku suka dengan effort yang ditunjukkan Amiurl untuk lagu sedang ingin bercinta.
Aku suka dengan pengkritik minggu ini.
Aku suka dengan kelunakkan suara Diddy.

Apa yang aku tak suka.
Aku tak suka dengan persembahan Haziq.
Aku tak suka dengan penyikiran Diddy.
Aku tak suka dengan vokal Lotter.
Aku tak suka dengan persembahan untuk lagu bonus kedua terutama pelajar lelaki.
Aku tak suka dengan pakaian Faizal.

Kejutan
Ada kemasukan pelajar angkat.
Leez dipilih Farhan untuk diserap masuk ke akademi selama seminggu.

Yang patur tersingkir
Haziq dan Lotter

Ulasan lain.
Cakap lepas 1
Cakap lepas 2
Cakap lepas 3

posted by admin at 3:44 PM | Permalink | 1 commenti

Diari Akademi Fantasia (07/07/2006)

Saturday, July 08, 2006
Ore : 1:30 PM

Aku minta maaf bukan aku tak tengok diari semalam tapi aku tak sempat nak naikkan ulasan sebab semalam aku MC. Jadi aku minta maaf Insya Allah ulasan untuk konsert malam nanti akan dinaikkan seberapa segera yang mungkin. Tapi memang best Lefthanded datang akademi.

posted by admin at 1:30 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (06/07/2006)

Friday, July 07, 2006
Ore : 2:02 PM

Check Out Blinkyou.com to make your own personal notes + much more!


Wah sungguh meriah nampaknya kat opis aku hari ini. Apa taknya tinggal berpa orang jerk yang ada kat opiss hari ini. Dan aku nak minta maaf sebab hari ini aku cuti sakit. Demam la mungkin terlampau kuat berkerja beberapa hari lepas. Linkeen mesti bengan tengok aku masih sempat nak update blog ini. Untuk Linkeen aku nie betul sakit tau bukannya main-main nie pun aku singgah kedai akak aku lepas balik dari klinik. Oklah aku nak cerita pasal diari semalam sekali lagi macam biasa aku taknak ulas pepanjang sebab kesihatan aku tak berapa sihat.

Diari semalam memaparkan sambungan apa yang tergantung dari diari sebelumnya. GIrl not allow sign yang diletakkan dibilik tarian oleh Zein Ruffedge. Bebudak lelaki semua dapat jumpa diaorang dan Velvet dan Farhan dihalau oleh Cikgu Corrie tapi aku tengok muka dua gurl student tu macam tak heran jerk ngan Ruffedge nie. Kemudian baru diaornag dipanggil oleh Azan untuk join mereka yang lain. Lepas Ruffedge buat persembahan depan bebudak nie baru lah student yang tercekik tulang ikan tu perform depan ahli Ruff. Sebelum Ruffedge blah dapat la diaorang cendera hati dati kumpulan hip hop itu.

Dalam kalas Ummi akau malas nak ulas sebab balik balik sam jerk perangai pelajar yang lupa diri sering ditonjolkan. Bilalah nak dilibas diaorang ni sebab nampak gaya dah tak makan dek teguran tak tau la dari segi pukulan baik tenaga pengajar cuba.

Ada lagi iklan dalam diari... Kali ini dari sendayu tinggi ini pun malas nak ulas.

Tetamu seterusnya yang hadir ke akademi adalah Haiza dan Shikin. Mereka nie datang untuk membantu Farhan didalam lagu kopi dangdut. Jika tadi Gurl not allowed kali ini Boys not allowed pula. Tapi sama seperti sebelumnya selepas itu mereka diberi masuk jua. Aku tengok Haziqlah yang paling terlonjak kegembiraan maklumlah nak tengok pinggung-pingung Haiza dan Shikin bergelek. Kadangkala terfikir jua memang Haziq ni masih berfikiran keanak-anakan.

Kemudian paparan beralih kepada sesi penilaian bersama tenaga pengajar. Farhan dilihat semakin mesra dengan lagu tugasannya. Cuma dari segi tarian maish kelihatan agak kaku sedikit. Untuk Diddy tiada komen yang ingin aku sampaikan sebab aku yakin Diddy mampu memberikan yangterbaik ketiak konsert nanti. Amirul entahlah aku macam tak berapa yakin dengan keupayaannya untuklagu ini. Mungkin nama Dewa terlalu besar untuk ditandingi. Haziq masih perlu banyak didikan dan latihan untuk menyempurnakan tugasannya. Aku tidak terkejut jika Haziq akan terkeluar minggu ini. Velvet kelihatan tenang ketika membuat persembahan didepan tenaga pengajar cuma dikhuatiri impak yag diberikan akan menurun seperti konsert yang sudah. Seperti yang dijanjikan oleh Cikgu Fazley para pelajar akan diberi hadiah meja pool jika persembahan mereka memuaskan hati tenaga pengajar dan seperti yang telah dijangka memang meja pool itu pasti diberikan jua walaupun Cikgu Fazley memberi kosong untuk persembahan pelajar kali ini. Takkan meja pool itu nak kena pulang kot.

Paparan Haziq berbual dgn bapanya nye ditunjukkan. Bapanya memberikan beberapa tips yang aku kira baik untuk diri Haziq praktikkan untuk memberikan keberkesanan ketika konsert nanti. Tapi tak tau la Haziq dapat apply atau tidak tips yang diberi bapanya.

Kemudian para pelajar bermain pool diluar akademi. Farhan sempat mengajar Cikgu Linda bermain pool. Nasib baik tidak kedengaran jeritan Cikgu Linda sewaktu sesi ini. Ada juga gunanya kayu pool ini untuk dilibas kepada para pelajar yang mudah lupa.

Kemudian Amirul bercakap didepan Markona tentang gerak tari Angguk-Angguk geleng-geleng mereka sambil mengajak para penonton mengikut gerak tari itu dikonsert nanti. Tak taulah samada penonton nak ikut ke gerak tari itu? Apa yang pasti Adlin pasti tidak akan mengikuti gerak tari itu dikonsert nanti. Kemudian para pelajar diberi peluang untuk berbual dengan keluarga mereka menerusi telefon.

Diari diakhiri dengan kedengaran lagu Chiken Dance dari patung ayam Amirul dan Amirul masih mencari-cari patung ayam itu. Diari Ends here... Aku nak balik makan ubat.

posted by admin at 2:02 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (05/07/2006)

Thursday, July 06, 2006
Ore : 1:08 PM

Semalam punya diari tahap sederhana bosan. Tak banyak benda menarik yang berlaku. Ini aku senaraikan apa yang berlaku didalam akademi secara tidak terperinci.

Kehadiran Cik Norlida (aku rasa Cik sebab macam lom nikah jerk minah nie) kedalam AF sebagai jurucakap Toyota tidak memberi apa-apa manafaat pun kepada para pelajar untuk lagu tugasan mereka. Sekali lagi paparan untuk para penaja mengambil masa yang agak panjang dan membosankan. Tapi nasib baik Norlida punya muka nie tahap boleh pandang, kalau tak mau aku tutup terus PC aku (aku tengok torrent diari tengahari). Apa yang aku dapat tengok para pelajar nie siap Tanya soalan bodoh pada orang toyata tu. Ada ke tnya Raksasa itu ujud ke? Ish makin tak matang la bebudak dalam AF tahun nie.
Cikgu Syafi memarah student tapi aku tengok tak berapa garang taklah macam Linkeen yang setiap kali marah nak telan keyboard dia. Ramai student yang tak buat homework yang diberikan oleh beliau. Aku rasa cadangan aku sebelum ini yang para guru harus mepraktikkan penggunaan rotan untuk melibas para pelajar harus dilaksanakan. Memang nampak sangat para pelajar semakin lemak dan sentiasa menginkari arahan ataupun sambil lewa didalam melakukan tugasan. Kadang-kadang mereka nie tak perasaan yang prestasi mereka bukannya semakin baik tapi semakin menurun. Aku kadangkala rasa tenaga pengajar turut bertanggung jawab kerana sebelum-sebelum ini kelihatan mereka kurangbertegas dengan para pelajar.
Semasa didalam kelas Cikgu Ajai Farhan dan Diddy berlatih menyampaikanlagu tugasdan Farhan. Tapi kelihatan gelekan Farhan masih belum cukup power mungkin sebelum ini dia memang tidak pernah menyampaikan lagu berentak demikian. Aku tengok Ajai dan Diddy yang bertindak sebagai featuring singer pulak yang beriya-iya bergelek tapi itu pun masih belum boleh lawan gelekkan Felix.
Diari malam disambung dengan menunjukkan Haziq berlatih lagu tugasannya tetapi asyik jerk terkucil. Para pelajar yang lain berada dimeja makan asyik mentertawakan dia setiap kali di terkucil. Nampak memang gelak besar mereka ni bila si Haziq tu melakukan kesilapan. Aku tak pasti samada Haziq akan mendapat advantage atau pun impak negative dari scene itu. Ujud lagi ke undi kasihan untuk dia nie. Aku pun sudah naik jelak dengan paparan sedemikan. Baik keluarkan jerk si mamat nie.
Satu lagi perkara yang agak menggelikan hati aku sewaktu Velvet belajar menari untuk lagu tugasan Amirul. Aku rasa macam batman nak terbang pun ada. Memang kelakar abis dan aku tengok muka Velvet pun macam tak suka jerk buat gerak tari sebegitu. Baik dia buat tarian ala berenang kuak lentang.

Aku nak gie makan jap pasni sambung balik.
1 jam kemudian….
Ok! dah siap makan sambung balik…

Andrea Fonseca datang sebagai jurucakap Patel/ Kalau tadi aku rasa nak tutup PC aku kali nie aku rasa nak hempas pulak TV aku. Nasib baik aku belom abis bayar kalau tak mau dah bederai dan TV aku. Aku hairan la setiap musim semakin bertambah penaja semakin bertambah pula advertising dilakukan didalam Diari. Bosan lepas tu ada balik paparan si Norlida jurucakap Toyota tu makin bertambahlah tension aku.
Babak Faisal mengadu depan kamera yang dia kurang fasih berbahasa Inggeris. Ada juga terlintas dikepala hotak aku macamanalah kalau si Faizal ni kena lagu tugasan Inggeris mau ke jadi macam Felix.. harap-harap minggu depan dia dapatlah lagu Inggeris. Bolehlah tengok sejauh mana kesungguhan dia. Sedangkan lagu tugasan minggu ini dan berejam merengek minta tukar lagu kalau dapat lagu Inggeris mau berhari yerk..
Ending diari ada tunjuk sign Girl not allowed yang ditampal pada papan tanda yang dicuri dari tukang cuci Akademi. Entah apa la nak buat orang suspend tapi kami tak heran pun…

Ulasan lain
Ferbie


posted by admin at 1:08 PM | Permalink | 0 commenti

Dari biji mata linkeen yang geram....

Wednesday, July 05, 2006
Ore : 4:12 PM

Minggu ni minggu yg paling tak best sekali pada aku....minggu yg boring...minggu yang geram...tak puas hati...senang citer memang this week...tak best lah...apa yg buat aku rasa tak best....dengan concert last week yang tah apa2...boring...makin lama makin takde mood aku nak tengok AF4 ni....dengan diarinye lagi tah merepek....dengan world cup....senang citer apa yang aku buat je minggu ni rasa cam tak best...boring...disebabkan aku pun rasa tak best...aku malas nak citer panjang...memula tadi ingat nak citer pasal keseronokan aku bila Salima keluar...tapi tiba2 je rasa takde mood...so malaslah....

posted by Ikeen Ismail at 4:12 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (04/07/2006)


Ore : 1:06 PM

Semalam aku balik lambat lagik sebab closinglah so aku tak dapt tengok diari sepenuhnya itu pun sebab aku sempat download diari tengahari kat jiwang torrent. Jadi untuk enrty kali ini aku tak nak tulis banyak cuma bab-bab yang aku rasa penting jerk.
Asa awal diari aku ditunukkan Faisal tengah berborak sambil makan dengan pengetua (kan tak baik makan sambil bercakap kang tersedak baru tau). Dia cakap macam tak selesa dengan lagu tugasannya.

Pastu ada tunjuk Dr Fazley buat sesi motavi apa ntah nama sesi itu aku tang ingat tapi memang bored. Studend disuurh tutup mata pastu cakap apa yang perkara yang baut mereka rasa bersalah kat atas pentas. Malas nak ulas, cuma aku tak paham kenapa bebudak gurl leh dapat ikan lepas kasi jawapan dan bebudak lelaki dapat la kayu pool untuk buat jolok lobang hidung buat sementara waktu sebab meja pool lom sampai.

Kelas Cikgu Syafi boring jerk malas nak ulas… dan pelajar buat latihan lagu bonusdengan Ajai. Yang aku tengok Ajai jerk yang semangat menyanyi bebudak tu rileks jerk. Mungkin dah sampai masa cikgu-cikgi kat AF tu kena bawak rotan… Libas kat bebudak tu yang semakin lupa…. Pastu asyik tunjuk Farhan bergelek. Tapi jamban lom cukup cantiklaa sayang Zila takde kalau tak mesti dial eh ajar gelek gerudi walaupun tak sebaik Inul.. Okla aku malas dan nak taip nak sambung buat kerja sebab Boss aku dan nampak aku taip benda ni.

Ulasan lain
Ferbie

posted by admin at 1:06 PM | Permalink | 0 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (03/07/2006)

Tuesday, July 04, 2006
Ore : 1:08 PM

Aku semalam balik lambat dan tak dapat tengok diari jadi tengahari ini aku cuma sembat download diari tenghari dan tak sempat pulaka nak update. Harap Maklum....

Lagu Tugasan

Diddy – Air Mata Kasih
Farhan – Kopi Dangdut
Velvet – Run Baby Run Lotter – Da Bomb
Amirul – Sedang Ingin Bercinta
Haziq – Seruan
Faizal – Senandung Anak Laut
Lagu Bonus – Angguk Angguk Geleng Geleng
Lagu Bonus – To Sir With Love

posted by admin at 1:08 PM | Permalink | 0 commenti

Konsert Akademi Fantasia 4 (Minggu Kelima)

Sunday, July 02, 2006
Ore : 2:14 AM

Dalam ingatan...
(gambar aku cilok Joe punya)


Inilah konsert mingguan AF yang paling tidak bermaya pernah aku lihat. Segala benda macam tidak sempurna. Adakah benar Akademi Fantasia telah hilang sengatnya setelah fenomena hebat melanda tahun sudah.

Peratusan awal para pelajar adalah seperti berikut.
Faizal - 15%
Farhan - 14%
Velvet - 14%
Lotter - 13%
Amirul - 13 %
Salima - 11%
Diddy - 11%
Haziq - 10%

Pengkritik Minggu ini
Che Mat Poi a.k.a. AC Mizal
Juliza Adlizan
Adlin Aman Ramli

Diddy
Menjadi pelajar pertama yang membuat persembahan. Aku rasa persembahan Diddy malam tadi boleh dibanggakan. Walaupun ada juga vokal yang terkucil tapi tak banyaklah. Diddy memberikan keseluruhan effort untukk lagu ini. Walaupun kebanyakkan persembahnnya tidak banyak beza dengan penyanyi asal Diddy tetap berjaya mencuri perhatian dengan kesungguhan yang ditunjukkan, inilah kunci yang menyelamatkannya dari tersingkir setiap minggu.
3.5 Bintang

Lotter
Sebelum memulakan persembahan Lotter sekali lagi diminta meniru gaya tenaga pengajar, sekali lagi berdekah-dekan aku dan Eton ketawa. Memang budak ni berbakat untuk menjadi pelawak bukan penyanyi. Mengenai persembahn Lotter tidak banyak kemajuan yang ditunjukkan. nak diikutkan aku agak bosan dengan apa yang dilakukannya dan dari segi teknik vokalnya, Lotter masih banyak perlu diperbaiki. Berada dinota rendah bukan masalah baginya tapi dia ada problem setiap kali nak capai high note. Tapi aku akui level of confident Lotter memang tiada tandingan ketika ini jika dibandingkan dengan pelajar lain.
3 Bintang

Salima

Persembahan Salima juga agak membosankan. Habis lirik lagu Because of You dikunyahnya. Hampir keseluruhan lagu aku tak paham apa yang dia nyanyikan. Dahlah diction hancur, pitching pun ada off sekali sekala. Memang aku jangkakan yang dia akan terkeluar minggu ini. Mungkin ramai yang puas hati bila dia ni dah kuar. aku rasa terlonjak-lonjak sorang member malam ini..
2.5 Bintang

Haziq

Dia nie diselamatkan oleh VT yang pernah ditunjukkan oleh diari sebelum ini. Time dia karaoke hampir kesemua lagu tugasan pelajar lain untuk konsert yang lalu. Mesti ramai yang vote kasihankan mamat nie malam tadi. Kalau nak diiikutkan persembahan Haziq malam tadi pun tak kemana. Vokal control hampir tiada langsung. Main ikut sedap jerk dia belasah lagu tu. Pitching pun dan kelaut memang tiada apa yang boleh dibanggakan. Cuma peningkatan dari segi keyakinan membuat persembahan sebab tangannya dah tak parkinson lagi.
2.5 Bintang

Amirul

Kali ini Amirul menghadapi cabaran yang agak getir. Dia menyanyikan berrentak asli bertajuk Lagu Zaman. Walaupun masih jauh ketinggalan dari segi teknikal jika dibandingkan dengan pelajar lain namun Amirul jelas menunjukkan peningkatan didalam persembahan. Aku tidak berapa setuju dengan CMP yang cakap Amirul kurang penghayatan aku nampak Amirul memberikan penghayatan sepenuhnya didalam lagu ini. Namun Amirul masih perlu mempelbagaikan teknik penyampaiannya lagi.
3 Bintang

Velvet

Merupakan pelajar seterusnya membuat persembahan. Ada jugak lawak sebelum persembahan yang dilakonkan oleh Que Haider pasal kasut bertali yang pernah dipakai Velvet (alah kasut yang Adlin suka). Apa yang aku harapkan dari gadis ini tidak kesampaian. Velvet cuma mempertaruhkan vokalnya sahaja didalam persembahan ini. Itu pun masih ada masalah nota rendah walaupun sudah tidak begitu ketara. Velvet tidak memberikan penghayatan sepenuhnya untuk lagu ini. Kebosanan yang telah ujud sejak persembahan Lotter tidak dapat dihilangkan oleh Velvet kali ini.
3.5 Bintang

Faizal

Lagu Terharu dendangan asal Sweet Charity tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah dilakukan sesebelum ini. Aku rasa Faizal ini konsisten didalam setiap persembahan. Dengan memiliki ramai peminat ketika ini Faizal lebih selesa play safe untuk persembahnnya. Sebenarnya Faizal masih perlu meneroka perbagai teknik nyanyian untuk mewujudkan kelainan dirinya dengan penyanyi yang sedia ada. Tidak banyak yang perlu dikomen lagi mengenai persembahan Faizal malam tadi sebab ianya tahap biasa sahaja. Cuma tariannya masih kongkang...
4 Bintang

Farhan
Aku boleh katakan persembahan Faizal dan Farhan menjadi penyelamat untuk konsert kali ini. Walaupun ketika diakademi Farhan kelihatan kurang selesa dengan lagu tugasannya. Namun untuk konsert ini Farhan berjaya menyampaikannya dengan baik. Kawalan vokal Farhan yang menakjubkan menjadi kunci kekuatan persembahnnya. walaupun penghayatan yag dipamerkan belum maksima namun aku kira para penonton tidak kecewa dengan apa yang telah diberi malam tadi. Tapi ini bukanlah persembahan terbaik Farhan kerana aku masih memilih Still Got The Blues sebagai yang terbaik dari beliau.
4 Bintang

Lagu Bonus
Persembahan kesemua para pelajar kelihatan amat lesu untuk lagu bonus Sherasi Bershama. Aku rasa para pelajar menghadapi masalah untuk memberikan fokus didalam setiap persembahan. Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku lebih-lebih lagi ini telah masuk minggu yang kelima. Kelemahan ini perlu diatasi segera oleh tenaga pengajar bagi mengelakkan AF kehilangan lagi kredibilitinya yang sememangnya telah menurun ketika ini.
3 Bintang

Salima merupakan pelajar yang tersingkir untuk konsert kali ini. Dan aku kira ianya bertepatan dengan persembahan yang ditunjukkan lebih-lebih lagi begitu ramai puak yang meluat melihat personaliti pelajar ini. Berdasarkan persembahan malam tadi aku rasa Haziq dan Lotter turut perpotensi untuk tersingkir.

Sebelum pengumuman nama pelajar yang tersingkir Aznil telah mengumumkan berita sedih yang bapa Mawi telah meninggal dunia malam tadi pada jam 10.00 malam. Satu lagi dugaan besar yang terpaksa Mawi tempuh disaat dia menghadapi masalah dengan Ina. Apa-apa pun Nakaltitude Crew mengucapkan takziah untuk Mawi sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Ani bin Ahmad (Pak Atan) dicucuri rahmat. Al-Fatihah....

Ulasan lain
Klubbkidd
Ferbie
Malique
Mykopitiam
Maddox

posted by admin at 2:14 AM | Permalink | 2 commenti

Diari Akademi Fantasia 4 (30/06/2006)

Saturday, July 01, 2006
Ore : 2:21 PM

Aku baru jer abis layan trek selebriti Zila, yang aku baru abis download kat torrent malaya tadi. Thanks for Yatie yang sudi invite aku join torrent. Ok berbalik pada diari semalam, memang sah Siti telah datng ke akademi. Yang lawaknya masa diawalnya Farhan tidak sedar kehadiran Siti walaupun Siti hanya disebelahnya. Aku ketawa bagai nak rak tengok sedutan tu. Apalah Farhan ada orang kat sebelah pun tak perasan sampai Siti kena tegur baru dia perasan. Siti kemudian berkongsi pengalaman dengan para pelajar lain. Dan memberi tunjuk ajar untuk Farhan untuk membuat persembahan. Kemudian para pelajar membuat latihan lagu bonus yang kelihatan macam tak cukup zat dan kurang menarik. Cikgu Ajai tak marah ke tengok lagu dia jadi macam tu. Ada lagi tetamu datang ke akademi. Kali ini kumpulan Akar membuat jamming bersama para pelajar yang lain. Kesian aku tengok Salima tergedik-gedik melonjat ketika mereka jamming. Pasti dia akan kena kutuk lagik… Diddy siap pakai rambut palsu tapi takde rupa rockers langsung. Diari malam pula akademi didatangi oleh Datuk Yusni Hamid. Beliau menceritakan perjalanan seninya kepada para pelajar. Nampak para pelajar macam kurang berminat jerk nak amik tau kisah artis veteran ini. Kesian pulak, lepas tu datuk adalah nyanyi lagu LOVE terus aku teringat kat Akma AF3….Kemudian ada paparan tengok album bersama Cikgu Fazley yang sebenarnya nak ditunjukan anak buah terbaru Diddy. Aku tengok Diddy macam nak nangis tengok gamabr anak buahnya tu. Sayang betul Diddy kat budak-budak yerk… Kemudian Dr Fazley ada buat game yang aku kira simple and fun dan Farhan yang jadi champ… Pastu ada promo Marrybrown ala masa bebudak belom masuk AF (sebelum konsert prelude) ini Cuma iklan jerk. boring aku AF musim ni banyak sangat iklan… Pastu ada nak tunjuk persembahn Farhan depan pengetua tapi tak jadi memang buat orang sakit hati. Oklah sorry aku sebenarnya malas nak taip bebanyak sebab rushing nak balik ada Birthday part kat umah mak Eton. See Yaaa. Jang lupa AFUNDI malam ni…

Mawi dah putus tunang…………. Nak kena ulas ke??????????????? Kesian Ina……

posted by admin at 2:21 PM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com